Part 33 : Gillyweed
Sewaktu masuk ke dalam ruangan untuk menyalin pakaian, Seungwan terkejut saat melihat sosok seseorang yang amatlah dia kenali. Lelaki itu turut sama berdiri, mengalukan kedatangan Seungwan.
Lelaki itu menghadiakan senyuman manis buatnya. Seungwan terkedu.
"Senior—Cedric?"
Figura Cedric sedang berada betul-betul dihadapannya. Bagaikan tidak percaya. Dia mengesat matanya beberapa kali untuk meyakinkan dirinya.
"Ya.. Ini saya," jawab Cedric, tidak lemah namun tidak pula terlalu kuat.
Seungwan ternganga. Dia mendekati Cedric lalu meletakkan kedua tangannya pada pipi Cedric. Ditilik wajah lelaki itu berkali-kali. Masih lagi tak percaya. Doktor kata seniornya itu koma. Jadi, macam mana dia boleh ada dekat sini?
Cedric melarikan tangan kecil Seungwan dari wajahnya. Dia tersenyum kecil.
"Ini saya lah. Tak main-main," ujar Cedric, ceria. Senyumannya itu mampu meluluhkan mana-mana manusia yang melihatnya termasuklah Seungwan. Mata gadis itu berkaca-kaca.
"Senior macam mana boleh ada dekat sini? Buat apa dekat sini?" soalnya. Mereka masih lagi berpengangan tangan ketika ini. Cedric mengeluarkan sesuatu dari poket belakangnya. Satu gumpalan kain dibuka. Terdapat satu daun herba didalamnya. Nampak seperti rumpai laut.
Dia menyerahkan tanaman itu kepada Seungwan.
"Makan ni dan jangan lupa bagi pada Chanyeol jugak. Benda ni boleh tolong awak untuk bernafas dalam air. Kesannya lambat menjadi tapi bila dah dalam air, awak tahulah." terang Cedric.
Seungwan mengambil kain tersebut dan memandangnya sekilas. Fokusnya kembali kepada Cedric.
"Senior datang sebab nak bagi ni je ke?"
Cedric mengangguk. Tak lama kemudian dia menggeleng. Tangan Seungwan digenggam.
"Hati-hati. Ada bayang hitam sedang kejar awak. Jangan terjatuh dalam permainan dia," nasihat Cedric, serius. Dahi Seungwan berkerut. Keningnya seakan-akan ingin bertangkup sahaja.
"Bayang apa?"
"Bayang yang pernah menghantui awak dulu.."
"Tak pernah lah pula saya ingat pasal bayang—"
Tok! Tok!
"Champion Son Seungwan, Hogwarts? Kita akan bermula dalam beberapa minit lagi. Mohon berada di jeti sekarang," Pengadil memaklumkan Seungwan.
"Saya.."
"Saya pergi dulu. Jaga diri ya. Pastikan awak menang untuk saya," Cedric sempat mengusik juniornya yang comel itu. Rambut Seungwan dikusutkan secara perlahan kerana baginya Seungwan yang tidak teratur atau sedang kusut nampak lebih comel.
Pipi gadis itu berubah merah. Tipu kalau dia kata dia tak pernah terdetik dalam hati untuk mempersoalkan perasaannya kepada Cedric. Layanan lelaki itu bagaikan seorang putera kepada puteri. Namun dia tak pasti kenapa jantungnya tidak berdegup sekencang yang boleh apabila berada dengan Cedric.
Cedric membuka pintu bilik persalinan pakaian dan menghilang disebalik orang ramai. Manakala Seungwan bersiap-siap untuk menyelam. Dia menelan daun herba itu sebagaimana permintaan Cedric.
Terus dia bergegas kearah Chanyeol dan menyerahkan lebihan herba itu. Chanyeol tidak menyoal banyak, dia terus menelannya kerana permainan hampir bermula.
Mereka sudah dimaklumkan bahawa akan ada seorang pemain yang bakal menjadi 'umpan' dibawah sana. Pemain itu akan diikat bersama-sama di suatu tempat dan memerlukan anggota lain untuk menyelamatkan mereka.
Masa diberi adalah tak lebih satu jam kerana jika terlewat, bekalan oksigen pemain yang menjadi umpan akan kehabisan dan menyebabkan mereka terkorban. Ya, permainan ini berisiko tinggi.
Sementara menyelamatkan pemain yang menjadi umpan, mereka perlu mencari mutiara kehidupan yang dilindungi oleh duyung-duyung. Mereka perlu melawan askar-askar duyung itu sekiranya ingin mendapatkan markah lebih.
Pemain yang menjadi umpan pula sudah dipilih awal tadi. Untuk Hogwarts, Sehun dipilih. Beauxsbatons adalah Lisa dan Durmstrang adalah Jennie.
Permainan bakal dimulakan. Chanyeol dan Seungwan keduanya nampak gelisah. Mereka kerap menggaru bahagian leher sehingga ianya menjadi lebam merah.
"Wan, kau bagi daun apa tadi?" soal Chanyeol.
"Kalau tak silap Gillyweed namanya.." jawab Seungwan. Berkerut mukanya menahan sakit. Rasanya panas sahaja disekitar lehernya.
"Apa benda lah pulak benda tu.." rungut Chanyeol.
"Tak masuk kelas herbologi lah tu.." sindir Seungwan. Chanyeol menjeling Seungwan dan tidak menghiraukannya. Sebaik sahaja wisel dibunyikan, mereka serentak terjun ke dalam air.
Rasanya lega apabila kepanasan tadi diganti dengan kesejukan air.
Seungwan agak cemas dek kerana air tasik yang terlalu keruh. Sukar untuknya melihat apa yang berada dihadapannya. Lehernya pula terasa sejuk semacam. Seperti ada air yang boleh melaluinya dengan mudah. Seperti ada rongga kulit yang sudah terbuka.
Badannya secara tiba-tiba menggeliut dan merapat seperti siput didalam cengkerang. Urat-urat sarafnya mengecut.
Dia hampir kehabisan nafas. Dipegang lehernya untuk mengurangkan kesakitan itu. Apabila sampai saat terakhir, Seungwan reda. Kalau ini lah nafas terakhinya, dia berharap apabila dia bangun nanti, dia sudah berada di syurga.
Tersengguk-sengguk kepalanya cuba untuk didongak. Mencari penyelamat sebelum matanya terkatup rapat. Badannya meregang ke bentuk asal dan perlahan-lahan jatuh ke dalam gelapnya dasar tasik.
Tidak berapa lama kemudian, Seungwan kembali tersedar. Kaki dan tangannya berubah menjadi seperti bentuk kaki katak. Lehernya pula berubah bentuk menjadi insang. Dan dia boleh bernafas didalam air.
"Dah jumpa?" soal Chanyeol yang datangnya entah dari mana.
"Sehun ke? Belum.." jawab Seungwan. Selain bernafas, mereka juga boleh bercakap didalam air.
"Aku ada nampak duyung tadi. Dia pergi arah utara. Aku rasa, situ tempat dia sorokkan umpan.." duga Chanyeol. Dia terus berenang menuju kearah utara sambil diikuti oleh Seungwan.
Rasanya seronok pula berenang-renang tanpa ada halangan begini. Cuma geli la sebab tangan berlendir.
Tak lama, mereka terjumpa kumpulan rumpai laut yang melindungi sesuatu di tengah-tengahnya. Seungwan menyorok dibelakang rumpai laut yang memanjang. Takut dirinya dikesan oleh duyung-duyung.
Untuk pengetahuan, duyung-duyung ini sangat agresif dan agak menakutkan dari segi rupa. Agak sukar untuk mengalahkan mereka sekiranya bertembung.
Chanyeol menyelinap semakin dalam untuk mencari jalan ke tengah-tengah kawasan. Apabila sampai, dia memerhati Sehun dan beberapa peserta yang menjadi umpan sedang dikawal oleh duyung-duyung pengawal. Dia dan Seungwan perlu merancang satu helah untuk mengalihkan perhatian duyung-duyung pengawal itu.
"Kau selamatkan Sehun. Aku alihkan perhatian mereka," arah Chanyeol. Seungwan memegang pergelangan tangan Chanyeol.
"Tapi bahaya lah sorang-sorang. Kita buat sama-sama," ujar Seungwan, risau. Chanyeol menggeleng.
"Habistu siapa nak selamatkan Sehun? Kita tak ada banyak masa," balas Chanyeol. Dia melepaskan tangan Seungwan meskipun gadis itu tidak rela. Riak wajahnya jelas penuh dengan kebimbangan.
"Dalam kiraan satu.."
"Senior..."
"Dua.."
"Nanti.."
"Tiga!"
Chanyeol berenang keluar dari timbunan rumpai laut yang memanjang itu dengan pantas. Duyung-duyung yang ternampak Chanyeol segera mengejarnya, meninggalkan Sehun dan yang lain-lainnya tanpa pengawasan.
Seungwan keluar dari tempat persembunyian. Dia berkira-kira mahu mengejar Chanyeol namun Sehun masih perlu diselamatkan.
"Aish!" Gertaknya. Dia berenang kearah Sehun dan membuka ikatan kuat rumpai laut pada kaki Sehun. Sebaik sahaja dilepaskan, ternyata Sehun masih tidak sedarkan diri.
Dia memandang pula kearah Lisa dan Jennie yang masih tergantung sepi diantara Sehun. Kumpulan lain nampaknya masih belum tiba.
"Bangunlah!" arah Seungwan kepada Sehun. Dia menggoncangkan badan Sehun berkali-kali agar lelaki itu bangkit dari tidurnya.
Dia berkira-kira mahu memberi bantuan pernafasan kepada lelaki itu.
Pipi Sehun dipegang. Wajahnya hampir mendekat kepada lelaki itu. Bibir mereka hampir bersatu.
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top