Part 14 : Quidditch
Sesi persekolahan kembali bermula. Hari ini, digemparkan bahawa pertandingan Quidditch antara sekolah-sekolah wizard ternama bakal dilangsungkan dalam lima hari lagi. Pertandingan itu dilanjutkan lebih awal atas sebab-sebab tertentu.
"Weh! Tengok siapa player sekolah sebelah! Kang Daniel-Bae Jinyoung-Mark Tuan- siallah Lee Taeyong pun ada!!" jerit Joy keriangan. Wendy dan Seulgi menjadi mangsa kegembiraan Joy. Badan kedua gadis itu digoncang kuat oleh Joy.
"Siapa diorang tu?" tanya Seungwan.
"Kau tak kenal?" soal Seulgi. Seungwan menggeleng. Sebenarnya dia masih kekok dengan Seulgi dan begitu juga sebaliknya. Adalah beberapa kali Seulgi cuba mengelak daripada bertemu Seungwan namun Joy menyatukan mereka semula.
"Hoi! Diorang tu budak famous tahu? Ramai peminat. Taraf diorang sama macam EXO." jelas Joy. Mulut Seungwan membentuk huruf 'O'. Dia nampak tak berminat.
"Orang dah bagitahu, dia boleh buat muka tak peduli. Tahulah boyfriend dia lagi hot.." ujar Joy lalu menolak bahu Seungwan. Ini kalau dibiarkan, makin lama boleh patah tulang Seungwan kena tumbuk dengan Joy.
"Boyfriend? Siapa?"
"Senior Chanyeol lah.."
"What?! No!! Siapa cakap?!"
"Tak payah tipulah. Haritu dekat hospital kemain sweet lagi. Dia bersungguh-sungguh mintak house-elf sediakan bubur baru untuk kau walaupun sebenarnya dah ada yang dah siap. Kitorang mati-mati ingat dia nak racun kau. Lepastu kau tahu siapa pergi keringkan baju kau? Senior tu lah. Lepastu yang tak henti-henti jerit cari doktor sampai kena halau lagi. Siapa lagi kalau bukan your boyfriend.." jelas Joy.
Seungwan terdiam kerana tergamam.
"Dia buat..semua tu?" tanya Seungwan. Joy mengangguk. Dia mencuit bahu Seulgi agar gadis itu menyokongnya.
"Hm. Haah. Kitorang nampak dengan mata kepala kitorang sendiri.." jawab Seulgi. Seungwan terus memandang kearah papan notis. Nama pemain untuk sekolah mereka juga dipaparkan di situ.
Hogwarts Player
1. Cedric Diggory (Leader, Chaser)
2. Park Chanyeol (Seekers)
3. Kim Jongin (Beaters)
4. Oh Sehun (Beaters)
5. Jeon Jungkook (Chaser)
6. Kim Junmyeon (Keeper)
7. Min Yoongi (Chaser)
Pemain Hogwarts semuanya diambil dari keempat-empat rumah. Mereka bertujuh akan berlawan dengan pemain dari sekolah lain.
"Jom masuk kelas. Nanti Profesor Siren marah pulak.." ajak Joy. Dia tak berapa suka sebenarnya dengan Profesor Siren setelah kejadian tuduhan mencuri keatasnya itu. Dia masih menyimpan dendam dengan Sehun. Entah kenapa lelaki itu dah tak pernah menyapanya setelah kejadian hari itu. Takut la tu. Rasa bersalah lah tu. Iyakan iyakan?
...
Seungwan mendaki satu-persatu anak tangga sehinggalah sampai di tingkat paling atas. Dari situ, dia dapat melihat pemain-pemain Quddicth yang sedang berlatih untuk pertandingan penting itu.
Dua puluh minit dia tunggu, akhirnya latihan tamat. Mereka diberikan rehat selama setengah jam. Chanyeol yang perasan akan kehadiran Seungwan terus terbang kearahnya dengan laju melintasi Cedric yang sebenarnya ingin menyapa gadis itu juga.
"Buat apa dekat sini? Bahaya lah.." ujar Chanyeol lalu mengambil tempat disebelah Seungwan. Dia nampak Cedric sudah beredar. Senyuman sinis diberikan.
"Nah.." Seungwan menghulurkan air mineral kepada Chanyeol.
"Apa ni?"
"Racun.." jawab Seungwan selamba. Orang dah baik hati bagi air dia tanya lagi. Chanyeol mencubit pipi Seungwan yang agak tembam itu. Ini baru definisi pipi pau yang sebenar.
"Terima kasih. Berguna jugak ada slave.."
Prak! Botol air ditangan Chanyeol kemek dalam masa tiga saat sahaja. Chanyeol tersedak. (imbas kembali exo the ladder part yeol minum air tu)
"Kyahh Son Seungwan..!!"
"Apa?! Senior yang mulakan.." ujar Seungwan dengan wajah tidak bersalah. Chanyeol menjeling juniornya itu sambil menggosok tengkuknya yang sakit. Seungwan tidak menghiraukan Chanyeol sebaliknya dia mengambil penyapu ajaib milik seniornya itu lalu menelitinya. Dia nampak seperti takjub sahaja.
"Itu Firebolt yang terbaru. Paling laju sekali antara broomstick yang lain." Ujar Chanyeol. Seungwan tak menjawab, dia mengangguk sahaja.
"Nak try?" ajak Chanyeol.
"Boleh ke?"
"Iya. Aku masih lagi kapten Slytherin jadi aku masih berkuasa dekat padang ni.." jawab Chanyeol lalu mengambil penyapu itu dari tangan Seungwan. Dia segera menaikinya dan menepuk-nepuk bahagian hadapannya.
"Duduk depan ni.." arah Chanyeol. Seungwan tidak bergerak.
"Duduk belakang tak boleh?" soalnya.
"Ingat motor ke apa?! Naik sini!" arah Chanyeol. Seungwan cepat-cepat duduk dihadapan Chanyeol kerana tak mahu dimarahi.
Chanyeol menarik badan Seungwan agar mendekatinya kerana gadis itu duduk terlalu jauh darinya. Tak pasal-pasal jatuh nanti. Sebelah tangannya memeluk badan Seungwan manakala sebelah lagi memegang batang penyapu itu.
"Ready.." bisik Chanyeol di telinga Seungwan. Dia menendang kakinya dan Firebolt tersebut mulai terbang mengelilingi padang.
"Nak try tangkap snitch tak?" tawar Chanyeol. Setahu Seungwan, snitch memang susah untuk ditangkap memandangkan pergerakannya laju. Sudahlah badannya sekecil bola golf.
"Nak!" jawabnya, bersemangat. Chanyeol memberi isyarat kepada Suho untuk melepaskan snitch. Dia dengan sengaja memulas punggung Suho menggunakan tongkat saktinya untuk menarik perhatian lelaki itu. Sebaik sahaja snitch dilepaskan, mereka mula bersedia.
"Pegang kuat-kuat." arah Chanyeol. Penyapu mula terbang sepantas kilat mengejar snitch. Kadang-kadang mereka terpaksa masuk ke longkang besar diantara padang dan tempat duduk pemain.
Seungwan rasa nak tercabut jantungnya apabila beberapa kali dia berhadapan dengan kayu-kayu besar. Silap hari bulan, mukanya pecah sebab terlanggar kayu-kayu itu.
Dush!!
Suga melanggar Chanyeol dengan kuat sehingga membuatkan penyapu ajaibnya berpusing-pusing. Nasib baik Seungwan tak jatuh.
"Hati-hatilah Yoongi!" marah Chanyeol. Suga buat tidak peduli dan terus beredar. Dia berdecit. Sikit lagi dia mahu jatuhkan Seungwan tadi. Chanyeol terus mencari bola from hell itu dengan bersungguh-sungguh.
Beberapa minit kemudian, dia berhenti seketika ditengah-tengah padang. Dia memerhati sekelilingnya dengan penuh teliti.
"Mana pulak bola ni. Selalu cepat je aku dapat..." rungut Chanyeol.
"Kau okey Seungwan?" soal Chanyeol. Seungwan tidak menjawab.
Bahu gadis itu ditarik. Seungwan nampak seperti menahan muntah daripada keluar.
"Andwae jangan muntah dekat seluar aku---"
Uwerkk!!
Bola golf kecil itu keluar bersama dengan muntah Seungwan. Chanyeol tidak mampu mengeluarkan sebarang bunyi kerana kehangatan muntah itu masih terasa di pahanya.
"Maaf...senior.." ujar Seungwan..Dia rasa bersalah sangat-sangat. Tapi ini salah seniornya jugak sebab berpusing-pusing banyak kali tadi. Mana tak peningnya?
"Lain kali..Kalau pening..cakap.. Ketod.."
...
Seungwan setia menunggu Chanyeol yang sedang menyalin pakaiannya di dalam tandas. Dia keluar setelah lama berada di dalam sana.
"Senior--"
"Uwerk..Uwerk.." Chanyeol hampir termuntah lagi. Bau muntah Seungwan masih ada padanya. Seungwan terus menyerahkan seluar miliknya kepada Chanyeol.
"Ambik ni..Pakai.." arah Seungwan.
"Ingat muat ke?" soal Chanyeol. Wajahnya sudah pucat.
"Sebab muat lah saya bagi. Seluar ni saya tersilap ambil saiz haritu. Senior gunalah." jawabnya. Chanyeol tidak membantah lagi dan kembali ke dalam tandas. Seluar yang berbau muntah itu dibuang terus ke dalam tong sampah.
"Nasib baik muat. Kalau kau muntah lagi atas aku, aku jahit mulut tu.." ugut Chanyeol.
Seungwan tunduk beberapa kali untuk meminta maaf.
"Nak saya belanja makan tak?" tawar Seungwan. Chanyeol awalnya nak jual mahal namun terbatal niatnya saat mendengar perkataan 'makanan'.
"Makanan dekat sini semua free. Ha jom lah." arah Chanyeol. Seungwan mengangguk.
"Kau buat apa dekat padang tadi? Tiba-tiba datang tak bagitahu apa-apa pun.." tanya Chanyeol. Baru terdetik untuk dia tanyakan soalan ini.
"Saja." jawab Seungwan.
Dia sebenarnya nak berterima kasih sebab jaga dia waktu di hospital tempoh hari namun tidak jadi.
"Yelah tu. Padahal nak stalk aku.." ujar Chanyeol, berlagak. Seungwan memandang serong kepada Chanyeol.
"Nak stalk apa senior bukannya hot pun.." sindir Seungwan. Chanyeol berhenti melangkah. Dia terus menyelak bajunya sehingga menampakkan absnya.
"Ini tak hot?!" soalnya lalu mengambil tangan Seungwan dan membiarkan tangan gadis itu menyentuh perutnya.
Suasana sunyi buat seketika.
"Arghhhhhh!!! Byuntae!!!"
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top