Part 4 : Mandrake
Seungwan dan Joy memasuki taman di belakang sekolah, tempat dimana pembelajaran seterusnya bakal dilansungkan. Mereka masih bergabung dengan pelajar tahun pertama. Sesampainya disana, mereka bingung melihat ramai pelajar yang sedang berbisik sesama sendiri. Namun mereka nampak seperti lebih sedang bergosip atau berfangirling terhadap sesuatu.
Mereka berdua menolak pelajar yang menghalang laluan dan berdiri dihadapan sekali bersama-sama Seulgi. Mujurlah pelajar-pelajar itu memberi kerjasama yang baik.
"Oh! Senior EXO dan SNSD!" ujar Joy, perlahan. Dia nampak teruja.
Seungwan merenung mereka yang dimaksudkan dengan EXO. Ada dua belas orang lelaki semuanya dan sudah semestinya senior Cedric berada disitu juga. Selain itu, terdapat sembilan orang gadis cantik berdiri di sebelah mereka. Dan diantara mereka yang Seungwan kenal ialah Taeyeon, Hyoyeon dan Sunny sahaja memandangkan hanya mereka bertiga yang berasal dari rumah Gryffindor.
"Baiklah semua pelajar baru. Saya Profesor Pomona Sprout. Guru herbologi anda. Hari ini, kita akan belajar tentang tanaman Mandrake.." ujar Profesor Sprout yang entah datang dari mana. Wanita itu seorang yang berbadan besar dan beruban.
"Tangisan mandrake tu kematian kepada sesiapa yang mendengarnya." bisik Joy kepada Seungwan dan Seulgi. Dia nampak seperti sedang menunjuk akan pengetahuannya kepada kedua sahabatnya itu. Biasalah, budak Ravenclaw memang berotak geliga. Seungwan dan Seulgi memandang satu sama lain dan memberi wajah mengejek kemudian ketawa.
Joy terus-menerus bercakap sehingga menyebabkan Profesor Sprout menoleh kearahnya sedangkan pada waktu itu, dia sedang menerangkan tentang tumbuhan berbahaya ini.
"Maafkan saya Cik Park? Awak ada nak cakap sesuatu ke?" soal Profesor Sprout. Joy menggeleng pantas. Dia menunduk dan menutup wajahnya dengan tangan kerana malu dipandang oleh seniornya. Dia kesal kerana wajah pertama yang melihatnya adalah senior Oh Sehun, crushnya sendiri!
Profesor Sprout menggeleng kecil. Mengingatkan dia kepada bekas pelajarnya dahulu, Granger. Cuma Granger lebih gemar menyampuk dan bukannya bercakap dibelakang.
"Sekarang pakai penutup telinga kamu, kalau tak nak mati awal. Jangan risau, tumbuhan ni masih bayi jadi tak berbahaya sangat. Cuma ini hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga." nasihat Profesor Sprout. Mereka semua mendengarnya dengan penuh tekun.
"Saya cuma nak kamu alihkan tumbuhan ni ke pasu baharu. Selepas siap yang berada di dalam kebun ni, saya nak kamu alihkan ia ke hujung tembok sana ya? Dibawah khemah disana." arah Profesor Sprout. Dia menunjukkan demo tentang bagaimana untuk memindahkan anak-anak pokok mandrake itu ke pasu baru.
ARGHHHH!!
Beberapa orang murid jatuh terduduk mendengar jeritan anak pokok tersebut. Ada juga yang sekadar menekup telinganya dengan lebih kuat. Jeritan itu cukup kuat untuk anak pokok.
"Dah! Itulah cara bagaimana ia dilakukan. Saya akan serahkan kamu kepada senior-senior ini. Sila ikut tunjuk ajar mereka." ujar Profesor Sprout sebelum menyebut nama pelajar yang bakal menjadi mentee kepada senior-senior itu.
"Park Joy, kamu akan bersama Oh Sehun." panggil Profesor Sprout. Joy tersenyum gembira namun dia mengawalnya. Dia mengikut Sehun dan menuju kearah salah satu pasu yang disediakan.
"Seul, kau okey?" tanya Seungwan, prihatin. Seulgi mengangguk kecil. Dia tak okey, tapi dia cuba untuk jadi kuat. Seungwan menggenggam tangan Seulgi untuk memberi kekuatan kepada sahabatnya itu.
"Kang Seulgi, kamu akan bersama Kim Jongin.." ujar Profesor Sprout. Seulgi nampak terkejut. Dia tergenggam tangan Seungwan dengan begitu kuat dan menyebabkan gadis itu menjerit sedikit.
"Prof! Kan saya dah cakap panggil Kai bukan Jongin!! Huaaaa.." Kai merengek dihadapan junior-juniornya. Bibirnya dimuncungkan begitu panjang. Kakinya dihentakkan ke lantai beberapa kali. Profesor Sprout menggelengkan kepalanya kerana menyampah.
"Mengada! Dah bawa Seulgi dan ajar dia! Jangan nak mengorat dia atau mana-mana pelajar!" arah Profesor Sprout tegas. Kai nampak kecewa namun dia menuruti juga perintah gurunya itu.
Seulgi perlahan-lahan melepaskan pegangan tangan Seungwan dan mengekori Kai. Padahal dia mahu sangat-sangat menukar pasangan.
Di sisi lain pula, Suho memegang bahu Cedric yang sedang fokus memandang salah seorang junior mereka. Itu membuatkan Cedric sedikit terkejut.
"Kau okey? Nampak risau je?" tanya Suho. Chanyeol dan Baekhyun menoleh saat mendengar pertanyaan Suho itu. Cedric menggeleng. Namun dia tidak dapat menipu hatinya sendiri saat melihat Seungwan yang tersakiti saat memegang tangan Seulgi tadi. Cedric dapat merasakan suatu aura yang teramat kuat dalam diri Seulgi tadi. Dan itu agak merisaukan dia kerana kekuatan sebegitu agak jarang untuk dimiliki oleh half-blood. Dia kena jumpa Seulgi nanti. Sementara itu, Seungwan masih mengurut tangannya yang kesakitan.
"Jangan pandang aku macam tu Baekhyun." arah Cedric. Baekhyun tersenyum sinis. Dia turut sama memandang kearah Seungwan.
"Aku tahu apa yang mereka tak tahu." usik Baekhyun perlahan dan tersenyum nakal. Tak perlu terkejut kerana Baekhyun memiliki kuasa membaca minda seseorang. Dia mahir dalam Legimency. Satu anugerah buatnya. Jadi, dia dapat melihat setiap apa yang pelajar disini sedang fikirkan. Cedric membuang pandangan kearah lain. Susah betul ada kawan spoil macam si Baekhyun ni. Sebab itulah, si Kai kalau nak fikir pasal benda-benda byuntae dia akan duduk jauh daripada Baekhyun.
Sementara Seungwan, dia berharap yang mentornya adalah Cedric. Sejak kejadian semalam, dia agak tertarik dengan lelaki itu. Entah apa yang lelaki itu gunakan sehingga dapat menarik perhatiannya. Sudahlah wajahnya mirip vampire.
"Son Seungwan. Pasangan kamu adalah Park Chanyeol." ujar Profesor Sprout dan membuatkan Seungwan dan Cedric sama-sama terkejut.
"Siapa?" soal Seungwan, bingung. Chanyeol menapak ke hadapan dan menuju kearah Seungwan.
"Aku," jawab Chanyeol, dingin. Seungwan ternganga.
"Senior PCY?"
Chanyeol menggulingkan matanya menyampah lalu menarik tangan Seungwan untuk pergi dari situ. "Yelah dahtu siapa lagi? Mawas ke yang berdiri depan kau ni?"
Profesor Sprout menggeleng kecil.
"Hey budak tinggi tu. Tak habis-habis menakutkan junior." bebelnya.
Baekhyun pula tiba-tiba ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Cedric.
"Sabar brother. Jangan marah-marah." usik Baekhyun. Cedric menolak tangan Baekhyun. Dia kesal.
Pap! Belakang Baekhyun ditampar seseorang. Baekhyun menjerit kesakitan dan segera menoleh.
"Siapa?!! Ehh Taeyeon. Awak ke yang pukul?" Nada suara Baekhyun terus berubah manja. Taeyeon menayangkan wajah menyampah.
"Macam budak-budak! Jangan usik Cedric!" marahnya. Baekhyun berlagak comel.
"Dengan awak je." balasnya dengan suara aegyo. Taeyeon menekup telinganya kerana geli. Dia benci aegyo! Baekhyun yang dikenali sebagai si bebal terus menggeselkan sikunya ke lengan Taeyeon. Buat-buat comel pula tu.
"Baiklah.. Bae Irene, pasangan kamu adalah Kim Suho--"
"Yeayy!!! Jom!!" Suho memotong percakapan Profesor Sprout dan segera menarik Irene pergi ke tempat mereka. Profesor Sprout memegang dadanya kerana terkejut. Nasib baik tak kena sakit jantung. Irene juga terkejut namun entah kenapa dia biarkan sahaja Suho memegang tangannya. Habislah balik ni nak kena cuci dengan clorox.
"Hish! Budak ni! Dasar gelojoh! Nasib baik ada sumbangan untuk sekolah! Kalau tidak dah lama aku sumpah jadi katak!" bebel Profesor Sprout. Dia menyambung lagi pemilihan itu.
"Kim Yeri. Pasangan kamu adalah Jeon Jungkook.." umum Profesor Sprout. Yeri ternganga.
"Siapa? Macam pernah dengar? Kejap! Budak nerd yang orang cakap tu ke?" Yeri mengomel sendirian. Dia tidak sempat untuk melihat wajah Jungkook dan hanya mengekorinya dari belakang. Tapi melihat dari penampilan, lelaki tu masih nerd! Macam mana boleh masuk BTS? BTS tak nerd cuma dia seorang sahaja begitu. Kalau membernya yang lain nampak segak, kenapa Jungkook tidak? Menjatuhkan maruah betul! Tapi itu apa yang dia dengar daripada makcik bawang lah.
"Tak sukalah! Dahlah nerd! Tak segak! Malulah!" bebel Yeri. Sebagai pure-blood, sejak kecil lagi dia memang suka berterus-terang. Dan kalau ada yang melawan, dia akan gunakan alasan pure-blood untuk mempertahankan diri. Ataupun dia bagitahu ayahnya. Kerana itulah apabila dewasa, dia jadi kurang ajar.
Jungkook menghela nafas panjang. Kaca matanya dilepaskan.
"Cik Kim. Kalau nak membebel, silakan ke kelas membawang. Kalau nak belajar, ikut saya." Jungkook merenung dalam anak mata Yeri. Yeri terkedu. Bukan Jungkook yang selama ni dia dengar tu nerd ke?
"Wait. Kau tak nerd?" soal Yeri yang takjub. Jungkook melarikan pandangan dan kembali memakai kaca matanya. Warna anak matanya terus berubah. Dia ingatkan apa benda lah yang perempuan ni nak cakap.
"Jangan buang masa. Aku tak dibayar untuk layan kau. Lainlah kalau bayar."
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top