PROJEK 18

Luka yang sangat teruk terhasil di perut Gempa, urat hitam sudah mengalir di seluruh badan Gempa. Ianya sudah kelihatan merebak dengan pantas.

"Bagaimana ini boleh terjadi?! Ianya bukan dari perlawanan tadi, kan?!" soal Solar.

"... Tidak. Cara ianya merebak, ianya bukan luka baru. Aku pergi cari antidot!" Ais terus berlari keluar daripada bilik itu.

Solar menatap wajah Gempa yang pucat itu, hatinya terasa sakit melihat keadaan lelaki yang cuba melindungi dia itu. Dia tidak mahu perkara sama berlaku seperti berlaku kepada ayahnya.

"Gempa, tolonglah bertahan. Jangan tinggalkan aku." Solar memegang tangan Gempa dengan erat, air mata berjurai membasahi pipinya.

Solar menangis teresak-esak, dia berharap Gempa masih mampu bertahan demi dia.

"So.. Solar." Tiba-tiba suara Gempa yang lemah kedengaran.

"Hu.. Huh? Gempa?" Solar terus menatap ke arah Gempa.

"Kau.. menangis lagi." Gempa mengusap pipi Solar.

"Gempa, bertahanlah! Tolonglah jangan tinggalkan aku! Aku merayu!" rayu Solar, dia memegang tangan Gempa dengan erat.

Air mata Solar semakin berjurai manakala Gempa menatap lemah wajah Solar, tangan Gempa mengusap air mata Solar.

"Maafkan aku sebab kau kena lihat aku seperti ini," kata Gempa.

"Kenapa kau perlu minta maaf?! Ini bukannya salah kau!" marah Solar dalam tangisan.

"Ma.. Maaf."

Ais menyerbu masuk ke dalam bilik simpanan antidot, dia menyelerakkan barangan pada rak dan mencari antidot yang diinginkan. Ais menarik kotak kecil yang tersorok di dalam kotak besar, tangannya membuka kotak itu dan Ais membulatkan matanya.

Terdapat hanya satu botol antidot tinggal di dalam kotak kecil itu.

"... Tak guna. Adakah ini sebab Gempa cuba balut luka tu?... Gempa, kau tak guna." Ais terus berlari ke Gempa dalam keadaan tergesa-gesa.

Yaya, Ying dan Ochobot yang perasan Ais berlari hanya mampu menunjukkan kerisauan di dalam diri mereka.

"Lu yakin ke ketua akan baik-baik sahaja?" soal Ying.

"Aku tak pasti tapi aku cuma harap luka itu tidak teruk," balas Yaya.

"Tapi jika Tuan Gempa mati... Maknanya Yaya dan Gopal akan.."

"Jangan cakap macam tu! Ketua takkan mati! Aku percaya tu, ketua selalu kuat! Aku percaya ketua takkan pernah mati!" Ying terus mencantas kata-kata Ochobot membuatkan robot itu terus terdiam.

"Yi... Ying." Yaya berasa sedih mendengar kata-kata Ying itu.

"A.. Aku tak nak kehilangan Yaya dan Gopal," gumam Ying, air mata mula mengalir membasahi pipinya.

Yaya dan Ochobot hanya mampu memandang antara satu sama lain, mereka berdua terus memeluk Ying. Cuba menenangkan Ying.

"Gempa, kenapa kau tidak beritahu yang antidot sudah tinggal satu?! Adakah itu sebab kau simpan ini daripada kami?!" marah Ais yang mencuci darah hitam pada luka Gempa.

"Ma.. Maafkan aku. Aku tidak dapat jumpa lagi air mata Celestia di mana-mana untuk dibuat antidot dan antidot itu untuk hal kecemasan," balas Gempa, sekali-sekala merintih kesakitan apabila Ais menekan lukanya.

"Dan sekarang adalah hal kecemasan! Kau akan guna ini!" kata Ais sambil membuka penutup botol antidot itu.

"Ba.. Bagaimana kalau yang lain kena nanti?" soal Gempa, cuba menghalang Ais.

"Sekarang kau masih fikir tentang yang lain?! Kau tengah sakit sekarang ni!" marah Solar membuatkan Gempa terus terdiam.

"Guna antidot tu! Kalau kau tak gunakannya, bagaimana kau nak lindungi aku?!" marah Solar lagi.

"... Baiklah." Gempa pasrah.

"Heh, kau memang degil. Sepertinya kau hanya dengar cakap Solar," kata Ais, tersenyum sinis.

"Diamlah kau." Gempa mengalihkan pandangannya, sekali-sekala batuk terkeluar daripada mulutnya.

"Bertahan, aku akan tuang sikit kat luka kau. Ianya pasti sakit," kata Ais lalu dia menuang beberapa titik antidot terus ke luka Gempa.

"Aghhh?!" Gempa menjerit kesakitan dikala lukanya berbuih seperti air yang menggelegak.

Solar terkejut mendengar jeritan Gempa itu, dia terus menutup matanya kerana tidak sanggup melihat luka Gempa yang berbuih tetapi tangannya masih memegang tangan Gempa dengan erat.

"Hiks.." Tangisan terlepas daripada Gempa, dia tidak dapat terangkan betapa sakit lukanya itu.

"Buka mulut kau," kata Ais.

Gempa dengan lemah membuka mulutnya manakala Ais menuangkan sisa antidot ke dalam mulut Gempa. Gempa menelan sisa antidot itu dan perlahan-lahan urat hitam itu menghilang, hanya luka pada perut Gempa masih tidak sembuh.

"Sepertinya ia hanya mampu melambatkan proses mutasi itu," kata Ais.

"Huh? Tiada lagi ke antidot itu di mana-mana?" soal Solar.

"Ti.. Tiada. Tasik Air Mata Celestia berada di Atatatiga di mana Puak Kubulus tinggal, setahu aku tasik itu sudah kering beberapa tahun lepas." Gempa mencelah.

"Huh?! Itu tak adil! Ini pasti Puak Kubulus keringkan tasik itu," marah Solar.

Gempa sekadar senyuman ke arah Solar dan mengusap rambut Solar.

"Tapi aku masih marah dengan kau! Bukankah kita sudah janji untuk tidak berahsia lagi?!" Solar sambung marah.

"Maaf, maaf. A.. Aku tak mahu risaukan kau," kata Gempa.

"Bagaimana kau dapat luka ini?" soal Ais.

"... Semasa aku selamatkan Solar di Bumi," balas Gempa.

"Nanti. Maksud kau semasa Amato... Kau pun.." Ais terkedu.

"Ya. Aku pun kena," kata Gempa.

"Kau tak guna! Aku benci kau!" Solar terus menumbuk dada Gempa dengan kuat secara tidak sengaja kerana terlampau marah.

"Agh?!" Gempa menjerit kesakitan.

"Alamak! Aku terpukul kuat ke?! Maafkan aku!" ucap Solar sambil mengusap dada Gempa.

"Ti..Tidak mengapa. Aku memang layak dimarahi oleh kau," kata Gempa.

"Hah, aku dah balut luka kau. Jadi rehat, jangan paksa diri kau. Aku dan yang lain ada lagi untuk lindungi Solar," kata Ais sambil mengemas alat perubatan.

"Terima kasih," ucap Gempa.

"Heh, nasib baik Solar cedera biasa. Kalau dua-dua cedera parah, aku pun tak tahu nak cakap apa. Huru-hara aku rasanya," kata Ais.

"Apa cakap macam tu, tak baiklah!" marah Solar.

"Heh, korang berehatlah dulu. Aku akan teman Gopal. Kau boleh jaga budak degil ni untuk aku, Solar?" soal Ais.

"Bu.. Budak degil?" Gempa menatap datar ke arah Ais.

"Sudah tentu boleh!" balas Solar.

"Bagus." Ais terus berjalan keluar, meninggalkan Solar dan Gempa.

Solar terus menatap ke arah Gempa.

"Kalau sakit, cakap. Jangan nak diam je, buat aku risau je." Solar mencebikkan bibirnya.

"Maaf."

Solar mengeluh dan mengusap luka Gempa itu.

"Kenapa?"

"Kalau aku ada kuasa, mesti aku dapat sembuhkan kau."

Gempa terdiam mendengar kata-kata Solar itu.

"Kau cuba lindungi aku tetapi akhirnya kau cedera sebab aku. Kalaulah kali ni aku dapat lindungi kau," kata Solar, suaranya kedengaran sedih.

"... Solar, boleh aku beri kau sesuatu? Aku harap kau dapat menjaganya," kata Gempa yang daripada tadi terdiam.

"Apa benda?" Solar mengerutkan dahinya.

Gempa mengeluarkan jantung kristal milik Halilintar dan meletakkannya di atas telapak tangan Solar.

"Huh?!" Solar terkejut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top