PROJEK 23
PRAK! PRAK! PRAK!
Bunyi tapak kasut tentera kedengaran berlaga dengan timbunan salji membuatkan Ais semakin berdebar, dia dapat rasakan tentera Puak Salju itu semakin mendekati dia sedikit demi sedikit.
"Ini dia. Nampaknya aku sudah langgar janji aku dengan Solar. Maafkan aku, Solar. Mungkin kita tak dapat berjumpa lagi," kata Ais di dalam hati dengan penuh pasrah.
"Hoi, kau buat apa di situ?!" Suara garau seseorang mengejutkan Ais dan tentera itu.
"Ma.. Maaf, tuan! Tadi saya terdengar sesuatu sebab itu saya di sini!" kata tentera itu.
"Itu pasti haiwan liar! Sekarang sudah malam, pasti haiwan liar sedang berkeliaran! Kembali ke posisi asal kau!" kata tentera bersuara garau itu dengan tegas.
"Baik, tuan!" Tentera itu cepat-cepat kembali ke tempatnya setelah mendengar suara syahdu ketuanya itu.
Ais yang mendengar tentera itu sudah pergi, terus melepaskan pernafasannya. Tercungap-cungap nafasnya sebelum helaan nafas lega dilepaskan.
"... Adakah ini sebuah keajaiban?! Aku selamat! Aku selamat!" Ais melutut gembira apabila dirinya sudah selamat daripada ditangkap.
"Nanti, aku tidak sepatutnya bergembira awal-awal! Misi aku tak selesai lagi!" Ais cepat-cepat berdiri dan senyap-senyap berjalan mendekati tembok.
Ais merapatkan badannya ke dinding tembok dan dia berjalan secara mengiring di sepanjang tembok. Setelah yakin dia sudah jauh daripada kawasan pintu gerbang, Ais mengerakkan tangannya ke atas dan bongkah ais perlahan-lahan muncul di bawah kaki Ais. Bongkah tersebut membantu Ais untuk mencecah ketinggian tembok itu. Setelah berada di ketinggian yang diinginkan, Ais memeriksa sekeliling.
"Bagus, line clear." Ais memanjat tembok itu dan mendarat di sebalik tembok itu dengan selamat.
Ais menoleh ke arah kanan dan kiri sebelum merapatkan badannya pada salah satu bangunan berdekatan dengannya. Ais berjalan di sepanjang lorong kecil supaya dirinya tidak kelihatan tetapi dia tidak perasan bahawa seorang tentera Puak Salju berada berdekatan dengan dia dan terperasan kesan tapak kasut Ais.
"Huh? Bukan ke tiada sesiapa sepatutnya meronda di lorong ini?" gumam tentera itu, dia menekan alat komunikasinya.
"Kadet S-104, kenapa kau berhubung dengan aku?" Kedengaran suara garau bergema di dalam alat komunikasinya.
"Tuan, adakah lorong kecil di timur tembok perlu dironda?" soal tentera itu.
"Tidak. Sudah aku beritahu yang lorong-lorong kecil tidak perlu dironda!" balas ketuanya itu.
"Tetapi sepertinya seseorang berada di lorong ini," kata tentera itu membuatkan ketuanya terdiam.
"Pergi periksa."
"Baik, tuan." Tentera itu terus berjalan masuk ke dalam lorong itu, senjata yang berada dalam tangannya digenggam erat.
Tentera itu berjalan di lorong itu dengan penuh berhati-hati tetapi dia tidak perasan sesiapa berada di dalam lorong sehinggalah dia melintasi hadapan ruang yang gelap. Mata biru yang bersinar muncul di ruangan itu dan melirik ke arah tentera itu.
"Huh? Tiada sesiapa pun. Hmm.. Mungkin ada kadet yang malas meronda hari ini, aku kena beritahu ke.. ark?!" Tiba-tiba badan tentera itu menjadi kejang dan nafasnya terasa sesak membuatkan badannya terus jatuh ke tanah.
Ais yang bersembunyi di ruang gelap itu berjalan mendekati tentera itu, salah satu tangannya berada di dalam posisi seperti menggenggam.
"Aku sudah agak ada seseorang bakal masuk ke dalam perangkap aku," kata Ais, mata birunya menatap dingin ke arah tentera yang sudah nyawa-nyawa ikan itu tetapi tentera itu cuba mengacukan senjatanya ke arah Ais.
"Sia-sia sahaja kau melawan, aku sudah hentikan darah kau." Ais melakukan genggaman yang kuat menyebabkan tentera itu serta-merta tewas.
Ais melembutkan tangannya semula dan terus mengheret tentera itu ke ruang gelap itu, dia menanggalkan seragam tentera itu lalu memakainya. Ais menimbunkan salji di atas seluruh badan tentera itu, tangannya menekan butang pada topengnya lalu serta-merta wajah dan warna rambut Ais berubah untuk kelihatan seperti tentera Puak Salju itu.
"Harap-harap tiada sesiapa jumpa dia ni," gumam Ais sambil memegang senjata dengan erat.
Ais berjalan keluar dari lorong itu seperti tiada apa-apa yang terjadi. Tangannya digerakkan secara senyap-senyap di belakang dan salji di belakangnya bergerak dengan sendiri, menutup segala kesan bukti yang ada berdekatan dengan lorong itu. Ais mengorak langkah dengan pantas menuju ke sebuah bangunan yang terletak di hujung bandar, ianya dijaga jauh lebih ketat seperti penjara tetapi Ais tidak berasa risau kerana setengah daripada rancangannya sudah berjaya.
"Sekarang aku perlukan dokumen tu dan pergi dari sini," kata Ais di dalam hati.
Dirinya semakin menghampiri pagar utama bangunan tersebut sebelum dua tentera yang menjaga pagar utama bangunan itu menahan Ais.
"ID," kata salah satu tentera itu.
Ais mengeluarkan kad identitinya dan menunjukkanya kepada tentera itu, tentera itu memandang kad dan wajah Ais secara bergilir-gilir.
"Baiklah, kau boleh masuk." Tentera itu membuka pagar untuk Ais.
Ais sekadar menganggukkan kepalanya dan berjalan masuk melepasi pagar itu sebelum pagar itu terus ditutup di belakangnya. Ais menatap bangunan yang berdiri megah di hadapannya.
"Akhirnya untuk kali pertama setelah beberapa tahun, aku kembali ke sini juga. Heh. Kenangan," kata Ais di dalam hati sebelum dia kembali mengorak langkah masuk ke dalam bangunan itu.
Ais berjalan di sepanjang koridor bangunan itu dan sekali-sekala disapa oleh saintis atau tentera yang lalu-lalang.
"Seingat aku bilik kamera keselamatan berada di bawah tanah," fikir Ais sambil mengubah arahnya ke tangga yang tidak jauh daripadanya.
Ais menuruni tangan itu dengan pantas sehingga ke sebuah ruangan bertulis 'Bilik Kamera Keselamatan' tertera pada pintu ruangan itu.
"Ini dia!" Ais membuka pintu ruang itu dan mengejutkan pengawal keselamatan yang memantau di dalam bilik itu.
"Huh?! Kenapa kau berada di dalam ni?! Ketua kau perlukan apa-apa rakaman ke?" soal pengawal itu.
"Ya." Ais membalas, tangannya senyap-senyap mengunci pintu ruangan itu dan membeku tombol pintu serta mana-mana lubang pada pintu sebelum berjalan ke arah pengawal itu.
"Berikan waran daripada ketua kau, aku akan cari rakaman yang kau perlukan." Pengawal itu terus mengalihkan pandangannya ke skrin monitor di hadapannya manakala tangannya dihulurkan ke arah Ais.
"Nah." Ais meletakkan sesuatu pada telapak tangan pengawal itu.
"Huh? Kau bagi apa kat aku ni? Aku nak.." Pengawal itu menoleh ke arah Ais yang sudah memakai topeng.
BOOM!
Bom asap yang berada di dalam tangan pengawal itu terus meletup membuatkan pengawal itu terbatuk-batuk dan terus tumbang.
Ais melangkah pengawal itu dan mematikan setiap kamera keselamatan yang ada di dalam bangunan itu. Ais terus menoleh ke arah pengawal keselamatan itu, dia memeriksa badan pengawal itu dan mengambil kad akses.
"Heh, terbaik. Jumpa pun," kata Ais lalu dia mencairkan ais yang menutupi pintu, dia mengeluarkan lebihan asap ke udara sebelum dia mengaktifkan penyamaran wajahnya semula.
Ais berjalan ke tingkat atas seperti tiada apa-apa yang terjadi, dia mengorak langkahnya ke tingkat tiga dan sebuah ruang di hujung koridor menarik perhatiannya.
"Akhirnya, selepas ini aku boleh rehat seharian." Ais berkata-kata, tangannya memasukkan kad akses pada kunci pintu dan pintu ruang itu terbuka luas.
Ais menapak masuk ke dalam ruangan yang dipenuhi dengan rak dan dokumen, dia menyelongkar setiap dokumen satu per satu tetapi dia tidak sedar bahawa dia tidak berseorangan.
"Mana dokumen itu? Adakah aku sudah lupa bagaimana rupa dokumen itu?" gumam Ais.
Perlahan-lahan seseorang mendekati Ais dan terus menerkam Ais.
"Ugh?! Agh?!" Ais mengerang kesakitan dikala badannya dihempas ke lantai dengan keras manakala tangan seseorang mencekik lehernya.
"Sudah lama kita tak berjumpa, BBB-05." Sosok itu bersuara sinis.
Ais membulatkan matanya dan terus memandang ke arah sosok itu.
"B..BBB-04?!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top