Part 41 : Hogwarts selamat?


Seungwan terus menerpa kearah Irene. Dia menumbuk gadis itu dengan sepenuh tenaganya. Irene mengelak.

Dia mengeluarkan sihirnya melalui hujung jarinya dan mengarahkannya pada Seungwan. Lantas ianya ditembak pada gadis berketurunan Potter itu.

Seungwan berlari menyelamatkan diri. Dia cuba untuk menyerang Irene dari belakang namun kuasa Irene nampaknya sudah bertambah sekarang. Dia sudah tiada jalan lain. Dia perlu mencari akal baru dan mengetahui kelemahan Irene.

Seungwan berlari keluar dari dewan menuju ke muzium Hogwarts. Dia pasti ada sesuatu disana yang dapat membantunya. Irene pula mengejek Seungwan kerana menganggap yang gadis itu pengecut dek kerana lari dari medan pertempuran. Dia mengejar Seungwan.

Seungwan mengunci pintu muzium dan mula meneliti satu-persatu harta berharga milik Slytherin. Semuanya nampak biasa sahaja. Pintu muzium ditendang kuat oleh Irene. Masa Seungwan kini semakin suntuk.

Dia terpandang satu buku kecil yang mempunyai corak ular diatasnya. Dia menumbuk kaca yang melindungi buku tersebut dan mula membacanya. Anehnya, bahasa yang ditulis didalamnya bukanlah bahasa yang biasa kita dengari didunia ini.

Ianya bahasa ular! Seungwan dapat memahami bahasa ular berkat darah Potternya.

Dia mula menghafal sihir-sihir yang patut digunakannya untuk memulihkan Irene. Tak semena-mena, pintu muzium melayang sehingga melekat didinding.

Seungwan menyorokkan buku tersebut dibelakang badannya. Irene datang mendekati.

"Kau dah tak boleh lari pengecut.." ujar Irene, sinis.

Seungwan pura-pura takut. Dia mengundur ke belakang.

"Bersedia untuk ucapkan selamat tinggal kepada dunia?" soal Irene. Seungwan menggeleng.

"Kau yang patut ucapkan selamat tinggal.." balas Seungwan. Riak wajahnya berubah menjadi sinis. Kening Irene terjongket.

Seungwan mula menyeluk poketnya untuk mengambil tongkat saktinya namun, tak disangka-sangka tongkat saktinya tiada. Pasti ianya terjatuh didalam dewan tadi. Seungwan mencarut dalam hati.

Kerana tak mengerti dengan perlakuan Seungwan, Irene ketawa sinis. Dia yakin pasti Seungwan ingin membunuhnya sekarang namun gagal kerana tidak memiliki tongkat sakti ditangannya.

"Oh. Uno." ujar Irene.

Dum! Dum! Dum!

Sinar sihir dilempar kearah Seungwan secara bertubi-tubi. Seungwan berlari dan mengelak disebalik khazanah berharga itu.

Hampir kesemua khazanah rosak disebabkan Irene. Gadis itu semakin menjadi-jadi.

Entah dari mana, Chanyeol masuk dan menolak Irene jatuh. Jubah Irene ditarik dan dibakar menggunakan tongkat saktinya. Sedikit kuasa sihir purba keluar dari badan Irene. Pada saat itu, Chanyeol nampak pedang legenda milik Slytherin pada pinggang Irene. Dia yakin, pasti ianya ada kena mengena dengan pedang itu.

"Cukuplah Irene! Kau ambillah gelaran apa pun yang kau tapi jangan apa-apakan Seungwan!" rayu Chanyeol.

Dia berdiri melindungi Seungwan yang sedang berlindung dibawah meja.

"Tak semudah itu," balas Irene.

"Apa lagi yang kau nak?!" marah Chanyeol.

"Perempuan tu patut mati!" balas Irene, garang.

"Tapi kenapa?!"

"Sebab dia dah cederakan aku! Dia buat aku tak dianggap pun oleh sesiapa! Dia buat impian aku musnah! Disebabkan keluarga dia, Slytherin dianggap jahat!" jelas Irene.

"Tapi bukan salah dia!"

"Dia ada darah Gryffindor jadi dia pun bertanggungjawab pasal ni!"

Chanyeol menggeleng kecil.

"Rene! Pasal kemalangan kau tu. Itu semua salah kita. Kita yang serang dia melulu. Kita yang cuba untuk bunuh dia tanpa siasat dulu sebab nakkan kehormatan tinggi tu. Kenapa pulak itu salah dia?"

"Korang cuba untuk bunuh aku? Termasuk senior?" soal Seungwan, terkejut.

Irene dan Chanyeol diam.

"She deserved it.." sambung Irene.

"Kau cemburu sebab dia memang ada harapan untuk dapat tempat pertama untuk ujian akhir tahun tu kan walaupun dia masih baru?" duga Chanyeol. Irene menggenggam penumbuknya.

"Kau cemburu sebab dia lebih baik dari kau kan?" Chanyeol menaikkan amarah Irene.

"She doesn't even worth it!" teriak Irene, berang. Bunyi ular gergasi mengeluarkan apinya kedengaran.

Tanah tiba-tiba bergegar. Ianya membelah dua dan mengeluarkan larvanya. Didalamnya terisi penghuni alam bawah. Nampaknya kuasa Seulgi telah dimanipulasi oleh Irene. Badan Seungwan tiba-tiba terapung keatas.

Chanyeol pergi mendapatkan penyapu ajaibnya dengan segera. Seungwan pula berusaha untuk turun. Dia mengeluarkan kuasanya daripada tanda lahirnya. Kuasa Seungwan dan Irene mula beradu sesama sendiri.

Api dari tangan Irene dihalakan kearah Seungwan dengan tujuan untuk membakarnya. Nampaknya Irene sendiri sudah kehilangan arah.

"Mati!!!."

"Andwae!!!"

Chanyeol kembali kearah Seungwan menggunakan penyapu ajaibnya dan menarik badan gadis itu menjauhi tempat tersebut. Dia memeluk gadis itu untuk melindungi walaupun tahu mereka berdua bakal mati dibakar secara hidup-hidup.

Ketika itulah, Kyungsoo mengambil kesempatan melanggar Irene agar sasarannya tidak mengena. Cedric menyimbah air disekitar tempat yang terbakar.

"Chanyeol!"

Suho menyambut tangan Chanyeol yang hampir sahaja jatuh ke dalam larva.

Dia menarik Chanyeol dan Seungwan untuk naik sebelum mereka ditarik oleh penghuni neraka itu.

Jongin merendam dirinya didalam air dan memeluk Seulgi dari belakang bagi menghalangnya daripada melakukan perkara yang diluar jangkaan. Dia menahan rasa sakit saat badannya bersentuh dengan badan Seulgi yang panas. Kalau diambil bacaan suhu, mungkin suhu badannya sudah mencecah 100°C dimana suhu ini adalah tidak normal dan berbahaya untuk ahli sihir mahupun manusia.

Chanyeol merangkak menjauhi tanah yang terbelah itu. Suhu yang panas itu membuatkan dia terasa lemah.

Tanpa mereka sedari, Irene telah pun menendang Kyungsoo jauh darinya. Gadis itu menyeret pedang api tanpa sesiapa pun yang perasan. Dia mendekati Seungwan tanpa peduli apa pun risikonya sekarang.

Seungwan mengesot menjauhi sehinggalah terlanggar kotak kaca yang menempatkan tongkat sakti asli milik Harry Potter. Tongkat tersebut berada betul-betul disebelahnya.

Belum sempat dirinya menghalang, pedang api itu diangkat tinggi dan menembusi perut Seungwan.

"Avada Kedavra!!" Seungwan menghalakan tongkat sakti itu kearah Irene.

Gadis itu berteriak nyaring. Serentak itu, satu roh hitam keluar dari badan Irene.

Irene rebah ke tanah. Darah mulai memancut keluar dari mulutnya dengan begitu banyak. Lebih mengejutkan, terdapat seekor ular berwarna hijau tua turut keluar sama dari badannya. Ular itu seperti sedang mengalami kesakitan dan mati sebelum sempat melarikan dirinya.

Chanyeol mendekati Seungwan, mengangkat kepalanya dan menjadikan pahanya sebagai alas buat gadis itu.

"Senior...sakit.." ujar Seungwan. Dia cuba untuk membuang pedang itu daripada badannya namun Chanyeol menghalang.

"Tak.. Jangan.. Jangan mati Seungwan.. Aku tahu..Aku salah sebab pernah cuba nak bunuh kau.. Tapi.. Tapi semua tu dah hilang sejak aku betul-betul kenal kau..Aku dah tak nak pun ganjaran game ni. Aku cuma nak kau je Seungwan-ah.." luluh hati Chanyeol saat menuturkan kata-kata itu.

Air matanya mengalir. Jujur dia takut kehilangan Seungwan. Dia memang dah betul-betul jatuh cinta dengan juniornya itu.

"Se--Senior.. tak..salah.." ujarnya sambil tersenyum. Belahan disebabkan pedang itu menyakitkan Seungwan untuk bercakap.

Chanyeol menggenggam tangan juniornya itu. Tangan gadis itu sudah separuh sejuk.

"Teruskan bercakap Seungwan.. Jangan tidur. Tolonglah jangan.." Pinta Chanyeol. Air mata berserta air liurnya jatuh keatas dahi Seungwan.

Seungwan kaku. Dia terasa begitu penat. Matanya tidak mampu untuk dibuka lagi.

"Seungwan-ah saranghae.."

"Nado.."

"Arghh!" Seulgi melepaskan dirinya daripada pelukan Jongin setelah tersedar daripada dikawal oleh Irene. Dia kelihatan bingung sekarang.

"Apa dah jadi?" Soalnya.

"Kau.. kena kawal dengan Irene tadi," jawab Jongin. Seulgi berkerut, berang.

"Mana dia?"

"Sana,"

Tunjuk Jongin pada mayat Irene. Saat itu, mata Seulgi terarah pula pada Seungwan tak jauh dari sana.

Dia berlari dan hampir mendekati Seungwan. Pedang dibadan Seungwan dipandang. Dia terkejut.

"Seungwan—"

Tiba-tiba, badannya menjadi kejung. Roh-roh jahat sepertinya memberontak sesama sendiri kerana alam bawah sana telah dibuka untuk masa yang agak lama. Itu menyebabkan Seulgi hampir kehilangan nafas.

Badannya tidak mampu dikawal. Dia bergerak terhuyung-hayang tanpa tujuan. Dadanya dipukul. Matanya berair. Entah bagaimana, Seulgi tersepak batu dan mulai hilang keseimbangan. Badannya jatuh ke dalam lautan api itu dan tanah mulai bergegar lagi.

"Jongin!!" Teriakan Seulgi kedengaran.

Akhirnya ia tertutup tanpa mengembalikan semula gadis itu.

"Seulgi!!" Jongin hampir-hampir sahaja terjatuh ke dalam lautan api sewaktu ingin menyelamatkan Seulgi yang telah terjun ke dalamnya.

Jongin jatuh terduduk. Dia menumbuk tanah agar kembali terbuka.

"Kembalikan Seulgi! Tolonglah jangan ambil dia dari aku! Cukuplah dengan Seulki dulu. Tolonglah! Aku sayang dia.. Aku sayangkan Seulgi—" pinta Jongin. Meraung-raung lelaki itu meminta Seulgi dipulangkan semula. Cedric menunduk ke bawah.

Dia agak terkejut mendengar pengakuan Jongin itu. Dipandang pula Chanyeol yang tidak henti-henti menangis sambil cuba menghidupkan semula Seungwan.

Senyuman kecil timbul.

Kedengaran suara McGonagall dan beberapa orang guru menghampiri mereka. Guru-guru itu terkejut melihat apa yang sedang berlaku dihadapan mereka..

Ular gergasi yang memberontak tadi pun telah hilang dari pandangan.

Yeri merangkak mendekati Irene yang kini sudah tidak bernyawa. Wajahnya pucat membiru. Satu-satunya kakak yang dia miliki kini pergi meninggalkannya. Tiada satu pun kejadian yang tidak memilukan terjadi disitu.

Para healer berpusu-pusu datang dan membawa Seungwan, Irene dan yang lain-lain yang tercedera ke hospital.

Dari arah lain, mayat Rose dan Jennie diusung keluar dari labirin. Guru-guru  tidak dapat memproses apa yang sedang berlaku sekarang.

Apa yang mereka tahu, kejadian ini bakal menjadi satu titik hitam buat Hogwarts.

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top