Part 20 : Only speak the truth


"Cedric!!!"

Teriakan Seungwan bergema didalam stadium. Gadis itu berlari turun dari tempat penonton dan mendapatkan Cedric. Perlawanan terhenti.

Wajah Cedric disentuh. Tangannya terketar-ketar. Dia merenung pula kearah Taeyong yang sedang terbaring tak jauh dari Cedric. Bibirnya luka.

"Jerk!" Umpat Seungwan kearah Taeyong. Sangkanya, Chanyeol yang akan menjadi sasaran Taeyong. Namun lelaki itu mengubah rancangannya pada minit terakhir.

Pemain-pemain turun ke tanah. Chanyeol mendapatkan Taeyong dan terus menumbuknya dengan kuat. Bertubi-tubi.

"Kau tak guna!! Kau tahu tak apa yang kau dah buat!! Bodoh!! Anak sial!!"

Dush! Dush! Dush!

Tidak henti-henti dia memberikan tumbukan kepada Taeyong. Perasaan marahnya tidak dapat dikawal. Tangisan Seungwan mulai kedengaran. Darah tak berhenti mengalir dari kepala Cedric. Para healer pula masih dalam perjalanan.

Seulgi kaku di tempat kejadian. Orang yang selama ini membantunya kini cedera parah. Rambutnya bersinar disebalik hoodie. Begitu juga dengan matanya. Cahayanya agak kekuningan. Tak semena-mena, masa terhenti. Seulgi menjerit sekuat hati kerana marah. Amarahnya tidak dapat dikawal. Benda disekeliling kaku semuanya.

Dia menuju kearah Taeyong lalu menariknya kasar.

"Berani kau cederakan Cedric?!!" tempiknya, histeria. Dia menumbuk wajah Taeyong sekuat hati lalu jatuh terduduk.

"ARGHHHHH!!!!" teriakan mengerikannya mulai keluar. Telinga beberapa orang disitu mulai berdarah. Burung-burung jatuh ke tanah. Pengsan.

Seulgi turut sama tidak sedarkan diri setelah dipeluk oleh seseorang. Lelaki itu membisikkan sesuatu ditelinga Seulgi lantas mendukung Seulgi pergi dari tempat orang berkumpul itu dan membawanya ke suatu tempat. Masa kembali berjalan seperti biasa.

Beberapa orang jatuh terduduk sambil memegang telinga mereka kerana sakit.

Chanyeol melutut disebelah Cedric. Dia menumbuk tanah kerana kesal.

"Tepi-tepi! Bawa dia pergi hospital sekolah!" Jerit Profesor McGonagall.

...

Enam jam menunggu. Akhirnya mereka dibenarkan untuk melawat Cedric. Madam Pomfrey nampak sugul. Mereka dimaklumkan bahawa lelaki itu menerima cedera parah dibelakang kepala dan tengkorak kepalanya sedikit retak. Kaki kirinya pula patah. Madam Pomfrey sampai perlu membuatkan posyen tambahan dan mengambil lebih banyak healer daripada luar.

"Maafkan kami. Cedric perlukan masa yang lama untuk pulih dan kami tak dapat buat apa-apa tentang itu.."

"Maksudnya?"

"Dia koma. Kami tak pasti berapa lama tapi mengikut tahap kecederaannya. Kalau didunia muggle, mungkin setahun lebih?"

"Hah?! Kalau paling lama?"

"Kami pun tak pasti. Kalau setakat kaki dia yang patah, saya boleh sahaja tumbuhkan dalam semalaman. Tapi kecederaan Cedric lebih teruk dalam otaknya. Ianya mengambil masa lebih masa daripada tumbuhkan tulang."

Seungwan hampir jatuh ke lantai setelah mendengar penjelasan Madam Pomfrey. Dia dipapah oleh Chanyeol masuk ke dalam ruangan sakit itu. Cedric yang sedang terbaring lemah itu dipandang. Tangisan mulai kedengaran lagi. Chanyeol mengusap belakang badan Seungwan untuk menenangkannya.

"Semua ni salah saya.." ujar Seungwan dalam tangisannya. Chanyeol segera menindakkan kata-kata Seungwan.

"Tak. Dia yang tercedera sendiri. Kenapa kau pulak yang--"

"Semua ni rancangan Taeyong. Dia yang plan semua ni. Saya patut bagitahu senior awal-awal tadi. Maafkan saya," beritahu Seungwan. Dia menunduk ke lantai kerana rasa bersalah. Junmyeon, Baekhyun, Jungkook dan yang lain memandang satu sama lain.

"Junior kau betul. Memang ni rancangan Taeyong." sokong Baekhyun, pula.

"Macam mana kau tahu?" soal Junmyeon.

"Nanti aku cerita."

"Bukan salah kau Seungwan. Salah kitorang sebab tak jaga kawan kitorang betul-betul," celah Junmyeon. Masing-masing menyalahkan satu sama lain.

"Kalau betul dia yang rancang. Aku tahulah apa yang aku nak buat dengan dia.."

...

Seulgi tersedar dari pengsannya. Dia kini berada di hospital sekolah. Kepalanya masih pening. Pandangannya kini tertancap pada Jongin yang sedang tidur diatas sofa berdekatannya..

"Senior.. Kai-shii," panggil Seulgi. Dia cuba untuk turun dari katil dan keluar. Jongin tersedar dari tidur setelah mendengar bunyi bising yang dikeluarkan oleh Seulgi. Terus dia bangun dan memegang lengan Seulgi, membantunya untuk turun.

Dia agak terkejut saat melihat rambut Seulgi yang keseluruhannya sudah berubah menjadi blonde. Lama dia merenung gadis itu.

"Kau nak pergi mana?" soal Jongin, risau.

"Saya nak jumpa Cedric. Tolonglah jangan halang." pinta Seulgi..Tanpa membantah terus dia mengangguk. Dia memimpin Seulgi menuju katil Cedric yang berada tak jauh darinya.

Lemah kaki Seulgi saat melihat lelaki yang dianggap sebagai abangnya sendiri sedang tidur dengan nyenyak.


Tersedu-sedan dia menangis disebelah Cedric. Langsung tidak dihiraukan Jongin yang sedang memerhatinya.

"Bangunlah. Jangan buat aku macam ni. Siapa nak jaga aku lepas ni?! Kuasa ni. Aku tak mampu kawal seorang diri.." rayu Seulgi.

Rambutnya sekali lagi bercahaya.

"Seul.." panggil Jongin. Gadis itu tidak menjawab. Dia masih lagi melayan perasaannya.

"Seul, boleh terus terang tak pasal kuasa kau tu?"

"Hah?"

"Aku tahu semuanya pasal kau..Aku cuma nak kau jujur dengan aku sekarang. Aku janji akan lindungi kau.."

...

Taeyong mundar-mandir didalam dormnya. Dia mungkin bakal dikeluarkan dari Beauxbatons sekiranya rancangannya diketahui oleh pengetua. Mereka yang lain turut sama risau. Dia tak bermaksud pun untuk membunuh, cuma nak cederakan sedikit sahaja.

"Tak ada siapa yang tahu kan? Korang pasti?" soal Taeyong.

Mark mengangkat tangannya. Dia menggeleng.

"Aku pasti ada orang tahu. Kalau tak macam mana masa tiba-tiba boleh berhenti tadi. Mesti ada!" tegas Mark. Macam mana dia tahu? Kerana tiada siapa tahu yang dia mempunyai kuasa yang tidak pernah alam manusia pernah tahu yang ianya wujud. Mark tidak akan pernah 'freeze' secara tiba-tiba sekiranya masa dihentikan disebabkan oleh kuasanya.

Dia yakin orang yang menghentikan masa itu adalah orang yang tahu tentang rancangan mereka tapi dia tidak pasti siapa. Untuk pengetahuan, Mark tidak akan kaku cuma penglihatannya akan menjadi lemah.

"Kau boleh cam tak siapa?" tanya Eunwoo. Mark menggeleng.

"Dia nampak macam lelaki. Tapi masa tu ada dua orang. Aku tak boleh nampak. Kabur giler masa tu. Selalunya tak macam tu." jawab Mark. Taeyong berdecit, marah.

Pengetua Beauxbatons mungkin akan sampai tidak lama lagi untuk menyoal siasat mereka.

"Kita kena tinggal dekat sini lebih lama. Aku kena perhatikan perempuan tu." perintah Taeyong. Perempuan yang dimaksudkannya adalah Seungwan. Dia perasan gadis itu sering memandangnya sejak berada di stadium.

Tak mungkin perempuan itu pandang kerana tertarik dengannya. Pasti ada sesuatu yang buatkan dia memerhatinya.

"Perempuan tu kekasih Chanyeol kan?" tanya Taeyong.

"Siapa?" soal Daniel.

"Yang dengan Cedric tadi," jawabnya.

"Ye ke? Macam mana kau tahu?" tanya Daniel lagi. Taeyong menahan sabar.

"Aku tanya kau bodoh!" jeritnya. Bantal berisi bulu angsa itu dilempar kearah Daniel.

"Bukan Sehun kata hak dia ke?" celah Eunwoo.

"Tapi perempuan tu bersungguh-sungguh cari Chanyeol haritu dekat padang. Terjerit sampai peluk bagai." ujar Mark.

"Dahtu asal dia yang risau bila Cedric yang kena perangkap kita? Dia tu girlfriend siapa sebenarnya?" Jinyoung yang sedari tadi diam mulai bersuara. Mereka berfikir dengan keras.

"Kalau dia bukan girlfriend Chanyeol, Sehun dengan Cedric, takkanlah Jongdae?" sahut Eunwoo.

"Siapa?" soal Daniel.

"Eish jantan muka kucing ni. Yang duduk belakang dia dekat tempat penonton lah! Kau tak nampak ke mamat tu bersungguh baca mantera buat lingkaran pelindung dekat perempuan tu.." Balas Eunwoo.

"He did?" soal Taeyong. Eunwoo mengangguk.

"Baekhyun tu pun nampak pelik semacam. Tiba-tiba pandang kau semacam. Entah-entah perempuan tu communicate guna telepati dengan si Baekhyun entah?" ujar Jinyoung. Membuat spekulasi sendiri.

"Tapi bukan perempuan tu yang hentikan masa. Sebab dia ada je dengan Cedric sambil nangis-nangis macam mak mati anak," Mark membantah.

"Aku rasa kita siasat semua orang yang dekat perempuan tu. Mula dengan member dia.."

"Jangan bagi dia hidup aman selagi kita tak tahu siapa yang mungkin tahu pasal rancangan kita!"

Saat itu, mereka terdengar bunyi derapan kaki datang. Taeyong terus naik keatas katil dan berpura-pura masih kesakitan. Sebenarnya memang sakit, cuma dia buatkan dirinya nampak lebih teruk.

Madam Maxime dan Profesor McGonagall masuk. Mereka memandang pelajar Beauxbatons itu dengan wajah garang. Mereka mengarahkan Daniel, Eunwoo, Jinyoung dan Mark untuk keluar.

"Lee Taeyong! Saya kecewa!" Marah Madam Maxime.

"Madam. Penyapu saya hilang kawalan. Saya tak tahu apa terjadi." Tipu Taeyong. Maxime memandang McGonagall.

Lantas, orang yang baru tiba, Profesor Siren masuk sambil membawa teh. Taeyong tahu, pasti didalamnya ada veritaserum. Posyen supaya orang bercakap benar.

"Minum teh ni dulu." Ujar Profesor Siren. Taeyong mengangguk faham. Siren cuba menyuapnya namun Taeyong menggeleng tidak mahu. Dia mahu meminumnya sendiri.

Taeyong mendekatkan muncung cawan ke bibirnya. Dia mendekatkan lengannya antara satu sama lain dan mencurahnya ke dalam lengan bajunya. Berpura-pura seperti sedang meminumnya. Sebaik sahaja habis, Taeyong tersenyum manis.

"Jadi, Taeyong. Apa yang kamu rasa sekarang ni?" Soal Siren.

"Sakit?" Jawab Taeyong. Siren merenung McGonagall.

"Apa yang berlaku sewaktu perlawanan Quidditch tadi?" Soal Siren lagi.

"Saya pun tak pasti. Penyapu saya hilang kawalan dan apa yang saya tahu, saya terjatuh." Jawabnya, cuba kelihatan polos. Ketiga-tiga orang dewasa itu kalah.

Mereka mengangguk antara satu sama lain.

"Baiklah. Kamu boleh berlatih Taeyong. Oh ya, penyapu kamu. Maafkan saya kerana ianya dah pun patah." Ujar McGonagall. Taeyong mengangguk kecil.

Sebaik sahaja mereka keluar, Taeyong tersenyum sinis. Rancangannya berjaya.

Bersambung


Four Season masyaallah!!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top