Part 30 : Tanda tanya


Latihan renang berjalan dengan lancar beberapa jam tadi. Kini semua pemain sudah pun berada dalam pakaian kasual mereka. Semuanya sedang berehat disebelah kolam.

Ada yang sudah sampai ke bulan tanpa menggunakan gam. Ada pula yang sedang melahap. Faham-fahamlah, berenang memerlukan banyak tenaga. Jadi mereka kenalah isi perut lagi.

Seungwan mengeringkan rambutnya menggunakan tuala tanpa mempedulikan Chanyeol dan Sehun.. Kedua lelaki itu juga nampaknya tidak berminat untuk menganggunya. Mungkin masih penat.

Dia memerhati Rose yang sedang kelam-kabut mengemaskan barang-barangnya. Ucapan Jennie dan Lisa juga tidak dia hiraukan. Seketika, kelihatan Rose meminta diri untuk pergi. Seungwan jadi penasaran. Dia meletakkan tuala milik sekolah itu ke dalam bakul baju kotor dan mengekori Rose.

Gerak-geri musuhnya itu nampak mencurigakan. Tidak lama selepas itu, Rose naik ke tingkat dimana hospital sekolah berada.

"Dia nak jumpa siapa?" getus Seungwan sendiri.

Kelihatan Rose memasuki ruangan bilik pesakit, tempat dimana Cedric ditempatkan. Hanya lelaki itu sahaja pesakit yang ada disana. Lagipun dia masih koma.

Seungwan mencuri-curi pandang dari cermin disebelah pintu masuk. Rose mendekati katil Cedric dengan perlahan-lahan. Beg galasnya diletakkan disebelahnya manakala gadis itu duduk diatas kerusi. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. Seungwan sudah cemas.

Dia ingatkan Rose ingin mengapa-apakan Cedric namun jangkaannya salah. Rose mengeluarkan sekuntum bunga ros merah lalu diletakkan disebelah Cedric.

Gadis itu berbicara akan sesuatu namun tidak dapat Seungwan dengari. Rose juga beberapa kali menunduk seperti sedang menangis. Tangan Cedric dicapai dan digenggam erat.

Adegan itu menimbulkan rasa curiga Seungwan. Apa hubungan Rose dan Cedric? Kenapa Rose menangis? Dan sekarang, apa yang lebih dramatik adalah, Rose sedang memeluk tubuh Cedric seperti lelaki itu sudah meninggal.

Seungwan segera berdiri dan menjauhi pintu masuk. Dia berpatah balik agar tidak mengganggu dan tidak mahu tahu akan perkara itu. Dia akan siasat nanti sahaja. Yang pasti, Rose bukan ancaman kepada Cedric.

"Ke.. Cedric sebab diorang putus?" Seungwan mengomel sendiri.

"Siapa?" tanya seseorang menyebabkan Seungwan sedikit terkejut. Suara itu betul-betul disebelah telinganya. Nasib baik dia tak menjerit.

"Senior Jongdae..Ingatkan siapalah tadi. Senior buat apa dekat sini?" soal Seungwan.

Jongdae menunjukkan botol ubat yang diambilnya tadi.

"Steroid. Tambah otot aku.." jawab Jongdae selamba. Seungwan melongo.

"Joke joke. Ini ubat sakit urat. Aku selalu angkat berat tanpa panaskan badan. Tu yang seluruh badan asyik sakit-sakit. Kau bercakap sorang-sorang macam orang gila kenapa?" sambung Jongdae.

Dia menyimpan semula ubat tersebut ke dalam poket seluarnya.

"Itu monolog dalam hati je. Tak sangka boleh terkeluar. Kenapa? Tak boleh?" balas Seungwan.

Jongdae mengangguk kecil.

"Bukan tak boleh. Orang kata ciri-ciri awal gila adalah bercakap seorang diri.. Kekeke.." Jongdae sengaja mengenakan Seungwan.

'Nasib baik senior je dia ni..' Getus Seungwan dalam hati.

"Dahlah jom pergi. Kau tak nak berlatih ke?" ajak Jongdae. Seungwan mengangguk akur.

"Mestilah nak.." jawabnya.

"Good.."

Mereka terus beredar dari ruangan tersebut dan menuju kearah gim.

"Ehh tapi kan. Pasal semalam tu. Aku nak minta maaf. Pickup line tu aku gurau je. Jangan perasan pulak yang aku suka kau eh?" ujar Jongdae. Seungwan menjeling seniornya itu.

"Tahu!" balasnya, kasar.

Dia terus memasamkan mukanya. Tak ikhlas pun janganlah cakap. Lelaki ni kan, suka rosakkan kebahagiaan seorang perempuan. Jongdae berhenti dari melangkah setelah mendengar jawapan Seungwan.

"Laa..Kau tau dari awal ke?"

"Orang bodoh je yang percaya,"

Krek! Hati Jongdae retak. Bukan kerana apa. Tapi sebab dia seorang yang cintakan diri sendiri. Jadi agak terasalah. Love Yourself lah katakan. Bercinta dengan diri sendiri lagi bagus daripada gay.

...

Irene melempar peluru damak pada dinding yang dipenuhi dengan wajah Seungwan. Rasa amarahnya masih menggunung tinggi. Berkali-kali dia melemparnya sehinggalah tersasar dan hampir mengena pada Leonis.

Leonis diam sahaja memerhati anak saudaranya itu melepaskan geramnya.

Irene menjerit sekuat hati kerana geram. Dia mula bertindak kasar dan melempar papan damak itu ke dalam pendiang api. Barang-barang didalam bilik rahsia itu dilempar sesuka hati ke sekelilingnya. Sekali lagi, ada barangan yang hampir mengena pada Leonis.

Lelaki itu segera mengarahkan konco-konconya memegang Irene dan meletakkan gadis itu diatas kerusi takhta dihadapannya. Nasib baiklah Irene sekecil arnab. Senang nak kawal.

"Bawak bertenang boleh tak?" pinta Leonis.

"Pakcik..." rengek Irene. Bibirnya dimuncungkan sepanjang boleh. Leonis menayangkan wajah beku. Dia benci betul apabila Irene mula menunjukkan wajah itu. Dari kecil sampai ke besar tak berubah. Memang itu caranya Irene nak membodek ahli keluarganya. Jurus wajah annoying terus dia keluarkan maka tiada siapa yang akan berani menentang.

Muka Irene ditonyoh perlahan agar wajah annoying itu hilang.

"Cuba jangan kebudak-budakan sangat. Ni aku dengar kamu mimpi benda tu lagi.." Leonis bertanya. Irene mengangguk kecil.

"Kau nampak muka perempuan tu kali ni?" soalnya. Irene menggeleng.

Scorpio diam.

"Kau--Tak apa lah. Nanti kau akan tahu sendiri. Kau dah cakap dengan Sehun dan Chanyeol?"

"Diorang tak nak dengar. Si Chanyeol tu! Entah apa rancangan dia. Nampak macam nak lindungi perempuan tu adalah!" marah Irene. Telinga capang disebelah kirinya mengembang dan menjadi merah.

"Tak perlu risau. Biar dia buat apa yang dia nak dulu.."

Irene mengerutkan dahinya.

"Pakcik! Tapi---"

"Percayalah cakap aku. Dan jangan panggil aku pakcik. Ada nampak muka awet muda aku ni macam pakcik ke?"

"Dah pakcik adik tiri mak saya kan?"

"Menipu sikit tak boleh ke?"

...

Seulgi menelaah buku pada lewat malam lagi untuk mengkaji tentang keturunannya. Sedang dia bersendirian, dia terasa seperti ada sesuatu yang berdetak disekelilingnya.

Dia menoleh ke belakang, mencari puncanya. Bingung, Seulgi mengabaikan sahaja dan kembali membaca. Tak lama selepas itu, dia terasa aura sejuk disekelilingnya.

Tiba-tiba, Seulgi jatuh terduduk disebelah meja belajar saat sedang membaca buku Daughter of Lucifer.

Jantungnya seakan-akan ingin keluar. Urat sarafnya menjadi hitam dan rambutnya bersinar terang. Kakinya mengejang. Dia menggeliat-geliut diatas lantai seperti tersekat nafasnya.

Suaranya hampir-hampir hilang. Dia tidak dapat meminta tolong. Siapalah yang berada diperpustakaan pada jam dua belas malam sebegini? Hanya dia sahaja.

Seulgi menghentak kepalanya pada kaki meja agar kesakitannya berkurang. Namun tidak berjaya. Dia mencuba lagi. Dia nampak ada bayang-bayang hitam dari arah siling sedang menuju kearahnya.

Dahinya kini membengkak sehingga darahnya beku dibahagian itu. Menampakkan benjolan besar seperti disengat lebah.

Dia sudah tidak dapat bertahan. Matanya perlahan-lahan terkatup. Seulgi pengsan disitu.

Pintu perpustakaan dibuka oleh seseorang. Gadis itu mendekati meja belajar dan membelek buku tentang Daughter of Lucifer yang telah menarik perhatiannya.. Pada salah satu muka surat, terdapat sihir tentang cara untuk melemahkan anak syaitan itu. Mungkin Seulgi telah membacanya tanpa sedar yang ianya amat merbahaya kepadanya.

Gadis itu menunduk, melihat Seulgi yang sedanh terbaring disana.

"Siapa kau?" soal gadis itu ketakutan.


Seulgi membuka matanya dalam kesakitan. Samar-samar sahaja figura yang dia lihat sedang berdiri dihadapannya itu.

"Joy?"

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top