Part 32 : Putus Kawan

"Jangan kacaulah!" Seungwan membentak saat Chanyeol ingin menolongnya mengangkat alat angkat berat yang hanyalah sekitar 10 kg sahaja.

Bukannya menolong malah menyibuk. Jongdae sudah pun dihalau agar tidak mengacau. Alhasilnya dia hanya memandang mereka dari tempat angkat berat yang berada agak jauh sedikit sambil menayangkan wajah muak. Geli pun ada.

"Tak bolehlah. Kalau jatuh atas kaki tu siapa susah? Benda ni berat tau?" Chanyeol menasihati Seungwan. Mata Seungwan berguling keatas. Tanda menyampah.

"10kg je.." jawabnya, perlahan.

Mereka sedikit bergelut kerana Chanyeol tetap tidak mahu mengalah. Lelaki itu mengunci leher Seungwan pada ketiaknya. Menyebabkan pergerakan Seungwan menjadi terhad. Tanpa amaran, alat angkat berat yang dipegang oleh Seungwan iaitu dumbell, jatuh ke lantai dan hampir mengena pada kakinya.

Chanyeol melepaskan kepala Seungwan dan mula membebel.

"Kan dah cakap tadi! Tak hati-hati macam ni lah!" marah Chanyeol. Seungwan ternganga. Keningnya bertaut manakala dahinya berkerut.

"Senior yang tak reti duduk diam!" balas Seungwan. Chanyeol mula bercekak pinggang begitu juga dengan Seungwan.

Lelaki itu menayangkan wajah mengejek kerana Seungwan terpaksa mendongak sebegitu tinggi untuk bertentang mata dengannya. Bagaikan ada kilat kecil mengalir pada mata mereka.

"Menyampah aku! Nak bersenam buat cara nak bersenam! Huh!" marah Jongdae dan terus masuk ke tandas untuk bermain sabun. Eh!

Chanyeol dan Seungwan tidak menghiraukan Jongdae. Mereka diam lalu menjauhkan diri daripada satu sama lain. Lalu mereka berpura-pura membuat hal masing-masing. Tiba-tiba, pintu gym dibuka oleh seseorang dengan kasar. Masuklah Joy bersama dengan Seulgi yang mukanya sudah sembab sepenuhnya kerana menangis.

Joy menahan Seulgi dengan mencekik kolar baju gadis itu. Seungwan nampak kebingungan.

"Joy, kenapa? Seulgi kenapa kau menangis ni?" soal Seungwan. Joy menolak Seulgi sehingga gadis itu terjatuh. Dengan pantas Seungwan mendapatkan Seulgi dan memeluknya.

"Weh agak-agaklah! Main tolak-tolak pula. Kau ada masalah bincang lah elok-elok!" marah Seungwan. Joy tersenyum sinis.

"Backuplah kawan setan kau ni! Berani ye korang sembunyikan makhluk membahayakan macam ni dalam sekolah ni?!" balas Joy.

Seungwan semakin bingung.

"Apa maksud kau ni?" soal Seungwan.

Joy mengeluarkan sebuah buku dari begnya lalu dihempas ke tanah. Dia menyepak buku tersebut sehingga terlanggar kaki Seungwan.

"Budak ni.. Anak penjaga neraka! Anak Lucifer! Kau tahu kan bahayanya makhluk ni kepada ahli sihir macam kita?! Kau tak tahu ke apa yang berlalu dulu disebabkan keturunan syaitan ni?!" marah Joy.

Seungwan merenung buku tersebut dengan pandangan kosong manakala tangannya masih mengelus lembut belakang Seulgi.

"Apa yang berlaku? Apa kaitannya keturunan Seulgi dengan Seulgi?" tanya Seungwan. Joy menoleh kearah Chanyeol pula.

"Kau tak cerita ke pada teman wanita kau ni?" sindir Joy. Chanyeol tidak menjawab.

"Apa ni kenapa semua orang tahu tapi aku tak?" Seungwan merungut.

"Dulu ada seorang lagi anak Lucifer yang terlepas dalam sekolah ni. Dia perempuan. Nama keluarga dia pun Kang. Dan dia dah menyebabkan beberapa orang ahli sihir yang tak bersalah mati! Dan aku yakin dia kakak kepada Seulgi! Kang Seulki tu, kakak kau kan Seulgi?!" ujar Joy.

Chanyeol mula mengalihkan perhatiannya kearah Seulgi. Dia kenal siapa Seulki. Mereka sekelas dan terlebih lagi gadis itu bekas kekasihnya Jongin. Beberapa bulan selepas dia dan Jongin putus, Seulki menghilang dan kehilangannya masih menjadi misteri.

"Kalau betul pun, kenapa? Seulgi tak minta pun dilahirkan macam tu! Seulgi bukan macam diorang!" bela Seungwan. Joy ketawa besar.

"Tak minta dilahirkan macam tu? Okay. Tapi dia dah tahukan siapa dia yang sebenar? Jadi kenapa tak pergi?! Kenapa nak bahayakan semua orang dekat sini?!" jerit Joy. Ditunding jarinya kearah Seulgi dengan perasaan amarah yang membara.

Dia bertentang mata dengan Seungwan.

"Kau ada nampak Seulgi serang sesiapa ke?" Soal Seungwan. Joy terdiam.

"Kau ada nampak Seulgi gunakan kuasa dia untuk cederakan orang? Kau ada nampak Seulgi bermegah-megah dengan kuasa dia? Ada nampak semua tu? Apa yang aku tahu, dia nak mengelak daripada jumpa orang adalah." Sambung Seungwan lagi.

"Kau marah sebab kitorang tak bagitahu kau kan?" ujar Seungwan, lembut. Dia macam dah boleh agak kenapa Joy bersikap sedemikian. Anak mata Joy bergetar.

"Tak!" jawabnya, lantang.

"Nampaknya memang betul," Seungwan bangun lalu mendekati Joy. Bahu Joy dipegang.

"Kitorang tak bagitahu atas permintaan Seulgi. Dia masih takut dengan identiti dia. Tolonglah faham. Kitorang bukan sengaja—"  Jelas Seungwan.

Joy menolak Seungwan sehingga rakannya itu hampir jatuh tersadung.

"Alasan! Kali ni aku akan diamkan. Kita tengoklah, bila-bila masa sahaja rahsia korang ni akan terbongkar! Tunggu jelah!" tempik Joy. Dia melangkah kakinya untuk keluar dari sana. Tangannya sudah bersedia untuk memulas tombol pintu sebelum dia kembali menoleh kearah Seungwan.

"Mulai hari ini, kita putus kawan!"

...

Hari perlawanan telah tiba.

Perlawanan pusingan pertama iaitu memanah telah pun dimenangi oleh rumah Durmstrang. Kini, mereka bersiap-sedia untuk pertandingan menyelam. Mereka diberikan tugasan untuk menyelamatkan salah satu ahli mereka yang bakal dijadikan sebagai umpan.

Sesiapa yang berjaya bakal ke pusingan akhir.

Seungwan masih belum mengganti pakaiannya ke baju renang. Dia nampaknya sedang memerhati Joy yang berada tidak jauh darinya. Semenjak kemarin, gadis itu sering mengelak daripada berjumpanya. Seulgi pula ditempatkan dihospital sekolah untuk berehat. Wajah Seungwan nampak agak kecewa.

"Kau okey?" sapa Rose, simpati. Dia tak pasti apa masalah Seungwan tapi dia tak suka apabila melihat saingannya tidak bersemangat sebegitu.

Seungwan tidak menjawab. Dia memandang kearah tasik yang luas itu.

"Seungwan, cerialah sikit. Macam mana nak bertanding kalau lemah macam ni? Nanti aku tak ada feel nak berlawan dengan kau. Kalau aku menang pun, macam menang tak ada makna sebab saingan aku yang dah jadi lemah macam ni. Tak seronok lah." ujar Rose. Dia cuba untuk menaikkan semula semangat saingannya itu.

"Macam mana aku nak bersemangat kalau kawan aku tak ada dekat sini?" soal Seungwan, sedih. Rose berdecit.

"Tolak yang tu dulu. Kau masih ada ramai penyokong. Pelajar-pelajar Hogwarts ramai bertaruh pada kau tahu tak? Takkan sebab seorang kau sanggup kecewakan beribu orang? Walaupun aku tak kenal kau tapi aku tahu kau bukan orang yang macam tu," jelas Rose. Seungwan diam sebentar. Memang ada betulnya apa yang Rose katakan itu.

"Hm. Aku akan cuba jadi profesional.." jawab Seungwan. Rose tersengih.

"Macam ni barulah rival aku! Oh. Tu, Chanyeol dah sampai.." ujar Rose. Dia tersenyum manis saat lelaki itu berdiri bersebelahan dengan Seungwan. Makin tersenyum dia saat melihat lelaki itu merangkul bahu Seungwan seolah-olah mahu membuatnya cemburu.

"Takpelah aku pergi dulu. Oh ya Chanyeol, aku tak cemburu lah. Tak payah susah-susah sangat. Jaga Seungwan elok-elok. Silap hari bulan aku yang rampas dia dari kau. Hehe" Usik Rose. Dia ketawa mengekek saat melihat reaksi wajah kedua pasangan itu. Pegangan Chanyeol terlepas.

"H-Hoi! Takkan lah sebab kita putus kau terus jadi lesbian?! Jangan woi!" pekik Chanyeol, risau. Seungwan terkebil-kebil mendengar kata-kata Rose tadi. Dia kini merenung Chanyeol.

"Risau kan ex ke tu?" sindir Seungwan. Dia terus beredar dengan wajah yang masam.

"Mana ada! Jangan cemburu Seungwan. Tak bermaksud pun tadi.." jelas Chanyeol. Seungwan mengangkat tangannya seperti mengarahkan Chanyeol untuk berhenti.

"Tak kisah pun.. Bukan kita ada apa-apa pun.. senior.." jawab gadis itu dan terus menuju ke dalam tempat persalinan baju. Sebaik sahaja masuk, dia terkejut saat melihat seseorang yang dia kenal sedang berada disana. Seperti sudah menunggu kedatangan.

"Senior—?"

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top