PROJEK 2
"Special iced chocolate dua untuk meja empat!" Lantang suara seorang gadis bertudung merah jambu, Yaya kepada lelaki berbangsa india yang sibuk menyediakan setiap minuman di dapur kedai itu.
"Okey, sebentar!" sahut Gopal, habis berpeluh apabila pelanggan kali ini sungguh ramai.
"Weh, kenapa kedai tiba-tiba banyak orang ni?" soal gadis berbangsa cina, Ying kepada Yaya.
"Entah, mungkin sebab sekarang musim panas?" Yaya menjongket bahunya, dia juga keliru kenapa secara tiba-tiba mereka menerima pelanggan yang sungguh ramai.
"Itu ke lelaki yang sentiasa awet muda tu?" Tiba-tiba satu bisikan daripada sekumpulan wanita menarik perhatian Yaya dan Ying.
"Aku rasa yang itulah, aku dengar dia sentiasa nampak muda seperti remaja walaupun umur dia sudah berpuluh tahun."
"Betul ke?! Apa rahsia dia?! Aku pun nak nampak muda macam dia! Tengok muka aku yang sudah mula berkedut ni, aku dengki."
"Shh! Janganlah cakap kuat-kuat, nanti orang lain dengar pula."
"Aku rasa dia pakai susuk sebab itu dia sentiasa nampak muda." Kedengaran pula bisikan daripada sekumpulan lelaki tua.
"Kalau dia pakai susuk, mesti kita nampak dia tua. Jantina bertentangan sahaja yang nampak dia kacak dan muda."
Pelbagai bisikan dan umpatan yang Yaya dan Ying dengar, kesemua mata pelanggan terarah pada sosok yang sibuk menjaga kaunter iaitu Solar. Yaya dan Ying memandang antara satu sama lain, wajah mereka kelihatan menunjukkan kerisauan.
"Terima kasih kerana membeli," kata Solar dengan ramah kepada pelanggan yang beredar setelah sudah membeli.
"Oh, Solar. Sudah lama kita tak jumpa," sapa seorang wanita dalam lingkungan pertengahan 40-an.
"Oh. Selamat datang.. makcik?" Solar kelihatan teragak-agak untuk membalas sapaan wanita itu.
"Kau tak ingat aku ke?" soal wanita itu lagi.
"Hu..huh?" Solar terkebil-kebil.
"Ini akulah, Sarah. Kawan sekolah kau dulu," kata wanita itu dengan ceria.
"Eh? Sarah, atlet terhandal itu ke?" Solar terkejut.
"Ya, akulah tu. Kau masih nampak muda seperti dulu, aku dengki. Aku harap aku selalu nampak muda macam kau," kata wanita itu, cuba untuk memuji Solar.
"Te.. Terima kasih." Kelihatan wajah Solar bertukar sedikit suram, dia tidak tahu dia mahu gembira dengan pujian itu.
"Oh, beri aku satu special iced chocolate. Bungkus ya," kata wanita itu.
"Ah! Baik, semuanya dua belas ringgit." Solar tersedar daripada lamunannya, dia terus menekan mesin duit.
"Kau dengar apa yang aku dengar?" bisik Ying.
"Ya.. Aku rasa dia tak sesuai untuk tinggal di sini lagi," balas Yaya, gadis itu kelihatan kasihan dengan Solar.
Masa berlalu dengan pantas, satu per satu pelanggan mula meninggalkan kedai tersebut sehingga jam menunjukkan pukul enam. Kerusi diangkat ke setiap meja untuk kerja pembersihan, kelihatan Solar bersama rakan-rakan sekerjanya bertungkus-lumus membersihkan kedai kerana waktu tutup sudah tiba. Kedai yang pada mulanya penuh dan sekarang tinggal empat orang sahaja di dalam kedai tersebut.
"Solar, aku dah bungkus cekodok coklat untuk kau!" kata Gopal dengan nada lantang.
"Okey, Gopal! Nanti aku ambil," sahut Solar pula yang sibuk membersihkan lantai kedai.
"Kerja kami dah selesai! Kami balik dahulu, Solar!" sapa Yaya.
"Baik! Bye, Yaya! Bye, Ying! Kerja yang bagus!" kata Solar.
"Terima kasih!" kata Yaya dan Ying serentak, kedua-dua gadis itu mula beredar untuk pulang ke rumah masing-masing.
Solar melambaikan tangannya ke arah mereka berdua sebelum mereka perlahan-lahan hilang daripada pandangannya. Wajah Solar yang kelihatan ramah pada mulanya bertukar suram kembali, matanya memandang ke arah matahari yang terbenam. Termenung jauh dan mengeluh.
"Uish, kuat betul mengeluh? Fikir pasal duit ke?" tegur Gopal menyebabkan Solar tersentak.
"Ish, kau ni! Terkejut aku!" marah Solar.
"Haha, janganlah marah. Aku tegur je." Gopal tersengih.
Solar berdengus dan matanya kembali menatap langit yang bertukar warna keorenan. Cantik, fikirnya.
"Gopal?"
"Hm? Kenapa?" Gopal menatap Solar manakala mulutnya sibuk mengunyah roti coklat yang berada di dalam tangannya.
"Adakah aku sentiasa nampak muda?" soal Solar.
".. Kenapa kau tanya tu?" Gopal kelihatan teragak-agak apabila Solar melontarkan soalan itu.
"Saja tanya. Ramai yang cakap aku sentiasa nampak.. muda," balas Solar.
Gopal terjeda seketika, matanya sayu menatap Solar. Walaupun wajah Solar kelihatan tenang sahaja tetapi dia tahu bahawa satu perasaan tersurat di dalam hati sahabatnya yang satu itu.
"Dey, kau tengok aku ni. Adakah aku nampak tua? Tidak, kan? Kau lupa ke kita kawan baik sejak kecil lagi? Aku nampak muda sampai sekarang macam kau, cuma orang lain je tak tegur aku ni. Tengok Yaya dan Ying tu, muka mereka sama jugakan? Setiap orang menua dengan cara yang berbeza-beza," kata Gopal, cuba menyedapkan hati Solar.
Solar terjeda seketika dan menetap wajah Gopal.
"Hm... Mungkin betul juga apa yang kau cakap."
[PROJEK PRIMORDIAL]
Sementara itu, Gempa berdiri di hujung bumbung sebuah bangunan bertingkat lima belas. Matanya masih fokus pada radar.
"Adakah dia masih tinggal di rumah yang sama?" fikir Gempa.
BEEP!
Tiba-tiba satu amaran muncul pada skrin hologram, mengejutkan Gempa.
"Amaran! Mutasi Kubulus berada berdekatan." Suara robotik bersuara melalui skrin hologram Gempa.
"Apa?" Mata Gempa membulat apabila beberapa titik merah yang banyak berkeliaran di sekeliling Gempa.
Satu deraman yang kedengaran daripada jauh mengejutkan Gempa, matanya memandang sekeliling dan beberapa ekor raksasa berwarna hijau yang menakutkan sedang merangkak pada beberapa bangunan yang tidak jauh daripada dia.
"Tak guna, aku kena cepat." Gempa berdecit, dia terus melompat dari bangunan ke bangunan yang berbeza dengan pantas.
Kembali kepada Solar, kelihatan Solar menapak masuk ke dalam sebuah rumah dan menutup pintu utama rumahnya itu.
"Ayah, Solar sudah pulang." Suara Solar bergema di dalam rumah yang sunyi itu.
"Solar sudah balik?" Kedengaran suara lelaki tua menerpa pendengaran Solar.
"Oh, ayah duduk dalam bilik rupanya. Ayah dah makan?" soal Solar sambil berjalan mendekati lelaki tua itu, Amato yang merupakan ayahnya.
"Sudah, kamu sudah makan?" soal Amato, badannya sedikit lemah kerana sudah lanjut usia. Tangannya memegang erat tongkat supaya membantu dia untuk berdiri dan berjalan.
"Sudah, ni Solar ada bawa balik sikit cekodok coklat. Mari kita makan sama-sama?" tawar Solar.
"Baiklah, mari kita ke ruang tamu." Amato berjalan perlahan-lahan ke arah ruang tamu.
Solar yang memandang keadaan Amato yang semakin lemah itu membuatkan hatinya terasa berat, matanya teralih ke arah cermin yang ada pada dinding. Matanya memandang tepat pada wajahnya sendiri. Ayahnya sudah tua malah dia masih berwajah remaja sejak beberapa tahun lalu, dia tidak tahu penyebabnya. Adakah ianya sebuah sumpahan tetapi mengapa dia?
"Solar? Kenapa kamu masih tercegat di situ?" tegur Amato menyebabkan Solar tersentak daripada lamunannya.
"Ma..Maafkan, Solar. Solar pergi buat air dulu, ayah nak air apa-apa?" soal Solar.
"Air suam sudah cukup, ayah dah tak boleh minum air manis sangat."
"… Baiklah," kata Solar sebelum dia menapak ke dapur.
Solar meletakkan bungkusan makanan di atas kaunter dan mengambil pinggan sebelum meletakkan cekodok coklat di atas pinggan tersebut. Dia meletakkan pinggan dan dua cawan di atas talam sebelum matanya menatap bekas air di atas meja.
"Mungkin hari ni minum air suam juga," kata Solar di dalam hati sebelum mengambil bekas air itu dan letakkannya di atas talam.
Solar berjalan ke ruang tamu bersama talam itu, kelihatan Amato sedang menonton televisyen.
"Rakaman sebuah serangan udara yang tidak dikenali berlaku di Pulau Rintis viral dan menarik perhatian ramai penduduk, serangan tersebut didapati berlaku pada.."
Kedengaran seorang pembaca berita pada skrin kaca televisyen memberitahu sebuah berita.
"Hm, mesti berita palsu lagi. Tak pernah tengok kapal bentuk macam tu," celah Solar.
"Huh?.. Ya." Kelihatan lelaki tua itu seperti tersentak daripada lamunan dia.
"Ayah? Ayah okey ke?"
".. Ya, ayah okey. Eh? Kamu pun minum air suam ke?" Amato cuba untuk mengubah topik.
"Tak terasa nak minum air manis," balas Solar sebelum dia duduk di sebelah ayahnya itu.
Solar dan Amato menonton televisyen sambil makan cekodok coklat tetapi mereka tidak sedar sesuatu yang menakutkan mengintip mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top