PROJEK 16

"Apa?! Pergi ke Baraju?!" jerit Gopal.

"Shh! Jangan jerit, nanti yang lain dengar!" Ais menutup mulut Gopal.

"Kami dengarlah!" kata Ying, Yaya dan Ochobot serentak yang sudah berada di pintu kokpit.

Ais menatap datar ke arah Gopal manakala Gopal tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Kenapa kita tiba-tiba kena pergi ke Baraju?" soal Ochobot.

"Gempa kata dia nak ambil maklumat di tempat pemilik asal aku," balas Ais.

"Sebab tu je? Adakah maklumat yang ketua dapat tidak mencukupi?" soal Gopal.

"Mungkin dia ingin ambil data tentang Pintu Gerbang Celestia," balas Ais.

"Oh, kemungkinan besar ya." Yaya bersetuju.

"Betul juga, ketua pernah cakap data tentang Pintu Gerbang Celestia sudah hilang." Ying pula bersetuju.

"Tapi bukankah ianya menempah maut jika kita memasuki Planet Baraju?" celah Ochobot.

"Hmm.. Benar juga ya, susahlah kalau macam ni." Yaya mengusap dagunya, fikirannya mula merancang strategi.

"Tentang itu, aku atau Gempa boleh sahaja masuk. Korang semua jaga Solar, itu sahaja." Ais memberi cadangan.

"Baiklah kalau macam tu, kami akan jaga Solar!" kata Yaya dengan semangat.

"Jaga baik-baik, jangan hilang seperti tadi. Gopal, kita bergerak cepat. Kita tak mahu ada yang mengikuti kita," arah Ais.

"Okey!" Gopal terus menekan butang automatik kapal kepada manual, bersedia untuk memandu kapal sebelum..

BOOM!

"Ahh?!" Menjerit Ais, Gopal, Yaya dan Ying apabila satu serangan udara menyerang kapal mereka.

Habis bergegar kapal angkasa mereka dan masing-masing hilang keseimbangan termasuk ianya mengejutkan Gempa dan Solar.

"Hu... Huh?! Apa tu?!" Solar terbangun secara mengejut.

"Sepertinya kita diserang! Aku kena pergi!" Gempa terus bangun dan ingin berlari keluar.

"Aku pun nak ikut!" Solar perlahan-lahan bangun.

"Tidak! Kau tinggal dalam ni buat sementara waktu!" bantah Gempa, dia terus menutup pintu bilik.

Solar terkedu melihat tingkahlaku Gempa tetapi dia mengikuti kehendak Gempa dan kembali duduk di atas katil.

"Mungkin aku boleh tengok dari sini," kata Solar, dia menyelak langsir yang menutupi tingkap bilik itu dan memandang sekeliling.

Solar tercengang apabila sebuah kapal angkasa yang besar cuba mengikuti mereka.

"Siapa yang serang kita?!" soal Gempa yang menyerbu masuk ke dalam kokpit kapal.

"Ka.. Kapal Diraja Gur'latan," balas Gopal dengan nada terketar-ketar.

"Apa?!" Gempa terkejut.

Tiba-tiba enjin kapal angkasa mereka serta-merta mati dengan sendirinya.

"Adakah enjin kita rosak?!" soal Ochobot.

"Tidak, sepertinya enjin kapal angkasa kita digodam oleh mereka!" balas Gopal yang cuba menghidupkan enjin kapal.

"Tsk! Ying, godam kapal mereka semula! Hapuskan penggodam mereka!" arah Gempa.

"Baik, ketua!" balas Ying lalu gadis itu mengerakkan tangannya di wajahnya dan cermin mata hologram muncul di wajahnya, pelbagai hologram turut muncul di sekelilingnya.

Ying menekan pada skrin hologramnya dengan pantas. Matanya fokus di setiap hologram di sekelilingnya, cuba untuk menggodam kapal angkasa milik Ki'rana. Gadis itu tersenyum sinis dan menekan satu butang pada skrinnya.

Eject.

Sementara itu, kelihatan Kira'na menatap kapal angkasa milik Gempa dengan wajah dingin.

"Pang, pastikan sistem kapal mereka juga tidak berfungsi." Kira'na memberi arahan.

"Baik, tuanku!" Fang menuruti arahan, sibuk menekan komputer di hadapannya.

"Amaran! Amaran! Sistem komputer kapal diserang virus!" Amaran muncul di skrin komputer Fang membuatkan lelaki itu terkejut.

"Tuanku, sepertinya mereka menggodam sistem komputer kapal kita!" kata Fang.

"Baiki sistem cepat!" arah Kira'na.

BEEP! BEEP! BEEP!

Secara tiba-tiba penggera amaran berbunyi dan pintu kapal angkasa di sebelah Fang menunjukkan tulisan eject padanya sebelum pintu tersebut terbuka luas, menyedut Fang keluar daripada kapal.

"Pang!" jerit Kaizo dan Kira'na, mereka berdua cuba untuk merentap Fang tetapi tidak berjaya.

"Larian halilintar!" Halilintar menggunakan kuasanya dan terus merentap tangan Fang sebelum lelaki berambut ungu itu terbang lebih jauh.

"Tsk. Sempat pula mereka," gumam Ying, tidak puas hati.

Kira'na mengetapkan giginya dan terus merentap mikrofon kapal angkasa.

"Semakin berani kau ya, BBB-01?!" marah Kira'na, bergema suara wanita itu melalui pembesar suara luar kapal.

"Menyerah sahaja, kau sudah tertangkap! Serahkan diri kau, BBB-05 dan BBB-07 dengan segera!" sambung Kira'na lagi.

"Menyerah? Tidak sama sekali," kata Gempa seorang diri.

Gelung ajaib muncul di atas kapal angkasa milik Kira'na.

"Huh?! Kaizo, gerakkan kapal sekarang!" arah Kira'na.

"Hujan meteor!" jerit Gempa lalu hujan meteor mula menyerang kapal angkasa milik Kira'na.

Kaizo mengawal kapal angkasa mereka dengan mahir, mengelak setiap hujan meteor yang cuba menghancurkan mereka sehinggalah meteor yang jauh lebih besar terbang ke arah mereka dengan laju.

"Laju lagi, Kaizo!" jerit Kira'na.

"Kita takkan sempat!" jerit Kaizo pula.

"Libasan pedang halilintar!" Jeritan Halilintar bergema, menarik perhatian Kaizo dan Kira'na.

Beberapa libasan mengenai meteor itu, menghancurkan meteor tersebut menjadi serpihan kecil. Disebalik serpihan-serpihan itu, kelihatan Halilintar dengan wajah dingin memegang pedangnya dengan erat. Matanya merenung kembali ke arah Gempa yang sudah berdiri di atas kapal.

"Lompatan halilintar!" Halilintar terus melompat ke arah Gempa dengan pantas dan berdiri di hadapan Gempa.

"Sudah lama kita tidak berjumpa, BBB-02." Gempa membuka mulutnya.

"Gempa. Itu nama baru kau, kan?" soal Halilintar, dingin.

"Ya, nama yang diberikan oleh tuan aku sebelum dia mati!" marah Gempa.

"Kau jauh berubah daripada sebelumnya, kau tidak patut lakukan semua ini. Berdamai lah," pujuk Halilintar.

"Aku tidak akan berdamai sehingga tugas aku selesai!" balas Gempa.

"Kalau macam tu, aku kena guna kekerasan kepada kau!"

Kuasa halilintar mengalir pada pedang Halilintar, Halilintar terus menikam bumbung kapal milik Gempa.

"Huh?!" Solar terkejut apabila bilah pedang tembus pada bumbung di atas kepalanya.

"Aku akan ambil dia," kata Halilintar sambil menarik pedangnya, memotong bumbung di atas kepala Solar.

"Kau jangan sentuh dialah! Tumbukan penumbuk batu!" jerit Gempa pula dan penumbuk batu gergasi terus menumbuk Halilintar, Halilintar melayang pada salah satu meteor yang terapung.

"Ugh?! Agh?!" Halilintar mengerang kesakitan kerana tumbukan Gempa yang terlalu kuat.

"Solar, lari sekarang!" jerit Gempa.

Solar cepat-cepat berlari keluar dengan segala tenaga yang ada untuk ke kokpit kapal.

Halilintar menolak dirinya dari meteor tersebut, matanya yang merah bersinar. Pedang halilintar berubah menjadi bentuk sabit yang sangat besar, perlahan-lahan dua sayap merah seperti darah muncul di belakangnya.

"Aku takkan bagi Solar selagi aku masih bernafas, 02! Kau kena sedar tuan yang kau anggap sebagai kakanda itu hanya tipu semata-mata! Mereka mempergunakan kau!" jerit Gempa.

"Tidak. Mereka lindungi aku!" jerit Halilintar dan dia terus terbang meluru ke arah Gempa.

"Libasan sabit halilintar!"

"Lembing batu!"

KLANG!!

Sabit Halilintar dan lembing Gempa berlaga antara satu sama lain, Gempa cuba untuk menahan serangan Halilintar manakala Halilintar cuba untuk menyerang Gempa.

"Apa yang kau mahu lagi dengan Solar?! Tugas kau untuk melindungi dia sudah selesai!" jerit Halilintar.

"Tidak! Tugas aku belum selesai! Aku tahu itu!" jerit Gempa, dia menolak Halilintar dan melibas lembingnya ke arah Halilintar.

"Apa yang kau buat ini sia-sia sahaja! Retak'ka bakal tiba bila-bila sahaja!" Halilintar pula menahan serangan Gempa.

"Sebab itu dia dengan aku! Aku tidak akan percaya kau semua lagi! Kau semua pembelot!" jerit Gempa.

"Kami pembelot?! Kau tu pembelot! Kau letakkan Solar di Bumi tanpa pengetahuan kami!" jerit Halilintar pula dan menyerang Gempa.

"Sebab aku tak nak salah satu daripada kau sakiti dia!" Gempa menahan serangan Halilintar, giginya diketapkan. Badannya yang lemah tidak dapat menahan serangan Halilintar lebih lama lagi.

"Genggaman tangan batu!" jerit Gempa lalu tangan batu gergasi milik Gempa terus menarik Halilintar, menggenggam seluruh badan Halilintar.

"Agh?! Tak guna kau!" jerit Halilintar, cuba melepaskan dirinya.

Gempa tercungap-cungap tetapi senyuman sinis menghiasi bibirnya.

"... Halilintar, pancung dia." Tiba-tiba Kira'na bersuara melalui alat komunikasi Halilintar.

"Huh?! Apa?!" Halilintar membulatkan matanya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top