Part 34 : Ego
Zupp!!
Seseorang berenang melintasi Seungwan dengan begitu pantas. Gadis itu menoleh ke sebelahnya. Ternyata, lelaki itu adalah Lee Taeyong. Tersenyum sinis dia melihat Seungwan. Senyuman gatal yang sama pernah lelaki itu tayangkan dulu. Dia terus membuka ikatan pada kaki Lisa dan menarik gadis itu naik ke darat.
Seungwan melihat Taeyong yang sedang menyelamatkan Lisa itu. Tanpa berlengah, Seungwan juga membuka ikatan pada kaki Sehun. Badan lelaki itu perlahan-lahan terapung naik keatas.
Dia menunggu pula ahli kumpulan Jennie datang untuk menyelamatkan gadis itu. Namun kelibat mereka masih tidak kelihatan. Seungwan baru teringat yang Chanyeol juga tidak kembali lagi setelah dikejar oleh duyung-duyung pengawal itu. Dia buntu. Mahu selamatkan Jennie atau Chanyeol?
"Aishh!"
Seungwan berlalu pergi untuk mencari Chanyeol terlebih dahulu. Dia biarkan dahulu Jennie, kerana mungkin Rose dan Junhoe lewat sebentar sahaja. Puas dia mencari di serata tasik tapi dia masih belum menemui Chanyeol.
Tiba-tiba, badannya ditarik oleh seseorang dengan kuat. Meronta-ronta dia cuba untuk melarikan diri.
"Ini akulah!" marah Chanyeol. Dia memusingkan kepala Seungwan dan mengarahkan gadis itu memandang ke hadapan. Tempat dimana para duyung-duyung berkumpul. Sepertinya makhluk menyeramkan itu sedang berbincang akan sesuatu.
"Kenapa lambat sangat?!" marah Seungwan. Marah bercampur dengan risau.
"Uyoo risaukan aku eh? Sorry. Takpe aku masih hidup. Masih sempat memberi kebahagiaan buatmu cewah!" usik Chanyeol. Dia menerima pelempang dibahagian belakang kepalanya. Orang tengah risau boleh pula dia bergurau?
"Saya dah lepaskan Sehun. Kita kena naik sekarang.." ujar Seungwan. Chanyeol mengangguk faham. Mereka segera berpatah balik dan menjauhkan diri daripada tempat duyung-duyung itu.
Sewaktu menghampiri tempat dimana para umpan diikat tadi, Seungwan ternampak yang Jennie masih lagi berada disana. Yang lainnya, badan gadis itu sudah hampir kejung. Hampir membiru. Wajahnya berkerut.
"Mana diorang?" getus Seungwan, dalam hati.
"Aku nampak batu permata tu!" jerit Chanyeol, riang. Sekiranya mereka berjaya mendapatkan batu permata tersebut, markah mereka akan dapat digandakan daripada pemenang pertama.
Dengan pantas Chanyeol berenang kearah permata itu. Sebaik sahaja dia mengambilnya daripada mulut tiram gergasi itu, siren berbunyi dengan nyaringnya. Tasik bergegar buat tiga saat. Hidupan air keluar dari tempat persembunyian. Mungkin terkejut dengan gegaran tadi.
Chanyeol menarik Seungwan untuk pergi namun gadis itu membantah.
"Jennie—"
"Nanti diorang sampai lah!"
"Tapi dia dah kehabisan oksigen tu!"
"Kita ada setengah jam je ni Seungwan! Masa dah nak tamat!"
Raut wajah Seungwan membuatkan Chanyeol berbelah-bahagi. Kenapalah kau ni baik sangat Seungwan? Adakah ini sifat sebenar manusia? Chanyeol ingatkan, manusia ni semuanya ego, kurang ajar, lemah, sombong dan tidak berperikemanusiaan.
"Fikirkan pasal sekolah kita dulu boleh tak?! Tak payah sibuk pasal orang lain yang tak penting!" marah Chanyeol.
"Senior! Senior tahu tak kenapa dunia ni makin rosak? Bukan sebab perbuatan orang jahat, tapi sebab orang baik yang berdiam diri!! Dan saya tak akan biarkan benda tu berlaku. Nyawa seseorang tu bukan satu hal yang boleh dibuat main!"
Balas Seungwan dengan kasar. Perkataan jahat itu begitu menusuk kalbu Chanyeol.
"Kau nak mati ke?! Tasik ni dalam! Kesan Gillyweed ni akan berakhir tak lama lagi!"
"Jennie pun akan mati kalau dibiarkan!"
Disebabkan terlalu marah, Chanyeol terus meninggalkan Seungwan.
Manakala gadis itu, dia pergi menyelamatkan Jennie. Dia membuka ikatan kuat pada kaki Jennie. Serentak itu juga, rumpai-rumpai laut itu mengganas. Ia cuba untuk mencapai kaki Seungwan dan menariknya masuk ke lubang hitam yang dasarnya tidak kelihatan.
Seungwan mengelak sebaik mungkin agar tidak tertangkap. Dari satu arah, salah seekor duyung membaling tombaknya kearah Seungwan. Hampir sahaja ianya mengena pada kepala gadis itu. Duyung-duyung itu mara untuk menangkap Seungwan namun terhenti saat melihat tanda lahir gadis itu yang sedang bersinar terang. Mereka terkejut dan dalam masa yang sama takut.
Salah satu dari mereka, mungkin ketuanya kerana badannya lebih besar. Dia mengatakan sesuatu kepada Seungwan cuma dalam bahasa yang tidak difahaminya. Dia menyerahkan sebutir permata kecil yang sinarannya amatlah terang dengan penuh hormat sekali.
Seungwan mengambilnya dan menyimpannya didalam poket. Terus dia membawa Jennie keluar dari situ.
Sementara diatas darat, Chanyeol keluar dengan wajah muram. Ramai yang bertanya akan keberadaan Seungwan termasuklah Sehun.
Chanyeol tidak menjawab soalan mereka kerana masih bengang. Saat dia sedang mengambil tuala kecil itu mengeringkan rambutnya, dia ternampak Rose dan Junhoe yang berada di dek sebelah. Rose sedang menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh Junhoe. Berkali-kali dia menyahut nama Jennie.
Chanyeol terdengar umpatan pelajar Hogwarts yang mengatakan bahawa Rose tiba-tiba jatuh sakit sewaktu berada didalam air tadi. Dadanya sesak dan menyukarkannya untuk bernafas. Dia muntah berkali-kali setelah naik ke darat tadi. Junhoe pula mengalami kecederaan sewaktu didalam bilik persalinan. Kayu balak tiba-tiba jatuh keatas kakinya menyebabkan ianya terpaksa disimen.
"Wei aku tanya Seungwan mana?!" gertak Sehun. Chanyeol masih diam. Dia berkira-kira untuk terjun semula ke dalam air.
"Bodohlah kau ni! Orang tanya dia diam! Kalau apa-apa berlaku kat perempuan tu kau bertanggungjawab!!"
Bunyi riuh para pelajar menarik perhatian Sehun dan Chanyeol. Satu cahaya terang keluar dari tasik.
Sesaat kemudian, timbullah Seungwan bersama dengan Jennie. Rose terbangun dengan sendirinya saat melihat sahabatnya yang berada didalam dakapan Seungwan.
Pelajar-pelajar yang mahir berenang terus terjun ke dalam air dan membantu Seungwan dan Jennie. Sebaik tiba diatas dek, Jennie diberikan bantuan pernafasan. McGonagall juga menghampiri mereka untuk melihat keadaan Jennie.
Dia juga dalam masa yang sama tertarik dengan permata yang berada didalam poket baju Seungwan. Bagaimana dia tahu? Kerana sinar batu itu masih tidak terpadam meskipun sudah timbul didarat. Legenda mengatakan bahawa batu permata milik Puteri Duyung itu akan membawa keberkatan besar buat pemiliknya.
"Uhukk!!" Jennie terbangun. Dia memuntahkan air tasik dengan begitu banyak.
"Jennie! Maafkan aku! Aku tak selamatkan kau tadi.. Aku mintak maaf.." berdayu-dayu Rose menangis disebelah Jennie. Junhoe juga kelihatan agak serba-salah.
Jennie masih lagi bingung. Rasanya agak pening kerana oksigen mungkin baru sampai ke kepalanya.
"Baguslah kau dah sedar.." ujar Seungwan, bersyukur. Jennie merenung gadis itu dengan seribu persoalan. Dia tersenyum buat pertama kalinya..
"Terima kasih.." Jennie memeluk Seungwan..
Seungwan mengangguk.
"Hogwarts adalah pemenang bagi pusingan ini!" Suara McGonagall memecahkan suasana. Taeyong dan ahli kumpulannya kelihatan tidak berpuas hati. Mereka menunjukkan protes kepada pengetua namun tidak dilayan. Seungwan, Chanyeol dan Sehun sama-sama bingung.
"Pasukan Beauxsbatons telah disahkan menipu dalam acara renang. Mereka mensabotaj pasukan Durmstrang dengan mencederakan dua ahlinya. Dengan ini, pasukan Durmstrang dikeluarkan dari pertandingan Piala Api. Sebagai hukuman, wakil dari Durmstrang akan dilarang untuk menyertai Piala Api selama lima tahun berturut-turut.
Lisa tergamam. Dia merenung Taeyong yang sudah tentu-tentunya dalang kepada rancangan ini. Patutlah Taeyong bersungguh-sungguh mahu dia yang menjadi umpan. Supaya dia dan Eunwoo senang untuk mengenakan kumpulan lain. Dia rasa dibodohkan.
"You're way too much Lee Taeyong! Mulai hari ni, kita putus!" ujar Lisa dengan penuh kemarahan. Dia meninggalkan tempat itu kerana terlalu malu.
"Lisa..Lisa!! Aku boleh jelaskan!" rayu Taeyong. Dia cuba mengejar kekasihnya itu namun berhenti separuh jalan. Lelaki itu mengambil jalan yang bertentangan dengan Lisa. Mungkin ingin pergi melepaskan kemarahannya.
Sementara itu, McGonagall menyapa Seungwan. Dia menghulurkan tangan untuk meminta melihat permata tersebut.
"Boleh saya tengok permata tu?" pinta McGonagall. Seungwan mengangguk. Sebaik sahaja dia mengeluarkannya dari poket, cahaya permata itu menyilaukan mata mereka kecuali Seungwan seorang.
"Simpan balik!" arah McGonagall. Seungwan cepat-cepat menyimpannya semula.
"Kamu memang orang yang bertuah! Sebelum ni, kami hanya letakkan permata tiruan sahaja. Tapi kamu orang pertama yang berjaya mendapatkan permata asli milik Puteri Duyung! Kamu memang luar biasa.." puji Dumbledore. Seungwan masih bingung.
"Hanya orang yang berhati mulia sahaja yang layak bertemu puteri duyung, Seungwan. Puteri itu seolah yang cerewet. Dia bencikan orang yang berhati busuk. Bahkan dia pernah membunuh salah seorang pekerja ditasik ini kerana dia terdetik dihati mahu memiliki batu permata milik puteri itu. Tak sia-sia kami pilih kamu," puji McGonagall.
"Kau memang layak!" Rose memeluk Seungwan dan mengucapkan tahniah berkali-kali. Begitu juga dengan Jennie dan Junhoe. Mereka mengiringi Seungwan untuk meraikannya, meninggalkan Chanyeol dan Sehun bersendirian.
"Aku dah agak dah.." kata Sehun..
"Agak apa?" soal Chanyeol.
"Kau masih tak pandai jaga hati orang yang kau sayang. Patutlah Rose selalu sakit hati dengan kau. Mesti kau tinggalkan Seungwan tadi kan sebab dia buat kau terasa sebab apa yang dia cakap tu betul?" sindir Sehun. Chanyeol menggenggam penumbuknya.
"Tak payah berlagak baiklah!" bentak Chanyeol.
"Tak cakap pun aku baik." Balas Sehun semula. Dia meninggalkan Chanyeol dan mengekori para pelajar untuk meraikan Seungwan.
"Sebelum musuh kau bangun, baik kau kukuhkan dinding dan rapatkan jurang antara kau dengan Seungwan kalau kau betul-betul suka dia. Aku tak sokong sebenarnya percintaan antara half-blood dan pure blood tapi sebab kau kawan aku. Jangan salah faham. Aku pun sayang kawan kau yang tengah koma tu. Kurangkan ego kau Yeol. Kau dah matang kan? Tak nampak ke hati perempuan yang kau nak tu tengah berbelah-bahagi antara kau dan Cedric?"
Panjang lebar Sehun mengomel. Chanyeol buat muka dan pura-pura tidak mendengar.
"Degil! Dah melepas baru kau rasa. Kau kena ingat, Cedric tu bukan sembarangan orang. Dia mungkin tengah berusaha untuk sedar demi orang yang dia cinta. Kau lupa mendiang Bella? Sepupu kau? Demi Bella dia sanggup merantau ke seluruh dunia sihir untuk sedarkan perempuan yang tak pernah sudi untuk hadap muka dia sebab dia hanya nampak kau walaupun kau tak pernah nak layan dia! Tolong jangan ulangi kesilapan yang sama. Cukuplah sorang je kawan aku menderita sebab kehilangan perempuan yang dia sayang,"
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top