Part 37 : Reincarnated of Lord Voldemort
Hari perlawanan terakhir akhirnya tiba. Seungwan tetap bersemangat untuk turut serta walaupun dia masih belum sembuh sepenuhnya. Dia dan Chanyeol masih tidak bercakap antara satu sama lain. Kebanyakkan waktunya hanya dihabiskan bersama Sehun walaupun lelaki itu juga tidak kerap bercakap atau lebih tepat lagi separuh bisu.
Mereka sudah bersedia dengan pakaian berperisai. Pedang khas setiap rumah sudah berada disisi pinggang masing-masing. Seungwan mengikat rambutnya menggunakan getah rambut yang diberikan oleh Sehun tadi. Nasib baiklah lelaki itu membuat persediaan awal. Macam tahu-tahu je yang dia rimas dengan rambut panjangnya ini.
Serabut pula apabila rambutnya yang mengurai panjang itu mengganggu penglihatannya.
"Beauxbatons dan Hogwarts? Adakah anda sudah bersedia?!" jerit pengacara. Para penonton bersorak riang. Riuh keadaan mereka sekarang.
Perlawanan pula dijalankan pada waktu malam jadi ianya lebih menyeronokkan bagi mereka.
Kedua-dua pasukan mengambil tempat masing-masing. Bersedia untuk masuk ke dalam labirin. Setiap ahli kumpulan perlu berpecah dan mencari jalan ke tengah-tengah labirin dan mendapatkan pedang api. Sesiapa yang berjaya membawa piala itu keluar dari sana, maka kumpulan tersebut akan menjadi juara.
"Beaux—.batons!! We're!! Champion!! Eyy macarena—" teriak Rose, Junhoe dan Jennie. Seungwan, Sehun dan Chanyeol menoleh kearah kumpulan itu. Mereka kelihatan kekok untuk melakukan greeting seperti itu.
Sehun berdeham dan tidak menghiraukan kedua ahli kumpulannya itu. Dia lebih rela mati daripada memalukan diri sendiri seperti itu.
"Peserta sila ke garisan permulaan," pinta pengadil. Kumpulan Hogwarts dan Beauxbatons mara ke hadapan. Keadaan menjadi sunyi. Penonton fokus dengan permainan yang bakal dijalankan.
"Dalam kiraan..tiga..dua..satu..mula!"
Pancaran bunga api dilepaskan ke udara menandakan perlawanan bermula. Setiap peserta masuk ke lorong yang berlawanan. Mereka berpecah setelah bertemu lorong-lorong yang memerlukan mereka untuk mencari jalan yang sebenar.
Seungwan pergi ke arah utara, Sehun kearah timur manakala Chanyeol kearah barat.
Begitu juga dengan kumpulan Beauxbatons. Awalnya, mereka masih dapat melihat cahaya matahari namun secara tiba-tiba, keadaan sekeliling menjadi malap. Hal ini menyukarkan mereka untuk melihat. Mujurlah ada tongkat sakti yang membolehkan mereka membuat cahaya tiruan namun itu hanya akan menarik perhatian musuh.
Sewaktu Seungwan melewati lorong tersebut, dia terserempak dengan Jennie yang turut sama mencari mangsa. Cepat-cepat gadis itu menyorok didalam belukar dan menekup mulutnya.
Dia tidak boleh tertangkap sekarang. Mujurlah badannya itu agak kecil jadi membolehkan dia menyorok didalamnya. Tapak kaki Jennie semakin kedengaran. Gadis seksi itu memusingkan pedangnya dengan sebelah tangan sahaja sambil mengunyah gula-gula getah.
pop!
Bunyi gula-gula getah meletup. Jantung Seungwan berdegup dengan kencang. Dia tahu kekuatan Jennie yang sebenar jadi dia perlu berhati-hati.
"Aku tahu kau ada dekat sini..Keluarlah.." usik Jennie. Jennie berdiri betul-betul dihadapan tempat Seungwan bersembunyi. Mulutnya ditekup dengan semakin kuat.
Kemudian, Jennie beredar dan menjauhi tempat tersebut. Seungwan berkira-kira mahu keluar. Hatinya gusar. Tapi kerana tidak mahu menjadi pengecut, dia keluar juga dari tempat persembunyian. Saat dia menoleh kearah kirinya, kelihatan Jennie yang sedang membelakanginya.
Cepat-cepat Seungwan berlari menyelamatkan diri sesaat sebelum Jennie menoleh.
Gadis itu kembali ke tempat persembunyian Seungwan dan memeriksanya disana. Seungwan menarik nafas lega kerana berjaya meloloskan diri daripada ditangkap. Dia terus berlari menjauhi tempat tadi.
Sementara itu, dari arah barat, satu asap putih mulai memenuhi labirin tersebut dan menyukarkan pergerakan peserta. Mereka perlu melihat dengan teliti sebelum boleh meneruskan perjalanan. Asap tersebut teramatlah tebal namun hanya diperangkap didalam labirin sahaja.
Satu sosok tubuh mulai mencuri masuk ke sana sambil membawa pedang milik keluarga Slytherin. Matanya bersinar merah dan hijau. Tatapannya penuh dendam dan harapan. Tujuannya pula hanya satu, iaitu
Son Seungwan..
...
Dari belakang, Seungwan terdengar bunyi tapak kaki seseorang. Dia menoleh beberapa kali untuk memastikan bahawa tiada sesiapa disana. Namun kabus yang terlalu tebal itu membuatkan penglihatannya terbatas.
Rambutnya beberapa kali menampar pipinya sendiri dan bergoncang kuat saat dia berlari.
Seungwan bersangka baik bahawa itu bunyi tapak kakinya sendiri meskipun sekarang dia memakai sneakers dan bukanlah heels seperti kumpulan Beauxbatons.
Zas!
Satu anak panah dilepaskan melepasi pipi Seungwan. Gadis itu berhenti dari berlari. Dia terkejut dengan serangan tersebut.
Siapa pula yang membawa peralatan lain selain pedang? Bukankah itu menyalahi peraturan permainan?
Seungwan nampak sosok tubuh seseorang yang sedang menuju kearahnya. Tanpa berlengah, dia mengangkat kakinya dan melarikan diri. Tiada guna dia berlawan kerana itu akan melambatkan masanya untuk ke garisan penamat.
Tanpa diduga, sosok seseorang itu juga turut sama berlari mengekorinya. Seungwan semakin cemas sehinggalah,
buk!
Dia bertembung dengan Rose yang kebetulan hanya melalui lorong tersebut.
"Kau okey?" soal Rose, prihatin. Seungwan mengangguk.
"Kau lari dari siapa ni?" tanyanya lagi.
"Tak tau. Aku ingatkan itu kau tadi. Kalau bukan kau, siapa?"
Seungwan terdiam. Tidak mungkin Jennie kerana gadis itu tidak memakai mantel dan memakai heels. Sosok misteri itu pula lebih pendek daripada Jennie. Tak mungkin Junhoe kerana badannya lebih kecil daripada lelaki itu.
"Mungkin Sehun atau Chanyeol kut. Dah lah jom bangun kita cari jalan sama-sama?" ajak Rose.
"Kau tak nak bersaing macam diorang?" tanya Seungwan. Pelik dengan sikap Rose.
Gadis itu menggeleng.
"Aku terhutang budi dengan kau sebab selamatkan kawan baik aku, Jennie. Jadi tak perlu ada pergaduhan diantara kita.." balasnya, jujur. Sungguh, dia rasa nyawa seorang sahabat lebih bernilai daripada hadiah yang tidak seberapa itu.
Rose berdiri dan menghulurkan tangannya untuk membantu Seungwan bangun. Gadis itu menyambut huluran Rose dan bersedia untuk meneruskan perjalanan.
Tiba-tiba, satu anak panah menusuk ke bahagian kanan dada Rose. Pegangan tangan mereka terlepas manakala Rose kaku.
Matanya tertancap pada belakang Seungwan. Anak matanya membesar. Ketakutan yang selama ini hanyalah sebuah Lagenda kini muncul dihadapannya. Tangannya terketar-ketar diangkat untuk memberi amaran kepada Seungwan.
"L-l-lo---"
Zas!
Satu lagi anak panah hinggap dibahagian kiri dadanya menyebabkan badan Rose tumbang ke bumi.
"Rose!!" Jerit Seungwan. Sepantas kilat dia menyambut Rose agar kepalanya tidak terhentak ke batu besar yang berada diatas tanah.
Tangan Seungwan terketar-ketar menahan darah daripada memancut keluar.
Dia menoleh ke belakang saat merasakan sosok misteri itu dekat dengannya. Sekali lagi, dia terkejut. Dia terduduk saat melihat sosok misteri itu. Kepalanya tergeleng-geleng.
"Lo--lord.. Voldemort?"
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top