PROJEK 20
KTAK! KTAK! KTAK!
Kasut zirah seseorang bergema di dalam sebuah istana yang sungguh indah.
"Celestia." Sosok itu melutut di hadapan seseorang yang memakai pakaian yang sungguh cantik, Celestia.
"Mengapa Celestia memanggilku kemari?" soal sosok itu.
"Ku ingin menunaikan satu hajat kepadamu, wahai pahlawanku." Celestia membuka mulutnya.
"Katakanlah, ku akan turuti." Sosok itu membalas.
"Mampukah mu melindungiku dan yang lain suatu hari nanti?" soal Celestia.
"Ya, Celestia. Ku akan sentiasa melindungi Celestia dan yang lain," balas sosok.
"Walaupun selamanya?" soal Celestia lagi.
"Ya, selamanya. Ku akan sentiasa melindungi Celestia dan yang lain buat selamanya," balas sosok itu lagi, dia memegang tangan Celestia dan mencium belakang tangan Celestia sebelum cahaya menyinari badan antara mereka berdua.
Cahaya itu terlalu cerah sehingga ianya mampu membutakan sesiapa sahaja yang melihat mereka berdua.
"Eghh.." Solar perlahan-lahan terbangun daripada tidurnya, matanya terkebil-kebil.
"Aku mimpi ke tadi?" fikir Solar lalu dia menatap belakang telapak tangannya.
"Kenapa ianya terasa seperti bukan mimpi?" fikir Solar lagi.
"Ku akan sentiasa melindungi Celestia buat selamanya."
Kata-kata itu bermain-main di dalam fikirannya, membuatkan Solar malu-malu sendiri. Tiba-tiba wajah sosok pahlawan yang berada di dalam mimpinya berubah menjadi wajah Gempa.
"Agh! Kenapa aku fikir tu Gempa?! Sedarlah, Solar! Itu cuma mimpi, itu cuma mimpi!" Solar menampar-nampar wajahnya sendiri.
"Eghh.." Erangan kesakitan seseorang perlahan-lahan mengejutkan Solar, matanya terus menatap ke arah Gempa.
Kelihatan wajah Gempa mengerut, badannya berpeluh dan seluruh badannya menggigil.
"Gempa?!" Solar cepat-cepat ke posisi duduk dan menyentuh wajah Gempa.
"Panas! Adakah Gempa tidak sihat?!" Solar terkejut dan terus dalam keadaan cemas.
Mata Solar memandang sekeliling dan ternampak air berada di atas meja. Solar terus bangun dan mengambil air itu, dia menuangkan air ke dalam telapak tangannya sebelum mengusap itu keseluruhan wajah Gempa. Solar membuat itu perkara yang sama berkali-kali supaya suhu badan Gempa menurun.
"Ti..Tidak! Tok Kasa!" Gempa terus terjaga menyebabkan Solar terkejut.
"Agh?! Dagu aku! Aduh?!" Solar tergolek ke lantai apabila kepala Gempa terhantuk dagunya dengan sangat keras.
"Huh? Alamak! Kau okey, Solar?!" soal Gempa dengan cemas.
"A.. Aku okey." Solar perlahan-lahan bangun, sekali-sekala dia mengusap dagunya sendiri yang terasa sakit.
"Maafkan aku," ucap Gempa.
"Tidak mengapa, aku tahu kau tak sengaja. Baring, kau tak sihat ni." Solar menolak Gempa kembali ke posisi baring.
"Hu..Huh? Aku tak sihat?" Gempa terkebil-kebil.
"Ya, tiba-tiba badan kau panas. Hmm.. Cara kau soal ni, adakah kau tidak pernah sakit sebelum ni?" Solar mengerutkan dahinya.
Gempa menggelengkan kepalanya.
"Tidak. Aku hanya pernah cedera, itu sahaja. Selalunya imunisasi badan kita tidak mudah dapat sakit seperti manusia biasa," kata Gempa.
"Hmm.. Apabila difikirkan balik, aku pun tidak ingat bila kali terakhir aku tidak sihat. Aku tidak perasan tentang itu selama ini." Solar mengusap dagunya sendiri.
Gempa melihat tangannya sendiri, urat hitam kelihatan samar-samar di lengannya.
"... Mungkin mutasi ini membuat aku sakit," keluh Gempa.
"Huh?! Biar betul ni?!"
"Ya, sebab kita pecahan Primordial. Badan kita mampu menahan mutasi tapi ianya menyebabkan badan kita jadi lemah dan jatuh sakit," kata Gempa.
Solar mengeluh, dia sekali-sekala mengusap pipi Gempa.
"Pecahan Celestia turut terkena sumpahan Celestia dan memakan mereka hidup-hidup."
Tiba-tiba kisah Peperangan Celestia yang diceritakan oleh Gempa bermain di fikiran Solar.
"Adakah kau risau?" soal Gempa.
"Sudah tentu aku risau! Kau jatuh sakit sekarang ini!... Aku tak nak kau jadi seperti mana terjadi pada Peperangan Celestia," kata Solar.
"... Maafkan aku," ucap Gempa.
".. Oh ya, Gempa?"
"Ya?"
"Boleh aku tanya soalan kat kau?" soal Solar.
"Boleh." Gempa menganggukkan kepalanya.
"Adakah Tok Kasa itu profesor yang jaga kau?" soal Solar membuatkan Gempa terus terdiam.
Melihat raut wajah Gempa itu, Solar sudah pasti itu adalah jawapannya.
"Ba.. Bagaimana kau tahu?" soal Gempa pula.
"Sebab kau sebut nama tu tadi," balas Solar.
"Ah."
"Dan juga aku mimpi Tok Kasa," sambung Solar.
"Huh?" Gempa terkejut.
"Ya. Apa yang aku ingat, aku dibawa oleh kau keluar daripada sebuah tempat yang hampir hancur dan aku nampak... Tok Kasa mati," terang Solar.
Gempa terkedu mendengar kata-kata Solar itu, pandangannya teralih dan tangannya digepalkan.
"Maafkan aku sebab aku soal tentang tuan kau," kata Solar lalu dia memegang tangan Gempa.
"... Ti.. Tidak mengapa. Aku fikir memori kau takkan kembali tetapi ternyata memori itu mula kembali," balas Gempa.
"Huh?" Solar terkebil-kebil.
"Kau masih tidak ingat semasa kau dilahirkan semula?" soal Gempa.
"Tidak, tidak pernah."
"Baguslah." Gempa menghela nafas lega.
"Apa yang terjadi?"
"... Kau tidak perlu tahu lagi. Aku yakin kau tidak bersedia lagi untuk dengar bahagian itu," kata Gempa.
"Oh."
Melihat raut wajah Gempa yang tidak senang, Solar terus mendiamkan dirinya. Solar berasa serba salah menanyakan soalan yang membawa kembali trauma kepada Gempa semasa dia sedang sakit.
"Kau tak perlu rasa serba salah." Gempa mengusap pipi Solar.
"Hu..Huh? Ma.. Mana ada aku rasa serba salah!" kata Solar dengan cemas manakala Gempa ketawa kecil.
"Tutup mata kau! Kau perlu rehat lagi, biar aku jaga kau! Aku akan tanya Ochobot untuk cari kain basah!" Solar cepat-cepat bangun dan berjalan keluar daripada bilik itu dalam keadaan tergesa-gesa.
Gempa sekadar memandang Solar sehingga lelaki itu menghilang daripada pandangannya, tangannya mengusap wajahnya sendiri dengan kasar manakala mulutnya melepaskan keluhan yang sangat berat.
"Maafkan aku. Waktu kelahiran semula kau adalah titik permulaan di mana mimpi ngeri itu berlaku. Aku tidak bersedia untuk kau tahu hal yang sebenar. Ma.. maafkan aku," kata Gempa di dalam hati.
Mata Gempa perlahan-lahan berkaca sebelum air mata jatuh ke pipi Gempa.
"A.. Aku tak boleh nangis. Aku kena kuat, aku tak nak Solar nampak aku selemah ini." Gempa mengelap air matanya dengan kasar.
[PROJEK PRIMORDIAL]
"Ochobot!" Solar menegur Ochobot yang sedang senang-lenang pada port mengecasnya.
"Oh, Solar dah bangun!" kata Ochobot dengan teruja, robot itu terus terbang ke arah Solar.
"Kita ada kain kecil ke?" soal Solar.
"Mungkin ada? Kenapa?" Ochobot kehairanan.
"Gempa jatuh sakit, aku nak sejukkan badan dia."
"Huh?! Tuan Gempa jatuh sikit?!" Ochobot terkejut.
"Huh?! Ketua jatuh sakit?!" celah Yaya dan Ying secara serentak.
"Apa?!" Kedengaran pula jeritan Gopal daripada kokpit kapal.
Solar menatap datar ke arah Ochobot manakala Ochobot mampu ketawa gemuruh.
"Betul ke ketua jatuh sakit?!" soal Yaya dengan perasaan cemas.
"Ya tapi dia sudah sedar. Mungkin sebab mutasi itu buat dia jatuh sakit," balas Solar.
Yaya, Ying dan Ochobot hanya mampu memandang antara satu sama lain. Masing-masing menunjukkan raut wajah kerisauan.
"Korang jangan risaulah. Mungkin sakit dia itu akan sembuh, aku yakin tu!" kata Solar, senyuman lebar menghiasi bibirnya.
Solar tahu kawan-kawannya sedang risaukan kondisi Gempa, jadi dia cuba berfikiran positif untuk menyedapkan hati mereka.
"Oh ya. Ada kain kecil?" soal Solar.
"Oh ya, aku hampir lupa! Ikut aku," kata Ochobot lalu dia terbang ke bilik penyimpanan barang.
Solar terus mengikuti Ochobot dan pergi ke bilik penyimpanan barang.
"Mungkin ada kain kecil di sini, biar aku cari." Ochobot menyelongkar kotak-kotak di dalam bilik itu.
"Okey." Solar memandang sekeliling dan matanya terarah pada susunan fail pada rak.
Solar mengambil salah satu fail tersebut, dia membaca tulisan pada kulit fail itu.
Projek Aether, BBB-07.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top