PROJEK 25
"Lembing ais!" Ais memunculkan lembing ais dan menahan serangan mengejut Blaze itu, dia menggunakan segala kudratnya untuk berlawan dengan Blaze.
"Adakah kau lupa ke, api mampu cairkan ais? Atau kau buat-buat pandai?" ejek Blaze.
"Diamlah kau!" marah Ais lalu dia melibaskan lembingnya ke arah Blaze tetapi Blaze berjaya melompat di atas libasan lembingnya.
Blaze melibaskan salah satu cakram berapinya ke wajah Ais tetapi Ais berjaya mengelaknya.
"Ugh?!" Ais terpelanting ke belakang apabila Blaze terus menendangnya dengan sungguh kuat.
Ais tercungap-cungap dan mengetapkan giginya, dia menatap tajam ke arah Blaze yang menatap sinis ke arah dia.
"Masih nak lawan?" Blaze memunculkan beberapa bebola berapi lalu dia melontarkannya ke udara, Blaze terus melompat ke udara.
"Tendangan bola berapi bertubi-tubi!" jerit Blaze sambil menendang bebola api ke arah Ais secara bertubi-tubi.
"Perisai ais!" jerit Ais lalu perisai ais melindungi dirinya.
BOOM! BOOM! BOOM!
Blaze tidak henti-henti melepaskan serangannya membuatkan perisai Ais perlahan-lahan retak.
"Ta.. Tak guna! Tak mungkin aku mampu bertahan seperti ini!" gumam Ais.
"Marilah lawan aku, Ais! Tendangan bebola api maksima!" jerit Blaze lalu bebola api yang sungguh pantas terus memecahkan perisai Ais membuatkan Ais sekali lagi terpelanting sehingga topengnya tertanggal daripada wajahnya, menunjukkan wajah Ais yang sebenar.
"Lemparan cakram berapi bertubi-tubi!" Blaze terus melemparkan cakram berapinya ke arah Ais.
"Aghh?!" Ais menjerit kesakitan apabila cakram berapi meninggalkan kesan hirisan di seluruh badannya dalam kelajuan tinggi sebelum cakram itu kembali kepada Blaze.
"Heh, matilah kau!" Blaze berlari ke arah Ais dalam kelajuan pantas.
"Tolakan bongkah ais!" jerit Ais sambil menghentakkan tangannya ke tanah, memunculkan bongkah ais yang besar di bawah kaki Blaze.
Blaze berdengus sinis, dia dengan mudah mencairkan bongkah gergasi itu dengan cakram berapinya membuatkan bongkah itu berpecah menjadi serpihan kecil tetapi Blaze terkejut apabila Ais yang terluka sana-sini sudah bersedia dengan meriam aisnya.
"Heh, tembakan meriam ais!" jerit Ais lalu melepaskan tembakan ais yang sungguh kuat ke arah Blaze membuatkan Blaze terbang ke arah tembok dengan sangat keras.
"Agh?! Ta.. Tak guna." Blaze mengerang kesakitan.
"Ha.. Haha. Aduhai, Blaze. Kau fikir semudah itu kau dapat kalahkan aku?" Ais perlahan-lahan bangun, darah di hujung bibirnya dilap.
Ais menatap sinis ke arah Blaze yang masih terduduk di tembok. Mata birunya bersinar dan perlahan-lahan ribut salji mula muncul.
"Ugh?! Tak guna. Guna plan B sekarang!" kata Blaze melalui alat komunikasinya.
"Baik, Panglima Blaze." Seorang tentera Puak Bara berdiri di atas bangunan makmal dan sudah bersedia dengan senjatanya.
Tentera itu menggunakan skopnya dan menyasar ke leher Ais.
BANG!
Tembakan dilepaskan, peluru berbentuk jarum dan terdapat cecair di dalamnya dengan pantas meluru ke arah Ais sebelum ianya tertusuk tepat pada belakang leher Ais.
"Agh?!" Ais menjerit kesakitan.
KLIK!
Peluru itu terkunci di belakang leher Ais dan cecair itu perlahan-lahan masuk ke dalam badan Ais. Ais terus merentap peluru itu dengan kasar, dia memandang ke arah peluru itu dan ke arah Blaze.
"Ka.. Kau main tipu!" marah Ais sambil berlari ke arah Blaze tetapi dia terus rebah di atas tanah dan ribut salji turut menghilang setelah Ais tidak sedarkan diri.
"Heh, akhirnya." Blaze mengeluh dan dia perlahan-lahan bangun dengan bantuan tentera Puak Salju.
Blaze berjalan ke arah Ais yang sudah rebah, Blaze mencuit tangan Ais menggunakan kakinya untuk pastikan Ais benar-benar tidak sedarkan diri.
"Bawa dia ke penjara, kurung dia." Blaze memberi arahan.
"Baik, panglima." Tentera-tentera Puak Salju mengheret Ais pergi manakala Blaze terperasan sesuatu di bawah timbunan salji.
Blaze mengambil objek tersebut, ianya topeng yang dipakai oleh Ais.
"Jadi ini topeng yang dipakai oleh Ais?" Blaze membelek topeng tersebut.
".. Hmm. Mungkin aku boleh gunakan ini untuk berhubung dengan mereka," gumam Blaze, dia terus berjalan mengikuti tentera-tentera yang mengheret Ais ke penjara.
Penjara Bawah Tanah Puak Salju..
Air disimbah ke wajah Ais membuatkan lelaki itu terbangun secara mengejut, dia memandang sekeliling dan matanya terarah sosok yang berdiri sinis di hadapannya.
"Kau! Kau penipu! Mari sini kau!" marah Ais dan cuba untuk menyerang Blaze tetapi dia tidak mampu kerana kaki dan tangannya sudah terikat dengan rantai besi.
"Tiada guna kau melawan, itu rantai anti-primordial. Tidak mungkin kuasa kau dapat diaktifkan," kata Blaze dengan sinis.
"Kau tak guna!" bentak Ais, dia masih tidak berpuas hati yang Blaze berjaya menewaskan dia.
"Kau comel bila kau marah. Aku suka tengok BBB-05 yang selalu tenang, marah di hadapan aku." Senyuman sinis semakin melebar di bibir Blaze.
Ais berdecit, matanya masih menatap marah ke arah Blaze.
"Kerana kau tidak mahu beri kerjasama kepada aku, aku yakin mereka pasti akan datang ke sini setelah melihat kondisi kau. Kan?" kata Blaze sambil menunjukkan topeng kepada Ais.
Ais membulatkan matanya apabila melihat topengnya berada di dalam tangan Blaze.
"Kau jangan berani nak ugut mereka guna akulah!" marah Ais.
"Adakah itu cabaran untuk aku? Aku dengan hati yang terbuka, menerima cabaran kau tu." Blaze menekan butang pada topeng itu dan skrin hologram terpancar daripada topeng itu.
Blaze menekan skrin hologram itu dan menghubungi kapal angkasa milik Gempa.
"Gopal, tolonglah jangan jawab panggilan ni. Tolonglah!" rayu Ais di dalan hati dengan perasaan tersedak.
BEEP!
Panggilan dijawab oleh Gopal.
"... Tak guna." Ais kecewa.
[PROJEK PRIMORDIAL]
Kembali ke masa yang sekarang, Solar dan Gopal terkedu mendengar penceritaan daripada Blaze. Raut wajah Solar berubah menjadi tidak puas hati, lidahnya berdecit.
"Jangan berani kau cederakan Ais lagi!" marah Solar lagi.
"Oh, aku takkan tapi ada bayarannya. Aku nak korang semua menyerah diri sekarang, tidak terlambat untuk dia selamat."
"Huh?! Jangan, Solar! Lari! Tinggalkan aku! Sia-sia sahaja, dia sudah bakar dok.. ugh?!" Ais terus ditendang oleh Blaze tanpa belas kasihan secara bertubi-tubi.
"Ais!" jerit Solar dan Gopal serentak.
"Berhenti! Kau kata kau takkan cederakan dia lagi, kau tak guna!" marah Solar.
"Maaf, aku benci orang lain mencelah perbincangan kita." Blaze tersenyum sinis, tangannya merentap rambut Ais dengan kasar.
"Kau tahu tak apa hukuman melawan sekutu kau sendiri?" Blaze tersenyum sinis ke arah Solar lalu pisau yang di dalam poketnya dikeluarkan dan bilah pisaunya terarah pada leher Ais.
"Kau jangan berani! Baiklah, baiklah! Kami akan serahkan diri!" kata Solar.
"Huh?! Solar!" Gopal dan Ais terkejut mendengar kata-kata Solar.
"Haha! Bagus, itu yang aku mahukan! Aku bagi masa dalam 30 minit sahaja untuk serahkan diri korang semua sebelum terlambat. Cepat lebih baik, aku tak suka menunggu." Suara Blaze kedengaran dingin dan talian terus terputus.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top