PROJEK 12
"Adakah kau dah beli semuanya, Yaya?" soal Gempa.
"Sudah! Solar pasti dapat pakai baju yang bersih. Betulkan, Solar?" Yaya terus menoleh ke belakang tetapi sosok Solar sudah menghilang.
"Eh, Solar?!" Yaya terkejut.
"Huh?! Tuan Gempa, Solar hilang!" kata Ochobot dengan cemas.
"Huh?! Ke mana dia pergi?!" Mata Gempa membulat.
"Tidak tahu!" kata Ochobot.
"Tsk, kita tidak lindungi Solar. Kita kena cari dia sekarang!" arah Gempa, dia mahu berjalan terlebih dahulu tetapi mereka berenam mula dikelilingi dengan penduduk bandar.
"Tak guna, kita diperangkap." Gempa mengetapkan giginya.
"Jadi inilah dua daripada pecahan primordial yang dikehendaki, tak sangka kau berdua di sini." Salah satu penduduk itu bersuara.
"... Macam mana kau tahu tentang itu?" soal Gempa dengan nada dingin.
"GAGAL meletakkan habuan yang tinggi untuk tangkap kamu berdua," kata penduduk itu, menunjukkan poster dikehendaki kepada mereka.
"Apa?" Gempa membulatkan matanya.
"Tak mungkin GAGAL sedesak itu!" bantah Yaya.
"Dan aku yakin habuan yang paling besar sudah jatuh di tangan kami," ejek penduduk itu manakala penduduk lain ketawa jahat.
"Habuan paling besar?! Maksud lu.." Ying turut terkejut.
"Solar," celah Ais.
"Kami tidak tahu apa nama dia tapi dengan dia, kami akan jadi kay.. ugh?!"
BOOM!
Satu tendangan yang kuat dilepaskan oleh seseorang pada penduduk itu sehingga dia terpelanting pada salah satu kedai sehingga ianya pecah berderai. Kesemua penduduk termasuk ahli kumpulan Gempa terkedu, memandang ke arah sosok yang menendang itu.
Ianya Gempa.
"Di mana dia?! Kau cakap sebelum aku hancurkan planet ini menjadi debu!"
Dengan kaki kanannya masih di paras dadanya, mata emasnya yang berubah tajam. Gempa membentak, suaranya bergema menyebabkan mereka semua ketakutan.
"Oh, tidak. Seseorang sudah buat ketua marah," kata Gopal.
Sementara itu, kelihatan Beliung menatap belakang kapal angkasa milik Kira'na dengan penuh kebosanan.
"Hah, bosannya." Beliung menguap.
"Aik? Dah bosan?" celah Rimba.
"Yalah, tiada apa-apa yang menarik sekarang ini. Aku perlukan hiburan," balas Beliung.
BEEP! BEEP!
Secara tiba-tiba seseorang cuba berkomunikasi dengan kapal yang dinaiki oleh Beliung.
"Siapa pula hubungi waktu seperti ni?" soal Beliung lalu dia menekan butang pada dashboard dan skrin hologram terpancar, menunjukkan wajah Blaze.
"Oh, Blazy. Kenapa kau hubungi aku? Sudah rindu aku ke?" soal Beliung.
"Ugh, tolonglah. Aku tak pernah rindu kau." Blaze membuat wajah jijik.
"Haha! Jadi, sebab apa kau hubungi aku? Adakah ianya hal yang penting?" soal Beliung lagi.
"Sangat penting, baca pesanan yang aku hantar kepada kau."
"Pesanan?" Beliung memunculkan satu lagi skrin hologram dan menekan pesanan yang dihantar oleh Blaze, matanya membulat.
Sementara itu di kapal angkasa milik Kira'na, kelihatan Halilintar sedang berlatih menghayunkan pedangnya. Pergerakan Halilintar kelihatan sungguh pantas, seperti dia sedang menari bersama dengan pedangnya.
"Berlatih pedang?"
Seseorang menegur Halilintar menyebabkan Halilintar terus mengacukan bilah pedangnya ke wajah sosok itu.
"Adakah patik mengejutkan tuan putera sehingga tuan putera mahu bunuh patik?" Beliung menolak bilah pedang Halilintar ke tepi dengan senyuman yang penuh tersirat.
"Ianya cuma refleks. Ehem.. Macam mana kau boleh berada di sini?" soal Halilintar, menyimpan pedangnya ke dalam sarung pedang yang tergantung di pinggangnya.
"Tuan putera pasti tahu bagaimana." Beliung tersenyum sinis.
"... Apa kau nak?" soal Halilintar lagi.
"Patik ada berita yang tuan putera perlu beritahu kepada Maharani Ki'rana," balas Beliung.
"Kenapa kau tidak mahu beritahu kepada Kakanda Ki'rana terus?"
"Maharani pasti percaya kata-kata tuan putera daripada patik. Lagipun beliau pasti murka apabila beliau tahu yang patik intip beliau," kata Beliung, senyuman sinis masih melekat di bibirnya.
Halilintar mengeluh.
"Baiklah beritahu aku," kata Halilintar.
Beliung terus mendekati Halilintar dan membisikkan sesuatu di telinga putera itu, mengejutkan putera itu.
"Adakah ini benar?" soal Halilintar, tidak percaya.
"Patik ada buktinya sekali. Tuan putera janganlah gusar," balas Beliung, senyuman sinisnya semakin melebar.
[PROJEK PRIMORDIAL]
"Kakanda Kira'na!" Halilintar terus menyerbu masuk kokpit kapal dalam keadaan terburu-buru.
"Huh? Halilintar? Kenapa kamu tergesa-gesa ni?" soal Kira'na.
"A.. Ada Kokoci beritahu apa-apa kepada kakanda?" soal Halilintar pula.
"Tiada setakat ini, mengapa?" Kira'na mengerutkan dahinya.
"Ko.. Kokoci buat habuan penangkapan BBB-01, BBB-05 dan BBB-07 di seluruh galaksi!" terang Halilintar.
"Kamu biar betul ni?! Siapa beritahu kamu?!" Kira'na tidak percaya.
"... Beliung. Dia hantar ini." Halilintar memancarkan skrin hologram melalui pelindung lengannya, menunjukkan tiga poster yang dikehendaki di mana terdapat wajah Gempa, Ais dan Solar.
"Ini.. Palsu, kan?" Kira'na terkedu.
"Terdapat cop rasmi GAGAL pada poster-poster ini! Tidak mungkin ianya palsu!" kata Halilintar.
"Tsk. Shielda, hubungi Kokoci sekarang! Ada sesuatu beta mahu bincangkan!" arah Kira'na.
"Baik, tuanku!" Shielda mengikuti arahan Kira'na dan cuba menghubungi Kokoci.
Kira'na merenung ke arah skrin hologram yang terpancar di kokpit kapal yang sungguh luas itu.
"Jawablah," gumam Kira'na dengan perasaan geram.
BEEP!
Panggilan serta-merta terputus menyebabkan Shielda terkejut.
"Tuanku, sepertinya Kokoci tidak menjawab."
"Hubungi lagi!"
"Baik, tuanku."
Shielda sekali lagi cuba untuk menghubungi Kokoci tetapi perkara yang sama berlaku, panggilannya terputus.
"Err.." Shielda menelan air liur.
"Kokoci, jawablah panggilan aku! Ini bukan dalam perjanjian kita! Dasar pembelot!"
Kemarahan Kira'na meledak dan wanita itu menendang skrin hologram untuk melepaskan geramnya.
"Kakanda! Bawa bersabar!" Halilintar memegang Kira'na daripada mengamuk.
"Apabila aku pulang nanti, aku akan siat-siat kulit hijau kau tu! Kokoci!" jerit Kira'na.
"Sepertinya makhluk kotak tu benar-benar dalam bahaya," kata Blaze yang menonton Kira'na melalui skrin hologramnya.
"Tapi ianya menghiburkan aku yang sedang kebosanan ni," kata Beliung pula.
"Aku tidak percaya yang Kokoci bakal membelot kita. Heh. Keturunan makhluk kubulus semestinya tidak dapat dipercayai walaupun mereka cuba berbaik dengan kita." Blaze tersenyum sinis.
"Heh, aku setuju tapi aku tertanya-tanya.."
"Apa?" Blaze mengerutkan dahinya.
"Apa yang bakal terjadi dengan mereka sekarang setelah habuan ini dikeluarkan?" sambung Beliung.
"Heh, ini pasti menarik tetapi ianya tidak dapat memudahkan untuk kita tangkap mereka lebih lagi." Blaze membalas.
"Hm, ada benar juga."
Kembali kepada Gempa dan yang lain, penduduk bandar Planet Thidilia mula menyerang mereka berenam dengan pelbagai senjata tetapi Gempa, Ais, Yaya dan Ying dapat membalas serangan mereka dengan mudah. Habis kesemua penduduk di bandar itu tergolek di atas tanah dengan luka yang parah.
Gempa memijak badan salah satu penduduk bandar itu, matanya menatap tajam ke dalam roh penduduk itu.
"Cakap, di mana Solar?! Siapa yang tangkap dia!" marah Gempa.
"A.. Aku tak tahu! Aku tak tahu! Lepaskan aku!" rayu penduduk itu.
Gempa mengeluarkan pistolnya ke arah wajah penduduk itu.
"Cakap, aku tahu kau rahsiakan sesuatu atau kau mahu mati?" soal Gempa.
Penduduk itu terkaku dan menggigil ketakutan apabila Yaya, Ying, Gopal, Ochobot dan Ais yang berdiri di belakang Gempa sedang merenung ke arah dia dengan wajah yang menakutkan, seperti mahu membunuh dia.
"Tolong jangan bunuh aku! Tolonglah! A.. Aku tidak tahu siapa yang upah kami untuk lakukan ini tetapi dia bersembunyi di sana!" Penduduk itu menunding ke arah kedai buku yang tidak jauh daripada mereka.
Gempa menyimpan pistolnya dan berjalan ke arah kedai itu. Dia menapak masuk ke dalam kedai itu dan berjalan di setiap rak sebelum dia terhenti apabila matanya terpandang sesuatu yang bersinar.
"Bukankah itu.." Gempa mengambil objek tersebut, ianya cermin mata Solar.
"Huh?!"
Tiba-tiba satu bau menusuk hidung Gempa, lelaki itu terpana seketika sebelum senyuman sinis menghiasi bibirnya.
"Heh, dia tidak jauh lagi. Anjing golem!"
Empat ekor anjing golem muncul mengelilingi Gempa.
"Cari Solar."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top