Part 28 : Musuh Baru

Kill This Love - Blackpink

Para pemain Triwizard memasuki padang sekolah dari ketiga-tiga arah. Kesemua mereka bakal menjalani latihan bersama-sama hari ini. Lengkap mereka berpakaian bak pewira di medan perang.

McGonagall mengarahkan mereka untuk mengambil tempat dikhemah masing-masing. Sasaran mereka pula hanya ada satu sahaja. Jadi, mereka akan bergilir-gilir memanah. Segala peraturan juga sudah dijelaskan. Giliran pemain pula ditentukan. Nampaknya, Beauxbatons yang akan bermula terlebih dahulu diikuti Durmstrang dan Hogwarts.

Taeyong mengambil tempat betul-betul dihadapan sasaran. Sempat juga tadi dia bermanja dengan Lisa, kekasihnya dan bermain mata dengan gadis-gadis lain. Hanya Seungwan dan Rose yang tidak menghiraukannya. Mungkin menyampah dengan lelaki miang itu.

Mereka mungkin bermusuh tapi satu hal sahaja yang mereka bersepakat yakni membenci Taeyong.

Busur panah diangkat. Sasaran ditetapkan. Anak panah dilepaskan.

Shot!

Taeyong mendapat 8 mata buat kumpulannya. Lisa dan Eunwoo bertepuk tangan begitu juga pemain lain. Sekadar menghangatkan permainan. Kini, giliran Rose mara kehadapan.

Sempat lagi dia menjeling kearah kumpulan Hogwarts. Rambutnya dilibas seolah-olah mencabar mereka. Busur diangkat. Matanya fokus kehadapan. Rose menoleh kearah Seungwan dan menuturkan sesuatu.

'this one..for you..'

Gerak bibir itu dapat dibaca oleh Seungwan dan serentak itu anak panah dilepaskan. 10 mata dikumpul oleh Durmstrang. Pemain lain bersorak kuat. Rose meletakkan busurnya ke tanah dan sebelah tangannya memegang pinggangnya. Dia masih lagi memandang Seungwan seolah-olah mahu mencabarnya.

Seungwan hilang sabar. Dia menghalang Chanyeol dan Sehun daripada mendahuluinya. Rose dihadapannya itu didekati. Busur diangkat tinggi. Perlahan-lahan ianya diturunkan. Lama dia dalam keadaan kaku seperti itu.

Rose ketawa dalam hati. Dia memalingkan badannya daripada memandang Seungwan dan ingin beredar. Namun secara tiba-tiba, sebuah anak panah melintasi betul-betul disebelah kiri pipi Rose. Gadis itu berhenti dari melangkah.

Diam.

Tiada suara orang bersorak mahupun bertepuk tangan.

Mereka mula memandang kearah papan sasaran. Rahang mereka terjatuh. Anak panah Seungwan jatuh tepat pada 10 mata namun yang lebih mengejutkan adalah, anak panah itu menembusi anak panah milik Rose. Ianya betul-betul menembusi anak panah pertama!

Seungwan pergi mendekati Rose.

"That one..for you.." Ejeknya. Pipi Rose yang sedikit terluka itu disentuh. Seungwan tersenyum sinis. Gadis itu turut melibas rambutnya. Sebijik mengejek Rose.

"Holy shit! Son Seungwan?" soal Chanyeol, kecoh. Dia menepuk-nepuk belakang badan Seungwan kerana bangga. Sehun pula tersenyum sinis. Namun dia juga agak terpegun, cuma tidak ditunjukkan sahaja.

Taeyong, lelaki miang itu mula mengalihkan perhatiannya kepada Seungwan. Dia nampaknya tertarik dengan pihak lawannya. Lisa yang berada disebelah pun dia tidak hiraukan. Lisa memerhati Taeyong dan Seungwan secara bergilir-gilir. Badan Taeyong dipukul.

"Awak tengok apa?!" marahnya.

Taeyong mengaduh kesakitan.

"Tengok apa? Tak ada apa. Tak payah nak cemburu sangat!" marah Taeyong. Nampaknya lelaki itu sudah menunjukkan sikap sebenarnya apabila dia bosan dengan teman wanitanya. Sama seperti layanannya kepada wanita-wanita sebelum Lisa.

Lisa menahan amarahnya. Dua kali dia dibuang oleh lelaki. Dia tidak akan benarkan itu berlaku.

Api kemarahan semakin membara.

...

Latihan masih diteruskan..Beberapa pemain sudah pun berehat. Mereka masih ada beberapa jam sebelum dibolehkan untuk berehat. Papan sasaran juga sudah ditambah memandangkan yang asal sudah tidak boleh digunakan. Semuanya koyak kerana kekuatan setiap pemain.

"Seungwan. Nak try?" ajak Sehun sementara Chanyeol leka. Lelaki itu sedang membersihkan anak panahnya tidak jauh dari mereka.

"Apa?" tanya Seungwan.

"Memanah lah. Aku tahu kau bukannya pandai pun. Tadi tu pun sebab kau marah sangat. Kita ni bila marah semua menjadi.." ujar Sehun dan dalam masa yang sama menyakitkan hati Seungwan walaupun itu benar.

Memandangkan papan sasaran sudah disediakan untuk ketiga-tiga kumpulan, bolehlah mereka berlatih tanpa ada sekatan. Seungwan menerima pelawaan Sehun walaupun hatinya pedih. Dia kena terima kata-kata Sehun lagipun lelaki itu memang si tak guna dari awal lagi.

Sehun terus mengarahkan Seungwan untuk berdiri dihadapannya. Lelaki itu mengangkat busur panahnya dan memegangnya dari belakang. Kedudukan mereka kini seolah-olah Sehun memeluknya dari belakang.

"Tangan kau letak macam ni.."

Sehun memberi penerangan dengan panjang lebar.

Seungwan ikutkan sahaja arahan Sehun.

"Macam gold digger.." bisik Jennie kepada Rose. Sengaja mahu menjadi batu api. Rose menjelingnya.

"I can do better," jawab Rose. Jennie terkedu mendengar kata-kata Rose.

"Kau nak jadi perempuan murahan?" Soal Jennie.

"As long as I get what I want. Lagipun, kau pun apa bezanya? Kau yang ajar aku.." balas Rose, sinis. Kerana dia tahu perangai sebenar Jennie.

Terdengar tawa Junhoe pecah setelah mendengar jawapan Rose. Dia menuju kearah mereka berdua. Tangannya diletakkan diatas bahu Rose, seolah-olah sudah lama mereka berkawan.

"Dengarkan? Dia tak nak layan kau lah tu Jen. Pergi balik khemah kau. Semak kat sini," ujar Junhoe dengan senyuman paling menyampah yang pernah Jennie lihat. Dari dulu lagi dia memang anti dengan lelaki bernama Ko Junhoe ini.

"Lepaslah! Ingat kita satu team kau boleh lepas dari title musuh tu? Blah ah!" marah Rose kepada Junhoe. Dia terus masuk ke dalam khemahnya semula untuk menenangkan diri sementara Jennie mentertawakan Junhoe semula.

"Padan muka!" ejek Jennie.

"Kita seri hanat. 1 vs 1"

...

"Training okey?" soal Seulgi, prihatin..

Seungwan mengangguk kecil. Seluruh badannya agak lenguh-lenguh. Tapi bukan pertama kali dirinya dikerah tenaga seperti ini. Dulu sewaktu hidup bersama keluarga Myoui pun dia yang kerja lebih kuat daripada pembantu disana. Haih, apalah nasib keluarga Mina sekarang ya?

"Kau hati-hati tau Seungwan. Game ni bahaya. Budak-budak sekolah lain tu bukan boleh percaya pun," ujar Joy pula. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia risau. Seulgi pula bersetuju dengan kata-kata Joy.

"Betul. Kau dah lah kecik macam hamster. Silap hari bulan kena pijak macam cacing. Apa kata kau pergi gym? Bina otot? Tambah steroid ke?" cadang Seulgi. Belakang badannya dipukul oleh Joy.

"Dari dia tambah steroid baik dia makan jamu mak dara. Kau try lah jumpa senior Jongdae. Dia ketua gym sekarang ni. Mana tahu dia boleh tolong?" cadang Joy.

"Sejak bila kau kenal senior Jongdae ni?" soal Seulgi semula.

"Kan dah kata aku banyak kabel kat sekolah ni.." jawabnya.

"Senior Jongdae tu siapa?" tanya Seungwan. Dia blur. Macam pernah dengar nama tu.

"Ala yang pakai cermin mata Harry Potter tu. Dia tu obses tau dengan keturunan kau. Tak hairanlah kalau nanti kau tegur dia, dia beku. Dia tu nerd. Suka baca buku. Kau tanya lah apa-apa semua dia jawab. Patut dia tak payah masuk Gryffindor masuk Ravenclaw dengan aku." jawab Joy panjang lebar.

"Banyaknya kau tahu pasal dia. Kau dengan dia ada apa-apa ke?" Seungwan curiga. Joy menggeleng cemas.

"Taklah. Dia tukang bagi jawapan kerja sekolah aku je--"

"Patulah kau selalu dapat markah penuh!!" Seungwan dan Seulgi menjerit serentak. Joy ketawa mengekek. Rahsianya telah bocor.

"Tapi betul lah weh. Kau tanya je dia. Dia jawab terus. Tak kisahlah time dia tengah makan ke apa ke dia jawab jugak. Cuma jangan tanya masa dia berak kencing je."

Seungwan dan Seulgi menggulingkan anak mata mereka kerana menyampah.

"Nantilah aku jumpa dia. Nak rehat dulu. Penat." ujar Seungwan lalu membaringkan badannya diatas kerusi.
Sementara itu, Joy sibuk bermain dengan rambut panjang Seungwan. Dia memintalkan hujung rambut Seungwan dan menariknya nakal.

"Yahh Park Sooyoung sakitlah!" marah Seungwan.

"Hahaha. Sorry sorry.. Apa kata kau potong rambut? Rimas aku tengok." cadang Joy.

"Rambut aku yang panjang kau yang rimas apahal?" soal Seungwan.

Joy memuncungkan bibirnya. Dipegangnya rambut Seungwan sekali lagi.

"Kau bayangkanlah musuh kau tengah kejar lepastu tiba-tiba dia tarik rambut kau. Tak ke mati awal nanti?" Joy mula berimaginasi. Sadisnya imaginasi dia.

"Ala dalam cerita mana-mana yang aku tengok hero dia rambut panjang elok je hidup. Tu Thor rambut macam aku hidup elok-elok je?" Seulgi mencelah.

"Eh hello Wonder Woman dengan Captain Marvel rambut pendek eh? Thor pun cukur rambut. Kau bila lagi?" balas Joy. Kini, mereka mula bertekak seperti tiada penghujungnya.

"Eleh Black Widow okey je rambut panjang.. Eh jap, Wonder Woman rambut panjang lah!"

"Zaman bila kau ni dia dah rambut pendek lah! Tak tengok trailer Avengers End Game ke?"

"Sini mana ada telefon mana boleh tengok---Sini ada line ke?"

"Mana aku tahu carilah sendiri jawapannya."

"Dah tu kau tengok trailer tu kat mana? Jap! Asal Wonder Woman ada dalam End Game pulak? Dia DC lah bukan Marvel!"

"Eh kau tahu apa. Yang ni Wonder Woman lain."

"Lain kepala bapak kau!"

"haih..Apa nak jadilah dua orang ni.."

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top