PROJEK 11

Gempa menatap wajah Solar yang kelihatan sedikit sedih, entah mengapa dia terasa bersalah.

"... Mungkin, lagipun misi aku bakal selesai nanti." Gempa membalas jawapan Solar itu.

"Kalau macam tu, kau dan Ais tinggal di Bumi setelah selesai nanti!" kata Solar.

"Eh?" Gempa terkebil-kebil.

"Aku nak kau lindungi Bumi bersama aku!" kata Solar dengan penuh semangat.

Gempa terdiam seketika, matanya melihat wajah ceria Solar itu. Senyuman menghiasi bibirnya.

"Baiklah, aku turuti kehendak kau."

"Janji?" soal Solar.

"Ya, aku janji."

Yaya, Ying, Gopal dan Ochobot terpana melihat kelakuan antara Gempa dan Solar.

"Sepertinya mereka sudah berbaik," kata Ochobot, menangis palsu.

"Baguslah. Aku lega yang mereka sudah rapat," kata Yaya pula.

"Cepatlah, aku dah lapar ni!" rungut Gopal.

Ying dan Yaya terus menampar lengan Gopal dengan kuat.

"Aduh! Dey, sakitlah!" marah Gopal.

"Heh, maaf. Mari pergi," kata Gempa dan mereka semua kembali berjalan.

Di sebuah restoran, mereka bertujuh mengambil tempat duduk yang masih kosong.

"Sedapnya bau di sini," kata Gopal, kembang kecutnya menghidu aroma di dalam restoran itu.

"Pilihlah makanan yang korang semua mahukan," kata Gempa lalu skrin hologram terpancar dari meja mereka.

"... Wow, canggihnya." Solar terkejut.

"Pilihlah," kata Gempa.

"Hmm.. Mari tengok," kata Solar sambil melihat menu makanan pada skrin hologram itu tetapi semua gambar makanan di dalam menu tidak kelihatan menyelerakan.

"Apakah ini?" fikir Solar.

"Hm?" Gempa menatap wajah Solar, dia perasaan yang raut wajah Solar kelihatan tidak senang.

"Heh, adakah makanan-makanan itu tidak kelihatan menyelerakan untuk kau?" soal Gempa.

Mendengar soalan-soalan itu, mata Ais, Yaya, Ying, Gopal dan Ochobot terarah pada Solar.

"... Ya, sedikit."

"Kau tidak perlu risau, makanan kat sini nampak tak sedap tapi rasanya sungguh sedap sehingga menusuk kalbu!" kata Gopal.

"Kau pernah rasa ke?" soal Solar.

"Tidak tapi bau kat sini agak sedap, jadi makanannya pasti sedap?" Gopal tersengih seperti kambing manakala Solar menatap datar ke arah Gopal.

"Mungkin kau patut rasa makanan yang terkenal di restoran ni?" celah Yaya.

"Oh, idea bagus!" kata Gopal.

"Hmm... Okeylah," kata Solar pula dan mengikuti pendapat Yaya.

Setelah selesai memilih makanan yang dimahukan, satu per satu makanan mereka tiba beberapa minit kemudian oleh pelayan robot.

"Pelayan robot?" gumam Solar.

"Canggihkan?" kata Gopal.

"Sangat," balas Solar lalu matanya menatap makanan yang dipesan oleh dia sudah berada di hadapannya.

"Ughh.." Solar membuat raut wajah jijik.

"Pfft.. Kau janganlah buat muka macam tu!" tawa Gopal.

"Ini kali pertama aku rasa masakan makhluk asing, okey?" marah Solar.

"Rasalah, itu pasti sedap! Ke kau nak aku suap kau?" Gopal tersenyum sinis.

"... Ish! Okey, okey! Aku rasa," kata Solar sambil memegang sudu.

Solar terus mencedok sedikit, matanya terkaku menatap makanan pada sudunya. Solar cepat-cepat menutup matanya.

"Tolonglah sedap," kata Solar di dalam hati dengan perasaan tersedak.

Kesemua mata menatap ke arah Solar yang sedang takut untuk merasa makanan itu.

"Cepatlah rasa!" kata Gopal.

"Ish! Lu ni! Sabarlah," marah Ying.

Solar terus menyuap makanan itu dan terus menelannya tanpa berfikir panjang, dia terpana seketika.

"Macam mana?" soal Gopal dengan perasaan hairan.

"Ke.. Kenapa rasa sedap ni?!" kata Solar dengan perasaan takut.

"Sedap?!" kata Gopal dengan perasaan teruja.

"Ianya nampak tidak sedap tapi rasanya sedap! Magik apakah ini?! Adakah sebab aku terlalu lapar?!" kata Solar.

"Baguslah ianya rasa sedap untuk kau. Aku lega," celah Gempa, senyuman menghiasi bibirnya.

"... Ya." Solar terpana.

"Habiskanlah, penuhkan perut kau. Nanti kita perlu bergerak jauh," kata Gempa.

"Okey," kata Solar.

"Eh? Kita tak rehat di sini?" rungut Gopal.

"Tidak bagus kita berehat di planet. Kemungkinan besar kemusnahan bakal berlaku," balas Gempa.

"Hmm.. Betul juga." Gopal mencebikkan bibirnya.

"Oh, ya. Solar tak ada pakaian lain, kan? Apa kata kita beli sedikit selepas ini?" celah Yaya.

"Oh, aku setuju!" kata Ying dengan teruja.

"Aku pun setuju!" kata Gopal.

"Aku pun! Bolehkah kita pergi, tuan?" soal Ochobot.

"Baiklah. Kita pergi sama-sama," kata Gempa lalu mereka semua berasa teruja.

"Tapi.. Habiskan makanan, jangan membazir!" kata Gempa lagi.

"Baik, ketua!" kata Yaya, Ying dan Gopal serentak lalu mereka mula menjamu makanan masing-masing.

Setelah selesai, mereka bertujuh bergerak di kawasan perniagaan di bandar tersebut. Pelbagai kedai dan jualan berada di situ, menarik perhatian Yaya, Ying dan Solar.

"Solar, Solar! Baju tu nampak cantik!" kata Yaya sambil menunding baju pada salah satu tingkap kedai.

"Ya tapi ianya agak gelap sangat untuk aku," kata Solar pula.

"Aku penat, aku nak tidur dalam kapal." Ais merungut.

"Bertahanlah, biar mereka membeli dahulu." Gempa mencantas.

"Hm. Kau tidak pernah seperti ini, kau selalu terburu-buru masuk ke dalam kapal sehingga aku tidak dapat habiskan makanan aku. Adakah Solar buat kau mula berubah?" soal Ais tetapi Gempa malah mendiamkan dirinya.

"Heh, aku anggap sahaja itu sebagai ya. Aku lega yang dia dapat ubah kau, mungkin dia mampu ubah fikiran kau juga. Benarkan?" sambung Ais.

"... Mungkin," balas Gempa ringkas.

Mereka bertujuh bergerak ke setiap kedai pakaian yang ada dan membeli pakaian yang sesuai untuk Solar. Semakin banyak beg pembelian mula berada di dalam tangan mereka terutama sekali Yaya dan Ying, kedua-dua tangan mereka berdua sudah penuh.

"Kata beli pakaian untuk Solar, kenapa korang yang penuh tangan ni?" soal Ochobot, matanya menatap datar ke arah dua gadis itu.

"Hehe, banyak sangat benda menarik." Yaya tersengih.

"Perempuan," gumam Gopal.

Sementara mereka sibuk berbual, Solar yang berada di belakang mereka terhenti. Matanya menatap ke arah kedai buku yang berada di hadapannya, seperti sesuatu di dalam kedai tersebut menarik perhatian dia. Tanpa berfikir panjang, dia terus menapak masuk ke dalam kedai.

"Bau buku lama," fikir Solar sambil hidungnya menghidu persekitaran di dalam kedai itu.

Solar berjalan di setiap rak buku di dalam kedai buku tersebut, tangannya menyentuh setiap buku pada rak sehinggalah dia terhenti pada satu buku. Dia menarik buku tersebut, membaca tajuk pada buku itu.

Sejarah Ketibaan Dewa Primordial.

"Huh? Primordial?" Solar membulatkan matanya.

"Tak mungkin buku ini berada di sini. Adakah ini buku yang sebenar? Adakah sebab ini aku masuk ke sini?" fikir Solar.

"... Mungkin aku boleh tahu lebih lagi," gumam Solar dan dia terus menyelak ke mukasurat yang pertama.

"Hu.. Huh?" Solar terpana sekali lagi apabila tulisan di dalam buku itu bukanlah bahasa yang dia fahami.

"Tajuk bahasa lain, isi dalam bahasa lain. Apa ni?!" rungut Solar.

Tiba-tiba perlahan-lahan tulisan di dalam buku itu terapung-apung dan susun dengan sendirinya menjadi bahasa yang Solar fahami.

"Na.. Nanti! Adakah aku berhalusinasi atau tulisan ni berubah?!" gumam Solar di dalan hati, matanya digosok kasar.

"... Adakah ini salah satu kemampuan yang aku tak tahu?" fikir Solar.

"... Terbaiklah! Maknanya aku boleh faham bahasa makhluk asing!" kata Solar di dalam hati dengan teruja.

Solar mula mengkaji tulisan pada buku itu dengan kusyuknya sehingga dia tidak perasan seseorang mendekati dia.

"Hmm.. Ianya terlalu panjang untuk baca, yang lain pasti risau aku tiba-tiba hilang. Mungkin aku patut membeli buku ni dan bawa ke kapal," kata Solar sambil menoleh ke belakang tetapi dia terlanggar seseorang yang tinggi.

"Aduh?! Ma.. Maafkan saya, saya tak nam.."

BUK!

Belum sempat Solar sempat menghabiskan ayatnya, sosok tersebut terus mengetuk kepala Solar sehingga lelaki itu pengsan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top