PROJEK 24
Sementara itu di dalam kapal milik Gempa, Solar duduk bersama Gopal di dalam kokpit dengan perasaan risau. Dia cuba menunggu apa-apa berita daripada Ais kerana lelaki itu sudah keluar sungguh lama baginya.
"Dey, Solar. Kau jangan risaulah, Ais takkan apa-apa punya. Aku yakin, senyumlah sikit!" Gopal menepuk belakang Solar.
"Ya, aku tahu tu tapi.. entahlah, aku rasa macam tak sedap hati." Solar membalas.
"Kau ni, jangan terlalu cemaslah. Bertenang sikit, boleh?" Gopal cuba menenangkan Solar.
Solar mengeluh berat, dia kecewa dengan kata-kata Gopal itu.
BEEP! BEEP! BEEP!
Tiba-tiba sistem komunikasi berdering menunjukkan seseorang cuba menghubungi mereka.
"Oh, itu pasti Ais!" kata Gopal membuatkan wajah Solar terus ceria.
Gopal menekan butang pada dashboard kapal dan skrin hologram terpancar, Solar dan Gopal berasa teruja untuk mendengar suara Ais tetapi senyuman mereka menghilang apabila skrin hologram menunjukkan Ais terikat dengan rantai besi dan bajunya mempunyai kesan koyak serta kesan terbakar. Terdapat kesan luka di seluruh badan Ais juga.
"Ais?! Apa yang jadi dengan kau ni?!" jerit Solar.
"Suara itu, aku yakin itu BBB-07. Benar?" Suara orang lain kedengaran.
"Siapa yang bersuara tu?!" marah Solar.
Kamera teralih menunjukkan wajah Blaze yang tersenyum sinis membuatkan Solar dan Gopal terkedu.
"Muka dia.. Dia pecahan yang mana satu?" kata Solar dengan nada perlahan.
"BBB-04. Pecahan Primordial kuasa api," bisik Gopal.
"Jadi ini salah satu teknologi BBB-01? Sesungguhnya dia pintar seperti yang dikatakan, aku kagum." Blaze memuji topeng milik Ais.
"Bagaimana kau boleh tangkap Ais?!" marah Solar.
"Oh? Salah dia yang dia termasuk dalam perangkap tikus yang aku buat. Dia fikir dia seorang sahaja boleh buat perangkap? Aku pun boleh," kata Blaze dengan penuh bangga.
Beberapa jam sebelum itu...
"Jadi kau masih ingat aku? Aku terharu, BBB-05. Oh, aku lupa. Ais, itu nama kau. Kan?" kata Blaze dengan sinis.
"Ma.. Macam mana kau tahu aku di sini?!" soal Ais sambil tangannya cuba menolak tangan Blaze yang mencekik lehernya.
"Macam mana aku tahu kau ada di sini? Dengan bau budak tu. Apa nama dia? Solar? Kau ingat aku tak kenal bau kuasa budak tu bagaimana?" balas Blaze.
".. Tak guna! Aku lupa bau kuasa Solar jauh lebih kuat!" fikir Ais.
"Dan juga, terima kasih kepada Maharani Kira'na kerana menggodam kapal korang tu terutama sekali kotak hitam kapal korang dan kami dapat ini." Blaze mengeluarkan pemain rakaman suara dan menekan butang padanya.
"Kita tukar arah, kita akan ke Planet Baraju dahulu."
"Huh?! Kau biar betul ni?!"
"Ada maklumat yang aku nak ambil. Kau lupa yang sesetengah maklumat sudah dihancurkan di Makmal Tok Kasa? Pemilik asal kau pasti ada maklumat selebihnya."
"Baiklah, aku akan minta Gopal untuk tukar arah."
Kedengaran perbualan antara Ais dan Gempa di dalam pemain rakaman suara itu membuatkan Ais terkedu manakala Blaze berasa gembira melihat raut wajah Ais itu.
"Sepertinya aku menyertai pasukan aku dalam masa yang tepat dan kau cari ini, kan?" Blaze menunjukkan dokumen yang berada di dalam tangannya.
Ais ingin mengambil dokumen itu daripada Blaze tetapi Blaze menjauhkan dokumen itu daripada Ais.
"Tak boleh. Beritahu aku dahulu, di mana budak tu?" soal Blaze.
"Aku takkan beritahu kau, takkan! Walaupun kau cuba seksa aku, aku takkan beritahu kau walau sesaat pun!" bantah Ais.
"Heh, dah berani kau melawan ya? Adakah Gempa mengajar kau untuk melawan?" soal Blaze lagi.
"Aghh?!" Ais menjerit kesakitan apabila tangan Blaze perlahan-lahan menjadi panas, membakar kawasan lehernya.
"Ka.. Kau tak guna!" Ais cuba melawan lagi, kakinya cuba menendang Blaze.
"Heh? Kenapa kau cuba melawan aku dengan cara begini? Bagaimana latihan manipulasi darah kau? Aku dengar yang ianya sudah semakin kuat. Cubalah kat aku, aku cabar kau. Buat seperti yang kau lakukan kat salah satu tentera kat luar tadi." Blaze mengugut.
Kata-kata Blaze itu mengejutkan Ais, dia menatap tajam ke arah lelaki yang mencekik dia itu.
"Kenapa? Terkejut yang aku sudah ikut kau daripada awal? Kau fikir kau licik sangat? Tapi aku kagum yang kau berani masuk ke sini," kata Blaze dengan sinis, Blaze semakin lama melecurkan leher Ais.
"Aghh?! Ta..Tak guna! Ceracak ais!" jerit Ais sambil tangannya digerakkan, ceracak ais muncul di kiri dan kanannya. Menyerang Blaze.
Blaze lebih pantas mengelak serangan Ais dengan melompat jauh daripada Ais.
"Cakram berapi!" jerit Blaze lalu dua cakram berapi muncul di kedua-dua tangannya, menahan hujung ceracak ais yang cuba menikam dia.
Ais yang terbatuk-batuk, cepat-cepat mengambil dokumen yang terjatuh di atas lantai dan terus melarikan dirinya dengan segala kudrat yang ada.
"Kau tak boleh lari sekarang, Ais!" jerit Blaze sambil mencairkan ceracak ais yang menghalang dia, dia terus mengejar Ais.
BEEP! BEEP! BEEP!
Penggera bergema di seluruh bangunan itu, mengejutkan beberapa orang saintis yang lalu-lalang dikala Ais melanggar mereka tanpa berfikir panjang. Fikirannya hanya tertumpu untuk lari daripada kawasan itu dengan sepantas yang mungkin.
"Tangkap dia!" Bergema suara tentera Puak Salju di tingkat bawah yang berarak ke tingkat atas untuk menangkap Ais.
"Tak guna." Ais terus melompat melepasi palang tingkat tiga, mengejutkan Blaze dan tentera-tentera itu.
"Ugh?! Agh?!" Ais berjaya mendarat di tingkat bawah tetapi salah satu kakinya terseliuh ketika mendarat ke bawah.
"Kenapa aku buat begitu?!" rintih Ais, tiba-tiba dia rasa menyesal lompat dari tingkat tiga.
BOOM! BOOM! BOOM!
Beberapa bebola api menyerang Ais tetapi dia berjaya mengelak, mata Ais melirik ke arah Blaze yang masih mengejar dia.
"Kau mari sini!" jerit Blaze sambil mengejar Ais dalam kelajuan pantas.
Ais cepat-cepat bangun dan cuba melarikan dirinya walaupun kakinya sudah tercedera. Ais berlari sepantas yang mungkin apabila pintu bangunan itu mula turun, Ais terus meluncur di bawah pintu itu sebelum ianya tertutup sepenuhnya. Ais tercungap-cungap kerana terlampau penat berlari, keluhan lega dilepaskan.
"Aku tak boleh lega sekarang, aku belum keluar daripada si.."
Beberapa titik merah menanda seluruh badan Ais, Ais terkedu apabila seluruh tentera mengacukan senjata mereka ke arah dia.
"Tumbukan berapi!" Blaze yang datang daripada udara terus menyerang Ais tetapi Ais sempat melompat secara berundur dan tanah yang ditumbuk oleh Blaze serta-merta menjadi lubang yang besar kerana serangan itu.
Ais dalam posisi kekuda, bersedia untuk melawan Blaze secara refleks. Sakit di kakinya dihiraukan.
"Hahaha! Menyerah sahaja, Ais. Kau sudah tercedera!" Blaze ketawa jahat.
"Oh, Blaze. Kau tahu aku pun bukan mudah mengalah macam kau," bantah Ais dengan sinis.
"Hahahaha! Aku kagum dengan kau! Ini yang aku mahukan!" kata Blaze lalu bebola api dilontarkan ke arah Ais.
"Pelindung pusaran air!" jerit Ais lalu pusaran air mengelilingi dia, memadamkan bebola api yang meluru ke arah dia.
Ais ingin memandang ke arah Blaze yang berdiri di hadapannya tetapi dia terkejut apabila sosok itu sudah hilang, Ais cepat-cepat memandang sekeliling.
"Hah! Mari kita tengok, berapa lama kau mampu bertahan!" Blaze berlari ke arah Ais daripada belakang dengan cakram berapinya, berlari melepasi pusaran air milik Ais dan bersedia untuk melepaskan serangannya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top