Part 15 : Hippogriff
"Kau asal?"
soal Baekhyun sebaik sahaja melihat Chanyeol yang baru sahaja masuk ke dalam dorm Slytherin dengan wajah yang bengkak.
"Kena tumbuk.." jawab Chanyeol, selamba. Dia terus berbaring diatas sofa bersebelahan dengan Baekhyun sambil membuka uniformnya. Baju panasnya juga turut sama dibuka. Jangan risau, dia pakai sehelai lagi baju t-shirt biasa.
"Tuan Leonis eh?" soal Baekhyun, simpati.
"Bukan.."
"Habistu?"
"Junior Gryffindor. Seungwan–"
"Heol! Chanyeol kena pukul dengan perempuan--"
Mulut Baekhyun ditekup kuat oleh Chanyeol. Malulah dia kalau orang lain dapat tahu yang dia ditumbuk oleh seorang perempuan. Jatuh maruah dia sebagai lelaki paling kacak dekat Hogwarts ni.
"Senyap bodoh. Kita-kita jelah," marah Chanyeol. Baekhyun memberi tanda okay kepada Chanyeol tanda dia bersetuju untuk merahsiakan perkara itu.
"Tapi asal kau kena tumbuk? Kau nak rogol dia ke apa tadi?" soalan cepumas diberikan. Chanyeol tersedak oksigen.
"Bukanlah hanat! Aku letak tangan dia dekat perut aku tadi. Dia ingat aku miang--"
"Perghh! Cubaan Chanyeol untuk diraba oleh perempuan dengan sengaja ke ni?!" Jerit Baekhyun dan lantaran itu dia menerima satu pukulan di kepalanya.
"Aku kata senyap lah Byun Baekhyun!" marah Chanyeol. Baekhyun segera meminta maaf berulang-kali.
"Tapi asal kau buat macam tu?" soal Baekhyun lagi. Setahu dia, Chanyeol bukanlah seorang yang desperate untuk diraba. Yang ada, perempuan yang nak raba dia. Dan lagi, mana sahabatnya ini pernah berminat dengan perempuan. Yang pasti, dia bukan kelainan spesies a.k.a gay..
"Dia yang cabar aku. Ada ke patut dia kata aku ni tak hot? Selama ni perempuan keliling nak attention aku tahu tak?" Chanyeol mulai mengadu. Beberapa kali dia menarik-narik rambutnya. Dengan bibir yang dimuncungkan lagi. Baekhyun tersenyum.
"Kau dah jatuh cinta ke?" soal Baekhyun, secara mengejut.
Chanyeol berhenti dari bercakap dan merenung Baekhyun. Matanya bergetar dan ianya tidak mampu untuk membalas renungan Baekhyun.
"Hm. Betullah ni. Kau tak dapat tengok anak mata aku maknanya kau dah jatuh cintaa.." usik Baekhyun.
"Ma-mana ada! Khurafat semua ni!" bantah Chanyeol. Baekhyun tersenyum lagi cuma dalam riak mengejek.
"Jangan malu brother. Aku pun macam tu jugak kalau dengan Taeyeon. Nampak macam aku ni hamba dia tapi kau salah. Aku bukan hamba Taeyeon tapi aku hamba cinta Kim Taeyeon. Muahahaha.." sambung Baekhyun. Lelaki itu tiba-tiba membayangkan wajah Taeyeon pada kusyen disebelahnya.
"Apakah..Aku tak tipulah. Mana ada. Aku dekat dengan dia pun sebab misi hujung tahun ni je..Kita kena kalahkan seluruh sekolah kan?" dalih Chanyeol. Baekhyun berdecit. Paha Chanyeol ditendang olehnya namun tidaklah terlalu kuat.
"As much as I concern about the so called new awards called Potter's whatsoever, aku rasa kau lagi berminat dengan dia. Dan sebelum ni kau tak pernah kisah pun pasal House Cup. Tiba-tiba berminat dengan award baru tu kenapa?" Sindir Baekhyun. Chanyeol menggulikan matanya.
"Kan aku dah cakap. Misi!" Balasnya. Baekhyun tersenyum sinis. "Macam aku tak tahu kau dah kena buang. Tapi apa-apa jelah."
"Suka hati kaulah tak nak mengaku. Dah tangkap leleh nanti jangan nak berdrama bermanis-manis dekat depan aku," ujar Baekhyun.
Sedang mereka berbual, Suga masuk ke dorm sambil membawa penyapu ajaibnya. Dia nak mengilapnya malam ini. Chanyeol segera memanggilnya dengan lantang.
"Hoi Min Yoongi! Kau tahu tak kau dah buat apa dekat aku tadi?" jerit Chanyeol, kasar. Suga menggulingkan anak matanya tanda menyampah tanda tidak berminat.
"Serius lah woi! Kau hampir buat aku cedera! Kita ada game dan aku ni seeker--"
"Kau ada nampak muka aku peduli ke? Cuba kau ingat siapa yang ada tugas lagi penting dekat sini.. Aku!" Suga berbalas renungan dengan Chanyeol.
"Aku kesah apa kau cedera atau tidak? Yang penting misi aku on-going. Aku dah diamanahkan untuk hapuskan budak perempuan tu dan aku cuma jalankan tugas aku. Salahkan diri kau sebab ada dengan dia waktu tu! Or kau tengah berpaling tadah sekarang ni?" ujar Suga seolah mengejek. Dia tersenyum sinis memandang Chanyeol yang sedang menahan amarahnya.
"Oh lupa. Kau bukan anak emas Leo lagi. Buat kerja tak boleh diharap. Keep on protecting your girl, good luck! Kita tengok sejauh mana kau boleh lindungi dia," sambung lelaki bermata sepet itu. Dia baru sahaja ingin pergi namun Chanyeol menghalangnya. Bahu lelaki itu ditarik lantas pipinya ditumbuk.
"Dengar sini! Aku masih ketua dekat sini jadi jaga mulut kau! Aku tak pernah berpaling tadah dan tak pernah lindungi perempuan tak guna tu! Apa yang aku buat selama ni, kau jangan sesuka hati nak buat kesimpulan sendiri! Aku dekat dengan dia bersebab!" jerit Chanyeol.
Wajahnya diraup kasar.
"Kau ingat ni Min Yoongi. Walau aku diharamkan dari jalankan tugas untuk hapuskan dia pun. Aku tak peduli. Aku tetap dengan cara halus aku walaupun ia ambil masa yang lama! Kau cara kau, aku cara aku!"
"Jangan nak berlagak lah!" tengking Suga lalu menolak badan Chanyeol sehingga mereka terjatuh keatas meja kecil di tengah-tengah ruang tamu. Berlaku pergelutan antara dua lelaki itu. Habis barang-barang rosak dibuatnya.
Dari dorm perempuan, Irene datang dengan baju tidurnya. Dia membaling bantal-bantal kecil yang berada diatas sofa untuk memisahkan Suga dan Chanyeol.
"Korang ni tak reti nak tidur ke?!" marah Irene. Kemarahannya telah menyebabkan beberapa unggun api di dalam dorm mereka menyala serentak. Rambutnya mengerbang tapi bukan macam pontianak.
Suga dan Chanyeol senyap manakala Baekhyun sudah berpura-pura tidur.
"Aku tak kisah pasal apa yang korang gaduhkan tapi tolonglah sambung esok! Aku ada ujian esok dan kalau aku tak dapat markah penuh, korang sedialah hadap muka dan bebelan aku selama 48 jam!!" marah Irene. Dia menghentak kakinya lalu masuk semula ke dalam dormnya. Pelajar lain yang sebenarnya mencuri-curi dengar perbualan mereka segera masuk ke bilik masing-masing agar tidak tertangkap.
Suga dan Chanyeol bermasam muka. Mereka juga turut masuk ke bilik dalam keadaan sakit.
"Jangan ingat kau boleh lepas.."
...
"Aik? Tumben..Mana seluar besar tu? Kenapa tak pakai harini?" soal Taeyeon yang baru sahaja selesai mandi kepada Seungwan. Pelik dia tengok Seungwan memakai baju tidur ala-ala orang inggeris zaman dulu. Ala, macam baju tidur princess.
"Oh..Itu..Basuh.." jawab Seungwan.
"Taklah dia bagi Chanyeol tadi.." celah Hyoyeon yang datang entah dari mana. Wajah Seungwan segera berona merah. Taeyeon pula agak terkejut.
"Jinjja? Hey! Dah kenapa bagi dia?" soal Taeyeon. Dia segera duduk diatas katil Seungwan begitu juga dengan Hyoyeon. Dah serupa makcik bawang pula. Yang lebih parah, Hyoyeon siap berbaring lagi disebelah Seungwan. Hm, nasib senior. Sabar jelah.
"Selalu orang bagi-bagi barang ni, tanda suka lah tu.." celah Hyoyeon, sekali lagi. Dia berhigh-five dengan Taeyeon lalu ketawa seperti makcik-makcik.
"Mana ada! Tadi saya tak sengaja muntah atas dia.."
"Oh! My! God! Ulang sekali lagi? Muntah?!" Soal Sunny dari luar bilik. Dia segera masuk ke dalam bilik Seungwan dan turut melompat keatas katil. Bahu juniornya itu dipegang.
"Serius lah?" soal Sunny lagi.
"Iya. Sebab tu sebagai gantinya saya bagi seluar tu.." jawab Seungwan. Sunny melongo mendengar jawapan itu. Dia terus menoleh kearah Taeyeon dan berbisik dengan sahabatnya itu.
"Tak payah curious. Diorang tengah bincang kenapa Chanyeol tak buli awak lagi lepas dah susahkan dia macam tu," ujar Hyoyeon. Spoil mood Taeyeon dan Sunny betul. Lagipun, Hyoyeon ada kuasa yang lebih kurang sama macam Baekhyun cuma dia bukan boleh lihat ke dalam fikiran orang. Telinganya itu bagaikan telinga lintah kalau nak diberi peribahasalah. Dia dapat dengar suara orang walaupun berbisik.
"Oo.." sahut Seungwan. Memang tak dinafikan, dari awal pertemuan lagi Chanyeol dah membulinya cuma sehari dua ni dia nampak lain.
"Dia tak buli sebab rasa bersalah kot. Saya kan jatuh sungai masa dengan dia." Seungwan cuba untuk sejukkan hati sendiri. Taeyeon dan Sunny menggeleng.
"Ada makna lain tu.." usik Sunny.
"Haah. Chanyeol tu bukan layan sangat perempuan. Kitorang classmate dia sejak tahun awal lagi jadi dah masak sangat dengan perangai dia. Hati-hatilah dengan panahan cinta Park Chanyeol," kata Taeyeon. Dia mencubit pipi Seungwan kerana terlalu geram. Geram sebab comel sebenarnya.
"Tak percayalah.." ujar Seungwan.
...
"Kau buat apa tu?"
"OMMA!! ERMH!!"
Mulut Joy ditekup oleh Sehun dengan kuat. Lelaki itu menolak badan Joy ke dalam salah satu stor penyapu lalu memberi isyarat agar dia diam. Seketika, Mr.Filch melintasi lorong tempat mereka bersembunyi.
Sebaik sahaja bunyi derapan kaki Mr.Filch tidak kedengaran, Sehun melepaskan Joy.
"Fuh! Hampir lemas tadi," ujar Joy. Sehun pula mengelap tangannya pada mantel. Dahi Joy dijentik.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Sehun lagi. Joy mengaduh kesakitan lalu memukul dada Sehun.
"Nak tengok Beacky--- Opps!" Rahsia Joy terbongkar. Sehun menahan rasa sakit ditumbuk. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan berpura-pura cool.
"Tak habis-habis buat masalah.."
"Saya bukan saja-saja," kata Joy dengan wajah sedihnya. Kening Sehun terjongket.
"Yelah. Untuk apa?" soal Sehun.
"Esok ada ujian. Dengarnya ada kaitan dengan Hippogriff ni. Saya datanglah nak tengok," jawab Joy. Sehun merenungnya lama.
"Kau nak pergi jumpa Hagrid ke ni?" Soalnya. Joy mengangguk. Sehun mengeluh.
Dia menarik Joy keluar dari istana menuju ke pondok Hagrid. Mereka berpegangan tangan didalam kegelapan malam itu. Sampai dihadapan tempat perlindungan Beacky, si Hippogriff, Sehun melepaskan pegangan tangan tersebut.
"Se-senior. Bukan tak boleh datang sini malam-malam ke?" Tanya Joy, teragak-agak.
"Dahtu keluar malam selepas pukul 11 ni boleh pulak??"
Joy tersengih sambil menggaru belakang kepalanya. Dia memandang ke hadapan, melihat Beacky yang sedang tidur.
"Aku kejutkan dia. Kau tunggu sini." Arah Sehun. Dia mendekati Hippogriff tersebut lantas mengejutkannya. Tak menunggu lama, Sehun menjauhinya dan segera menunduk hormat.
Beacky menunduk semula. Sehun terus mengambil bangkai ferret berdekatan dan melemparnya kearah Beacky. Beacky menjadi jinak.
"Datang sini perlahan-lahan dan tunduk. Tunggu sampai dia tunduk balik dan kau sentuh kepala dia," arah Sehun. Joy menggeleng..
"Takpelah. Saya balik dulu--"
Tangan Joy ditarik lalu dia dipaksa berdiri dihadapan Beacky. Tak semena-mena, Beacky patuh kepada Joy. Kemudian, tangannya ditarik oleh Sehun lalu diletakkan diatas kepala Hippogriff tersebut. Dia meremas baju Sehun kerana takut. Matanya terkatup rapat.
"Jangan takut. Aku ada. Dia tak akan makan kau lah," pujuk Sehun. Joy menggeleng lagi.
"Tak nak..Senior jomlah balik..Huaa.." Rengek Joy. Kepalanya disandar pada bahu Sehun. Entah kenapa jantung Sehun berdegup kencang saat diperlakukan sebegitu.
huffff
Beacky seolah-olah berdengkur kerana penat. Sehun mengusap belakang Joy lalu memujuknya untuk membuka mata sekali lagi. Joy menghela nafas panjang dan menuruti perintah Sehun. Saat dia melihat, kelihatan Beacky sudah membuka matanya semula sambil tersengih kearahnya.
hiss..hissss
Beacky menghembus nafasnya dengan mesra. Mata Joy terbeliak.
"Ommm--maaaa!!!!!"
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top