The End

"Cedric ni bodoh. Selalu suka seksa diri demi wanita yang dia cintai. Sebab tu aku sayang dia dan benci dia. Lelaki tak guna ni terlalu baik. Sampaikan tak ada wanita didunia ni yang layak untuk jadi pendamping dia sehingga dia terpaksa bawa diri ke syurga demi cari pendamping hidupnya.." ujar Jongdae dan menumbuk manja kubur milik Cedric.

Memang dia sebal dengan sahabatnya yang satu itu tapi itulah sahabat sehidup sematinya.

Seungwan menunduk ke tanah. Kubur Cedric disuburi dengan rumput-rumput hijau. Sungguh indah mata memandang. Gambar Cedric yang berada diatas batu nisan itu diusap.

'Gomawo senior.. saya harap kita akan berjumpa lagi nanti--'

"Sudahlah. Cedric mesti tak suka kita sedih-sedih ni. Apa kata kita bersiap-siap untuk mulakan semester baru? Lepas semester ni kan kita dah nak graduate?" Baekhyun memecahkan kesunyian.

Dia sengaja tidak mahu mendengar lagi kata hati Seungwan. Taeyeon mengangguk setuju.

"Aku dah terima surat jemputan semalam. Alang-alang semua dah ada dekat sini, jom lah pergi beli barang-barang baru?" ajak Taeyeon.

Semester baru ini akan menggantikan semester lepas dek kerana peristiwa hitam itu.

"Baik. Kita mulakan hidup baru. Demi Cedric! Demi persabahatan kita! We are family! We are one!"

Baekhyun memberi semangat. Mereka semua mengangguk-angguk setuju. Masing-masing mula beredar dari tanah perkuburan.

Chanyeol menghulurkan tangannya kepada Seungwan.

"Mulakan hidup baru?" ajaknya.

"Mulakan hidup baru!" sahut Seungwan lalu menyambut tangan Chanyeol.

Mereka berpimpin tangan masuk ke dalam kawasan sekolah Hogwarts sambil memakai pakaian yang baru. Nampaknya pada semester ini, para junior ambilan pertama telah mendaftar lebih awal sebulan.

Junior-junior kelihatan seronok sewaktu melangkah masuk ke dalam sekolah, mungkin kerana baru pertama kali melihat keajaiban dunia itu.

Pintu masuk Hogwarts dibuka. Ahli EXO, SNSD beserta Seungwan, Seulgi dan Joy berpecah masuk ke kelas masing-masing.

Mereka menjalani kehidupan seperti biasa sama seperti dulu cuma kali ini, warna-warni kehidupan lebih ceria kerana kekasih hati disisi. 

Ujian demi ujian diberikan dan mereka lulus semuanya dengan lancar. Para guru juga begitu kagum dengan pencapaian mereka. Seperti biasa, ahli EXO memang dikagumi oleh para junior seperti awal tahun dulu dan sebelum-sebelumnya. Mereka kerap digoda oleh junior sendiri sehingga kadang-kadang menyebabkan Seulgi dan Taeyeon naik angin dan merajuk. Seungwan? Tak peduli pun.

Sebaliknya Chanyeol yang kuat meragam. Eh?

Dia kembali ke sifat dingin apabila berada ditengah-tengah orang awam demi melindungi Seungwan daripada mata-mata miang junior lelaki. Tapi kembali lembut apabila mereka bersendirian. Banyak kali mereka ditangkap kerana bermanja-manja ditempat orang awam sehingga didenda oleh guru kelas. Kejadian yang memalukan tetapi bakal menjadi pengalaman indah buat mereka.

Sebulan kemudian, para pelajar berkumpul didalam dewan menonton para senior menerima ijazah mereka. Pakaian graduasi yang dipakai oleh setiap rumah itu menampakkan lagi keistimewaan dan keunikkan setiap rumah.

Chanyeol mengenyitkan matanya saat terpandang mata dengan Seungwan. Namun lain pula jadinya apabila junior-junior yang menjerit histeria kerana perasan.

Sebaik sahaja sijil diterima, mereka berkumpul ditengah-tengah padang dan bergambar. Topi graduasi itu dilempar tinggi ke udara sambil melompat. Mereka semua mengucapkan tahniah kepada sesama sendiri.

Disebalik keriuhan itu, wujudlah adegan-adegan tidak sepatutnya terutamanya daripada Jongin dan Seulgi. Tahu-tahu sajalah Jongin. Tak dilupakan juga pasangan of the year, Wenyeol. Mereka juga telah berjangkit dengan penyakit Jongin.

Sadisnya, moment itu dirakam oleh kamera. Dan yang bagusnya, gambar-gambar bergerak itu akan dihantar ke rumah mereka. Sadis ke? Haha

Baguslah kan?

Tamat sahaja sesi semester itu, semester baru dimulakan. Seungwan, Seulgi dan Joy pula menjadi senior untuk tahun pertama. Mereka kerap dijuluki dengan berbagai nama dek kerana pencapaian yang bagus.

Seungwan menerima penghargaan pelajar terbijak tahun 2*** dan menerima sijil emas daripada Hogwarts kerana pencapaian akademiknya yang sentiasa konsisten. Dia juga menerima markah O.W.L. tertinggi sepanjang abad.

Seulgi menerima penghargaan pelajar teraktif dalam kokurikulum sihir dan menjadi pelatih kepada junior yang ingin mengkaji tentang alam sihir diluar dunia terutamanya segi tiga bermuda, tempat tinggal terawal ahli sihir.

Joy pula dinobatkan sebagai harapan sekolah kerana sering mengikuti pelbagai acara disekolah sihir lain sehingga namanya disebut-sebut oleh pelajar sekolah disana. Dia juga dijuluki Miss Goddest of Hogwarts kerana penampilannya yang sentiasa memukau pelajar dari kedua jantina.

Pedang legenda milik Slytherin itu ditampilkan ke umum bermula awal semester itu. Ramai yang mengunjungi muzium tersebut untuk melihat seberapa benar akan berita itu. Disatu sudut dinding, terdapat satu frame gambar Irene bersaiz gergasi diletakkan disana. Dibawahnya tertulis, si cantik yang licik, ikon wanita Slytherin, seperti yang diidamkan oleh Irene dahulu. Dia akhirnya berjaya juga menjadi wajah untuk Slytherin.

Yeri?

Dia masih lagi bersama Jungkook dan masih rasmi menjadi kekasih kepada lelaki itu. Perwatakan Yeri masih tak berubah. Masih nakal cuma dia tidaklah sejahat dulu. Dia sudah berkawan semula dengan Seungwan, Joy dan Seulgi dan mereka berempat telah membuat nama kumpulan masing-masing. Red Velvet, kerana mereka seksi dan menggoda. Cadangan daripada Yeri dan Joy, duo terbaru.

Yeri juga telah menjadi murid contoh disana dan disenangi ramai orang. Walaupun kadang-kadang banyak kes junior dilempar telur atau dikejar troll dan semuanya adalah helah Yeri. Hehe. Nakal.

Jungkook pula melanjutkan pelajarannya untuk menjadi seorang profesor dalam bidang Alchemist, mengikut kehendak orang tuanya.

EXO?

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang Suho kan?

Lelaki itu sudah berjaya menjadi doktor ternama yang masyhur dan disebut-sebut ramai. Sememangnya keluaran Ravenclaw tidak mengecewakan. Namun, kerjayanya itu diteruskan didunia manusia dan bukannya dunia sihir seperti yang diinginkan oleh kedua ibu bapanya.

Lelaki itu masih menyesal kerana tidak menjaga Irene dengan sebaik mungkin sehingga menyebabkan gadis itu meninggal. Gambar gadis itu masih disimpan disampingnya dan terletak elok diatas meja doktornya.

Dia telah berjanji untuk tidak berkahwin dengan mana-mana wanita selain Irene kerana cinta matinya adalah untuk wanita itu.

"Doktor? Sakit saya ni macam mana?" soal pesakitnya. Suho tersedar dari lamunan. Dia termangu saat melihat betapa cantik dan miripnya gadis itu dengan Irene.

"Irene? Apa tadi?"

"Siapa? Saya nak tahu pasal tangan saya yang melecet ni." pinta gadis itu.

Tag namanya dibaca oleh Suho.

Bae Joohyun.

Gambar Irene terus ditolak dan disimpan dibawah meja.

"Kat mana tadi?" soalnya dengan suara selembut dan selemah-lemah iman.

Irene yang menonton dari atas langit melempang kepala Suho secara visual.

"Tak guna Kim Junmyeon!!!"


Sehun? Lelaki itu berjaya menjadi seorang designer terkemuka. Tak percayakan? Tapi disebalik wajah bekunya, dia tetap mempunyai bakat yang terpendam ya. Tetapi dia tidak lembut ya? Sambil-sambil menjadi designer, dia juga merupakan model kepada rekaannya sendiri.

Ramai ahli sihir yang kini menggunakan khidmat Sehun. Kebanyakkan sekolah juga meminta Sehun sendiri untuk mereka seragam baru untuk mereka. Sebahagiannya juga telah diterbangkan ke dunia manusia dan menjadi rekaan yang paling laris sepanjang zaman.

Selain daripada itu, Sehun sendiri mengangkat Joy sebagai duta kepada rekaannya. Disebabkan itulah, Joy dikenali sebagai Goddess of Hogwarts oleh pelajar sekolah lain. Dengan keyakinan yang dimiliki oleh Joy, memang mudahlah dia memukau penonton.

Jongin? Lelaki itu membuka kelas tarian balet untuk ahli sihir yang berminat. Ya, lelaki itu minat dalam seni balet sejak dari kecil lagi namun tiada siapa yang tahu kerana dia malu. Dia pernah digelakkan oleh bekas kekasihnya (bukan Seulki) kerana pernah menyatakan impiannya itu sehingga menyebabkan dia mendiamkan diri daripada minatnya buat masa yang agak lama, kecuali Seulgi. Gadis itu berbeza.

Dia menyokong impian Jongin sehingga membuatkan lelaki itu kembali dalam bidang yang diminatinya itu dan akhirnya berjaya menarik beribu orang untuk mendaftar masuk ke kelasnya. Tak disangka-sangka juga kerana Seulgi turut sama meminati balet. Pada hujung minggu, Seulgi akan turun padang untuk membantu Jongin melatih mereka yang berminat.

Jongin juga turut sama menjadi model sambilan untuk jenama Sehun.

Chanyeol?

Jangan gelak ya?

Lelaki itu telah menjadi penulis novel paling masyhur zaman ini. Novelnya juga telah dikeluarkan ke dunia manusia dan telah diadaptasi menjadi filem dengan kutipan tertinggi sepanjang abad.

Tajuk?

"Potter Family!" Cringe.

Seungwan menoleh saat terdengar suara seorang junior menyebut nama novel yang dikeluarkan oleh Chanyeol. Dia mencuri-curi dengar perbualan mereka.

"Kau dah baca novel tu?" soal Jinnie.

"Mestilah! Kau gila? Orang tak waras je yang belum baca tahu tak?!" balas sahabatnya, Layla.

"Kan! Aku suka la watak dia. Macam hidup! Kisah hidup Loey, si lelaki dingin yang tak pernah percaya dengan cinta sejati dan Wanda, gadis yang tak tahu apa-apa pun cinta. Cerita diorang ni lagi menarik dari Romeo dan Juliet atau Rose dan Jack! Dua-dua bodoh sebab tak dapat jaga sesama sendiri sampai pasangan mati," ulah gadis bernama Jinnie itu.

"Betul! Macam mana Loey jaga Wanda daripada kena bunuh dengan Iris. Memang menakjubkan! Rupa-rupanya, selain Charles yang jaga Wanda, Loey dah senyap-senyap lindungi Wanda daripada dibunuh oleh sekutunya! Tapi tak siapa pun tahu termasuk Stephen sendiri sebab Loey pandai sorokkan daripada diorang! Aku terharu!" balas Layla pula.

"Semua orang ingat Charles la hero dan Loey lemah tapi sebenarnya Loey yang hero sebenar! Hero sebenar tak wara-warakan kehebatan dia sebaliknya bergerak dalam diam! Work in silence, let your success be your noise! Ibarat pepatah tu!"

Mereka berdua berborak dengan begitu lantang sehingga tidak mempedulikan orang sekeliling.

"Aku harap aku dapat lelaki macam Loey juga nanti. Dia sweet tau walaupun awal-awalnya kurang ajar sikit," ujar Jinnie, berangan. Layla menjentik dahi Jinnie dengan kuat.

"Lelaki malang manalah yang nakkan kau? Hahaha!" Gelaknya. Jinnie memuncungkan bibirnya.

"Harapnya penulis tu tulis sambungan cerita. Aku nak tau sangat kehidupan selanjutnya Loey dan Wanda,"

"Sama. Nanti kita pergi fansign penulis tu ye? Aku dah lama nak jumpa dia. Dengar kata handsome."

Seungwan menutup buku yang dibaca olehnya. Dia melewati kedua Jinnie dan Layla. Mereka berdua tunduk hormat kepada Seungwan.

"Annyeong senior Seungwan.." Sapa mereka. Seungwan mengangguk kecil.

Buku ditangan dipegang erat. Dia menuju ke perpustakaan dan memasuki salah satu bilik pameran. Buku ditangannya diletakkan didalam satu bekas lutsinar.

Tertulis nama Cedric Diggory diatasnya dengan dakwat emas. Ya, buku itu adalah diari milik Cedric. Seulgi menyerahkan buku tersebut kepada Seungwan selepas melawat kubur lelaki itu. Didalamnya terdapat semua kisah yang perlu Seungwan tahu termasuklah perancangan Slytherin terhadapnya. Ada juga kisah dia dan Chanyeol sendiri.

Tentang bagaimana Cedric tahu bahawa Seungwan adalah jodoh Chanyeol yang sebenar-benarnya. Disebabkan diari itulah, cinta Seungwan semakin kuat kepada Chanyeol. Rupanya dalam diam, Chanyeol telah berusaha melindunginya daripada kuasa-kuasa jahat yang cemburu terhadap keluarganya.

Disebabkan itulah, tanda lahir Seungwan sering terbakar kerana itu sebagai tanda dirinya telah berada dalam lindungi seseorang. Selama ini Seungwan sangka, Cedric yang melindungi namun sebaliknya pula. Cedric hanyalah orang ketiga diantara mereka. Yang menolong melancarkan semua perancangan.

Akan tetapi, bahagian-bahagian cerita tersebut telah disembunyikan oleh Seungwan. Dia cuma mempamerkan bahagian dimana Cedric menceritakan tentang gadis yang diminatinya namun tanpa nama gadis itu. Dia tak mahu Slytherin dipandang buruk. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku.

"Kyahh Park Seungwan! Dengar tak apa yang aku cakap ni?" bentak Seulgi. Kepala Seungwan dipukul lembut dengan buku novel bertajuk Potter Family.

"Hah apa?" soal Seungwan. Seulgi mencebik.

"Kau ni kan! Tu hah Chanyeol tengah bagi ucapan lah! Dengar!" marah Seulgi. Seungwan memandang ke hadapan. Matanya bertembung dengan mata lelaki itu.

"Potter Family? Ada sebab kenapa saya pilih tajuk itu. Kenapa? Saya akan jawab bagi pihak Loey, karakter utama novel itu. Kerana bagi Loey, tanpa ahli keluarga Potter, tak mungkin dia dapat bertemu Wanda. Seandainya tiada lagi salah-silah daripada Potter yang kembali ke Hogwarts, mungkin Loey akan selamanya menyingkirkan setiap orang yang cuba untuk masuk ke dalam hatinya.

Disebabkan Potter juga, Loey berjaya pulihkan hubungannya dengan sahabat dan bekas kekasih merangkap kawannya juga. Tak ada guna berdendam kerana itu membuang masa. Disebabkan Potter juga, mereka berjaya menghalang orang yang ingin memusnahkan dunia sihir dengan rancangan jahat mereka. Yang paling penting, ianya berjaya membina ikatan diantara Loey dan Wanda sendiri," ucap Chanyeol, penuh berperasaan. Seungwan tersenyum mendengar ucapannya.

"Walaupun banyak kali bergaduh dengan Wanda kerana salah faham dengan kebodohannya sendiri, tapi itu yang menguatkan lagi cinta mereka. Tanpa kejadian malang itu, nescaya tak akan pernah wujud Loey dan Wanda yang kita tahu ini.." sambung lelaki itu.

Dia menunduk ke bawah dan tersenyum malu.

Pengacara dan penonton memberi tepukan gemuruh. Mereka mulai beratur dan menunggu giliran untuk mendapatkan tandatangan Chanyeol.

Seungwan mengusap lembut cover novel tersebut. Terpampang wajahnya yang dilukis oleh Chanyeol sendiri disitu. Kata Chanyeol, Seungwan lah watak utama dalam hidupnya. Disebabkan itulah, dia membuat keputusan untuk menggunakan Seungwan sebagai wajah buat novelnya.

"Cik Seungwan?" panggil Chanyeol. Seungwan tersedar dari lamunannya. Lelaki itu bangun dan mencium tapak tangan Seungwan dengan penuh beradab.

Penonton menjadi teruja. Lelaki itu beralih dan berdiri dihadapan Seungwan. Membuatkan gadis itu dan semua orang terpinga-pinga.

"Orang kata cinta Loey dan Wanda memang indah dan agung. Betul kan?" soal Chanyeol kepada Seungwan. Seungwan diam kerana tak faham akan soalan Chanyeol.

"Tapi, indah lagi seandainya Wanda menerima lamaran daripada Loey yang terkutuk ini. Dihadapan ribuan penonton dan bersaksikan buku-buku disekeliling kita, sudikah Wanda atau Son Seungwan menerima lamaran Loey, Park Chanyeol ini untuk menjadi kekasih hidupnya buat seumur hidup?"

Lamar Chanyeol sambil melutut.

Seungwan tergamam. Penonton menekup mulut kerana terharu. Seulgi sampai menggigit bibir kerana terlalu teruja.

"Sa—Saya.."

Penonton menggenggam tangan sendiri. Menunggu respon Seungwan.

"Saya.."

"Say yes! Say yes!!!" teriak mereka.

"Yes.." jawab Seungwan.

"YES!" jerit Chanyeol keriangan lantas memeluk Seungwan yang sekecil tupai itu. Badan Seungwan diangkat dan didukung dengan erat. Lelaki itu memusingkan badan mereka beberapa kali kerana terlalu gembira sehingga menyebabkan Seungwan mengeratkan lagi pelukan.

"Yeollie!!"

"I love you Wannie!! Soo muchh!!"

Chanyeol mengucup pipi Seungwan yang agak chubby itu. Berkali-kali pula itu.

"I'm getting married!! I'm gonna be a husband to Son Seungwan!! Dengarlah dunia!!"

Seungwan mengangguk sambil ketawa.

...

Love is the way-Red Velvet

Kamera disorotkan kepada Chanyeol dan Seungwan. Berita perkahwinan mereka menjadi berita paling tergempar tahun itu. Akhbar dikeluarkan tanpa henti setiap jam.

Ramai orang yang dijemput untuk meraikan majlis gembira tersebut. Selepas melafazkan perjanjian, Chanyeol tak habis-habis berbangga dengan dirinya dihadapan orang ramai kerana berjaya memiliki Seungwan. Habis setiap orang ditegurnya. Sepanjang hari lelaki itu berkepit dengan Seungwan sehinggakan Seungwan mahu ke tandas pun diikutnya.

"Terima kasih Yeollie, sebab selama ni lindungi saya dalam diam.." ujar Seungwan, dengan mata berair.

"Saya menyesal tak kenal awak dari awal. Kalaulah saya tahu, saya tak akan jatuh cinta pada orang yang salah. Rupanya selama ni, awak cinta sejati bukannya—"

Chanyeol meletakkan jarinya pada bibir Seungwan lalu lelaki itu menggeleng.

"Tak perlu ungkit lagi pasal tu. Yang penting kita dah bersama kan? Kalau bukan sebab perangai kebudak-budakan awak dulu, mesti saya tak akan pernah sedar kehadiran awak.." pujuk Chanyeol. Seungwan ketawa. Dia memang budak-budak dulu..

Kepalanya disandarkan pada dada bidang Chanyeol.

"Saya janji, akan cintakan awak selamanya-lamanya. Hanya mati yang akan memisahkan kita.."

"Nado.. Mulai hari ni, kita akan mulakan dunia baru kita. Sebagai pasangan sehidup dan semati.. selamanya.."

The End!




Sorry ending pasal 'Potter Family' tu agak lame. Aku buat cerita ni masa mula-mula nak addict balik dengan Harry Potter(HP) tapi tak sepenuhnya faham HP masa tu. Ini pun aku dah edit balik tambah apa yang patut.

Ending agak teruk. Tahu. Tapi terima kasih baca. Season 2 dah out! Jom baca ^^

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top