PROJEK 13
"Ugh.."
Erangan kesakitan terlepas daripada mulut Solar, lelaki itu perlahan-lahan membuka matanya tetapi penglihatannya agak kabur.
"A.. Aku di mana?" gumam Solar.
Dirinya kelihatan terbaring di atas tanah, matanya membulat apabila dia rasa badannya diikat.
"Apa?! Aku diikat?!" kata Solar di dalam hati.
Solar cuba menggerakkan badannya tetapi ikatan itu terlalu kuat untuk melepaskan dirinya sendiri.
"Tak guna, aku kena lari! Aku tidak sepatutnya ditangkap!" gumam Solar.
"Sepertinya habuan kita sudah bangun." Seseorang berjalan mendekati ke arah Solar.
"Hu..Huh?! Siapa kau?! Kenapa kau tangkap aku?!" marah Solar.
"Sebab aku nak habuan yang diberikan oleh GAGAL," kata sosok itu.
"GAGAL?" Solar keliru.
"Jadi ini adalah dewa yang semua orang katakan? Tidaklah nampak sekuat mana," ejek sosok itu sambil memegang wajah Solar dengan kasar.
"Ugh?! Jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tu!" Solar terus menggigit tangan sosok itu.
"Agh?! Budak tak guna!" Sosok itu terus menumbuk wajah Solar dengan kuat.
"Ugh?!" Solar mengerang kesakitan dan hidungnya mengalirkan darah kerana tumbukan tersebut.
"Mungkin aku patut tidurkan kau lebih lagi," kata sosok itu dan mengeluarkan picagari dari beg pinggangnya.
"Huh?!" Solar membulatkan matanya.
Sosok itu terus mencekik leher Solar manakala Solar cuba untuk melawan sosok itu.
"Tidak! Tidak! Lepaskan aku! Lepaskan aku! Aku tak nak!" Solar meronta-ronta, dia berusaha untuk melawan tetapi sosok itu mencekik leher Solar lebih kuat.
Solar terseksa kerana tidak dapat bernafas, matanya semakin kabur sebelum sosok itu terus menikam jarum picagari ke leher Solar. Solar mengerang kesakitan apabila cecair dari picagari itu perlahan-lahan masuk ke dalam badannya.
"Ti.. Tidak.. To.. Tolong... Tolong aku.. Gempa.."
Solar cuba untuk melawan efek cecair di dalam badannya, air mata mengalir dari matanya. Perasaan takut menyelubungi dirinya.
KTAK!
"Huh?!" Sosok itu terkejut apabila satu lembing batu terbang dan tercucuk ke dinding di hadapannya.
"Kau fikir aku tak dapat jumpa kau?" Suara Gempa menakutkan sosok itu dan sosok itu terus menoleh ke belakang.
Sosok tubuh Gempa yang menakutkan berdiri gah tidak jauh daripada mereka berdua bersama anjing golem, merenung tajam ke arah sosok itu.
"Ma.. Macam mana kau boleh jumpa aku?! Nanti, kau pun salah satu daripada mereka!" kata sosok itu dengan perasaan ketakutan.
"Heh... Haha, jadi kau tahu!" Gempa ketawa jahat.
Sosok itu terus mengacukan pistolnya ke arah kepala Gempa dan menembak Gempa tetapi Gempa mengerakkan kepalanya ke tepi menyebabkan peluru terbang di belakangnya.
"Kau fikir senjata buatan kau boleh bunuh aku?" kata Gempa dengan dingin.
"Ta.. Tak guna," gumam sosok itu.
"Aku bagi masa tiga saat untuk kau lari," kata Gempa lalu senyuman sinis melebar di bibirnya.
Sosok itu dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dan terus melarikan dirinya kerana ketakutan.
"... Makan dia. Tinggal sisa sedikit sebagai amaran," kata Gempa.
Anjing golem Gempa terus mengejar sosok itu dan kedengaran jeritan kesakitan daripada sosok itu bergema.
"Tidak! Tidak! Tolong! Sakit! Sakit!"
Gempa menghiraukan jeritan kesakitan itu dan terus mendekati Solar.
"Solar?" Gempa menegur Solar yang sudah lemah.
"Ge.. Gempa?" balas Solar, matanya sudah kabur untuk mengenali wajah Gempa tetapi dia mengenali suara Gempa.
Gempa menyentuh wajah Solar dan hatinya gugur apabila melihat kesan luka di wajah Solar.
"Makhluk tak guna," gumam Gempa dengan perasaan geram.
Gempa terus membuka jaketnya dan menutup badan Solar sebelum dia mendukung Solar.
"Tidurlah, kau tidak perlu melawannya lagi. Aku ada," kata Gempa dengan nada lembut.
Solar mengangguk perlahan dan matanya tertutup rapat.
"Selesa," gumam Solar, dirinya perlahan-lahan tenggelam ke dalam alam mimpi.
Gempa terus berjalan keluar dari kawasan itu bersama Solar ke kapal angkasa, dia tiada masa untuk tinggal di planet itu lagi.
Di kapal angkasa milik Gempa, kelihatan ahli kumpulan Gempa dan juga Ais sedang menunggu mereka dengan perasaan gusar.
"Aku risau kalau jadi apa-apa kat Solar," kata Ying.
"Aku pun. Harap-harap ketua dapat jumpa Solar dengan cepat," kata Yaya pula.
"Huh? Tuan Gempa sudah jumpa Solar!" kata Ochobot dengan teruja apabila dia nampak Gempa bersama Solar.
"Huh?! Betul ke?!" kata Yaya dan Ying dengan teruja.
Gempa bersama Solar di dalam dakapannya mendekati Yaya, Ying, Gopal, Ochobot dan Ais.
"Solar okey ke?!" soal Gopal dengan cemas.
"Dia okey cuma.. cedera," balas Gempa.
"Oh, tidak." Yaya menutup mulutnya, berasa kasihan.
"Masuk cepat, kita tiada masa lagi! Gopal, kau bawa kapal!" arah Gempa sambil menapak masuk ke dalam kapal angkasa.
"Baik, ketua!" balas Gopal dan mereka semua terus masuk ke dalam kapal angkasa, cuba meninggalkan planet tersebut.
Beberapa jam kemudian setelah Gempa, Solar dan yang lain meninggalkan planet itu. Kelihatan seseorang memakai jubah berhoodie berjalan di bandar itu, sosok itu menuju ke suatu tempat. Dia berhenti dan menatap ke arah mayat sosok yang cuba menangkap Solar.
"Heh, kasihan. Kau tidak tahu bagaimana nak uruskan makhluk abadi," kata sosok itu dengan nada sinis.
"Maharani, tunggu! Jangan terburu-buru!"
Suara seseorang mengejutkan sosok itu dan dia terus bersembunyi tetapi dia cuba untuk mengintip siapakah pemilik suara itu.
Kelihatan Kira'na bersama Fang dan Halilintar berlegar di bandar tersebut.
"Tak guna, itu pasti Persatuan Saintis Diraja Gur'latan!" kata sosok itu di dalam hati.
"Adakah mereka buat semua ini?" kata Kira'na yang memandang penduduk bandar bergelimpang tidak bernyawa dan cedera parah.
"Adakah mereka sudah menjadi sekejam ini?" soal Fang pula.
"Tidak mungkin, BBB-01 tidak pernah seke..."
Kata-kata Halilintar terhenti apabila Kira'na menghalang Halilintar.
"BBB-01 yang sekarang bukan lagi BBB-01 yang dahulu, Halilintar. Dia dah berubah," kata Kira'na dengan tegas.
"... Ampunkan kata-kata Halilintar, kakanda." Halilintar menolehkan pandangannya, dia tidak mahu menatap wajah tegas Kira'na. Itu tugasnya untuk mengikuti segala kata-kata Kira'na walaupun dia tidak menyukainya.
"Kau jumpa jejak mereka, Pang?" soal Kira'na.
"Negatif, tuanku." Fang membalas.
"Aku kena pergi dari sini," kata sosok berjubah itu di dalam hati, dia senyap-senyap melarikan dirinya sehinggalah...
PRAKK!
Sosok itu terpijak sesuatu, menghasilkan bunyi yang menarik perhatian Halilintar, Fang dan Ki'rana.
"Siapa di sana?!" kata Ki'rana manakala Halilintar dan Fang cepat-cepat mengeluarkan pedang masing-masing.
"Tak guna." Sosok itu terus membuka langkah seribu.
"Tahan dia!" jerit Ki'rana.
"Larian halilintar!" jerit Halilintar dan dia mengejar sosok itu dalam kelajuan tinggi.
"Huh?!" Sosok itu jatuh terduduk apabila Halilintar berdiri di hadapan dia dan pedang Halilintar dihunus ke wajahnya.
"Siapa kau?!" Ki'rana mendekati mereka berdua bersama Fang.
Sosok itu hanya mampu berdiam diri dan cuba untuk menyembunyikan wajahnya daripada dilihat oleh mereka bertiga.
Halilintar yang melihat kelakuan aneh sosok itu, terus merentap hoodie jubah sosok itu ke bawah dengan kasar.
"Agh?! Berlembutlah sikit!" marah sosok itu.
"Nanti, kau." Ki'rana terpana.
"Huh? Kakanda kenal diakah?" soal Halilintar.
"Ya, dia salah satu saintis Projek Aether!" balas Ki'rana.
"Apa?! Maksudnya dia orang bawahan.." Fang tercengang.
"Ya, Retak'ka." Ki'rana membalas manakala Fang dan Halilintar memandang antara satu sama lain dengan perasaan terkejut.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top