Part 7 : Room of Requirements
Joy, Seulgi dan Seungwan berjalan di sekitar koridor selepas selesai mandi. Kelas petang tadi membuatkan satu badan mereka sakit. Sepanjang perjalanan, Seungwan tersenyum sendiri melihat pergelangan tangannya yang dibalut rapi dengan kain anduh.
Dukk! Seulgi dan Seungwan terlanggar Joy yang secara tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan. Baru sahaja mereka hendak memarahi Joy, pandangan mata mereka terarah kepada beberapa pelajar Slytherin yang sedang menuju ke sebuah tempat dengan gerak-geri yang mencurigakan.
"Diorang nak pergi mana tu?" soal Joy lalu menolak Seulgi dan Seungwan agar bersembunyi di sebalik koridor. Mereka tidak boleh ditangkap kerana mengintip. Pelajar-pelajar Slytherin itu kelihatan tergesa-gesa. Sepertinya ada sesuatu yang sudah berlaku.
"Tak payah tahu lah. Urusan diorang tu. Kita tak payah masuk campur." ujar Seulgi. Dia seboleh-bolehnya tak mahu masuk campur dan mengakibatkan masalah. Seungwan bersetuju dengan kata-kata Seulgi.
"Korang tak pelik ke? Kalau ada apa-apa berlaku, diorang kena maklum pada kita juga. Mana boleh macam ni!" Joy menyuarakan pendapatnya. Seulgi menggeleng kecil.
"Balik..." Arahnya, tegas. Joy mengalah. Dia ditarik untuk beredar dari situ. Namun, gadis keras kepala itu tidak berputus asa, dia tetap nak tahu kemana pelajar-pelajar Slytherin itu pergi.
"Kejap! Korang pergi lah balik dulu. Penyepit rambut aku tertanggal. Kalau tertangkap nanti susah aku." Temberang Joy. Seulgi dan Seungwan tidak mengesyaki apa-apa dan mengangguk sahaja. Mereka berdua meninggalkan Joy seperti yang disuruh.
Joy tersenyum. Dia kembali ke tempat tadi untuk menyiasat. Setibanya di sana, kelihatan seorang gadis sedang berlari-lari kecil menuju ke suatu tempat.
"Irene?"
Tanpa berlengah, Joy mengekorinya secara senyap. Hampir sampai di penghujung jalan, Joy ditarik oleh seseorang di sebalik dinding. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri dan mulutnya ditekup.
"Shhh." arah lelaki itu. Dia mengarahkan Joy untuk melihat kearah hadapan. Kelihatan Irene yang sedang menunggu sesuatu di hadapan dinding kosong itu. Seketika, terbentuklah sebuah pintu dan dia segera masuk dengan sepantas kilat.
...
"Sampai pun kamu. Ingatkan nak datang esok?" sindir ketua puak Slytherin, Leonis Malfoy. Irene menayangkan wajah menjengkelkan kearah Leonis. Dia terus mengambil tempat di sebelah Leonis dan berhadapan dengan Chanyeol. Di sebelah lelaki itu pula ialah Sehun dan Baekhyun.
Leonis Malfoy adalah cicit kepada Draco Malfoy. Lelaki ini seratus peratus berlainan dengan moyangnya. Dia telah mengembalikan sifat sombong keluarga Malfoy yang dahulunya pernah hilang buat seketika setelah Lord Voldemort dibunuh. Leonis, adalah nama bintang. Keluarga Malfoy nampaknya masih mengikuti tradisi keluarga Black dalam memberi nama kepada anak mereka.
"Mana Kris?" soal Leonis.
"Dia tak mahu ikut." jawab Jimin. Leonis menghela nafas marah. Geram betul dia dengan manusia sihir bernama Kris Wu ini. Setiap kali ada mensyuarat, pasti dia tak mahu datang. Kehadiran dia boleh dikatakan kosong!
"Nevermind! Korang tahu kan kenapa aku panggil ke sini?" soal Leonis. Perbincangan mulai menjadi serius. Pelajar Slytherin yang terpilih itu mengangguk. Senyuman terukir di bibir Leonis.
Dia mengibas mantelnya dan duduk diatas kerusi menghadap pelajar-pelajar yang terpilih itu. Kedua tangannya digenggam dan dia merenung mereka.
"Anugerah Potter. Baru diadakan tahun ini untuk mengambil lima pelajar terhebat di Hogwarts dan dianugerahkan pingat kebesaran. Siapa yang terpilih dan berjaya mendapat eternal glory, hampir sama seperti Tri-Wizard tournament. Korang tahu kan pemilihan untuk kriteria ni tersangatlah ketat. Sesiapa yang berjaya, akan menempah nama dalam sejarah." terang Leonis panjang lebar.
Anugerah ini sebenarnya rahsia diantara guru-guru sahaja. Ianya bakal didedahkan pada hujung tahun ini sewaktu pelajar-pelajar yang layak sudah ditemui. Namun tidak bagi Leonis. Ianya terlalu lama untuk ditunggu. Jadi, dia bocorkan maklumat itu terlebih dahulu. Itupun, anak buahnya yang memaklumkan kepada dia. Dia rasa dikhianati oleh guru-guru di Hogwarts kerana tidak dimaklumkan tentang rancangan ini. Jadi, dia mahu balas dendam.
"Kita tak boleh biarkan mana-mana pelajar dari rumah lain untuk menduduki tempat pertama! Terutamanya half-blood tak guna tu! Aku nak satu daripada kamu, atau kesemua sekali untuk bolot tempat tu! Pastikan ketuanya adalah Slytherin! Dan selepas kita dapat anugerah tu, kita akan tukar namanya." sambung Scorpio. Keningnya terjongket, nampak begitu jahat.
Dia akan tukarnya menjadi Malfoy Award. Gila apa dia nak guna nama Potter? Dia jijik! Entah siapa yang suka keluarga half-blood itu. Orang gila je yang sokong mereka. Dia bukan seperti moyangnya, Draco Malfoy yang penakut.
Pung!
Sebilah pedang dilempar keatas meja oleh Scorpio. Ianya mendarat betul-betul dihadapan Irene dan Chanyeol. Mata mereka semua bersinar saat melihat pedang legenda itu.
"Pedang ni, milik keturunan Slytherin selama bertahun-tahun. Ianya daripada Salazar Slytherin. Tapi tak ada siapa pernah tahu kewujudannya sampailah aku yang jumpa sewaktu masih belajar dulu.. Siapa yang memilikinya dapat membunuh sesiapa sahaja yang ia mahu. Hanya pemilik yang sesuai dan menepati ciri-ciri yang ia mahukan sahaja dapat memilikinya. Aku mahu satu sukarelawan, untuk membunuh keturunan Potter dalam perlawanan Tri-Wizard antara sekolah magik tak lama lagi. Dalam waktu tu, aku akan beri orang tu untuk berlatih menggunakan pedang ni. Angkat tangan kalau kau nak!" arah Leonis.
Mata setiap pelajar masih tertancap pada pedang yang sedang bersinar indah itu. Tangan seseorang dengan lajunya terangkat.
"Irene. Anak buah aku. Bagus." kata Leonis, bangga. Irene adalah anak saudara tirinya dari belah ibunya.
"Biar saya yang lakukan." kata Irene, yakin. Leonis mengangguk. Dengan tamaknya, Irene mengambil pedang tersebut sambil membelek-beleknya dengan takjub.
Seseorang mengepal penumbuknya geram kerana tidak sempat untuk merampasnya daripada Irene. Dia tidak berpuas hati. Baginya, gadis itu tidak layak untuk menjalankan tugasan itu apatah lagi merangkul anugerah istimewa itu.
"Semua boleh bersuarai. Kita jumpa pada mesyuarat selanjutnya." kata Leonis dan terus menghilang di sebalik api pada penghadang di belakangnya. Dia menggunakan serbuk Floo untuk beredar kerana tidak ada sesiapa dibenarkan untuk apparate di Hogwarts.
Kesemua pelajar Slytherin keluar dari room of requirements yang diberi nama Snake Room. Hanya untuk keturunan Slytherin. Room of Requirements akan muncul kepada sesiapa yang memerlukan sahaja.
Irene adalah orang kedua terakhir yang keluar. Dia dengan senang hati berjalan keluar seperti sudah memenangi loteri.
Tap! Pergelangan tangan Irene direntap kasar. Irene menjengil manusia yang menganggunya.
"Kau nak apa?!" soalnya, garang. Lelaki itu meraup wajahnya dan menghalakan tangannya kearah Irene.
"Serahkan pedang tu." arahnya. Irene merenung dari atas ke bawah.
Pap! Tangan lelaki itu ditepuk bagaikan sedang berhigh-five.
"Kau ingat kau siapa nak arah aku?" soal Irene. Akibat tidak berpuas hati, lelaki itu cuba merampasnya dari pinggang Irene. Malang bagi lelaki itu kerana dirinya ditumbuk kuat oleh Irene.
"Jangan cuba nak lawan aku Park Chanyeol!" marah Irene.
"Kau ingat kau mampu ke nak lawan dia? Bagi aku. Aku lelaki. Aku mampu jalankan tugas tu. Lebih cekap dari kau, perempuan." Arah Chanyeol. Irene ketawa sinis. Dia menjeling Chanyeol. Dia tak percaya seseorang seperti Chanyeol memandang rendah keatasnya.
"And then what? Kau bolot semua anugerah tu dan berbangga-bangga pada orang macam dulu?" soal Irene. Dia berjalan setapak mendekati Chanyeol yang tingginya seperti mawas. Chanyeol berundur ke belakang.
"Benda tu dah lama--"
"Disebabkan benda lama tu lah aku terpaksa keluar dari sekolah ni!!" Pekik Irene. Urat-urat di dahinya timbul. Menandakan yang dia benar-benar naik angin.
Dia terimbau kembali saat dimana mereka secara senyap-senyap keluar dari Hogwarts dan mencari half-blood untuk dibunuh. Mereka dapat tahu tentang kelahiran keturunan Potter yang bakal mewarisi dunia sihir dan rancangan puak Slytherin untuk menghapuskan anak itu. Jadi, mereka bertindak terlebih dahulu. Semuanya demi mendapat nama di mata Slytherin.
Tapi disebabkan Chanyeol lambat bertindak, Irene ditembak menggunakan sihir penghenti nadi yang menyebabkan dia koma. Sihir itu hanya dapat disembuhkan setelah setahun dia terdampar di rumah sakit jauh dari dunia manusia mahupun dunia ahli sihir. Mereka pun sebenarnya tidak tahu siapa yang menyebabkan Irene tercedera dan siapa sebenarnya sasaran mereka. Yang mereka tahu, manusia itu adalah seorang gadis biasa.
Dan yang paling tidak disangka, Chanyeol mendapat nama kerana kononnya telah menyelamatkan Irene daripada diserang oleh muggle. Irene rasa terkhianati.
"Aku minta maaf atas kejadian tu. Bukan aku yang nak semua tu terjadi!"
Irene mengeluarkan tongkat saktinya dan menghalakannya kearah Chanyeol.
"Oh really? Dahtu kenapa kau tak jelaskan perkaraa sebenar?! Aku hampir mati tahu tak! Aku hampir dibuang keluar waktu tu!" Teriak Irene. Dia tidak dapat menahan nafsu marahnya dan terus menyerang Chanyeol.
"Flipendo!"
Kilat kecil muncul melalui tongkat sakti itu dan hampir mengena pada Chanyeol.
Irene tidak berpuas hati kerana sasarannya tidak mengena. Dia menghalakannya sekali lagi.
"Lacarnum Inflamarae!"
Api kecil mulai membakar jubah Chanyeol menyebabkan lelaki itu panik.
"Aku tak akan putus asa! Aku akan rampas jugak pedang tu!"
Chanyeol berlari meninggalkan Irene untuk mencari air. Irene menghela nafas lega. Pergi juga lelaki itu.
"Rasakan.." Gumam Irene sendirian. Dia membetulkan kedudukan pedang legenda itu agar tidak dilihat oleh sesiapa.
Ermm!!
Terdengar bunyi desahan seseorang disebalik dinding. Mata helang Irene terus memandang kearah datangnya suara itu.
Dia menggulingkan matanya kerana menyampah seterusnya berjalan pergi. Berpura-pura tidak mendengar suara itu.
"Lambat laun, akan terbongkar juga." bisik Irene dan terus beredar. Tak ada masa dia nak layan.
Sebaik sahaja Irene pergi, Joy dan lelaki misteri itu keluar dari dinding tempat persembunyian mereka. Joy menarik nafas dalam-dalam kerana tidak cukup oksigen.
"Kalau ye pun nak aku diam janganlah sampai tutup hidung aku!" marah Joy. Lelaki itu tersengih malu. Dia menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.
"Sorry. Aku Sungjae. Senior kau. Hufflepuff." Sungjae menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Joy. Joy memandangnya dengan tidak berselera. Eh! Tidak berminat maksudnya.
"Hm.. Park Sooyoung. Panggil Joy je." balas Joy dan menyambut huluran tangan Sungjae. Dia terus menarik tangannya semula.
"Terima kasih sebab tolong tadi. Saya pergi dulu." ujar Joy dan berlari meninggalkan Sungjae sendirian. Malas dia lama-lama dengan orang yang tidak dia kenali.
"Nanti-- Hm. Baru nak mintak nombor." Kata Sungjae, kecewa. Dia turut sama beredar ke dormnya dengan langkah yang longlai. Kecewa ditolak oleh perempuan. Padahal boleh je guna burung hantu nak hantar surat.
Sementara itu, Irene yang berada di sebalik dinding di lorong sebelah tersenyum penuh kejahatan. Kan dah kata, sekejap je terbongkar. Dia kena pastikan Joy dan Sungjae menutup mulut.
"Sayangnya, sekejap je korang akan berada dekat sini. Bye-bye Ravenclaw dan Hufflepuff. Lima puluh point dipotong! Hehehe."
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top