Part 40 : Dead?
Irene perasan yang Seungwan dan Chanyeol yang ingin beredar dari sana. Dia segera mengarahkan sang ular gergasi untuk beralih kearah mereka berdua. Senyuman sinis dipamerkan.
"Mati kau. Aku akan jadi penerus Wizarding World yang satu-satunya. Dunia sihir ni akan jadi milik aku!" Ujar Irene dengan tamaknya.
Ular tersebut mengaum kuat dan mula bergerak kearah mereka.
Kyungsoo segera memijak tanah sekali lagi dan memaku pergerakan si ular gergasi. Sekali tarikan sahaja, ular itu mampu mengeluarkan ekornya daripada digari pada tanah.
Jongdae menyerang dengan kilat buatan daripada tongkat saktinya. Kilat itu tersasar dan mengena pada sebelah mata si ular. Ia meraung kesakitan dan hilang keseimbangan.
Pada saat itu, Minseok pula mengeluarkan kuasa ais dengan tongkat saktinya. Dia mencucuk ais tersebut ke badan ular agar ianya jatuh.
Tepat jangkaannya, ular tersebut tumbang ke tanah. Irene yang berada diatas kepala ular tadi turut hilang keseimbangan dan melayang jatuh.
Tanpa berlengah, Junmyeon berlari menyelamatkan gadis itu. Dia menyambut Irene daripada terluka.
Tangan lelaki itu patah saat menyambutnya. Irene pula tidak mengalami kecederaan. Dia bangun dan menolak Junmyeon jauh darinya.
"Tak payah buat baik dengan aku!" marah Irene. Menggunakan sebelah lagi tangannya, Junmyeon memegang tangan Irene.
"Berhenti lah Rene. Tak ada gunanya kau buat semua ni. Tak berbaloi!" pujuk Junmyeon.
Dia tahu Irene tidak sejahat ini. Irene sebenarnya orang baik yang tersakiti sahaja. Dia juga mungkin telah salah dalam memilih rakan pergaulan. Lagi-lagi apabila dalam lingkungannya hanyalah orang-orang Malfoy.
Irene berdecit.
"Kau salah. Takhta tu berbaloi untuk aku. Kalau aku dapat bunuh satu-satunya ahli keluarga Potter, orang akan sanjung aku! Orang akan kenal aku! Orang akan sayang aku! Itu kau kata tak berbaloi?!" jerit Irene. Wajahnya berkerut, marah.
"Keluarga Malfoy keluarga pure-blood suci! Dan aku akan kembalikan kegemilangan itu! Keluarga aku sepatutnya disanjung dan ditakuti!"
Junmyeon menggeleng kecil.
"Cuba kau fikir balik. Kalaulah katakan kau bunuh Seungwan, itu tak akan mengubah fakta yang kau telah membunuh orang walaupun kau akan disanjung oleh orang-orang yang dengki dengan keluarga dia! Rekod kau akan jadi buruk! Fikirlah Rene. Orang sangjung kau sebab takut bukan sebab orang hormat kau!" Ujar Junmyeon.
Irene diam sebentar. Dia seolah-olah sedang berfikir. Junmyeon bangun dan memegang bahu Irene.
"Benda tu salah Rene. Membunuh tu salah," sambung Junmyeon. Irene menayangkan wajah menyesal.
Dia memandang Junmyeon.
"Betul cakap kau.. Apa yang aku buat ni salah.." ujar Irene. Dia mendekati Junmyeon dan memeluknya. Itu sedikit membuatkan Junmyeon tersentak.
Namun lelaki itu tersenyum. Gembira kerana Irene akhirnya sedar.
"Tapi aku peduli apa! Crucio!"
Badan Junmyeon jatuh ke tanah. Mata lelaki itu terbeliak luas. Dia menahan sakitnya. Irene langsung tidak berasa kasihan saat melihat wajah Junmyeon sebaliknya dia menayangkan wajah sombongnya sambil ketawa.
"Irene.. aku tahu hati kau baik.. aku tahu kau tak jahat.. aku sentiasa percayakan kau.. Walau apa pun yang orang kata.." ujar Junmyeon.
Irene masih tidak berperasaan. Kata-kata Junmyeon bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Seulgi mengenggam penumbuknya. Dia nampak semua yang berlaku.
"Irene kau dah melampau!!" marah Seulgi. Rambutnya terbakar dan mengerbang.
Lantai tempat dia berpijak mulai pecah.
Menunjukkan larva yang sedang mengalir dibawah bangunan sekolah.
Dia menuju kearah gadis itu dengan menggenggam api ditangannya.
Irene tidak berganjak. Dia tidak menganggap Seulgi sebagai satu ancaman pun.
Baru sahaja Seulgi ingin melempar bebola api kearah Irene, Yeri datang menghalang.
"Seulgi.. Jangan.. Tolonglah.." pinta Yeri. Gadis itu takut satu-satunya kakak yang dia ada dibunuh. Dia tahu, Irene bukan sejahat ini. Irene tak mungkin sekejam ini.
"Tapi dia tengah seksa Junmyeon! Kawan aku! Kau nak aku berhenti sekarang?! Kau hilang akal?!" marah Seulgi. Yeri mengambil nafas sedalam-dalamnya. Dia cuba untuk menenangkan Seulgi.
"Biar aku pujuk. Asal kau tak masuk campur.." pinta Yeri. Seulgi mengemam bibirnya. Dia merenung tajam kearah Irene dan perlahan-lahan berundur.
Yeri memusingkan badannya menghadap Irene. Dia bergerak kearah gadis itu.
"Unnie.." panggilnya. Irene merenungnya dengan wajah yang datar.
Yeri terus memegang tangan gadis itu.
"Cukuplah tu. Hogwarts dah hampir musnah dah ni. Berhenti ye? Yeri tak nak unnie cedera," ujar Yeri. Irene diam.
Dia memegang pipi Yeri lantas tersenyum.
"Yeri.." panggilnya.
"Ye?"
Tiba-tiba, kedengaran suara Jungkook menjerit nyaring dari arah pintu masuk.
"Seulgi!! Jangan bagi Yeri dekat dengan Irene!!" Jerit Jungkook. Dia sudah berusaha menghalang Yeri daripada kembali ke Hogwarts namun tidak berjaya.
Yeri berpaling ke belakang sekilas dan kembali fokus pada Irene. Irene tunduk dan menepuk-nepuk kepala Yeri perlahan seperti sedang bermain dengan adiknya.
"Haih..."
"Kenapa unnie?" Yeri memegang tangan Irene, kakak yang tersangatlah yang dia sayangi.
"Bilalah kau nak berhenti masuk campur urusan aku?" balas Irene, kasar.
Wajah lembutnya bertukar menjadi garang. Dia menolak Yeri sehingga terjatuh.
Yeri tak mengalah. Dia bangun dan memeluk Irene dari belakang.
"Irene unnie berhentilah! Ini bukan unnie! Sedarlah unnie!!" ujar Yeri. Irene melepaskan pelukan tersebut kerana rimas. Tak disangka, dia menolak Yeri sehingga melayang beberapa meter darinya. Yeri mengaduh kesakitan.
Jungkook terkejut dan bengang melihat aksi itu. Manakala Jongin terkejut saat melihat adiknya diperlakukan sebegitu rupa.
Mereka berdua mara tanpa berlengah dan menyerang Irene.
"Jangan berani buat teman wanita aku macam tu!!"
"Jangan pernah layan adik aku macam sampah!!"
Keduanya ingin menumbuk Irene namun gadis itu menghalang dengan menggunakan sihir kuno. Dia melambungkan kedua Jongin dan Jungkook.
"Tsk. Lemah," kata Irene perlahan.
Dia kembali kearah ular gergasi dan membangunkan makhluk itu.
Irene mula menyerang Cedric yang sedang melindungi Seungwan dan Chanyeol.
Sasarannya terkena pada tangan Cedric. Chanyeol terus terlepas dari tangannya.
Seulgi yang melihat itu bertambah marah. Apatah lagi saat Cedric terjatuh.
Nafasnya naik turun.
"BAE IRENE!!!"
BOOOM!!!
Tanah terbelah. Larva menggelegak ingin keluar dari bawah tanah. Sebahagiannya masuk ke dalam badan Seulgi dan menguatkan gadis itu.
"Kau memang nak kena!!" Jeritnya.
Dia melompat keatas dan entah dari mana, seekor phoenix bercahaya merah hitam terbang mendapatkannya. Seulgi mula menunggang phoenix itu. Dia mengelilingi ular gergasi dan menyerangnya dengan api juga.
Seulgi melempar api pada bahagian belakang ular gergasi yang mana telah ditaburkan bahan api.
Ianya mula membakar badan ular tersebut. Seulgi hilang kawalan.
Matanya berubah menjadi hitam.
Roh-roh dari alam bawah mulai keluar ke dunia dan memasuki badan Seulgi.
Seulgi terjun dari phoenix tersebut dan mulai menyerang Irene. Mereka berlawan diatas ular yang sedang terbakar itu.
Pipi Irene dicalit dengan api dari neraka. Ianya sedikit terbakar dan meninggalkan kesan parut yang mungkin tidak akan hilang.
"Itu sebab cuba nak bunuh sahabat baik aku!"
Rambut Irene pula dibakar olehnya sehingga menjadi pendek.
"Itu sebab kau bunuh Junmyeon!"
"Dan ini, sebab cederakan Cedric!"
Badan Irene ditolak jatuh ke dalam api. Gadis itu menjerit kerana dibakar hidup-hidup.
Manakala Seungwan, dia mengangkat kedua-dua lelaki yang disayanginya itu menjauh dari kawasan tersebut. Dia buntu. Dia tidak tahu apa yang patut dia buat sekarang.
Cedric kelihatan lemah sekali. Mungkin itu kesan daripada poison terlarang yang dia minum tempoh hari.
"Tak guna! Dia tak mati lagi!!" Jerit Baekhyun saat melihat Irene keluar dari api yang sedang marak itu. Nampaknya Irene semakin bengang.
Dia mencari Seungwan. Dia perlu membunuh gadis itu secepat mungkin.
Seungwan menontonnya dari arah belakang pintu. Dia mengepal penumbuknya.
"Kalau ini yang kau nak.." katanya perlahan.
Dia mulai keluar dan menonjolkan diri dihadapan Irene.
"Bae Irene! Lawan sebenar kau dekat sini!!" Jerit Seungwan. Mereka semua berpaling serentak kearahnya. Seulgi dan yang lain-lain mengarahkan Seungwan untuk lari namun gadis itu degil.
"Kau nak bunuh aku kan? Cubalah!" cabarnya. Irene tersenyum sinis.
"As you wish, silly girl.."
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top