Part 2 : Cedric Diggory | OSH
Warning : Cerita ni CRINGE! Aku suka benda cringe sejak akil baligh ni 😂 Hahahaha pfft.. Lepastu watak utama dia termasuk Cedric Diggory a.k.a Edward Cullen ya. Jadi jangan marah na kalau banyak moment dia kat sini 🌚 Aku suka Edward Cullen👰💁 Kalau rasa geli, tekan butang vote dan komen ya🤓🙆
Seungwan melangkah masuk ke kelas magik yang bakal berlangsung dalam beberapa minit lagi. Taeyeon sudah memberi panduan kepadanya tentang segalanya pagi tadi. Jadi, apa yang perlu dia buat sekarang hanyalah duduk dan belajar. Kedudukan meja kelas itu dalam bulatan. Bermakna guru akan berada di tengah-tengah.
Sekarang adalah kelas mantera yang akan dikendalikan oleh Profesor Filius Flitwick. Seungwan membaca buku teks yang berada di hadapannya sambil memegang tongkat saktinya. Dia mengangguk-angguk sedikit saat membacanya. Dia buat-buat faham je apa yang tertulis dalam tu. Nak kata bengap tak jugak budak ni cuma slow je. Ku seloww seloww
"Woah! Son Seungwan kan? Keturunan Harry Potter." Sapa seorang gadis bermata sepet. Seungwan mengebilkan matanya tanda tidak faham.
"Harry siapa Potter?" soalnya. Gadis itu tersenyum sehingga menampaknya eye-smile. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
"Kang Seulgi. Huflepuff. Kita sama-sama half-blood." Ujar Seulgi dengan riangnya. Seungwan menyambut huluran tangan Seulgi. Tapi dalam hatinya dia menyumpah kerana gadis dihadapannya ini tidak menjawab soalannya. Orang tanya lain, dia jawab lain. Tapi dia pun sama je. Dua-dua bengap.
Untuk kelas sekarang, mereka bergabung dengan pelajar yang lebih muda memandangkan ini hari pertama mereka disini.
Baru nak bersuara lagi, Profesor Flitwick masuk ke dalam kelas dan waktu pembelajaran bermula. Seulgi agak kecewa kerana tidak dapat berbual bersama Seungwan. Mereka fokus pada mata pelajaran yang berlangsung sekarang.
"Aguamenti!"
Irene, gadis Slytherin berjaya melakukan sihir memancutkan air dari tongkat saktinya dan terkena kearah seorang lelaki nerd dihadapannya. Dia tersenyum sinis dan jahat. Persis perangai mereka yang berketurunan Slytherin yang lain. Langsung tidak ada rasa bersalah.
"Bagus Cik Bae. Seperti yang dijangkakan oleh Slytherin." ujar Profesor Flitwick namun dalam nada seperti menyindir. Kemudian pelajar lain turut sama mencuba melakukan sihir yang sama. Ada yang berjaya, ada yang tidak.
Seungwan melihat Seulgi yang berjaya mengeluarkan air dari tongkat saktinya. Gadis itu kelihatan keriangan. Dia menggenggam tongkat sakti miliknya dan cuba melakukan hal yang sama.
"Aquamenci?"
Belum sempat dia menggoyangkan tongkat saktinya, tangannya digenggam oleh seorang perempuan. Seungwan menoleh ke sebelahnya. Pandangan perempuan itu menyeramkan. Dia nampak garang namun menawan.
"Be careful. It's Aguamenti bukan Aquamenci. Tak pasal-pasal meletup nanti." ujarnya. Dia melepaskan genggaman tangan Seungwan dan menunjukkan cara-cara yang betul. Seungwan mengherotkan bibirnya..
"Aguamenti!" Ucap Seungwan yakin dan dia berjaya. Satu senyuman yang mekar terukir. Seungwan cuba untuk menunjukkan hasilnya kepada gadis itu namun si gadis cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia nampak gugup. Lesbi ke?
"Seungwan. Daebak!" Ucap Seulgi. Seungwan mengangguk. Dia kemudiannya berborak dengan Seulgi kerana hanya gadis itu sahaja yang melayannya.
...
"Oh my god kelas terbang! Tak sabarnya!" Seorang gadis yang ketinggian agak sederhana berteriak. Kalau tidak silap, namanya Park Sooyoung atau Joy. Gadis Ravenclaw. Dan dia merupakan pure blood. Katanya dia baru berpindah dari Ilvermony. Sebuah sekolah magik di America.
Seulgi pula dari Beauxbatons. Sebuah sekolah magik di Perancis. Sempatlah mereka berbual sebentar tadi.
Kelas seterusnya membuatkan Seungwan bimbang. Dia tidak pernah menaiki penyapu ajaib. Macam mana kalau dia kemalangan nanti? Huhu.
"Jangan risaulah. Senang je naik tu," Gadis bernama Joy itu menepuk bahu Seungwan dengan begitu yakin. Dia berjalan dihadapan sendirian sambil menuju ke padang besar. Seungwan dapat agak yang dia mendapat keyakinan sebegitu kerana dia merupakan pure blood. Bukan sepertinya yang separuh muggle.
Sampai sahaja di padang, mereka mengambil tempat masing-masing dan berada di dalam dua barisan. Di bahagian kiri Seungwan adalah Joy dan kanannya adalah Seulgi. Setelah tibanya Madam Rolanda Hooch, mereka mendengar sepatah dua katanya dulu.
"Untuk gunakan penyapu ni. Sebut kata magik Up dengan sepenuh hati." arah Madam Hooch. Para pelajar mulai bising.
"Up up up up up up---"
Madam Hooch memandang sahaja. Ada yang berjaya memegang penyapu itu dan ada yang tidak.
"Sebut dengan sepenuh hati," arah Madam Hooch lagi. Seungwan mengambil nafas sedalam-dalamnya dan mencuba.
"Up!"
Pap! Penyapu ajaib itu naik dan berjaya berada di tangan Seungwan. Gadis itu tersenyum lagi. Senyuman ketiganya sejak kejadian memilukan dahulu.
"Aww!" Penyapu Joy terhantuk pada kepalanya sendiri. Seungwan dan Seulgi ketawa. Walhal tadi, Joy yang beria-ria mengatakan kelas ini senang sahaja.
"Baik, lepas dah berjaya pegang. Sekarang kamu semua naik keatasnya. Untuk terbang, tolak satu kaki kamu dan kawal kenderaan kamu dengan sebaik-baiknya," ujar Madam Hooch lagi. Selepas wisel dibunyikan, para pelajar mula menunggang penyapu ajaib itu.
Gerakan Seulgi dan Joy nampak teratur walaupun agak kekok. Seungwan memandang pelajar lain, ada yang terjatuh, tergolek-golek dan melanggar dinding. Seram. Dia menghentakkan kakinya dan penyapu mula terbang. Akan tetapi, penyapu itu seolah-olah hilang kawalan dan terbang mengelilingi bangunan. Semuanya terkawal sebelum seseorang merempuhnya dengan kuat.
Seungwan jatuh dari tunggangannya namun berjaya disambut oleh seseorang. Lelaki itu memaut pinggangnya dengan sebelah tangan sahaja dan menariknya agar duduk dihadapannya. Seungwan masih terkejut. Lelaki itu memberikan pandangan yang tajam.
(hero mak dah sampai😍😜)
"Menyusahkan.." Gumam lelaki itu dalam keadaan marah.
Tak lama, penyapu itu bergerak laju kearah suatu tempat. Seungwan memeluk erat leher lelaki itu bagi mengelakkan dia terjatuh.
PUNG!
Lelaki itu menumbuk bola yang menuju kearahnya.
"GOL!" Bunyi sorakan beberapa lagi lelaki yang tidak dikenali. Seungwan membuka matanya dan terkejut saat melihat dia dikelilingi oleh dua belas lelaki lain.
"Times up! Hufflepuff menang!" ujar seorang lelaki menunjuk kearah lelaki misteri yang sedang mengendongnya. Lelaki itu memandu penyapu itu kembali ke padang besar tadi. Dia menurunkan Seungwan semula dengan berhati-hati.
"Maaf. Kitorang akan lebih hati-hati lagi waktu bermain Quidditch." Ujar lelaki itu tanpa memandang Seungwan. Dia segera beredar sambil mengheret penyapu ajaibnya. Nampak sungguh macho! Tapi cara dia berjalan nampak seperti dia sedang mengamuk. Dasar muka beku.
"Omo! Seungwan-ah. Hari pertama sekolah dah tangkap ikan besar!" Teriak Joy kearah Seungwan. Nasib baik Madam Hooch tak nampak apa yang terjadi, jadi Seungwan selamat daripada dimarahi kerana hilang sewaktu kelas berjalan.
"Ikan besar? Dia keturunan ikan?" Soal Seungwan. Dalam hatinya, dia berjaya mengagak kenapa lelaki itu tidak banyak bicara. Ikan mana bercakap. Kan?
"Oh my god budak ni. Hey! Itu senior kita, Cedric Diggory! Dia geng dengan EXO, lagi satu senior paling hot di Hogwarts. Mereka semua pemain Quidditch untuk rumah masing-masing. Senior Cedric tu ketua pasukan untuk Hufflepuff. Dia tak pernah bercakap atau bergaul dengan mana-mana perempuan selain EXO tau? You're the first one!" Joy menampar belakang Seungwan dengan kuat sehingga membuatkan gadis itu hampir terjatuh. Seulgi menolong Seungwan untuk berdiri dengan stabil.
"Kau ni semua gosip kau tahu. Yakin ke baru masuk semalam?" soal Seulgi. Terkejut terheran-heran dia.
"Aku ada orang dalam okey?" balas Joy sambil memflip rambutnya. Seulgi membalas dengan wajah poker. Macam ni '😑'.
"Dasar budak kabel "
"Pandailah kau aku masuk sini sebab layak okey?!"
"Hish dah lah. Jom masuk. Kelas tangguh untuk sejam. Lepas ni kena datang balik. Kita balik dorm masing-masing dulu." ajak Seulgi untuk menggelakkan Seungwan daripada menjadi mangsa tamparan Joy, LAGI.
Joy dan Seungwan, keduanya mengangguk setuju.
Sewaktu melepasi pintu gerbang, mereka bertiga ternampak Irene dan Yeri dari rumah Slytherin sedang berbual dengan seorang lelaki yang berwajah bengis. Mereka nampak seperti mengadu akan sesuatu. Wajah mereka serius..Atau memang keturunan wajah ketat? Another budak muka beku detected!
"Pergh itu senior Oh Sehun! Dia seeker dalam Quiddtich. Pemain untuk rumah Slytherin! Omg! Untunglah Irene, Yeri dapat bercakap dengan dia." ujar Joy perlahan. Dia nampak cemburu. Seulgi nampak tidak berminat manakala Seungwan hanya memandang kosong sahaja. Dia tersentak lagi saat matanya bertembung dengan mata lelaki itu. Bukan selalu sial lelaki nak pandang dia. Sejak masuk Hogwarts semalam, ramai pula yang berminat. 😚😚 Rasa nak buka DM kalau nak jadi pacar. Dasar Seungwan nerd tapi dalam hati gedik.
Tak dinafikan senior itu kacak. Tapi dia lebih berminat dengan senior dari Hufflepuff, Cedric Diggory. Senior yang satu ini nampak beku tapi panas. Err, warm tu panas lah kan?
"That's her. Harry Potter descent. Tapi aku tak percaya. She looks..weak." Ujar Irene kepada Sehun. Dia merenung Seungwan yang sedang meninggalkan bangunan dan menuju ke dorm Gryffindor.
Sehun tersenyum dalam diam. Dia memegang bahu Irene dan memandangnya. Irene merenungnya sambil memuncungkan bibirnya.
"Being weak, is indeed in Potter's blood." Ujarnya lalu mencuit hidung Irene. Dia kemudian beredar meninggalkan kedua gadis itu.
"Sehun betul. Gryffindor memang tak boleh tandingi Slytherin." Tambah Yeri. Irene mengangguk. Dia memandang Sehun yang semakin lama semakin hilang dari pandangan. Bibirnya menguntum senyuman manis..
"Tak payah sengih-sengih gatal macam tu. Sehun tu abang saudara kau lah minah. Eww sweet home alabama shit."
Pap! Belakang Yeri dipukul oleh Irene.
"Aku tua dari kau hormat sini!"
Bersambung
semakin lama semakin cringe. aku dah buat cerita ni jadi sirius tapi takut korang geli jadi aku buat lawak hambar syikit..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top