Part 27 : Salah faham


Masuk kali ini, sudah 50 kali Jongin berpusing-pusing disekitar sekolah hanya untuk mencari Seulgi. Dia tidak mahu gadis itu sakit hati dan menangis sendirian kerana dia. Lagipula, dia sudah berjanji untuk melindunginya. Sejahat-jahat dia, jahat lagi Sehun ehh.
Sejahat-jahat dia, dia tak pernah mungkiri janji. Lagipun dia tahu apa yang bakal berlaku sekiranya Seulgi kehilangan kewarasannya. Malapetaka mungkin bakal berlaku.

"hiks..hikks.."

Suara tangisan seseorang kedengaran dari dalam salah satu kelas kosong. Jongin tertoleh-toleh kearah kelas yang berada tidak jauh darinya itu. Kakinya melangkah ke sana mencari punca suara tersebut. Ianya berasal daripada pendiang api yang berada dibelakang kelas. Ianya tidak digunakan memandangkan Hogwarts menggunakan sihir tersendiri untuk memastikan kelas sentiasa nyaman daripada kedinginan..

Jongin mendekati pendiang tersebut dan berhenti seketika. Kedengaran lagi orang menangis. Terdapat juga pantulan bayang-bayang seseorang disitu. Terus dia memasukkan kepalanya ke dalam bahagian dalam pendiang api dan ternampak Seulgi yang sedang duduk diatas para dinding yang dilekatkan pada dinding batu. Gadis itu masih menangis tanpa henti.

Jongin terus masuk ke dalam dan duduk disebelah Seulgi. Belakang gadis itu digosok perlahan.

"Kenapa kau menyorok dekat sini?" tanya Jongin, lembut.

"Diorang kan yang dah buat kakak aku mati?" soal Seulgi, straight to the point. Jongin nampak terkejut. Tangannya terketar-ketar.

"Seul--Seulki dah...mati??" Jongin nampak terkedu. Seulgi mengetap bibir dan perlahan-lahan mengangguk.

Wajah lelaki itu diraup kasar. Dia tak sangka yang selama ini dia telah mengguris hati Seulgi dengan menyebut nama Seulki.

"A--Aku tak tau..Aku ingatkan dia cuma pindah.. Dia..Dia.."

Seulgi diam.

"Dia pergi. Waktu hari pertama aku dapat tahu yang aku diterima masuk ke sini.." ujar Seulgi, sedih. Jongin pula masih melayan perasaan.

"Unnie ada cerita pasal teman lelaki dia pada aku. Hari-hari pada aku. Mungkin itu kau lah kot. Dia kata dia sayang kau. Kau baik. Kau tak jahat. Banyak kali dia ulang. Dia asyik ulang pasal perempuan ular. Aku pun tak tahu kenapa.." sambung gadis itu.

"Ular?"

Seulgi mengangguk. Ular, metafora Seulki tentang kejahatan.

Jongin menunduk. Adakah itu Slytherin? Apa kena-mengena mereka dengan Seulki? Tapi tak mungkinlah. Durmstrang mana ada pelajar Slytherin mahupun rumah-rumah yang lain.

"Aku minta maaf. Aku sayang kakak kau sangat-sangat. Apa yang berlaku diantara kitorang tu salah faham. Aku yang bodoh. Suka main perempuan belakang dia. Tapi aku jujur dengan dia. Aku betul-betul cintakan dia. Banyak-banyak perempuan yang aku jumpa, dia je yang tulus cintakan aku. Tapi aku bodoh. Dan aku terlalu percayakan orang luar sampaikan Seulki terluka.."

"Aku patut ada dengan dia..Hari terakhir dia..Aku yang patut ada sebelah dia..Aku bodoh! Langsung tak ada usaha nak cari dia! Jantan jenis apa aku ni?!!" Jongin meraung.

Ya. Raungan untuk cinta pertamanya. Seulgi merenung Jongin dengan pandangan sayu.

"Kau tak boleh lupakan kakak aku lagi?" soalnya perlahan.

"She's my first love.."

"Then let's kill this love.."

...

Rose mencuri pandang kearah Seungwan yang sedang dikelilingi oleh member EXO. Dulu, itu adalah tempat miliknya. Cara member EXO bercakap dengannya, semuanya itu pernah menjadi miliknya. Tapi itu sebelum dia tersilap langkah dan terperangkap dalam permainan Lee Taeyong. Buaya darat yang gilakan perhatian.

"Kau rindukan suasana tu?" tanya Jisoo tapi nadanya seolah-olah menyindir. Rose tidak menjawab.

"Kau nak ke kembali ke saat kau bersama mereka tapi dipulaukan oleh Chanyeol? Kau tak rasa ke kau ni tak dihargai langsung atau tak penting? Tengok perempuan tu. Chanyeol layan dia baik giler. Kau rasa pangkat siapa lagi tinggi sekarang?" sindir Jisoo. Rose menjeling sahabatnya itu.

"Kau kawan aku ke dia?! Menyakitkan hati lah kau ni!" Bentak Rose dan terus beredar dari sana. Sempat dia menghempas gelas kaca ke meja kerana geram. Jisoo ketawa sinis. Tajam matanya merenung Seungwan. Entah dari mana, satu angin menerpa kasar kearahnya. Seperti menghalangnya daripada menyihir Seungwan. Jisoo tidak mengaduh kesakitan walaupun pipinya sudah dilukakan oleh angin tersebut.

Jisoo merengus kasar dan terus beredar mencari Lisa, rakan Beauxbatonsnya. Gadis itu nampaknya sedang termenung jauh.

"Kau fikir apa?" tanya Jisoo, kasar.

"Sehun.." jawabnya. Berkerut wajah Jisoo mendengar jawapan Lisa. Baru sahaja dia hendak membebel, Lisa menghalangnya.

"Sehun dan kekasih dia.." sambung Lisa. Jisoo menelan nafas lega. Move on juga rakannya itu.

"Buat apa fikir orang yang tak sayang kita? Jangan jadi macam Rose. Entah pape budak tu. Kau kena matang.." Jisoo mula membebel. Lisa akui, walaupun Jisoo ini kasar orangnya —sampaikan kematian bapaknya dulu pun dia buat bergurau— tapi Jisoo lah orang yang selalu ada disampingnya, menemani saat dia memerlukan.

"Dia dah ada anak.." sambung Lisa, sendu. Jisoo terbatuk kasar.

"Bitch what?" soalnya. Lisa mengangguk.

"Perempuan tu mengandung.." ujar Lisa, sedih. Jisoo terkedu.

Terus dia pergi jauh dari Lisa dan mencari Jennie. Hendak menenangkan dirinya. Satu-satu masalah menimpa rakan-rakannya itu. Letihlah!

...

"Lain kali jangan melulu buat macam tu boleh tak?" pinta Seungwan setelah member EXO beredar untuk mengambil makanan. Lagi sekali mereka melahap. Chanyeol buat muka tidak ingat.

"Pasal apa?"

"Ni.." Seungwan menunjuk kearah bibir bawahnya yang bengkak. Chanyeol menelan liurnya. Segera dia melarikan panahan matanya.

"Sorry..pasal tu.." ujarnya, bersalah. Seungwan mengangguk.

"Ceritalah pasal perempuan tu.." pinta Seungwan. Disenggolkan lengannya kearah Chanyeol. Sengaja mahu mengusik lelaki itu.

"Sejak bila kita rapat pulak ni? Kau kena ingat aku senior kau junior.." Chanyeol mengelat. Dia tidak mahu rahsia silamnya dikorek.

Kerana wanita yang baik tidak akan mengungkit kisah silam lelaki. Ceh!

"Hish dia ni. Saya tanya bukan sebab busybody tapi sebab nak tanam sifat benci. Dia dah tampar saya tahu tak? Senior minta maaf bagi pihak dia pun, sakit tu masih terasa. Sekurang-kurangnya kalau bagitahu apa yang dia buat sampai korang putus, boleh saya balas dendam untuk senior. Baik kan saya?" ujar Seungwan. Bersemangat dia mahu membantu.

"Aib orang. Tak elok sebar.."

Seungwan mengetap bibir.

"Lagi-lagi nak jadi baik! Cubalah jadi jahat sikit. Apa salahnya?! Esok-esok taubatlah—"

"Hoi.."

Chanyeol merenung tajam kearah Seungwan, membuatkan gadis itu tidak mampu untuk melawan. Terdiam dia apabila dipandang sebegitu. Chanyeol mendekatinya sehinggalah tiada ruang diantara mereka.

"Mulut memang tak ada insurans ya?"

"Arkkk—"

Chanyeol mengepit bibir Seungwan dan menariknya kuat.

"Cakap macam dia je tuhan. Budak ni. Kalau bukan sebab harini bebas dah lama aku suruh jalan itik keliling sekolah. Tak baik cakap macam tu. Mana tahu belum sempat taubat dah kena petir? Mati sia-sia. Dah! Perempuan tak elok mengarut macam tu." Chanyeol memberi ceramah.

Seungwan mencebik. Dia pun kadang tak faham dengan diri sendiri. Kadang baik kadang jahat. Terjangkit penyakit gila Park Chanyeol kot.

"Haa eloklah tu seksa anak orang?" tegur Junmyeon. Chanyeol bingung seketika namun setelah melihat bibir Seungwan yang masih dikepit itu dia terus melarikan tangannya.

"Hehe..Maaf-maaf.."

Bersambung

malaslah nak eja nama si rose ni rosé.. letih..penat..aku tulis rose jelah 😂😂 senang.. baca je roje..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top