PROJEK 19
"Na..Nanti, bukan ke ini jantung lelaki tadi?" Solar terkejut.
"Ya, ianya jantung BBB-02 tetapi kau boleh panggil dia Halilintar. Itu apa yang aku dengar," kata Gempa.
Solar menatap jantung kristal berwarna merah itu, ianya langsung tidak menakutkan Solar malah kilauan jantung itu menarik perhatian Solar.
"Macam ini rupa jantung pecahan Primordial?... Adakah jantung aku seperti ini?" fikir Solar lalu dia memegang dadanya sendiri.
"Kenapa kau pegang dada kau sendiri?" soal Gempa.
"Oh. Aku cuma fikir jika jantung aku sama seperti ini," balas Solar.
"Kita semua ada mempunyai jantung yang sama rupa," kata Gempa.
"Kau pun sama?" soal Solar.
"Ya. Boleh ke kau jaga jantung itu dengan baik?" soal Gempa pula.
"Boleh." Solar menganggukkan kepalanya.
"Baguslah. Oh ya, jantung BBB-02 nampak seperti tidak berdegup tetapi jika kau dekatkan telinga kau. Kau akan masih boleh dengar dengupan jantung dia," kata Gempa.
"Eh?! Betul ni?!" Solar terkejut.
"Cubalah dengar," kata Gempa.
Solar perlahan-lahan mendekatkan jantung kristal itu di telinganya.
"Aku dapat mendengarnya!" Solar berasa teruja apabila dapat mendengar degupan jantung yang sungguh jelas.
"Maknanya BBB-02 di dalam itu," kata Gempa.
"Maksudnya dia tak mati lagi?!" soal Solar.
"Mati sebagai Putera Halilintar, jantung dia menunggu badan baharu untuk dilahirkan semula." Gempa memberi keterangan.
"... Jika dia dapat badan baharu, adakah dia akan hilang ingatan sebagai Putera Halilintar?" soal Solar.
"Ya."
Solar kembali terdiam, matanya menatap lama ke arah jantung Halilintar itu.
"Kenapa?" Gempa hairan apabila Solar tiba-tiba terdiam.
"Ji.. Jika kau mati.. Adakah kau akan lupakan aku?" soal Solar.
Gempa membulatkan matanya, dia tidak sangka bahawa Solar bakal melontarkan soalan itu.
"A.. Aku tidak pasti. Itu apa yang aku belajar daripada tuan aku, lagipun kita hanya generasi kelahiran semula pecahan Celestia. Jadi kita tidak akan mengingati memori lama kita," balas Gempa.
"... Okey," balas Solar dengan sedih.
Gempa terdiam seketika sebelum mengiring ke arah Solar dan memberi sedikit ruang di atas katil.
"Mari sini." Gempa menarik perhatian Solar untuk baring di sebelah dia.
"Kenapa?" Solar keliru.
"Baring di sebelah aku, aku yakin kau pun penat." Gempa mempelawa lagi.
Solar mengikuti kehendak Gempa dan baring di sebelah lelaki itu tetapi Solar terkejut apabila Gempa terus memeluk dia.
"Ke.. Kenapa kau tiba-tiba peluk aku ni?!" soal Solar, wajahnya kemerahan.
"Shh.. Dengar," kata Gempa.
Solar terus mendiamkan dirinya, keadaan menjadi kekok seketika.
DUP! DAP! DUP! DAP!
Solar membulatkan matanya dan menatap ke arah Gempa.
"Kau dengarkan jantung aku berdegup? Selagi jantung aku berdegup, aku akan sentiasa dengan kau. Jika suatu hari nanti aku lupa kau, cuba ingatkan aku." Gempa tersenyum ke arah Solar.
"Ka.. Kau, sejak bila kau pandai berkata berbunga-bunga ni?" soal Solar.
"Mungkin sebab kau sudah membuat aku terasa hidup semula," balas Gempa.
Solar terkedu mendengar jawapan Gempa itu. Dia menatap mata Gempa yang pada mulanya kosong, sekarang ini ternampak seperti dipenuhi dengan sinar baharu.
"Walaupun kuasa kau masih terkunci, mungkin kau sudah menyinari aku. Terima kasih."
Tiba-tiba satu perasaan terbuku di hati Solar tetapi dia tidak mampu berkata apa-apa lagi dan terus memeluk Gempa dengan erat.
"Hehe. Kenapa kau tiba-tiba peluk aku ni?" soal Gempa.
"Tiada apa-apa. Aku cuma rasa nak peluk kau," balas Solar.
"Hehe. Baiklah, tutuplah mata kau. Aku tidak akan ke mana-mana," kata Gempa lalu dia menutup matanya.
Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka luas.
"Tuan Gempa, aku ada bawakan a.."
Ochobot tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila melihat Solar dan Gempa sudah hanyut dibuai mimpi dalam pelukan masing-masing.
"Hehe. Sepertinya aku menganggu tidur mereka," kata Ochobot, dia meletakkan air di atas meja.
Ochobot terus terbang ke arah mereka berdua dan meletakkan selimut pada badan mereka sebelum terbang keluar.
"Bagaimana dengan ketua?" soal Yaya dengan perasaan ingin tahu.
"Dia sudah tidur dengan Solar," balas Ochobot.
"Baguslah, aku harap dia bertambah baik." Yaya menghela nafas lega.
"Nampaknya sekarang Aislah jadi ketua ganti kita?" seloroh Gopal.
"Dah tu? Siapa lagi nak uruskan korang semua? Tapi kita masih kena pergi ke Baraju. Hah, aku tak suka pergi balik ke sana." Ais mengeluh.
"Tetapi ianya penting, jadi kita tidak boleh buat apa-apa." Yaya mencelah.
"Ya, aku harap aku tak jumpa budak baran tu." Ais gumam seorang diri.
[PROJEK PRIMORDIAL]
Sementara itu, kelihatan Kira'na menangis teresak-esak di hadapan serpihan badan Fang dan Kaizo. Sai dan Shielda memandang antara satu sama lain, mereka berdua tidak dapat menenangkan maharani mereka yang satu ini.
"Tiada gunanya tuanku menangis kerana mereka seperti dahulu, Maharani Kira'na."
Teguran seseorang terus membuatkan Kira'na terus menghunuskan pedangnya ke arah sosok itu tetapi sosok itu berjaya memegang bilah pedangnya.
"Huh?! Bagaimana kau berada di sini?!" marah Kira'na.
"Patik sudah lama mengikuti tuanku tetapi patik memilih untuk guna Putera Halilintar dahulu, patik yakin tuanku bakal murka kepada patik seperti sekarang ini." Beliung membalas, senyuman sinis menghiasi bibirnya.
"Mengapa kau perlu mengikuti beta?!" marah Kira'na lagi.
"Seperti Nenda Ratu Satriantar katakan, tuanku bakal buat pilihan terburu-buru dan sekarang lihatlah dengan perbuatan tuanku. Adakah tuanku masih tidak sedar atau tuanku sudah dibutakan oleh kesedihan tuanku itu?" balas Beliung.
Kata-kata Beliung itu membuatkan Kira'na terdiam sepenuhnya.
"Tuanku mesti ingat yang BBB-07 masih diluar sana, jadi tuanku masih ada peluang untuk hidupkan Halilintar, Fang dan Kaizo semula. Jadi apa kata kita bekerjasama untuk dapatkan BBB-07?" kata Beliung sambil menghulurkan tangannya kepada Kira'na.
Kira'na menatap tangan Beliung dan wajah Beliung secara bergilir-gilir.
"Tuanku jangan biarkan tangan patik tergantung lama atau tuanku mahu patik sahaja uruskan BBB-07?" Beliung tersenyum sinis.
Kira'na mengetapkan giginya sedikit, air mata dilap dengan kasar sebelum wanita itu berjabat tangan dengan Beliung. Tiba-tiba rantai bercahaya muncul, mengikat pada lengan Beliung dan Kira'na.
"Huh?! Nanti, kontrak?!" Kira'na membulatkan matanya.
"Sepertinya tuanku tidak perasan," kata Beliung sambil melepaskan tangan Kira'na dan dia menunjukkan telapak tangannya.
Ternyata terdapat kesan hirisan pada telapak tangan lelaki itu.
"Dasar licik, inilah salah satu kenapa beta tak suka kau." Kira'na berdecit dan menatap tajam ke arah Beliung.
"Haha tapi tuanku masih tidak perasan perbuatan patik terhadap tuanku. Tuanku jangan risau, patik sekarang akan mendengar segala kata-kata tuanku." Beliung menatap sinis ke arah wanita itu.
"Apa-apa sahaja. Setelah kita selesai tangkap BBB-07 dan bunuh BBB-01, beta mahu kontrak kita dihapuskan."
"Baiklah, patik akan tunaikan kehendak tuanku setelah selesai tapi ada satu soalan yang ingin patik mahu soalkan. Bolehkah tuanku menjawabnya?" soal Beliung.
"Soalan apa?" Kira'na mengerutkan keningnya.
"Kenapa tuanku mahu bunuh BBB-01 sangat-sangat? Bukankah dia pecahan paling lemah? Tuanku bunuh dia seperti dia ancaman terhadap kita," kata Beliung.
"Dia sememangnya ancaman kepada kita," cantas Kira'na.
"Eh?" Senyuman sinis Beliung menghilang, raut wajah keliru muncul di wajah Beliung.
Beliung menatap wajah Kira'na, raut wajah wanita tidak menunjukkan yang dia bermain-main dengan kata-katanya sebentar tadi.
"Apa maksud tuanku?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top