PROJEK 1

"Betul ke kau nak ambil dia semula?" soal seorang remaja bermata biru, Ais menatap pemandu yang memandu kapal angkasa yang dinaikinya.

"Retak'ka bakal tiba untuk cari dia, aku tak boleh biarkan dia tinggal di Bumi lagi." Pemandu iaitu Gempa membalas dengan tegas, kapal angkasa mereka menembusi masuk ruang udara Bumi setelah sekian lama terbang di ruang angkasa.

BOOM!

Tetapi sebuah serangan udara daripada sebuah kapal angkasa yang mengikuti mereka daripada belakang menyebabkan kapal angkasa mereka hilang kawalan dan bergegar.

"Eghh?!.. Mereka pasti datang ke sini untuk benda yang sama," kata Gempa.

BEEP! BEEP! BEEP!

"Amaran! Amaran! Enjin sayap kiri mengalami kerosakan! Enjin sayap kiri mengalami kerosakan!" Bergema penggera kapal angkasa yang dipandu mereka.

"Gempa, buat sesuatu!" Menjerit ketakutan Ais apabila kapal angkasa mereka mula menjunam ke bawah.

"Aku tengah cuba ni!" Gempa menarik stereng kapal angkasanya ke atas dengan segala tenaganya sehinggalah kapal angkasa mereka berjaya kembali terbang ke udara.

"Komputer, aktifkan enjin kecemasan di sayap kiri!" arah Gempa.

"Arahan diterima." Mengikuti arahan Gempa, enjin kecemasan diaktifkan pada sayap kiri kapal mereka.

"Tak guna, adakah mereka ikut kita ke sini daripada tadi?" fikir Gempa.

"Komputer, tingkatkan kelajuan enjin!" arah Gempa lalu serta-merta kapal angkasa mereka terbang dengan kelajuan tinggi, cuba untuk melarikan diri daripada kapal angkasa musuh yang cuba menyerang mereka

Malah kapal angkasa musuh tersebut masih tidak berputus asa dan turut melajukan kapal angkasa mereka, beberapa das tembakan dilepaskan pada kapal milik Gempa dan Ais.

"Heh, masih tidak berputus asa? Aku tertarik. Ais, guna peluru berpandu!" kata Gempa.

"Baik." Ais terus melompat masuk ke dalam pod khas dan cermin mata muncul di wajah Ais, mengaktifkan peluru berpandu milik kapal angkasa mereka.

Perlahan-lahan sebuah senjata peluru berpandu muncul di atas atap kapal angkasa mereka, bersedia untuk menembak.

Mata Ais bergerak mengikuti pergerakkan kapal angkasa melalui cermin mata yang dipakainya sehinggalah tanda sasaran bertukar merah, mengunci kapal angkasa musuh.

"Heh, dapat." Ais tersenyum sinis lalu melepaskan beberapa das pada kapal angkasa musuh tetapi kapal angkasa tersebut malah membalas tembakan.

Kapal angkasa mereka bergegar akibat daripada serangan tembak-menembak itu, menyukarkan Gempa untuk mengawal dengan mudah.

Serangan tembak-menembak itu juga mengejutkan dan menarik perhatian beberapa penduduk Bumi yang melihat serangan itu dengan mata mereka sendiri, menakutkan mereka semua tetapi ada juga yang berasa teruja dengan merakam serangan itu.

"Tak guna. Mereka ada pelindung halimunan ke?" Gempa gumam, tangannya menekan butang yang berada berdekatan dengan dia sebelum satu sfera kuasa berwarna kuning keluar dari platform kecil pada dashboard kapal.

"Ochobot, bangun! Kita kena teleport!" kata Gempa.

"Hu..Huh? Kenapa?" soal Ochobot dengan nada mamai.

"Kita dise.."

BOOM!

Belum sempat Gempa menghabiskan ayatnya, satu lagi serangan mengenai kapal angkasa mereka.

"Ahh?! Apa itu?!" soal Ochobot dengan cemas, habis segar matanya setelah digegar oleh serangan itu.

"Gempa, senjata peluru berpandu kita meletup!" kata Ais dengan cemas.

BEEP! BEEP! BEEP!

"Amaran! Amaran! Enjin kiri dan kanan overheat! Enjin kiri dan kanan overheat!" Satu lagi amaran bergema di dalam kapal angkasa mereka.

"Alamak, matilah kita!" jerit Ais, cemas.

"Kita takkan! Ochobot, teleport sekarang! Ke mana-mana tempat yang selamat!" kata Gempa.

"Ba..Baik! Kuasa teleportasi!" jerit Ochobot sebelum kapal angkasa mereka serta-merta menghilang daripada pandangan kapal angkasa musuh.

"Huh?! Ke mana mereka pergi?!" kata musuh dengan nada terkejut, mata masing-masing melilau mencari keberadaan kapal angkasa mereka.

"Tak guna, mereka larikan diri! Komputer, kesan mereka cepat!" marah seseorang yang merupakan ketua di dalam kapal angkasa musuh itu.

"Baik, tuan."

[PROJEK PRIMORDIAL]

Di sebuah padang bola yang luas, terlihat sebuah portal terbuka luas dan kapal angkasa milik Gempa dan Ais meluru keluar daripada portal tersebut. Kapal angkasa tersebut meluncur di sepanjang padang bola itu, merosakkan rumput serta bawah kapal angkasa tersebut.

"Gempa, hentikan kapal ni sebelum dia langgar apa-apa!" jerit Ochobot dengan cemas.

"Aku cubalah ni!" jerit Gempa sekuat hati, tangannya menarik stereng kapalnya dengan sekuatnya.

Akhirnya kapal angkasa mereka berhenti di hujung padang bola, habis berasap kapal angkasa mereka sama ada dari enjin dan bawah kapal angkasa.

"Selamat," keluh Ais.

Gempa menghela nafas lega, tangannya yang terasa panas terus merentap tangan Ais.

"Uish! Merahnya tangan kau!" seloroh Ais.

"Diamlah kau. Komputer, aktifkan sistem halimunan!" arah Gempa.

"Sistem halimunan diaktifkan." Serta-merta kapal angkasa bertukar halimunan supaya orang luar tidak ternampak keberadaan kapal angkasa mereka itu.

"Baiki kapal angkasa ini, aku pergi cari BBB-07." Gempa melepaskan tali pinggang keselamatan yang mengikati badannya.

"Lah, aku ke kena baiki?" rungut Ais.

"Kau dan Ochobot baiki sehingga aku balik ke sini. Kalau kau tak baiki, makanan kau tu aku akan sorokkan." Gempa menatap tajam ke arah Ais, tangannya merentap dua tangan besi futuristik yang tergantung di dinding kapal angkasa sebelum menyarung ke lengannya.

"Me..Menurut perintah!" Kerana takut dengan tatapan Gempa itu, Ais serta-merta mengikuti arahan Gempa itu.

"Bagus." Gempa terus menekan butang pada pintu utama kapal angkasa dan terus melompat keluar, matanya yang berwarna emas menatap langit biru Planet Bumi.

"Sudah lama aku tidak datang ke sini, pasti budak tu sudah biasakan diri hidup di sini." Gempa berkata-kata seorang diri.

"Apa yang aku cakap banyak lagi, aku kena cari dia. Aku yakin dia tinggal di sini." Gempa menekan butang pada tangan besinya dan hologram terpancar, menunjukkan radar.

Gempa terus meninggalkan kawasan padang bola, mengikuti lokasi yang tertera pada radarnya.

Sementara itu, Tok Aba's Kokotiam...

TING!

Kedengaran loceng kecil yang tergantung pada bingkai pintu berbunyi apabila seorang pelanggan menjejak masuk ke dalam kedai tersebut.

"Selamat datang ke Tok Aba's Kokotiam, meja untuk beberapa orang?" Seorang gadis bertudung  merah jambu yang bekerja sebagai pelayan menegur pelanggan tersebut dengan nada ramah.

"Beri meja untuk dua orang," pinta pelanggan itu.

"Baiklah, sila ikut saya." Gadis itu menunjukkan tempat duduk kepada pelanggan itu.

Keadaan kedai tersebut agak sibuk di mana hampir kesemua tempat duduk dipenuhi oleh pelanggan. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pelanggan di dalam kedai, ada yang membaca, ada yang berbual dan ada juga yang datang untuk membuat kerja sekolah. Keadaan kedai tersebut sungguh tenang dengan bau daripada aroma coklat yang merupakan minuman khas di kedai tersebut.

"Maafkan saya?" Seorang lagi pelanggan menghampiri seorang remaja lelaki yang menjaga kaunter.

"Ya, encik mahu pesan apa-apa ke?" balas remaja itu dengan senyuman ramah, tertera namanya pada penanda nama yang terletak pada apron hitam yang dipakainya.

Solar.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top