Part 22 : Be my date

Seungwan tersedar dari pengsannya saat mendengar bunyi bising sudu yang berdentum jatuh keatas lantai. Buka sahaja mata, dia nampak Joy yang sedang tersengih seperti kerang busuk yang comel. Dia masih lagi lemah untuk menyapa sahabatnya itu.

Joy meletakkan belakang tapak tangannya untuk memeriksa suhu badan Seungwan. Katil pesakit itu dinaikkan agar kedudukan Seungwan seolah-olah sedang bersandar.

"Nasib baik ada orang bawa kau cepat-cepat dekat sini tahu tak? Suhu badan kau dah menurun dah. Semalam lagi teruk tahu? Berpeluh macam baru lepas maraton." kata Joy. Dia mengacau-ngacau bubur abalone yang dibawa oleh seseorang untuk Seungwan.

"Siapa yang bawa aku?" tanya Seungwan. Joy menjongket bahu tanda tidak tahu.

"Senior Chanyeol kau tu kot. Ni pun mungkin dia yang bagi sebab masa kau masuk hospital haritu dia yang tolong belikan bubur untuk kau." sangka Joy. Seungwan menelan liur memandang bubur yang sedang dikacau oleh Joy itu.

"Asal? Nak?" soal Joy. Seungwan mengangguk. Perutnya sudah pun berkeroncong. Joy mengangguk. Sesuap dihalakan kepada Seungwan.

"Makan elok-elok. Kalau comot siap kau!" ugut Joy dalam nada bergurau. Seungwan anggukkan sahaja. Dia menikmati bubur yang disuap oleh Joy itu sehinggalah habis licin mangkuk sebesar bekas aiskrim itu.

"Profesor Siren ada datang jumpa aku tadi. Dia kata kau kena get ready lepas majlis prom nanti sebab Triwizard dah nak mula. Tahun ni, diorang adakan Yule Ball dulu sebelum perlawanan. Aku pun tak tahu kenapa. Diorang ubah banyak sangat sampai aku tak pasti ini Triwizard or a joke." beritahu Joy. Selera Seungwan mulai pudar. Dia meneguk air mineral sehingga separuh botol.

"Aku nak undur diri lah. Aku belum sedia. Lagipun aku tak layak. Ced-Cedric yang patut main bukan aku. Lagipun, aku tak letak pun nama aku dalam tu." ujar Seungwan, tidak bermaya. Joy juga nampak gusar. Dia memegang tangan Seungwan untuk memberi semangat kepada sahabatnya itu.

"Pengetua tak akan bagi tarik diri. Kau kena sedia Seungwan. Game ni melibatkan maruah sekolah. Kalau Hogwarts jatuh tersungkur, parents wizard yang newbie mungkin fikir dua tiga kali untuk hantar anak-anak diorang dekat sini. Pengetua dengan Naib Pengetua mesti bengang kalau itu yang berlaku. Lagipun kita mana pernah kalah." ujar Joy. Dia membuatkan Seungwan semakin rasa bersalah untuk tarik diri namun dalam masa yang sama rendah diri dan malu kerana dipilih.

"Kita kena sedarkan Cedric balik! Aku taknak main." rengek Seungwan. Bibirnya dimuncungkan sepanjang mungkin.

"Hish budak tu dah koma entah bila boleh bangun. Tak boleh main-main guna ayat apa-apa untuk bangunkan dia. Boleh jejaskan kesihatan dia yang sebenar. Silap hari bulan, mati."

Pap!

"Aduh!!"

Tangan Joy ditampar kuat oleh Seungwan.

"Mulut tu celupar!"

"Eleh. Tahulah kau suka Cedric tu kan? Cakap sikit je nak marah,"

Seulgi memandang kedua sahabatnya itu.
"Kau ada syak siapa-siapa ke yang letak nama kau dengan sengaja?" Soalnya kepada Wendy.

Wendy menjongketkan bahu. Dia sendiri tak pasti. Dan kalau dia tahu, dia akan tersangatlah marah kerana disabotaj sebegini.

...


Seungwan sudah pun dibolehkan untuk keluar oleh Taehyung tadi. Mereka mengemas tempat tidur buat sementara bagi menolong pembantu jururawat itu.

Chanyeol masuk ke dalam hospital sambil membawa sesuatu dibelakangnya. Dia mengarahkan Joy untuk keluar dengan memberi alasan Sehun ingin berjumpa dengannya.

"Hai?" Sapa Chanyeol dengan mesra.

"Oh mak kau!" Seungwan melatah kerana terkejut.

Chanyeol ketawa. Dia menerima jelingan maut daripada Seungwan.

"Nak apa?" soal Seungwan. Dia berdiri menghadap Chanyeol yang ketinggiannya sudah seperti tiang elektrik.

"Tahu kan pasal prom nanti?" tanya Chanyeol. Seungwan sekadar mengangguk. Tidak menunjukkan sebarang minat langsung.

"Tahu..Tapi malaslah nak layan. Saya ingat nak jaga Cedric nanti. Kesian dia sorang-sorang," jawab gadis itu. Senyuman Chanyeol sedikit pudar. Moodnya sedikit melayang setelah mendengar nama sahabatnya itu disebut.

Haih. Padahal kawan tengah koma dia boleh pula berdengki? Haritu kemain meraung pukul Taeyong.

"Tapi main player wajib ikut. Ini untuk eratkan lagi hubungan ketiga-tiga rumah sukan." celah Chanyeol. Seungwan mengeluh kasar. Dia kembali duduk diatas katil. Tangannya dilipat separas dada.

"Habistu siapa nak jaga Cedric? Senior?" soal Seungwan. Chanyeol menggeleng. Tak kuasa dia nak jaga Cedric. Time hidup pun dia menyampah dengan sahabatnya itu apatah lagi dah mati. Eh, koma. Astaga jahatnya kau Park Chanyeol.

"Aku tak boleh." balas Chanyeol.

"Kenapa?"

"Kalau aku tak ada, siapa nak jadi pasangan kau nanti?" Chanyeol tersengih. Seungwan menggulingkan kedua matanya kerana menyampah.

"Macam tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Tak ada pasangan pun tak pelah." jawab Seungwan.

"Ni kalau si Cedric yang ajak mesti terus terima tak fikir dua tiga kali," Ujar Chanyeol, agak sedikit kecewa.

"Haah betullah tu. Senior pun tahu yang saya ada perasaan dekat dia kan?" Seungwan sengaja menguji Chanyeol. Entah apa yang boleh dia dapat dengan mencabar Chanyeol sebegitu.

"Kau serius nak budak muka petak tu daripada lelaki terhensem macam aku? Biar betul taste kau?" soal Chanyeol.

Hinanya seorang sahabat.

"Gelinya. Macam ni hensem? Ikutkan Senior Sehun lagi berganda kacak daripada senior tahu tak? Dahlah hidung mancung, muka beku, badan tegap, bau wangi, tak melayan perempuan, bijak lagi. Fuhh. Pakej lengkap. Senior? Apa ada? Telinga besar tu je?" sindir gadis itu.

Chanyeol diam. Dia terus menunduk. Dia diam. Senyumannya tadi langsung hilang. Hadiah dibelakangnya itu dimasukkan ke dalam poket bajunya. Seungwan perasan akan perubahan lelaki itu. Dia rasa bersalah.

"Senior?" panggil Seungwan.

Chanyeol tak menjawab. Lelaki itu memandang kearah bertentangan.

"Ala merajuk ke?" soal gadis itu.

Diam. Tiada jawapan. Seungwan menggaru kepalanya kerana buntu.

"Saya tak reti pujuk orang. Janganlah merajuk. Tolong??" pinta Seungwan. Dia beralih tempat ke depan Chanyeol namun lelaki itu menolak untuk memandang wajahnya.

"Saya betul-betul tak reti pujuk orang laa.." ujar Seungwan, jujur. Dia cuba untuk mencuri perhatian Chanyeol namun gagal. Lelaki itu tetap berkeras tidak mahu menjawab panggilan Seungwan.

Akhirnya, lengannya ditarik oleh Seungwan lalu digoyangkan.

"Channie~ oppa?!" Seungwan membuat suara comel seperti chipmunk. Bibirnya dikembungkan seperti tupai. Sengaja dia berlagak comel(aegyo) agar Chanyeol memberi respon.


Chanyeol menoleh kearah juniornya itu. Namun wajahnya masih beku. Dia menjeling Seungwan. Gadis itu kecewa dan melepaskan tangan Chanyeol. Dia terus duduk diatas katil berhadapan dengan Chanyeol dan memuncungkan bibirnya.

"Nak merajuk jugaklah macam ni," ujar Seungwan. Kini, mereka sama-sama merajuk dan tidak mahu memandang satu sama lain.


"Dah habis drama?" tanya Chanyeol dengan senyum sinisnya. Seungwan tak menjawab.

"Belum!!" jawab Seungwan dengan nada tinggi. Chanyeol ketawa terkekeh-kekeh.

Kepala juniornya itu disentuh lalu diusap kasar sehingga rambut Seungwan serabai.

"Aku tak habis merajuk lagi tau? Tapi kalau nak kita berbaik balik, be my date?"

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top