PROJEK 26
"Dey! Kau dah gila ke, Solar?! Kita tak boleh serahkan diri kita begitu sahaja!" marah Gopal.
"Aku terpaksa, aku tak mahu Ais diapa-apakan lagi." Solar membalas.
"Kalau ketua tahu ini, dia pasti marah kita." Gopal memicit dahinya.
"Aku dah tahu." Suara Gempa yang kedengaran mencelah antara perbualan mereka berdua, mengejutkan Solar dan Gopal.
Terlihat Gempa yang lemah berdiri di pintu dengan bantuan batang besi yang menjadi tongkatnya.
"Yaya." Solar menatap ke arah Yaya dengan tegas.
"Maaf, Solar. Ketua melawan juga untuk bangun daripada katil," ucap Yaya dengan perasaan bersalah.
"Maaf, ketua. Sepertinya misi kita gagal," ucap Gopal.
"Tidak lagi. Kita takkan serahkan diri," balas Gempa, suaranya yang lemah kedengaran tegas.
"Huh?" Gopal terkebil-kebil.
"Aku.. Bukan, kita akan pergi selamatkan Ais."
Solar dan Gopal terkedu mendengar kata-kata Gempa itu, mereka berdua memandang antara satu sama lain.
"Tapi kau ada rancangan ke?" soal Solar.
"Ada tapi aku tak pasti ianya akan jadi atau tidak," balas Gempa.
Sementara itu di Penjara Bawah Tanah, Blaze mendekati Ais setelah panggilan antara dia dan Solar dimatikan.
"Kau puas hati dengan apa yang kau lakukan sekarang ini?!" marah Ais.
"Ya tapi aku tertanya-tanya, apa yang jadi dengan BBB-01? Seingat aku daripada rakaman suara itu, dia sepatutnya datang ke sini dan bukan kau. Adakah sesuatu terjadi pada dia?" soal Blaze.
"... Itu bukan hal kau untuk tahu pasal dia! Aku sendiri yang sukarela untuk tolong dia," balas Ais dengan dingin.
"Sukarela tolong dia atau kondisi BBB-01 yang sudah memburuk?" Blaze tersenyum sinis.
Ais membulatkan matanya.
"Macam mana kau.."
"Ingat kami tak tahu? Kau cuma bodoh terjatuh dalam lakonan dia, luka mutasi itu sudah lama dengan dia. Dia sudah mempunyai luka itu sejak Peperangan Primordial," kata Blaze.
"Huh?!" Ais semakin terkejut tetapi dia tidak percaya dengan kata-kata Blaze, dia tahu lelaki itu cuba untuk mempermainkan dia.
"Tidak! Kau tipu, tak mungkin luka itu sejak peperangan lagi! Di tahap itu, dia pasti menjadi mutasi sepenuhnya!" marah Ais.
"Oh, kau tidak percayakan aku? Cuba ingat, bagaimana Tasik Air Mata Celestia tiba-tiba sahaja kering tanpa sebab?" kata Blaze.
"Itu sebab Puak Kubulus yang keringkan tasik itu!" bantah Ais.
"Siapa yang beritahu kau itu?" soal Blaze lagi.
"... Gempa."
"Heh, sepertinya kau tidak ingat apa-apa. Biar aku tolong kau." Bebola cahaya berwarna api muncul di hujung jari Blaze dan dia menjentik bebola cahaya itu ke dahi Ais.
"Ugh?! A..Aghhh?!!"
Seperti kejutan elektrik, Ais dapat rasakan seluruh badannya terasa kejang. Kepalanya terasa sakit, memori perlahan-lahan muncul di dalam minda Ais seperti rakaman ulang.
"Pastikan kau ambil semua air mata tu, keringkannya."
"Baik."
Suara Ais dan Gempa kedengaran bergema di dalam fikirannya, Ais terperasan dirinya mengeringkan keseluruhan sebuah tasik tetapi dalam keadaan samar-samar. Memori tersebut terus menghilang setelah itu, membuatkan Ais tercungap-cungap.
"Ti..Tidak, tidak mungkin." Ais menggelengkan kepalanya, dia masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat sebentar tadi.
"Oh? Masih tidak terima kenyataan? Oh, Ais. BBB-01 bukan lagi BBB-01 yang kau kenal dahulu. Dia sekarang sudah diracuni dengan mutasi, dia gunakan kesemua air mata itu untuk diri dia sahaja. Cuba kau fikir, kenapa dia beria nak ambil BBB-07? Hm?" kata Blaze.
"Kau tahu sebab kenapa ramai yang mengejar korang semua? Sebab dialah, dia mutasi yang mengancam nyawa korang semua terutama sekali BBB-07. Adakah kau sanggup biarkan BBB-07 jatuh di tangan dia?" sambung Blaze.
Ais terdiam sepenuhnya, dia mula dilema oleh di mana yang betul dan di mana yang salah baginya.
"Fikir betul-betul. Dengan bantuan kau, kita mampu bergabung dan dapat hentikan semua ini. Kau kena ingat, musuh utama kita pasti tahu di mana BBB-07 sekarang kerana dengan bantuan pembelot itu," kata Blaze sebelum dia berjalan keluar dari penjara itu, meninggalkan Ais yang terdiam sepenuhnya.
Tiga puluh minit kemudian, kelihatan beberapa orang tentera semakin ramai berlegar di kawasan Bandar Puak Salju sejak pencerobohan Ais. Beberapa pasang mata mengintip mereka daripada jarak jauh.
"Korang semua sudah bersedia?" Suara Gempa bergema di dalam alat komunikasi masing-masing.
"Sudah, ketua!" kata Yaya, Ying dan Gopal secara serentak.
"Bagus."
BOOM! BOOM! BOOM!
Secara tiba-tiba letupan berlaku di sekeliling sempadan Bandar Puak Bara dan Bandar Puak Salju menyebabkan huru-hara berlaku.
"Sekarang!" jerit Gempa.
"Kubah masa!" jerit Ying lalu gelung ajaib gergasi muncul di bawah kedua-dua sempadan, perlahan-lahan sebuah kubah menutup seluruh sempadan.
Keadaan di kedua-dua bandar menjadi perlahan kerana kuasa yang dilakukan oleh Ying.
"Cepat-cepat! Aku tak tahu aku boleh tahan sampai bila!" jerit Ying.
Yaya cepat-cepat terbang ke arah Penjara Bawah Tanah Puak Salju yang berada di barat laut manakala Gopal terkial-kial berlari mendekati tembok, dia mengumpalkan beberapa biji bola salji.
"Heh, rasakan! Tukaran bom!" jerit Gopal sambil melemparkan beberapa bola salji yang bertukar menjadi bom masuk ke dalam kawasan bandar-bandar itu.
Yaya menceroboh masuk ke dalam penjara bawah tanah dengan cara menumbuk pintu besi penjara sehingga roboh, gadis itu terbang di setiap koridor penjara itu.
"Ketua, di mana lokasi terakhir Ais?" soal Yaya.
"Kau hampir sampai, belok kiri." Gempa membalas.
Yaya mengikuti arahan Gempa dan tiba di lokasi yang ditetapkan, Yaya terus menendang pintu sel dengan kuat. Gadis itu terhenti apabila sel yang dikatakan oleh Gempa, kosong.
"Dah jumpa Ais?" soal Gempa.
".. Tidak, sel itu kosong." Yaya membalas.
"Apa?!" Gempa terkejut.
"Ugh?!" Tiba-tiba Yaya diserang oleh seseorang daripada belakang.
"Yaya?! Apa jadi?! Yaya!" jerit Gempa.
Yaya cuba melawan sosok yang mencekik lehernya, matanya membulat apabila dia mengenali sosok itu.
"Shh." Sosok yang mempunyai rupa Ais bercampur Blaze meletakkan jarinya di bibir, memberi isyarat kepada Yaya untuk senyap.
"Ke..Ketua!" jerit Yaya dengan sungguh nyaring.
BUK!
Frostfire cepat-cepat menikam picagari di leher Yaya dengan kasar menyebabkan Yaya terus rebah.
"Yaya?! Yaya! Apa yang jadi?! Jawab, Yaya!" jerit Gempa melalui alat komunikasi Yaya.
Frostfire terus merentap alat komunikasi Yaya dan terus memijak alat tersebut sehingga pecah.
"Egh?!" Gempa terus menanggalkan alat komunikasinya kerana bunyi nyaring yang berdesing di telinganya.
"Apa yang terjadi, Gempa?! Kenapa dengan Yaya?!" soal Solar.
".. Kita kena lari!" kata Gempa.
"Huh?! Kenapa?!" Solar terkejut.
"Kita kena ambil alih perhatian mereka!" Gempa cepat-cepat menerbangkan kapal angkasa.
Gempa terbangkan kapal angkasa jauh daripada bandar dalam kelajuan tinggi, kapal mereka berterbangan melepasi lautan yang terbentang luas.
BEEP! BEEP! BEEP!
Secara tiba-tiba penggera amaran bergema di seluruh kapal.
"Amaran! Amaran! Entiti berkuasa tinggi meluru ke arah kapal dalam masa 10 saat!" Komputer menunjukkan satu entiti yang terbang meluru ke arah mereka melalui radar kapal.
"Bertahan, Solar!" jerit Gempa.
BOOM!
Sesuatu menceroboh masuk ke dalam kapal melalui bumbung sehingga menggegarkan kapal itu.
"Ugh?!" Solar dan Gempa terus hilang keseimbangan kerana gegaran tersebut.
"Kau fikir kau boleh lari ke?" Frostfire tersenyum sinis.
"Huh? Huh?!" Solar terkejut dengan kemunculan Frostfire.
"A..Ais?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top