Part 8 : Mengaku


Para pelajar kini berada di dewan untuk menjamu makan malam. Lewat malam sebenarnya. Mereka pelik. Ini adalah waktu tidur untuk semua pelajar tetapi mereka dipaksa untuk keluar menjamu selera. Separuh tenaga pengajar nampak serius manakala selebihnya sama-sama bingung dengan apa yang sedang berlaku.

Seulgi, Wendy dan Joy duduk disatu meja bersama. Mereka tidak pedulikan peraturan tentang setiap pelajar perlu duduk dirumah mereka sahaja. Lagipun ini waktu makan kan?

"Diorang letak racun ke dalam makanan ni? Siap paksa makan lagi," soal Seulgi. Ini pertama kali seorang pelahap sepertinya ragu-ragu untuk makan. Joy menjongketkan bahu tanda dia pun tidak tahu.

Dia menghulurkan paha ayam kepada Seulgi dan mempelawanya untuk makan. Dewan makan bising dengan bunyi para pelajar yang kelaparan seolah-olah seminggu tak makan.

Seungwan memandang sekelilingnya sambil meratah tulang ayam. Dia nampak Irene yang tertangkap sedang merenung seseorang. Mereka bertentang mata dengan kekoknya. Kemudian gadis Slytherin itu mengalihkan pandangan seperti menyembunyi sesuatu. Misteri betul keturunan ular ni.

Gedegung!

Pintu dewan dibuka dengan kasar oleh penjaga sekolah. Dia berjalan menuju kearah McGonagall dengan marahnya. Penyapunya dilempar ke lantai dengan kasar.

"Ada pelajar yang ceroboh kawasan larangan di bahagian timur! Cakap siapa!" jerkahnya. McGonagall merenung kearah pelajarnya yang beratus orang itu.

"Mr.Filch. Tak ada siapa dibenarkan ke sana jadi saya pasti awak tersilap--"

"Tersilap apanya kalau ada cebisan kain dekat sini!" dia memotong percakapan McGonagall. Cebisan kain hasil daripada mantel yang terkoyak itu ditunjukkan kepada para pelajar. Mereka semua berbisik sesama sendiri.

Kebetulan, Seulgi ternampak mantel Joy yang sedikit terkoyak. Dia dengan cepat mengangkatnya dan melindunginya di bawah meja. Joy resah. Wajahnya diselubungi ketakutan. Seulgi memegang tangan Joy untuk menenangkannya.

"Sesiapa yang ditangkap masuk ke kawasan larangan akan dikenakan hukuman berat! Tak ada siapa beritahu ke?! Berpuluh tahun aku jaga tempat tu dan korang senang-senang hati ceroboh! Macam mana kalau dia--"

"Mr.Filch.." Panggil McGonagall. Dia menggelengkan kepalanya tanda menyuruh lelaki itu agar tidak meneruskan kata-katanya. Mr.Filch tidak mengangguk sebaliknya dia hanya diam membiarkan McGonagall mengambil alih.

"Walau siapa pun kamu, saya nak kamu mengaku. Kami akan pertimbangkan untuk kurangkan hukuman," McGonagall cuba untuk memujuk. Kesemua pelajar diam dan memandang sesama sendiri.

Joy mengepal penumbuknya. Dia kena mengaku. Dia kena beritahu tentang perjumpaan rahsia Slytherin.

"Saya-- yang buat.." Seorang lelaki berkata dari arah kanan. Dia berdiri perlahan-lahan sambil menundukkan kepalanya.

"Sungjae..." Gumam Joy perlahan.

Sungjae menapak ke hadapan dengan perlahan-lahan.

"Maafkan saya.." ujar Sungjae lalu berdiri dihadapan Mr.Filch.

Penjaga sekolah itu nampak semakin marah.

"Kami akan pertimbangkan--"

"Tak payah! Buang dia! Sekali langgar peraturan, dia akan buat lagi. Sekali penipu selamanya penipu," kata Mr.Filch, tiada belas kasihan. Keturunan Filch memang membenci wizard. Ini kerana mereka adalah squib. Squib bermaksud seorang ahli sihir yang tidak dapat melakukan sihir. Mereka seolah-olah muggle, yang mana agak hina. Sungjae mengetap bibir menahan tangisan. Dia meramas seluarnya kuat untuk menahan rasa marah.

"Saya pengetua jadi saya buat keputusan.."

"Kalau macam tu kenapa tak kawal anak murid sendiri?! Pengawas pula tu! Beritahu kami kenapa kamu ceroboh kawasan tu!" jerkah Mr.Filch. Sungjae menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Maafkan saya! Hukum saja saya!" pinta Sungjae. Entah kenapa mulutnya tidak dapat memberitahu perkara sebenar. Dia menunduk seolah-olah sedang sujud untuk meminta maaf.

Mr.Filch memandang McGonagall, meminta agar dia menentukan keputusan seterusnya.

"Yook Sungjae. Kami akan buat keputusan sebentar lagi. Ikut saya." Ujar McGonagall. Dia agak kecewa dengan Sungjae yang merupakan senior. Baginya, Sungjae patut tahu akan pantang-larang di sini dan cukup matang untuk mengatasi perasaan ingin tahu akan ruangan larangan itu.

Mr.Filch mengarahkan Sungjae untuk bangun mengikutnya dan menerima hukuman. Dia bakal disebat lima kali dan dipaksa bermalam bernama troll di hutan bersendirian. Selamat atau tidak, bergantung kepada mereka sendiri.

"Pengetua! Kami ke sana bersebab!" Joy bangun dan bersuara. Kesemua mata memandang kearah Joy.

"Kamu pun sama?!" Pekik Mr.Filch.

"Kami nampak pelajar Slytherin ke sana dan masuk melalui pintu rahsia. Saya nampak Irene dan senior Chanyeol bergaduh tentang sesuatu. Saya nampak semuanya!" terang Joy. Seulgi menarik mantel Joy mengarahkannya untuk duduk.

Mata-mata kini terarah pada Irene dan Chanyeol termasuklah guru-guru Slytherin. Irene berdiri lalu menghentak tangannya keatas meja.

"Jangan nak tuduh macam-macam! Mana bukti kau?!" soal Irene.

Joy menghalakan jarinya kearah Chanyeol.

"Muka senior lebam sebab kau tumbuk dia. Mantel..Mantel dia terbakar sebab kau kenakan sihir keatas dia. Aku nampak semuanya!" jelas Joy. Irene melipat tangannya separas dada dan tersenyum sinis.

"Oh really?"

"Ya! Aku nampak semuanya! Jelaskan apa yang korang sembunyikan!"

"Cukup! Jangan fitnah aku!" Chanyeol bangun dan memarahi Joy.

"Ini. Lebam ni aku dapat sebab berlatih dengan Shindong hyung petang tadi. Mantel aku terbakar? Where? Aku ada dalam dorm sepanjang malam tadi." sambung lelaki itu sambil menunjukkan mantelnya yang bersih dan masih terlihat baru. Mata Joy bergetar.

"Baekhyun boleh jadi saksi yang aku dalam dorm sepanjang hari!"

"Park Joy. Terangkan apa yang berlaku. Kenapa kamu tuduh macam tu pada Slytherin?" soal Profesor Siren dengan pandangan menakutkan. Joy nampak kaku.

Sehun bangun lalu mendekati Joy. Dia menunduk agar tingginya menyamai Joy dan mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu. Dia menghidu sesuatu di bibir Joy lalu tersenyum.

"Saya bau poison memabukkan di sini. Saya syak Park Joy telah meminum poison yang diperoleh daripada ruangan Profesor Siren. Profesor ada melaporkan kehilangan poison semalam." Ujar Sehun. Joy, Seungwan dan Seulgi terkejut.

"Apa?! Saya tak curi apa-apa!" Joy membantah.

"Nampaknya Park Joy telah melakukan tuduhan dalam keadaan mabuk. Dan itu melanggar peraturan di Hogwarts. Juga mencuri. Ravenclaw, kamu semua ditolak sepuluh markah!"

Pelajar Ravenclaw merungut kerana kecewa. Ini tidak adil. Joy menahan air mata. Berkali-kali dia menyangkal tuduhan itu. Sementara itu, Seungwan memerhati Irene dan Chanyeol. Keduanya nampak memberi pandangan mencurigakan. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena di sini.

"Park Joy dan Yook Sungjae, sila ikut kami."
"Pelajar lain, semua boleh balik dorm. Pengawas sila iringi mereka!"

Arah McGonagall. Para pelajar mulai beredar kecuali Seungwan dan Seulgi. Mereka rasa kasihan dengan Joy.

"Aku dah cakap jangan masuk campur.." Seulgi menahan rasa marahnya. Dia kecewa dengan Joy.

"Jangan salahkan dia sepenuhnya. Kau tunggu sini kejap," arah Seungwan. Dia mendekati Irene yang sedang berbual akan sesuatu dengan Chanyeol. Tangan Irene direntap kasar.

"Apa kau--"

"Aku tak tahu apa yang kau rancang dengan geng kau, tapi jangan harap korang akan selamanya selamat. Apa yang korang sembunyikan tu akan terbongkar juga suatu hari nanti!"

Irene ketawa.

"Jangan nak mengarut dekat sini. Kau pun sama mabuk dengan kawan kau tu ke?" soal Irene. Seungwan memandang keji perempuan dihadapannya itu.

"Ketawa lah sepuas hati. Kita tengok, siapa yang ketawa diakhirnya nanti. Kau atau aku!"

"Aku akan tunggu waktu tu."

Dua rival mengisytiharkan perang tanpa mereka sedari.

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top