Part 31 : Terbongkar
"J-Joy?"
Seulgi terbangun dan terus mengesot ke belakang sehingga belakang badannya tersentuh rak buku, menandakan tiada lagi tempat untuknya lari.
Seulgi menggeleng-geleng pantas disertai dengan air mata yang sudah bak air terjun. Wajahnya merah padam. Dia takut melihatkan ekspresi wajah Joy seolah-olah jijik dengan dirinya.
"Jangan apa-apakan aku. Jangan bagitau pengetua. Aku tak nak mati. Aku tak nak mati—" rayu Seulgi. Dia menekup wajahnya dengan tangan. Dia terlalu takut sekarang. Tangannya menggeletar.
"Aku yang patut takut bukan kau! Kau ni apa sebenarnya?" soal Joy. Matanya tajam merenung kearah Seulgi.
"Kenapa rambut kau boleh bersinar? Kenapa kau nampak lain? Jangan cakap ada kena-mengena dengan buku ni!" sambung Joy. Seulgi tidak dapat menjawab. Esakannya masih berterusan. Joy menerpa lantas memukul rak buku dengan kuat.
Meskipun Joy dibesarkan disekitar magik seawal usia bayi, namun ahli sihir masih belum terbiasa dengan makhluk aneh selain mereka. Contohnya adalah gergasi. Mereka sebenarnya tidak berapa suka dengan gergasi. Bahkan ada diantaranya dibunuh kerana takut membahayakan penduduk.
"Cakap lah! JAWAB!" paksa Joy. Seulgi ketakutan sehingga terpaksa bersujud kearah Joy. Meminta agar dirinya tidak didedahkan kepada orang ramai.
"I—iya. Aku.. Aku jawab.." balas Seulgi tergagap-gagap. Dia mula menceritakan dari A ke Z meskipun percakapannya tidak lancar.
Joy yang mendengar pada mulanya tidak percaya namun apabila diberitahu yang Seungwan juga mengetahuinya, dia mula percaya. Kerana Seungwan itu naif jadi dia tidak akan menipu.
"Jadi aku sorang lah ni yang tak tahu? Apa aku bukan kawan korang?" herdik Joy. Dia terasa. Sepatutnya dirinya juga perlu dimaklumkan tentang hal ini kerana apa gunanya kawan kalau bukan untuk melindungi?
Tak ada guna berkawan kalau sekadar mengabaikan salah seorang darinya. Itu kejam namanya.
"Ma—Maaf. Aku masih takut.. Takut korang tak boleh terima aku." jawab Seulgi. Joy memukul rak buku sekali lagi dan menyebabkan Seulgi terkejut. Nasib baik tidak melatah.
"Kalau Seungwan boleh terima kenapa tidak aku? Kau tak percaya aku?! Kalau Cedric pun kau percaya kenapa tak aku? Kejam ya kau?" Sindir Joy. Seulgi menggeleng kecil.
"Jangan salah faham Joy. Aku tak bermaksud pun," ujar Seulgi. Joy mengalihkan pandangan kearah lain. Seulgi pula menunduk. Air matanya jatuh keatas lantai. Berguguran tanpa ada hentinya. Tidak tahu bila ianya akan berakhir. Joy menoleh semula kearah Seulgi kerana rasa kasihan terhadap rakannya itu.
"Jadi Cedric yang mula-mula syak lah?" tanya Joy. Cuba untuk mengalihkan perhatian Seulgi daripada terus menangis. Dia ada sekilas terpandang tadi didalam buku, agak bahawa kalau membiarkan Daughter of Lucifer terlalu sedih. Benda yang diluar jangkaan boleh berlaku. Bukan ketika waktu marah sahaja.
"Macam mana dia tahu?" tanya Joy lagi.
"Tak tahu.." jawab Seulgi. Itu menimbulkan lagi syak-wasangka pada Joy. Dia terus mengarahkan Seulgi untuk berdiri tegak. Tuala kecil dikeluarkan dari poket dan dia mengelap air mata Seulgi.
"Dah stop menangis. Kita pergi jumpa Cedric. Aku perlu sahkan something," ajak Joy. Seulgi terpinga-pinga saat mendengar kata-kata Joy itu. Tangannya ditarik oleh Joy. Tidak terlalu kasar dan tidaklah terlalu lembut. Tertanya-tanya dia samaada Joy masih mengaku bahawa mereka masih berkawan atau tidak.
Sampai dihospital sekolah, Joy membuka pintu masuk. Namun tak sempat mereka melangkah masuk, Joy terhenti. Dia nampak sesuatu yang mengejutkan didepannya. Seulgi yang tadinya menunduk juga mendongak kehadapan. Matanya terbeliak.
Kelihatan Rose yang sedang tidur disebelah Cedric, menemani lelaki itu sepanjang hari. Lengan kanan lelaki itu erat dipeluknya seperti tidak mahu melepaskannya.
Hati Seulgi seperti dirobek oleh sesuatu. Entah kenapa dia rasa terlalu sakit. Pegangan tangan Joy dilepaskan. Dia berlari menuju entah ke mana ke dalam kegelapan.
...
Sehun tenang melayan kerenah Yeri yang sedari tadi tidak henti-henti berwushu dihadapannya. Apabila diarahkan untuk berlawan dengannya, Sehun hanya menggunakan satu tangan sahaja untuk menahan Yeri.
Apabila Yeri meminta dirinya agar menjadi eksperimen untuk gadis itu, dia terima sahaja. Namun serangan Yeri terhadapnya langsung tidak terjejas. Saat Yeri cuba menyerang hendap dirinya, dengan menutup mata sahaja serangan itu dipatahkan.
Menyebab Yeri mulai kebosanan dan berhenti daripada merepek.
"Dah penat?" soal lelaki itu. Yeri mengangguk.
"Hun oppa tak menarik. Selalu boleh kalahkan Yeri tak macam Jongin. Tak bestlah. Kalau Jongin bolehlah pukul dia sikit." rungut Yeri. Sehun ketawa kecil.
Dia faham benar dengan perangai adik kepada sahabatnya itu. Mereka memang rapat sebegini kerana Yeri memang seorang yang manja.
"Tapi kenapa Yeri tiba-tiba nak berwushu ni? Bukan ada pertandingan apa-apa pun." tanya Sehun.
Yeri berdecit.
"Bukan. Semua ni sebab sorang mamat ni. Dia selalu sakitkan hati Yeri. Dia sama batch dengan oppa lah. Tapi perangai mengalahkan budak macam Yeri tahu tak? Tak gentleman langsung!" cerita Yeri.
Sehun mengangguk-angguk mendengar cerita Yeri.
"Habistu kenapa tak sihir je? Susah-susah belajar wushu ni. Nak sampai masuk berita cina ke apa?" soal lelaki itu lagi.
"Magic tak kekal lama. Tak best. Dan tak menarik. Kalau lawan guna magic, pembalasan dendam tu tak special. Tiada kepuasan." Jawab Yeri. Dia rasa begitu kerana kalau sekadar menuturkan kata-kata magis, setakat itu sajalah dendamnya.
Tak ada rasa lega. Rasa puas. Atau yang seangkatan dengannya. Tapi apabila menggunakan kekuatan sendiri, barulah rasa kepuasan itu dapat dinikmati. Tak gitu?
"Oh. Ngomong-ngomong siapa lelaki tu?" Sehun cuba memancing Yeri.
"Adalah. Tak boleh bagitahu," jawabnya.
"Oh.. Bukan lelaki yang tengah mengendap dekat sebelah dinding tu kan?" soal Sehun sambil menunding jarinya kearah belakang tanpa memandang walau sedikit pun.
Yeri segera menoleh dan agak terkejut saat melihat Jungkook yang sedang mengintip mereka.
"Kyaaa!! Jeon Jungkook?!!" Yeri menjerit dan terus terjun daripada sofa.
Dia mengejar Jungkook yang sudah melarikan diri. Manakala Sehun, dia tersenyum lega. Akhirnya dia dapat berehat di sofa itu dengan amannya.
Tak lama selepas Yeri keluar, masuklah beberapa pelajar Slytherin yang lain menyebabkan keadaan menjadi bising. Sehun mengeluh.
"Nak tidur pun tak senang!" katanya sambil menekup bantal pada wajahnya.
...
"Tak sangka senior ni galak orangnya. Ingatkan pendiam," ujar Seungwan kepada Jongdae sambil mengangkat dumbell. Jongdae menjongket kedua keningnya seperti menyindir.
"Aku memang savage orangnya. Cuma aku agak terkejut orang sehebat kau datang jumpa aku. Tu je. Tu yang aku gelabah." jawab Jongdae.
"Hebat ke? Kalau sebab keturunan mungkin lah. Tapi kalau diri sebenar saya? Entahlah. Saya masih baru," ujar Seungwan. Dia kadang-kadang rimas apabila orang terlalu memandang tinggi kearahnya padahal dia bukanlah siapa-siapa. Sekadar cucu kepada seseorang yang terkenal..
"Kau tak tahu. Tapi kitorang tahu. Kau tak nampak. Tapi kitorang nampak." balas Jongdae. Terus dia mengambil dumbell tersebut dan melemparnya ke tepi. Dia mengarahkan Seungwan untuk mengambil tempat dibahagian sebelahnya pula. Kali ini dia perlu melakukan sit up pula.
"Kenapa eh saya selalu tak pernah nampak senior dengan geng-geng Chanyeol?" tanya Seungwan sambil melakukan sit up. Seolah-olah benda alah itu perkara biasa sahaja. Baru satu soalan dia sudah pada sit up ke-30.
Jongdae agak kagum terhadap betapa fleksibelnya gadis itu namun dia tidak menunjukkannya.
"Aku ada je. Tapi kau yang tak nampak. Yelah busy bermanja dengan si Chanyeol tu. Ingat aku tak nampak?" sindir Jongdae lagi.
Iyalah, orang tu tengah bermain cinta takkan lah nak nampak orang lain dalam dunia dia?
"Bermanja? Mana ada! Kitorang kawan je," balas Seungwan.
Jongdae menahan Seungwan daripada melakukan sit up dan merenung tepat dimatanya.
"Kawan apa kalau pandangan mata korang tu dah macam orang bercinta. Mata boleh menipu tapi hati tak." ujar lelaki itu. Seungwan kaku.
"Yoo yoow ayoo! Makan powercat! Kim Jongdae!! Aku datang nak gym!!" jeritan Chanyeol memecahkan suasana hening tadi. Jongdae tersenyum. Dia melepaskan bahu Seungwan dan kembali berdiri tegak.
"Panjang umur kau Yeol," ujar Jongdae. Chanyeol dengan riangnya menyapa Jongdae.
Dia memeluk Jongdae dengan begitu kuat. Tidak biasanya dia seperti ini.
"Ehh Seungwan pun ada? Laa.." ujar Chanyeol dengan suara yang dibuat-buat. Nampak sangat yang dia sebenarnya dah lama tahu Seungwan ada disitu.
Seungwan bingkas bangun dan merenungnya dengan renungan aneh.
"Tak biasa kau datang sini Yeol—"
Bap!
Belakang Jongdae dipukul kuat oleh Chanyeol dan lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Sekali lagi ianya nampak seperti dibuat-buat.
"Aku adalah! Kau je tak tahu! HAHAHA!" Entah apa yang lawaknya. Lagi sekali belakang Jongdae dipukul.
"Haa Seungwan kalau nak belajar sini aku ajar. Jongdae pergilah rehat. Haa jom-jom"
"Senior okey ke tak ni?" soal Seungwan.
"Aku okey je kenapa?" balas Chanyeol.
"Bukan seniorlah! Saya tanya senior Jongdae!"
Bersambung
Halu. Slow update tau ff ni. Tak tahu bila boleh tulis lagi dah. Sorry. And sorry jugak terpaksa tunda ff Baekyeon..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top