PROJEK 22

"Apa yang aku nak buat dengan pedang ini?" soal Solar.

"Makan," balas Ais.

Solar berdengus kecewa dan menatap tidak puas hati kepada Ais manakala Ais ketawa terkekeh-kekeh.

"Untuk lindungi kaulah. Apa punya soalan kau ni?" Ais bercekak pinggang.

"Aku tanya sebab akukan tak pandai berlawan, aku pandai buat makanan ngan minuman je. Kau yakin ke aku boleh kawal pedang yang tajam ini?" kata Solar sambil membelek pedang yang tajam dan berkilau itu, Solar menatap refleksinya pada pedang itu.

"Sebab itu aku bagi kat kau. Aku yakin ini boleh bantu kau lindungi kau sendiri," balas Ais.

"Kalau kau kata begitu, baiklah. Terima kasih untuk pedangnya," ucap Solar.

"Sama-sama. Aku akan pergi ke kokpit semula," kata Ais sambil menapak keluar daripada bilik itu.

"Hmm.. Aura Ais nampak lain setelah memakai baju itu. Selalunya dia nampak penat dan selalu nak tidur," gumam Solar.

"Terima kasih untuk pujiannya!" kata Ais dengan lantang.

"Aku tak puji kaulah!" marah Solar.

Ais ketawa kecil sebelum kembali berjalan ke arah kokpit.

"Berapa lama lagi kita akan sampai ke Baraju?" soal Ais dengan nada tegas.

"Hmm.. Sejam atau dua, kita ambil masa sebab aku tak nak kapal kita overheat semasa lari daripada Planet Baraju nanti." Gopal membalas.

"Tiada sesiapa yang mengikuti kita, kan?" soal Ais sambil melabuhkan punggungnya pada kerusi di sebelah Gopal.

"Tidak setakat ini. Aku tidak perasan mana-mana isyarat daripada mana-mana kapal angkasa... terutama sekali Kapal Diraja Gur'latan," balas Gopal.

"Baguslah. Sepertinya kematian BBB-02 sudah melambatkan mereka," kata Ais.

"Tetapi aku terkejut yang BBB-02 sanggup untuk dibunuh!"

"Aku pun. Aku tidak tahu apa benda yang berada di dalam fikirannya waktu itu tetapi kata-kata Kira'na pasti adalah pilihan terakhir BBB-02 sebelum dia pilih untuk putuskan kontrak," kata Ais.

"Mungkin. Aku dengar perempuan itu jauh lebih tegas dan memaksa daripada profesor yang sebelumnya," balas Gopal.

"Itu apa yang aku dengar juga." Ais menganggukkan kepalanya, bersetuju dengan kata-kata Gopal.

Beberapa saat sebelum tiba ke Planet Baraju, keadaan kapal angkasa mereka agak senyap sunyi kerana Yaya dan Ying sudah tertidur di tempat duduk penumpang kerana tidak dapat tidur yang cukup sejak keluar daripada Bumi manakala Gopal yang memandu kapal, sekali-sekala menguap.

Ais pula, juga sudah melelapkan matanya. Lengannya disilangkan dan kakinya pula berada di atas dashboard kapal manakala Solar masih membaca buku, meluangkan masa yang masih ada tetapi Solar memandang sekeliling.

"Hmm.. Sunyi sangat ni. Adakah yang lain sedang berehat?" fikir Solar sebelum Solar dapatkan merasakan pergerakan kapal angkasa semakin perlahan.

"Eh? Kenapa aku rasa macam kapal ni macam nak berhenti?" Solar memandang ke luar tingkap, dia terus berasa kagum dengan planet yang terpampang di hadapan matanya.

"Ini ke Planet Baraju tu?" fikir Solar sebelum dia berlari keluar dari bilik itu.

"Dey, Ais. Bangun, kita dah sampai!" Gopal mengejutkan Ais daripada tidurnya.

"Hu.. Huh?!" Ais mencelikkan matanya sebelum meregangkan badannya, melepaskan desahan lega.

"Adakah aku tidur terlalu lama?" soal Ais.

"Mungkin dalam sejam," balas Gopal.

"Ais, kau dah nak pergi ke?" celah Solar.

"Huh? Oh. Ya, aku nak pergi dah. Ingat ya janji kita tadi," kata Ais.

"Ini Solarlah! Takkan pernah lupa janji punya! Gempa akan baik-baik sahaja di bawah jagaan aku!" kata Solar dengan penuh yakinnya.

"Amboi, yakinnya kau!" Ais mengusap rambut dengan kasar.

"Aghh?! Jangan sentuh rambut aku macam tu!" marah Solar.

Ais ketawa kecil sebelum menoleh ke arah Gopal semula.

"Aku nak kau, Yaya dan Ying lindungi kapal ini. Siap sedia apabila aku bagi isyarat untuk larikan diri nanti. Faham?" Ais memberi arahan.

"Aku faham, kau jangan risaulah. Aku boleh lakukan ini," kata Gopal dengan penuh yakin.

"Heh, baiklah. Solar, hati-hati." Ais menepuk bahu Solar.

"Kau pun sama."

Ais menganggukkan kepalanya.

"Ochobot, kemari!" sahut Ais sambil kakinya berjalan ke suatu tempat.

"Ya, Tuan Ais?" Ochobot cepat-cepat terbang ke arah Ais.

"Tiba masanya," kata Ais.

"Ba.. Baiklah." Ochobot terus terbang ke arah sebuah port dan masuk ke dalamnya sebelum sebuah tiub yang besar keluar dari lantai.

Ais memakai topengnya dan menutup kepalanya dengan hoodie, dirinya terus masuk ke dalam tiub itu sebelum pintu lutsinar tertutup di hadapan wajahnya. Dia menatap ke arah Solar dan Gopal yang berdiri di hadapannya, dia perasan Solar menunjukkan raut wajah risau.

"Aku akan baik-baik sahaja." Ais senyum ke arah Solar.

Solar hanya mampu menganggukkan kepalanya dan melambaikan tangannya kepada Ais.

"Ochobot, aku boleh pergi." Ais memberi arahan kepada Ochobot.

"Baiklah. Teleportasi dalam tiga.. dua.. satu!" Ochobot menyalurkan kuasanya melalui wayar yang bersambung pada portnya dan tiub yang memerangkap Ais.

Cahaya biru menyinari badan Ais, menyilaukan mata Solar dan Gopal. Cahaya itu perlahan-lahan hilang bersama Ais dikala sistem teleportasi selesai.

"Dan dia sudah pergi," kata Gopal.

[PROJEK PRIMORDIAL]

Pembatasan Sempadan Planet Baraju...

Sebuah cahaya biru muncul di atas bukit salji yang tidak jauh daripada kawasan Bandar Puak Salju sebelum ianya perlahan-lahan hilang menjadi Ais.

Ais menarik nafas dalam-dalam dan memandang sekeliling terutama sekali langit yang sudah gelap.

"Bagus, sudah malam. Sepertinya aku tiba pada tepat masanya," gumam Ais.

"Berhenti!"

Satu suara yang lantang mengejutkan Ais menyebabkan lelaki itu terus meniarap di atas timbunan salji, badannya diseret ke hujung curam bukit. Mata Ais mengintip keadaan yang berada di hadapannya.

Kelihatan beberapa tentera daripada Puak Salju dan Puak Bara sedang menjaga pintu gerbang yang membahagikan antara dua sempadan dengan penuh ketat. Sekali-sekala tentera-tentera itu memeriksa penduduk atau pelawat yang keluar atau pun masuk di pintu gerbang itu.

"Sepertinya tempat ni semakin ketat," gumam Ais.

Ais memperbetulkan jarak penglihatan pada topengnya seperti binokular, Ais ternampak beberapa tentera Puak Salju sedang berlegar di kawasan Bandar Puak Salju.

"Aku yakin makmal itu tidak jauh daripada sini," gumam Ais, dia memancarkan peta pada skrin hologramnya.

Ais membaca dan mengingati peta dengan penuh teliti. Setelah yakin mengingati jalan ke destinasi yang dia inginkan, Ais perlahan-lahan turun daripada bukit itu supaya tiada sesiapa perasan dengan keberadaannya.

PRAK!!

"Ahh?!" Ais menjerit ketakutan dan bergolek dari lereng bukit apabila batu yang dipijaknya pecah.

"Adeh?!" Ais terus terlanggar tembok yang melindungi Bandar Puak Salju.

"Siapa tu?!" Jeritan tentera Puak Salju membuatkan Ais cepat-cepat bersembunyi di bawah gua kecil yang terletak di bawah bukit.

Ais cepat-cepat meniup salji untuk menutupi kesan tapak kakinya daripada ditangkap.

Seorang tentera Puak Salju yang lengkap dengan senjata berjalan berdekatan dengan Ais, lampu suluh menyinari jalannya. Dia cuba mencari sumber bunyi yang dia dengari tadi manakala Ais menahan nafasnya supaya tentera itu tidak mendengar pernafasannya, jantung Ais berdegup kencang dan hatinya berdoa supaya dirinya tidak tertangkap.

"Habislah aku."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top