PROJEK 21
"BBB-07?... Bukankah itu kod nama aku? Projek Aether, jadi itu nama projek untuk aku? Adakah yang lain mempunyai nama projek yang lain?" fikir Solar sambil dia mengusap kulit fail yang sudah berhabuk itu.
Solar perasan terdapat kesan terbakar pada fail itu.
"Ianya agak terbakar, adakah Gempa ambil daripada tempat yang aku mimpi tu?" fikir Solar lagi.
"Hmm.. Aku tertanya-tanya, apa yang ada di dalam ni?" Solar menyelak muka surat pertama di dalam fail itu.
"Oh, aku sudah jumpa kain kecil! Aku rasa ini cukup bersih untuk digunakan!" kata Ochobot sambil memegang kain kecil yang bersih, mengejutkan Solar.
"Huh?! O.. Okey!" Solar terus cepat-cepat meletakkan fail itu ke tempat asalnya dalam keadaan cemas.
"Kau kenapa ni?" Ochobot kehairanan.
"Tiada apa-apa, aku cuma tengok-tengok sahaja. Terima kasih sebab carikan, aku pergi dulu!" Solar terus mengambil kain itu daripada Ochobot dan terus berlari keluar daripada bilik itu.
"Huh? O.. key?" Ochobot semakin kehairanan dengan tingkahlaku Solar itu.
"Aku hampir baca fail sulit tanpa izin! Apa yang aku fikirkan ni?! Aku tak patut buat tu!" kata Solar di dalam hati sebelum dia berhenti berjalan.
".. Nanti dulu, kenapa aku panik?! Itu fail tentang aku! Pasti ada rahsia penting tentang kuasa aku yang aku boleh tahu! Agh! Kau tak guna, Solar! Kenapa kau begitu?!" Solar merungut seorang diri sambil melutut di atas lantai dengan penuh dramatik.
"Kau dah kenapa melutut di atas lantai ni, Solar?" Suara seseorang mengejutkan Solar.
"Agh?! Ais, kau buat aku terkejut!" marah Solar.
"Maaf. Adakah kau sudah jumpa kain yang kau mahukan?" soal Ais.
"Dah." Solar berdiri dan menyapu lututnya daripada kotoran.
"Solar, boleh aku minta tolong sesuatu?" pinta Ais.
"Tolong apa?" Solar mengerutkan dahinya.
"Tolong jaga Gempa dan jangan biarkan dia buat kerja gila semasa aku masuk kawasan pembatasan Planet Baraju," kata Ais.
"Eh? Kau nak pergi seorang diri ke?"
"Ya, aku tak mahu Puak Baraju perasan kehadiran kita semua. Yang lain juga akan tinggal dalam kapal untuk lindungi kau dan Gempa," terang Ais.
"Tapi kalau kau kena tangkap, bagaimana?" soal Solar lagi dengan perasaan risau.
"Sebab itu aku cakap. Kalau jadi apa-apa kat aku semasa aku masuk sana, jangan biarkan Gempa buat kerja gila. Hanya dia boleh dengar cakap kau sekarang ini. Kau faham?" terang Ais.
"A.. Aku faham," kata Solar.
"Bagus. Aku cakap ini sebab kau tahu bagaimana kondisi Gempa sekarang ini, aku tak mahu dia hancurkan badan dia lebih lagi." Ais mengusap rambut Solar.
"Baiklah tapi aku nak kau berhati-hati," kata Solar.
"Aku akan berhati-hati. Aku akan pastikan aku kembali dalam keadaan sempurna," kata Ais lalu matanya dikernyitkan.
"Janji, eh?" kata Solar.
"Ya, aku janji. Kau jangan risaulah." Ais menganggukkan kepalanya.
"Baiklah."
"Pergilah jaga Gempa. Aku yakin dia pasti menunggu kau," sambung Ais.
"Oh ya, aku hampir lupa!" Solar terus berlari masuk ke dalam bilik di mana Gempa berada.
Ais menggelengkan kepalanya dan berjalan ke bilik simpanan barang. Dia menanggalkan jaketnya dan membiarkan baju hitam ketat berlengan panjang menutup tubuh badannya.
"Aku harap ini akan berjaya," gumam Ais sambil tangannya sibuk memakai penyamaran pada badannya sendiri.
Ais mengambil topeng yang tersimpan kemas di dalam kotak, matanya menatap topeng itu dengan lama.
Sementara itu, Solar meletakkan kain basah di atas dahi Gempa.
"Egh.." Sekali-sekala wajah Gempa berkerut membuatkan Solar lebih berhati-hati supaya tidak mengejutkan Gempa.
Solar menyandarkan badannya pada badan katil dengan selesa, buku yang terletak di bawah katil diambilnya.
"Mari kita sambung membaca sementara Gempa tengah rehat," gumam Solar.
Satu per satu mukasurat dibuka, matanya teliti membaca isi buku tersebut.
"Kontrak hajat?" Satu tajuk menarik perhatian Solar.
Solar menyelak pada mukasurat seterusnya, dia membaca setiap bait perkataan yang tertulis pada mukasurat itu.
"Kontrak hajat adalah persetujuan antara Celestia dan pecahannya yang ditubuhkan setelah pemberontakan yang berlaku di Planet Atatatiga. Kontrak hajat ditubuhkan supaya hanya pengikut di setiap pecahan termasuk Celestia akan melakukan hajat pada pecahan yang memimpin untuk menghadkan rebutan hajat yang diinginkan. Pengikut Celestia iaitu Puak Kubulus cuma dibenarkan melakukan hajat kepada Celestia sahaja dan bukan pecahan yang lain sehingga mereka menjadikan Celestia sebagai boneka hajat mereka menyebabkan berlakunya Peperangan Primordial atas kerana ketamakan mereka atas sebab Celestia membantah sesetengah hajat mereka yang melampau."
"... Adakah itu sebab Halilintar cuba bunuh diri dia? Kerana permintaan tuan dia terlalu melebih?" fikir Solar lalu matanya melirik ke arah jantung Halilintar yang terletak di atas meja sebelum dia kembali membaca.
"Kontrak hajat boleh dilakukan sekiranya pemberi hajat bersetuju secara sukarela, kontrak bakal terikat walaupun penerima hajat tidak bersetuju. Hmm.. Menarik." Solar semakin tertarik.
"Terdapat dua kontrak, kontrak hajat dan kontrak gabungan. Kontrak hajat hanya digunakan melalui sentuhan di mana pemberi hajat bakal mengeluarkan darahnya dan berjabat tangan dengan penerima hajat di mana ianya boleh digunakan untuk antara pecahan Celestia dan makhluk biasa atau pecahan Celestia dan pecahan Celestia manakala kontrak gabungan adalah untuk pecahan Celestia sahaja, di mana salah satu pemberi hajat akan menitikkan darah ke dalam mulut penerima hajat."
"Nanti, ini macam Ais dan Gempa buat tadi! Jadi inilah nama asal kontrak fusion?" Solar mengusap dagunya sendiri sebelum dia sambung membaca.
"Kontrak hajat pernah berlaku di mana salah satu pecahan Celestia melakukan kontrak antara Celestia iaitu Pahlawan Tan.. Nanti, Pahlawan Tanah?!" Solar membulatkan matanya, matanya sekali lagi cuba untuk membaca ayat yang sama untuk kepastian.
"... Ehem. Okay. Di mana Celestia menunaikan hajat kepada Pahlawan Tanah untuk melindungi dia dan pacahan yang lain... Nanti." Solar sekali lagi terhenti membaca.
"Mampukah mu melindungiku dan yang lain suatu hari nanti?"
Mimpi yang dialami oleh Solar kembali bermain di dalam fikirannya.
"Ke.. Kenapa mimpi aku sama dalam buku ini? Apa yang terjadi ni?" Solar berkerut.
"Solar!" Suara Ais mengejutkan Solar daripada lamunannya.
"Huh?! Oh, kau rupanya."
"Oh, adakah kau sedang membaca? Maaf kerana ganggu kau," ucap Ais.
"Tidak mengapa. Kau mahu apa-apa ke?" soal Solar.
Ais tidak mengatakan apa-apa, mendekati Solar dan berdiri di hadapannya.
"Huh?"
"Bagi tangan kau," kata Ais sambil menghulurkan tangannya ke arah Solar.
"Huh? Kau nak buat apa?" Solar mengerutkan dahinya.
"Bagi jelah!" kata Ais dalam nada mendesak.
"Yalah, yalah. Nah!" Solar menghulurkan tangannya.
Ais memegang tangan Solar dan meletakkan senjata berupa pedang kepada Solar.
"Huh? Pedang?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top