Part 17 : A Bet
Pra-ujian O.W.L. Ujian dilakukan sebelum kejohanan Quidditch antara sekolah berlangsung. Ianya diadakan untuk menguji samaada pelajar mengambil serius atau tidak apa yang telah mereka belajar selama lima bulan lebih ini.
Keputusan ujian telah pun dikeluarkan sekarang. Para pelajar berebut melihat nama mereka pada papan kenyataan. Mereka tidak menghantar surat melalui burung hantu kerana membazir masa. Lagipula, cuma keputusan ujian Care of Magical Creatures, Herbology dan Divination sahaja yang dikeluarkan.
Irene dan Yeri hanya mampu memandang dari jauh kerana mereka tidak dapat menyelesaikan ujian tersebut. Terpaksalah mereka mengambil ujian tambahan nanti. McGonagall telah pun menguruskan masa ujian kepada mereka nanti. Dan dia turut sama memarahi Hagrid kerana tidak berhati-hati dengan Beacky.
"Weh aku lulus!!" jerit Seulgi keriangan. Dia berpelukan dengan Joy yang turut sama lulus. Joy terharu. Tempoh hari, sewaktu dia berjaya menunggang hippogriff bernama Beacky itu, dia rasa seperti ingin menjerit nama Sehun sahaja. Ingin memberitahu bahawa dia telah berjaya.
"Wei Seungwan kau pun lu--"
"Shuu! Jangan spoilkan aku. Biar aku tengok dari nombor 100 sampai atas." pinta Seungwan. Seulgi dan Joy menunggu gadis itu mencari namanya dengan sabar. Walhal, sudah tertera namanya di peringkat paling atas iaitu nombor satu.
"Dah jumpa ke?--"
"Shuuu!!! Nantilah aku-Wehh aku lulus jugak!!!" Teriak Seungwan keriangan. Seulgi dan Joy merenung satu sama lain.
'Nak kena jerit sekali lagi ke?' Seulgi menyoal Joy menggunakan telepati.
'Jerit jelah,' jawab Joy dan kini mereka berpelukan sekali lagi.
"Tak sangka. Tak sia-sia aku jumpa hippogriff tu malam sebelum ujian- Erk.." Joy hampir membocorkan rahsianya kepada semua orang disitu namun cepat-cepat dia menunduk. Biar orang mencari dari mana datangnya suaranya tadi.
"Kau cakap apa tadi Joy?" tanya Seulgi. Joy menggeleng.
"Tak ada apa.." jawabnya.
"Kita pergi makan nak?" Seulgi segera menukar topik. Dari tadi lagi dia asyik lapar. Nasib baiklah makanan dekat sini percuma walaupun bertaraf lima bintang. "Nakk!!" jerit Joy dan terus berlari ke dewan. Dia nak cover penipuannya sebenarnya.
Sementara itu, Seulgi dan Seungwan tergelak. Mereka dengar apa yang Joy cakapkan cuma tak berapa faham sahaja.
"Seul, terima kasih sebab tak jauhkan diri dari aku." kata Seungwan lalu memegang erat tangan sahabatnya itu. Seulgi mengangguk.
"Maaflah buat kau risau. Aku haritu takut kau marah sebab dye rambut je. Itu yang aku elak dari kau," Tipu Seulgi. Seungwan tersengih sahaja meskipun dia sudah tahu akan kebenarannya.
'Kalau bukan sebab Cedric pujuk, aku memang nak jauhkan diri dari korang. Aku takut.. Aku harap korang sudi berkawan dengan aku lepas dah tahu segala-galanya,'
"Seul. Kau pergi dulu lah. Bagitahu Joy aku ada urgent. Ada something aku nak selesaikan," pinta Seungwan.
"Okay. Take care," kata Seulgi. Mereka melambai-lambai kearah satu sama lain dan beredar menggunakan jalan yang bertentangan. Seungwan kembali ke papan kenyataan dan mencabut keputusan ujian, menyebabkan pelajar lain mengadu dan menjerit memintanya semula. Sayangnya, dekat sini tak ada printer. Sedih!
Padang Quidditch ialah tempat yang dia tuju. Ada seseorang yang nak dia jumpa sekarang. Boleh teka siapa kan? Ehek!
Figura lelaki itu sudah kelihatan dari jauh. Tanpa berlengah, Seungwan terus berlari kearahnya dengan pantas. Riang seperti reriang eh kanak-kanak maksudnya.
"Senior Chanyeoll!!" jerit Seungwan lalu melanggar badan Chanyeol. Mereka tak jatuh cuma berpelukan je. Chanyeol nampak terkejut dengan kehadiran juniornya itu.
"Cuba teka saya bawak apa? Slip ujian! Saya lulus!!" Jerit Seungwan yang terlalu gembira. Maknanya Chanyeol kena ikut cakap dia lah kan?
Seungwan berhenti dari melompat-lompat sehingga arnab comel saat melihat wajah Chanyeol yang masih ketat.
"Kenapa?" soalnya, bingung. Terus dia menoleh ke belakang. Matanya membesar saat melihat sekelompok lelaki yang sedang melongo merenung kearahnya. Kalau mereka ada dekat situ, maknanya mereka nampaklah perbuatan dia tadi? Astaga malunya! Mereka lengkap memakai pakaian Quidditch bersama penyapu ajaib ditangan.
"Er..Maaf.." ujar Seungwan dan terus menyorok dibelakang Chanyeol. Entah buang tabiat ke apa sampai dia berlagak comel macam tu?
Taeyong tampil ke hadapan dan menghalakan jarinya kearah Seungwan.
"Dia.." kata Taeyong dengan suara yang keras. Kening Chanyeol bertaut. Dahinya berkerut.
"Jangan nak libatkan dia dalam hal ni!" marah Chanyeol.
"Why not? Dia perempuan Sehun kan? Bukan hak kau."
"Siapa cakap?! Aku tak kisah kau nak mintak aku pertaruhkan nyawa aku sekalipun, tapi jangan sesekali nak libatkan perempuan aku!" gertak Chanyeol. Taeyong mulai bingung.
"Pft. Jadi dia ni suka bertukar-tukar sugar daddy ke apa? Sekejap milik Sehun sekejap milik Park Chanyeol. Adik nak try abang tak? Free of charge je," usik Taeyong walaupun dia tahu jenakanya itu kurang ajar. Chanyeol hampir sahaja menumbuk lawannya itu namun dihalang oleh Kris.
"Jangan Yeol. Nak lawan dalam gelanggang je. Kita masih ada rules!" Nasihat Kris. Chanyeol mengalah.
"Bodoh boleh, tapi jangan biadap. Sekali lagi kau rendahkan martabat seorang perempuan macam ni, muka kau pecah!"
Chanyeol menarik tarik Seungwan untuk pergi dari sana. Taeyong pula ketawa sinis.
"Bye adik. Nak abang nanti singgah dorm lah. Pintu dorm terbuka untuk adik 24 jam. Abang menanti di kamar ya." usik Taeyong lagi. Chanyeol memekakkan telinganya. Menahan dirinya daripada berpatah balik untuk memukul lelaki biadap itu.
Taeyong memandang kearah Sehun pula.
"Ingatkan perempuan je acah jual mahal. Kau pun sama ya Hun?"
"Senyaplah muka anime.."
...
"Lain kali jangan buat macam tu!" marah Chanyeol. Kertas ujian milik Seungwan diambilnya lalu dibaca. Seungwan menunduk meminta maaf.
"Maaf. Tapi senior tetap kena tunaikan janji!" ujar Seungwan. Chanyeol menggeleng. Kertas ujian itu digulung lalu dimasukkan ke dalam poketnya.
"Bukan ujian yang ni. Kita janji haritu untuk ujian akhir tahun ni sayangku. Your real O.W.L." jawab Chanyeol. Seungwan mencebik.
"Tak ada cakap pun?"
"Kan dah cakap tadi,"
"Bila--- laa mana aci!!"
"Aci dah balik India. Dah takde kelas ke apa ni?" Chanyeol mengubah topik.
"Ada. Tapi malas masuk," jawab Seungwan. Dia terus bersandar pada dinding seolah-olah sedang merajuk. Chanyeol ketawa dalam hati.
"Yelah-yelah. Tapi jangan claim dalam masa terdekat ni tau? Aku kena fokus pada game." Chanyeol mengalah. Kesian pula dia tengok juniornya itu. Seungwan mengangguk bak anjing comel milik Chanyeol dulu yang bernama Toben. Dia dah mati dibuat sup -- ehh.
"Hoi Yeol! Udah-udah ler mengorat anak dara orang! Ced dah marah gila tu kau tak ada kat padang! Tahu-tahu jelah dia tu kalau dah dapat kuasa, ha mulalah berlagak macam dia sorang je ada tanggungjawab. Aku anti betul dengan budak ni. Suka sangat mengarah aku. Kau tak habis lagi ke berborak? Naik bernanah telinga aku dengar si Ced membebel. Tambah-tambah lagi budak-budak Taeyong tu ada. Pergh! Menyirap darah aku!"
Seungwan merenung kosong kearah lelaki dihujung lorong sana. Itulah lelaki yang menengkingnya sewaktu dia pertama kali menjejakkan kaki ke Hogwarts. Mungkin lelaki itu tidak berapa cam wajahnya kerana dia sudah tidak menggunakan kaca mata lagi. Lens senang boleh bawak bincang. Cuma kena hati-hati masa nak tidur. Tak pasal-pasal hilang ke belakang mata.
"Kejap! Dia ni harap muka je hensem tapi tahap membawang tu setinggi eiffel tower dekat dunia manusia.." bebel Chanyeol, perlahan. Dia meninggalkan Seungwan disana tanpa mengucapkan selamat tinggal.
"Tunggu apa lagi?! Kang naik hantu budak muka petak(Cedric) tu. Sibuk bercakap dengan dinding pulak kau!" tengking Chanyeol kepada Kris. Terkejut bukan main lagi lelaki tinggi itu. Dia segera meminta maaf kepada dinding dan berlari mengejar Chanyeol.
"Hai, Seungwan kan?" tegur Mark kepada Seungwan yang sedang menggeleng kecil melihat gelagat KrisYeol.
Seungwan mengangguk.
"Ini. Dari seseorang istimewa. Jumpa lagi.."
Bersambung
hii. kebetulan pulak result diorang keluar hari sama dgn spm HAHAHAHAHA 😂😂😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top