PROJEK 15

Solar perasan yang raut wajah Gempa berubah setelah dia melontarkan soalan sedemikian.

"Jadi... itu yang dia beritahu kau?" soal Gempa.

"Ya," balas Solar dengan ringkas, entah mengapa dia rasa seperti dia tersalah cakap kali ini.

Gempa menundukkan badannya, mengambil sesuatu di bawah katil yang diduduki oleh Solar. Dia terus menghulurkan objek tersebut kepada Solar.

"Huh? Nanti, buku ni." Solar terkejut apabila objek tersebut adalah buku yang dia ambil sebelum dia ditangkap.

"Ma.. Macam mana kau dapat.."

"Aku dapat semasa cari kau, salah satu penduduk di situ tunjuk ke arah mana kau ditangkap. Jadi aku perasan cermin mata kau dengan buku ni di atas lantai," balas Gempa.

"Oh."

Gempa mengeluarkan cermin mata dari poket seluarnya dan pakaikan pada wajah Solar.

"Ianya sedikit retak. Aku sudah baiki bahagian yang sudah rosak atau bengkok," kata Gempa.

"Terima kasih," ucap Solar.

"Berbalik kepada soalan kau, adakah kau adalah dewa seperti yang orang tu katakan? Hmm... Mengikut kefahaman aku, kita bukan lagi dewa. Cuma generasi yang dianugerahkan kuasa oleh sosok yang dianggap dewa oleh Puak Kubulus dan makhluk asing yang lain." Gempa memberi keterangan.

"Oh, jadi kita bukan berkuasa lagi?" soal Solar lagi.

"Heh, kenapa kau kedengaran kecewa?" soal Gempa pula.

"A.. Aku cuma cakap sahaja!" Solar berdalih.

Gempa ketawa kecil.

"Jangan ketawalah!" marah Solar.

"Maaf, maaf."

Solar berdengus dan mencebikkan bibirnya.

"Aku cakap begitu kerana apa yang aku baca pada Sejarah Primordial, Dewa Primordial sudah mati semasa Peperangan Celestia beratus tahun lalu."

"Huh?! Peperangan Celestia?!" Solar mula tertarik.

"Ya. Buku ini dicetak semula selepas Peperangan Celestia sudah tamat. Mungkin lima ratus tahun lalu?" Gempa mengusap dagunya, cuba mengingati informasi yang dia sudah tahu.

"Li.. Lima ratus tahun lalu?!" Solar tercengang.

"Ya. Peperangan Celestia telah diambil nama daripada nama Dewa Primordial itu sendiri iaitu Celestia," terang Gempa lagi.

"Cantik namanya," puji Solar.

"Hehe. Cantik seperti kepimpinannya," kata Gempa.

"Aku baca sedikit daripada buku ini bahawa Celestia cuba memimpin Puak Kubulus dahulu sebelum makhluk asing turut mempercayai kepimpinan Celestia?" kata Solar.

"Benar. Celestia memimpin Puak Kubulus untuk mempelajari erti kemanusiaan turut berbaik dengan makhluk yang lain dan Celestia bakal menunaikan segala hajat," terang Gempa lagi.

"Wow. Selepas itu, apa jadi?" Solar semakin teruja.

"Ianya menyebabkan banyak makhluk asing mendengar khabar bahawa Puak Kubulus mempunyai pemimpin yang berkuasa sehinggalah pemberontak berlaku sepuluh tahun kemudian. Kerana tidak mahu perbalahan berlaku berpanjangan, Celestia telah memecahkan enam daripada tujuh kuasa elemennya untuk memimpin Puak Kubulus dan makhluk asing yang lain iaitu Petir, Angin, Tanah, Air, Api dan Daun. Setiap elemen dipindahkan ke pelbagai planet untuk memimpin," kata Gempa panjang lebar.

"Nanti! Kalau enam daripada tujuh elemen dipecahkan, apakah elemen yang Celestia gunakan?" soal Solar.

"Ianya Cahaya. Elemen Cahaya dianggap suci kepada Puak Kubulus, jadi mereka ingin Celestia mempunyai kuasa cahaya." Gempa membalas.

"Wow.. Nanti, jadi kuasa aku..."

"Ya, Cahaya. Itulah kuasa kau. Ianya salah satu sebab kenapa ramai mahukan kau, Solar."

Solar terkedu mendengar penjelasan Gempa itu, dia sekarang faham mengapa ramai mahukan dia lebih daripada pecahan primordial yang lain.

"Kuasa Daun juga mempunyai kuasa menyembuh tetapi ianya tidak sekuat Kuasa Cahaya di mana kau mampu menghidupkan sesiapa sahaja," kata Gempa.

"Gila," kata Solar, dia tidak keruan mendengar segala informasi yang diberikan oleh Gempa.

"Apa yang jadi selepas itu sehingga Peperangan Celestia berlaku?" soal Solar lagi.

"Bebeberapa tahun selepas pemberontakan dileraikan, keadaan biasa sahaja sehinggalah Puak Kubulus kembali tidak berpuas hati kerana ketamakan mereka sendiri. Mereka tidak puas dengan apa yang mereka ada dan mereka mahukan lebih lagi, lebih banyak hajat tetapi Celestia menolak hajat yang berlebihan sehinggalah Puak Kubulus mengisytiharkan perang. Perang yang sungguh dahsyat, membunuh makhluk-makhluk yang dipimpin oleh pecahan Celestia."

"Apakah?! Jadi memang benarlah Puak Kubulus itu jahat!" kata Solar.

"Ya. Kerana kecewa dengan ketamakan Puak Kubulus, Celestia telah bersumpah untuk seksa Puak Kubulus dengan penyakit abadi. Ramai Puak Kubulus dalam keseksaan atas sumpahan Celestia," kata Gempa, wajahnya semakin serius apabila penceritaannya semakin menarik.

"Jadi, sumpahan penyakit abadi itu adalah mutasi?" soal Solar.

"Ya."

"Ugh.. Aku tak boleh bayangkan betapa seksanya hidup selamanya dengan wajah yang buruk," kata Solar, seram sejuk badannya apabila difikirkan.

"Heh, tapi sekarang mereka pula yang mengejar kita. Mungkin tidak tahan dengan sumpahan itu bersambung ke generasi mereka buat selamanya," kata Gempa.

"Itu salah mereka, kenapa cuba mengkhianati pemimpin mereka jika tidak mahu diseksa selamanya?" Solar tidak berpuas hati.

"Hehe. Benar," kata Gempa.

"Bagaimana Celestia boleh mati?" soal Solar lagi.

"Oh. Akibat daripada sumpahan Celestia yang tidak terkawal kerana kemarahan Celestia, pecahan Celestia turut terkena sumpahan Celestia dan memakan mereka hidup-hidup. Menyeksa mereka dan menjadikan mereka boneka pembunuh yang menakutkan. Kerana tidak mahu ramai lagi yang terseksa, Celestia mengambil jantung setiap pecahannya dan memakannya. Mengakibatkan Celestia turut termakan sumpahannya sendiri dan dia terpaksa memindahkan kesemua kuasanya yang masih selamat terkurung di dalam sebuah pintu gerbang. Celestia pun perlahan-lahan mati dalam keseksaan dan penyesalan."

"Hiks.."

"Hm? Huh?! Ke.. Kenapa kau nangis lagi?!" soal Gempa dengan cemas.

"Se..Sebab aku kasihan dengan Celestia," balas Solar.

"Maaf, aku tidak patut cerita tentang Celestia semasa badan kau masih sakit." Gempa serba salah.

"Kau tidak salah, aku yang mahu mendengarkannya. Kenapa baru sekarang aku tahu tentang ini?" kata Solar.

"Mungkin ianya kepercayaan kuno, ramai sudah tidak mempercayainya lagi."

"Benar juga, zaman sekarang mempunyai pelbagai kepercayaan. Aku tidak tahu kisah Celestia sesedih ini," kata Solar dengan nada sedih. 

"... Sepertinya Celestia masih ada dalam diri kau," kata Gempa.

"Hu..Huh?" Solar keliru.

"Heh, tiada apa-apa. Tidurlah, kau masih perlukan rehat secukupnya."

"Tapi bagaimana Peperangan Primordial pula?"

"... Itu aku akan cerita selepas kau sihat. Rehatlah," pujuk Gempa.

"Okey." Solar kedengaran kecewa tetapi dia menuruti kehendak Gempa.

Gempa sekadar senyum dan mengusap rambut Solar manakala Solar menutup matanya, perlahan-lahan tertidur dengan nyenyaknya.

"Sepertinya kau mula menceritakan kesemuanya kepada dia."

Tiba-tiba seseorang bersuara, mengejutkan Gempa dan dia terus menoleh. Ternyata Ais berdiri di pintu, menatap ke arah Gempa dan Solar.

"Aku sudah janji dengan dia untuk tidak berahsia lagi," kata Gempa.

"Tetapi kau ada rahsia lain yang kau masih tidak beritahu," kata Ais pula membuatkan Gempa terdiam seketika.

"Aku faham, kau masih belum bersedia. Kemungkinan besar dia bakal tahu atau sudah tahu. Kau jangan marah pula nanti sebab aku sudah bagi amaran kat kau," sambung Ais.

"Ais."

"Hm? Apa?"

"Kita tukar arah, kita akan ke Planet Baraju dahulu."

"Huh?! Kau biar betul ni?!" Ais terkejut.

"Ada maklumat yang aku nak ambil. Kau lupa ke yang sesetengah maklumat sudah dihancurkan di Makmal Tok Kasa? Pemilik asal kau pasti ada maklumat selebihnya," kata Gempa dengan dingin.

Ais mengeluh.

"Baiklah, aku akan minta Gopal untuk tukar arah." Ais terus berjalan ke kokpit, meninggalkan Gempa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top