PROJEK 27

"Ka.. Kau buat kontrak dengan Ais?! Bagaimana?!" marah Gempa.

"Sebab dia membuat pilihan yang terbaik setelah mendengar pengkhianatan kau, kau ingat aku tak tahu kisah silam kau dengan tasik itu? Berani betul kau mengubah cerita," kata Frostfire.

"Huh? Apa maksud dia, Gempa?" Solar memandang ke arah Gempa.

"Jangan dengar cakap dia!" bantah Gempa.

"Ais, bangunlah! Kau tidak sepatutnya buat kontrak dengan BBB-04! Ais!" jerit Gempa.

"Dia takkan bangun, aku sudah tidurkan dia. Kuasa dia, sudah jadi milik aku." Frostfire tersenyum sinis.

Dua puluh minit sebelum itu, Blaze berdiri di hadapan sel milik Ais.

"Kita ada sepuluh minit lagi untuk jumpa kawan-kawan kau, aku harap dorang tak buat kerja gila kali ini. Jadi, kau tunggu di sini diam-diam ya?" kata Blaze dan dia ingin berlalu pergi.

"Nanti! A.. Aku akan bekerjasama dengan kau!" Ais membuka mulutnya membuatkan Blaze berhenti melangkah.

Senyuman sinis menghiasi bibir Blaze, dia terus menoleh ke arah Ais.

"Buka pintu," kata Blaze.

"Baik, tuan." Tentera yang mengiringi Blaze membuka sel milik Ais.

Blaze berjalan mendekati Ais.

"Jadi, kau sudah sedar?" soal Blaze.

"Y..Ya. Aku sedar yang aku berada di kumpulan yang salah. A.. Aku akan bekerjasama dengan kau," balas Blaze.

"Aku gembira mendengarkannya, mari kita sama-sama jatuhkan BBB-01 dan dapatkan Solar." Blaze mendekatkan badannya pada badan Ais.

Picagari terus ditikam ke leher Ais menyebabkan Ais mengerang kesakitan dan perlahan-lahan badannya menjadi lemah sebelum dirinya hilang kesedaran semula.

"Mari aku guna kuasa kau ni dengan sebaik mungkin." Blaze menggigit ibu jarinya sendiri sehingga berdarah dan meletakkan ke dalam mulut Ais.

"Elemental Fusion!" jerit Blaze lalu cahaya menyinari badan Blaze dan Ais.

"Ti.. Tidak! Tidak mungkin Ais akan bekerjasama dengan kau!" marah Solar.

"Terimalah keadaannya, Solar. Kau sudah berada di kumpulan yang salah, orang yang anggap boleh lindungi kau itu bakal jadi raksasa pada bila-bila masa sahaja!" kata Frostfire.

Solar terdiam dan dia melirik ke arah Gempa yang merenung tajam ke arah Frostfire. Solar menunjukkan raut wajah yang tekad, dia terus bersembunyi di belakang Gempa.

"Hu..Huh? Solar?" Gempa terkebil-kebil.

"Aku tahu dia bakal jadi raksasa kerana mutasi yang sakiti dia tapi aku takkan mengkhianati dia hanya sebab kisah silam dia! Aku tahu dia banyak kali simpan rahsia daripada aku tetapi dia cuba menjadi yang terbaik untuk aku!" kata Solar dengan lantang.

"So.. Solar." Gempa terasa terharu mendengar kata-kata Solar itu.

"Pfft.. Hahahaha! Sepertinya kau cuci otak budak ini untuk percaya kau, aku kagum! Nampaknya aku perlu guna kekerasan terhadap kau! Tinju berapi beku!" jerit Frostfire sambil melepaskan tumbukan ke arah Gempa.

"Solar, ke tepi!" Gempa menolak Solar ke tepi manakala dia menahan serangan Frostfire dengan tangannya sendiri.

"Mari kita tengok berapa lama kau mampu bertahan dengan keadaan kau seperti ini!" Frostfire mengeluarkan pisaunya dan menikam perut Gempa.

"Agh?!" Gempa menjerit kesakitan.

"Ge.. Gempa!" jerit Solar.

Frostfire menarik pisau dari Gempa dengan secara paksa, Gempa mengerang kesakitan sambil memegang kesan tikaman luka pada perutnya.

"Kasihan kau, kau tidak kuat tanpa kuasa Ais!" Frostfire melepaskan serangan terhadap Gempa lagi.

Gempa mengelak dengan cara menunduk menyebabkan penumbuk Frostfire terkena pada dashboard kapal, merosakkan beberapa sistem kapal.

BEEP! BEEP! BEEP!

"Amaran! Amaran! Kerosakan berlaku di kapal!"

Kapal milik Gempa terus menjunam secara mendadak ke arah laut.

"Tidak! Tidak!" Solar cepat-cepat berlari ke arah stereng kapal dan cuba mengawal kapal daripada menjunam manakala Gempa dan Frostfire masih sibuk beradu tenaga walaupun kapal sudah hilang kawalan.

"Kita takkan sempat!" jerit Solar.

BOOM!

Kapal itu terus terhempas ke dalam laut menyebabkan Solar terus tenggelam ke dalam laut setelah kapal hancur, penglihatannya mula samar-samar.

"Adakah aku akan mati?" fikir Solar, matanya menatap permukaan laut yang semakin jauh daripadanya.

Tiba-tiba satu cahaya merah menarik perhatian Solar, Solar menoleh ke arah cahaya itu. Ternyata jantung Halilintar bersinar berdekatan dengan badan Gempa yang sudah tidak sedarkan diri dengan darah yang keluar daripada kesan tikaman itu.

"Gempa!" Solar mengumpul segala kesedarannya dan terus berenang ke arah Gempa dan jantung Halilintar.

Solar terus mengambil jantung itu dan masukkan ke dalam poket seluarnya sebelum dia memaut badan Gempa yang sudah lemah itu. Dia cuba untuk berenang ke permukaan dengan segala tenaga yang ada sebelum sesuatu merentap kakinya menyebabkan Solar tidak dapat berenang.

"Hmph?!" Solar terus menoleh ke arah sosok yang merentap kakinya, Frostfire.

Frostfire yang tersenyum sinis menarik Solar dengan kasar menyebabkan Solar terlepaskan Gempa.

"Tidak!" jerit Solar di dalam hati, dia cuba untuk memaut pada Gempa semula.

Frostfire menggunakan segala tenaganya untuk merentap Solar ke bawah dan tangannya dengan pantas mencekik leher Solar menyebabkan Solar terkapai-kapai, tidak cukup nafas. Frostfire semakin kuat mencekik leher Solar sehingga Solar perlahan-lahan tidak dapat melawan dia, tidak sedarkan diri.

[PROJEK PRIMORDIAL]

"Huh?!" Solar terbangun daripada pengsannya, dia memandang sekeliling.

"Gempa!" jerit Solar tetapi dia perasan yang dirinya sudah terperangkap di dalam tiub besar berisi air dan cuma alat pernafasan yang membantu dia untuk bernafas di dalam tiub air itu.

"Aku di mana?!" Solar memandang sekeliling, dia seperti berada di dalam sebuah makmal.

"Huh?! Ais!" Solar perasan Ais yang tidak sedarkan diri turut terperangkap seperti dirinya.

"Aku kena keluar daripada sini!" Solar cuba menendang dan menumbuk tiub yang diperbuat daripada kaca itu tetapi ianya tidak pecah walaupun sedikit.

"Tak guna!" rungut Solar.

"Aghhh!!"

Tiba-tiba satu jeritan yang nyaring menarik perhatian Solar, Solar terus menoleh ke arah sumber jeritan itu. Matanya membulat apabila dia menatap Gempa yang terperangkap di dalam sebuah bilik kaca bersama beberapa orang saintis. Solar terkedu apabila setengah daripada wajah Gempa sudah tidak normal, urat hitam sudah mengalir seluruh badannya.

"Tidak, Gempa." Solar menekup mulutnya yang ternganga luas, dia tidak percaya badan Gempa mula tidak berfungsi dengan normal.

Gempa cuba menyerang setiap saintis yang cuba mendekati dia, tingkahlakunya sudah seperti haiwan liar.

Salah satu daripada saintis itu terus menyucuk batang besi ke badan Gempa dan renjatan elektrik mengalir daripada batang besi itu, merenjat badan Gempa.

"Aghh?!!" Gempa menjerit kesakitan dikala seluruh badannya direnjat tanpa belas kasihan.

"Tidak! Gempa!" jerit Solar sambil dia cuba untuk memecahkan tiub kaca dengan segala tenaga yang ada.

"Aghhh!!" Gempa semakin diseksa oleh saintis-saintis itu apabila setiap kali dia cuba melawan.

"Kau jangan berani sakitkan dialah!" jerit Solar dengan sungguh lantang sebelum satu cahaya merah keluar daripada badan Solar.

BOOM!

Tiub air milik Solar serta-merta pecah kerana letupan cahaya itu, mengejutkan semua orang.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top