EPILOG
Beberapa tahun kemudian...
KRINGGG!!
Jam loceng berdering di atas meja mengejutkan seseorang yang sedang nyenyak tidur.
"Eghh.. Bisingnya," gumam sosok itu sambil melempar jam loceng itu ke lantai.
"Solar, berapa lama lagi kau nak tidur ni?! Dah pukul enam lebih! Bangun!" Suara seseorang bergema daripada tingkat bawah.
"Hu..Huh?! Dah pukul enam lebih?!" Solar terus terbangun daripada tidurnya setelah mendengar kata-kata sosok yang menegur dia, dia cepat-cepat berlari keluar daripada biliknya.
"Adakah dia masih tidur?" soal lelaki bermata biru muda yang sedang mengelap cawan di tingkat bawah yang merupakan sebuah kafe.
"Mungkin. Budak ini, nanti dia lambat ke sekolah pula! Solar!" Lelaki bermata emas itu bercekak pinggang dan meninggikan suaranya lagi.
"Solar datang ni!" Solar kelam kabut turun daripada tingkat atas dengan seragamnya yang berserabut.
"Hah! Buat eksperimenlah tu sampai tidur lambat! Abang dah cakapkan tidur awal?! Hari ni hari pertama kau sekolah!" bebel Gempa.
"Maafkan Solar, abang." Solar mencebikkan bibirnya.
"Makan ni," kata Ais sambil sumbat donut coklat ke dalam mulut Solar.
"Apa ni berserabut ni?! Hari pertama mestilah kena nampak handsome," bebel Gempa lagi sambil memperbetulkan rambut Solar.
"Abang Duri dan Abang Blaze dah pergi ke?" soal Solar sambil mengunyah donut itu.
"Itu, dorang tengah makan tu." Gempa menjuihkan bibirnya ke arah Blaze dan Duri yang sedang makan di meja berdekatan dengan kaunter.
"Hah! Aku menang!" kata Blaze sambil menghempas kad uno di atas meja.
"Alah, mana aci! Kau main tipu!" marah Duri.
"Mana ada aku main tipu." Blaze menjelirkan lidahnya
"Budak-budak, makan cepat! Nanti Abang Gem marah korang pula," celah Taufan yang sibuk menyapu sampah.
"Baik!" balas Blaze dan Duri.
"Abang Gem, bila Abang Hali balik dari kem tentera?" soal Solar.
"Hmm.. Abang tak pasti pula," balas Gempa.
"Alah. Abang Hali kata dia nak balik hari ni." Solar mencebikkan bibirnya lagi.
Tiba-tiba seseorang menutup mata Solar daripada belakang.
"E..Eh?! Siapa ni?! Abang Taufan jangan main-main dengan Solarlah!" marah Solar.
"Sejak bila abang main-main dengan kau pula?" celah Taufan.
"Eh?"
"Sampai hati Solar lupa abang," kata sosok itu membuatkan Solar terkejut.
"A.. Abang Hali?!"
Halilintar yang memakai seragam tentera melepaskan tangannya daripada Solar.
"Bila abang balik?!" soal Solar dengan perasaan teruja.
"Pagi tadi," balas Halilintar lalu dia menghulurkan sesuatu.
"Apa benda ni?" soal Solar lagi.
"Teleskop astronomi yang seperti kau mahukan." Halilintar menepuk bahu Solar.
"Teleskop astronomi?! Terima kasih, Abang Hali!" Solar melompat gembira.
"Hei, apa ni?! Bagi hadiah kat Solar je?!" marah Gempa sambil bercekak pinggang.
"Kau dah besar, tak payah nak hadiah-hadiahnya." Halilintar mencantas.
"Solar, jom! Nanti kita tertinggal bas!" kata Blaze.
"Okey!" kata Solar sambil meletakkan hadiah itu di atas kaunter.
"Abang Gem jaga hadiah ni eh?!" kata Solar.
"Ya, abang akan jaga hadiah Solar ini." Gempa mencium pipi Solar.
"Abang Gem! Solar dah besarlah! Malulah!" marah Solar.
"Nak malu apanya? Abangkan abang Solar? Dan Solar tetap adik kesayangan abang," kata Gempa sambil tersenyum lebar.
Solar ketawa kecil, dia tidak dapat marah setelah melihat senyuman Gempa itu.
"Solar pergi dulu!" Solar terus berlari keluar daripada kafe bersama Blaze dan Duri.
"Hati-hati!" kata Gempa.
Solar, Blaze dan Duri berlari ke perhentian bas yang berdekatan. Kelihatan beberapa orang remaja berseragam sekolah turut menunggu bas di situ.
"Huh? Itu bukan ke Solar?" tegur salah satu daripada mereka.
"Eh? Yalah. Solar sini!" jerit remaja lelaki india pula.
"Gopal, Yaya, Ying! Korang pun ambil bas?" soal Solar dengan gembira.
"Saja nak ambil bas," balas Yaya.
"Adakah lu teruja masuk ke sekolah menengah?" soal Ying.
"Mestilah teruja dan aku dah bersedia!" kata Solar dengan semangat.
"Haha! Solar dan confident-nya. Kau takkan pernah berubah Solar," kata Gopal.
"Sudah tentu, bukan senang nak dapat confident seperti aku ni." Kembang kecut hidung Solar dibuatnya.
Yaya, Ying, Gopal, Blaze dan Duri ketawa melihat tingkahlaku Solar itu. Masing-masing sibuk berbual sementara tunggu bas tiba.
"Nampaknya hidup dia sudah bahagia seperti dia inginkan," ucap Celestia yang berdiri pada salah satu bangunan berdekatan, memantau Solar.
"Celestia, sudah masanya untuk pergi." Lelaki yang memakai zirah bermotifkan tanah mencelah.
"Heh, baiklah. Mari kita pergi," kata Celestia dan mereka berdua masuk ke dalam sebuah portal sebelum menghilang tanpa jejak.
Sebuah hajat yang besar olehnya telah mengubah segalanya. Kisahku dan dia dihapuskan menyebabkan dia dan mereka telah lahir semula tanpa memori sebelumnya. Kuasaku tidak lagi dipergunakan seperti sebelumnya. Aku sedar bahawa kuasa aku tidak dapat mengubah ketamakan sesetengah makhluk dan aku bakal simpan kuasa ini untuk kebaikan mereka semua. Aku tidak mahu sejarah yang sama kembali tertulis.
-Celestia-
___________________________________________
NOTA PENULIS: Akhirnya Projek Primordial sudah selesai! Terima kasih kerana baca dan vote buku ini walaupun buku ini agak merapu! Nia harap pembaca semua terhibur dengan fanfic kali ini!
___________________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top