Part 13 : The Truth
Sejak tiga puluh minit tadi lagi, Jungkook tidak habis-habis menjengkelkan Yeri. Pertama, dia tumpahkan coklat keatas baju Yeri. Itu boleh dimaafkan lagi.
Kedua, dia tumpahkan butterbeer keatas baju Yeri. Yeri terpaksa melindungi bajunya yang kotor dengan kot Baekhyun.
Ketiga, dia tolak Yeri sampai baju Yeri terkoyak dibahagian belakang badan. Itu dah lebih. Sekarang, mereka berada di taman yang berdekatan dengan panggung wayang. Taeyeon sedang memarahi kedua anak kecil itu setelah diberitahu oleh Baekhyun. Dasar pengadu.
"Kau Jungkook!"
Jungkook terkejut kerana disergah sebegitu oleh Taeyeon.
"Bila nak matang?! Dengan perempuan kau buli macam tu? Adik aku pula tu! Apa takde cara lain nak selesaikan masalah korang ni selain memalukan sesama sendiri?!" tengking Taeyeon. Wajahnya sudah merah.
"Yeri!"
Yeri pula terkejut besar.
"Kenapa cari pasal dengan senior sendiri haritu?! Unnie tak tahu kenapa kamu sihirkan si Jungkook haritu tapi kenapa tak minta maaf? Dekat sekolah ni, kita kena ada adab! Junior hormat senior, senior hormat junior! Dua-dua tolak ansur!" marah Taeyeon.
Yeri bergerak melindungi diri dibelakang Jungkook kerana takut. Hujung baju Jungkook dipegang.
Pening Taeyeon melayan dua budak-budak dihadapannya ini. Seorang tak matang, seorang keras kepala.
"Kau Baekhyun!"
Baekhyun tersedak. Bebola salji digumpal dan terus dilempar kearah Baekhyun.
"Apa? Aku pun kena ke?" soal Baekhyun. Taeyeon bercekak pinggang.
"Kau senior tak reti nak ajar diorang ke? Otak dekat mana? Lutut?! Aku jugak nak kena selesaikan semua benda! Bila kau nak berdikari hah?!" marah Taeyeon. Baekhyun menggaru belakang kepalanya.
"Budak-budak ni dengar cakap kau. Kalau aku, dah lama diorang buat derk lepastu ejek.." jawab Baekhyun. Taeyeon menampar dahinya sendiri.
"Macam manalah aku boleh ada dalam Gryffindor dan kau Slytherin? Kita ni tertukar jasad ke?" soal Taeyeon, lemah semangat.
"Mungkinlah kot. Kau dahlah garang macam singa memang patut masuk Slytherin.." Kata Jungkook.
Taeyeon menjeling Jungkook.
"Apa kau cakap?! Macam singa?! Kau ni memang nak kenalah!!!"
"Lariii!!!" Jungkook menarik Yeri lari daripada Taeyeon manakala gadis singa itu dipeluk kuat oleh Baekhyun agar dia tidak mengapa-apakan Jungri.
"Baek, lepaskan aku! Si Jungkook tu dah lama tak makan penampar aku!" Taeyeon meronta-ronta ingin mengejar Jungri.
"Sabar Yeon. Nanti bertambah tua kau sebelum umur yang sepatutnya.." ujar Baekhyun, sekadar ingin menghilangkan kemarahan Taeyeon. Namun lain pula jadinya apabila Taeyeon semakin mengamuk.
"Kau kata aku tua?!!! Byun Baekhyun?!!!"
"Omma!! Maafkan bakal menantu omma ni sebab garang macam singa?!! Tolong Baek omma!!"
Baekhyun melepaskan pelukan dan berlari sekuat hati. Taeyeon menyinsing lengan bajunya dan bersiap-sedia. Dia berada dalam posisi seorang atlet lumba lari.
"Tiga..dua..satu..Kau tunggu aku Baekhyun!!!"
...
"Dah lama ke kau berkawan dengan Cedric?" soal Joy kepada Seulgi. Seulgi tidak menjawab sebaliknya terus memakan ramen dengan lahapnya.
Joy memegang tangan Seulgi untuk meminta penjelasan.
"Baru je.. Tolonglah jangan kacau aku!" pinta Seulgi. Dia melepaskan tangan Joy dan sekali lagi menghirup kuah ramen. Joy menayangkan wajah tidak berpuas hati.
"Kau tahu kan Seungwan tu ada feeling dekat senior?" soal Joy lagi.
"Tak rasa bersalah ke buat dia macam tu? Dekat hospital tadi dia langsung tak nak pandang muka kau..." sambung Joy. Seulgi menutup matanya dan melepaskan keluhan dengan kasar. Chopstick ditangan dilempar sehingga terpelanting jauh. Nasiblah mereka berada diluar sekolah, bukan di dewan.
"Aku nak rapat dengan siapa, aku nak berkawan dengan siapa, itu hak aku! Kau sama je macam senior Jongin tu! Siapa korang nak halang aku? Nak kawal hidup aku?! Aku penatlah kena layan macam hamba ni! Jaga tepi kain sendiri tak boleh ke?!" marah Seulgi. Bekas ramen dilempar ke tanah.
Joy tergamam. Dia merenung Seulgi yang sudah hilang kesabarannya. Rambut Seulgi menarik perhatiannya sepenuhnya.
"Apa.. yang Cedric buat dekat kau.. Sampai kau jadi macam tu?" soal Joy sambil menghalakan jarinya kearah rambut Seulgi yang kini separa blonde.
"Kau bukan metamorphagus. Kau bleach rambut ke? Tak. It's abnormal."
Seulgi terkejut. Dia memegang rambutnya dan memasukkannya ke dalam jaket bagi melindunginya.
"Kang Seulgi! Kau ada sembunyikan apa-apa ke dari aku?"
Seulgi menggeleng.
"Seulgi! Aku dari Ilvermony. Kitorang belajar Dark Arts lebih terperinci daripada korang. Kau–"
Seulgi tak menunggu lama. Dia berlari masuk ke dalam bangunan sekolah. Sewaktu sampai di pintu masuk, dia terserempak dengan Seungwan. Mata Seulgi bergetar.
"Seul..Apa yang dah jadi?" tanya Seungwan, prihatin. Seulgi tidak menghiraukan pertanyaan Seungwan dan terus beredar. Seungwan dan Joy berpandangan antara satu sama lain.
...
Perpustakaan yang sepatutnya ditutup pada hari minggu itu Seungwan masuk tanpa meminta izin. Dia yakin orang yang dia cari berada disini. Tepat seperti jangkaannya, Cedric sedang mengulang kali pelajarannya disitu.
Seungwan mengambil tempat dihadapan Cedric dengan senyap. Lelaki itu leka menelaah buku sehingga tidak perasan akan pandangannya.
"Aih? Seungwan..Buat apa dekat sini? Dah sihat ke?" soal Cedric. Kaca mata yang dipakainya itu membuatkan kekacakannya bertambah. Seungwan termangu seketika. "Seungwan?" panggil Cedric.
"Oh. Maaf-maaf. Saya ada sesuatu nak tanya senior.." ujar Seungwan..Cedric mengangguk sambil tersenyum. Menandakan dia mengalu-alukan pertanyaan Seungwan.
"Apa hubungan senior dengan Seulgi. Dan apa yang senior buat dekat dia sampai perangai dia berubah macam tu?" soal Seungwan. Cedric diam. Tidak mahu menjawab soalan itu.
Dia bangun sambil membawa beberapa buku untuk dipulangkan ke tempat asalnya. Seungwan mengekori dari belakang.
"Tolonglah jawab. Sila duduk dan jangan lari, senior.." rayu Seungwan. Cedric tidak mempedulikannya dan terus mengelilingi rak-rak buku.
"Ahh! Aduh..Sakit.." Seungwan pura-pura jatuh untuk mengalihkan perhatian Cedric dan dia berjaya. Cedric melepaskan buku-buku ditangannya dan segera menolong Seungwan.
"Sakit kat mana? Kenapa tak berehat kalau tak sihat lagi? Awak tu baru sedar dari pengsan sebab lemas tadi tahu tak?" marah Cedric. Namun nada suaranya lebih kepada bimbang.
"Saya tak akan beritahu kat mana sakit kalau senior tak nak cerita perkara sebenar.." balas Seungwan. Maka tahulah Cedric bahawa Seungwan hanya memperdayakan dia. Dia segera mengutip buku yang jatuh dan meninggalkan gadis pendek itu.
"Alaa seniorrr!!" rungut Seungwan. Cedric yang berada di rak sebelah tersenyum. Dia rasa Seungwan teramatlah comel ketika ini.
"Sampai hati senior pecah-belahkan persahabatan saya dengan Seulgi. Walaupun kitorang baru berkawan, tapi dia kawan pertama saya..Kenapa disebabkan cinta semuanya hancur? Kenapa tak bagitahu yang korang saling suka sama suka? Kalau tak, tak payahlah saya sakit hati.." suara serak Seungwan menghentikan Cedric daripada menyusun buku. Air mata gadis itu sudah mengalir.
"Sebab senior..Saya jadi benci dengan kawan sendiri. Itu silap saya. Kalau senior tak sorokkan hubungan korang, saya tak akan rasa sakit hati dengan kawan sendiri.." luah Seungwan. Cedric mendekati Seungwan dan cuba untuk mengelap air mata gadis itu.
"Awak salah faham ni..." kata Cedric, perlahan dalam nada memujuk.
"Salah faham apa? Kalau sampai sentuh-sentuh rambut bagai. Pandangan mata tu. Mata tak menipu.. Senior nampak caring sangat dengan dia---"
Cedric menghentikan luahan Seungwan dengan meletakkan jari telunjuknya di bibir gadis itu.
"Sini.. Kalau nak tahu sangat.." ajak Cedric. Dia kembali ke meja belajar dan mengeluarkan buku yang pernah dia tunjuk kepada Seulgi tempoh hari.
Seungwan mengesat air matanya dan membaca tajuk buku tersebut.
"Daughter of Lucifer?"
Cedric mengangguk.
"Pernah dengar kan?" tanya lelaki itu.
"Pernah.. Tapi itukan dongeng je.."
"Sekolah wizard ni pun orang kata dongeng Wan-ah.." ujar Cedric. Seungwan merona merah saat dipanggil dengan nama itu.
"Benda ni wujud Seungwan. Daughter of Lucifer. Tak semua orang ada peluang jadi anak kepada Lucifer." sambung lelaki itu.
"Jadi?"
"Seulgi salah satu darinya.." jawab Cedric. Seungwan masih tidak dapat memproses apa yang disampaikan oleh Cedric.
"Titisan Lucifer ni jarang dapat bertahan lama dekat dunia ni. Kalau ada pun, mereka akan dimusnahkan oleh orang-orang yang takut dengan mereka. Sebab apa? Sebab bila anak Lucifer marah, mereka secara tidak sengaja dapat membuka portal dari dunia bawah dan menyebabkan roh-roh jahat keluar untuk menghuru-harakan dunia.." jelas Cedric.
"Tapi.. Seulgi.."
"Mereka tak jahat. Jangan risau. Cuma mereka tak pandai kawal kuasa sahaja. Silap haribulan, dunia kiamat terus sebab tersilap langkah dalam mengawal mereka. Satu yang kita tak tahu, lepas anak Lucifer buka portal tu, badan mereka akan musnah sebab tak tahan dengan roh-roh yang merasuk mereka. Sebab itu, kita kena lindungi Seulgi."
Kata Cedric, serius.
"Bila dirasuk, mereka akan cederakan orang sekeliling tanpa sedar. Kalau mereka ni digunakan oleh orang jahat, dunia tak akan aman lagi Seungwan.." sambung lelaki itu.
Seungwan termangu seketika.
"Jadi, sebab itu Seulgi tak mahu dekat dengan saya? Sebab tak mahu cederakan saya? Habistu kenapa dia boleh dekat dengan Joy?" soal Seungwan.
"Sebab saya yang minta dia jauhkan diri dari awak." balas Cedric. Seungwan memegang dahinya walaupun tidak pening.
"Apa yang patut kita buat untuk lindungi Seulgi? Kenapa tak bagitahu pada cikgu?"
"Jangan..Mereka tak pernah berhadapan dengan anak Lucifer. Saya risau diorang mungkin buang Seulgi daripada sekolah ni. Lagipun, Hufflepuff tak pernah ada masalah macam ni. Janji dengan saya, jangan bagitahu siapa pasal ni. Boleh?" Cedric menghulurkan jari kelingkingnya untuk membuat pinky promise..
Disebalik rak, Jongin telah mendengar semuanya. Dia bersandar pada dinding sambil mengusap wajahnya.
"Takkan sekali lagi?" soalnya perlahan. Dia tak sangka, kejadian sama bakal berulang lagi.
"Aku tak akan biar kau terkorban... lagi.."
...
Chanyeol POV
Lepas kena marah dengan Leonis tadi, aku terserempak dengan Seungwan yang tengah bergegas ke perpustakaan. Dia nampak macam tengah cari seseorang. Aku masuk dengan diam lalu menyarungkan pakaian halimunan. Aku menyorok di belakang rak sambil memerhati Seungwan yang tengah berbual dengan Cedric.
Mereka tengah bualkan sesuatu tentang Seulgi. Apa? Tak percaya aku budak Ced ni ada hubungan dengan Seulgi. Seulgi tu bukan taste dia.
Aku nampak Seungwan terkinja-kinja ikut Cedric dari belakang. Rasa panas membara pula hati aku ni tak tahulah kenapa. Bila Seungwan pura-pura jatuh, aku hampir ketawa sebab dia pandai berlakon rupanya. Tapi aku rasa nak tumbuk rakan sendiri sebab dia suka-suka hati pegang kaki Seungwan.
Bila Seungwan mula menangis, entah kenapa hati aku luluh. Nak sangat aku lap air mata dia tapi dalam masa yang sama aku sakit hati sebab luahan Seungwan. Dia secara tak sengaja mengaku yang dia ada hati dengan Cedric.
Aku hampir cekik Ced, kawan aku sendiri sebab sentuh bibir Seungwan. Ini dah lebih. Tak guna punya kawan.
Aku hampir tersadung dan sakit jantung bila dengar penjelasan Cedric tentang Seulgi. Kesian budak tu sebab nyawa dia mungkin tak lama kalau rahsia ni terbongkar.
Aku menoleh pula kearah Jongin dibelakang sana. Sadisnya hidup dia. Dua kali kejadian sama akan berulang. Aku simpati.
"Oh ya, kalau senior dekat dengan Seulgi sebab nak lindungi dia..Maknanya senior tak ada perasaan lah dekat dia kan?" tanya Seungwan..Cedric ketawa sambil mengangguk. Ha kan aku dah kata. Seulgi tu bukan taste Cedric.
"Yelah. Sebab hati saya ada pada awak sekarang ni.." jawab Cedric. Mata aku terbeliak.
Jantan tak guna! Kau nak kata taste kau Seungwan ke hanat?!
Aku nampak Seungwan malu-malu dan segera meminta diri untuk beredar. Sebaik sahaja Seungwan pergi, aku mengambil langkah berani dan memukul belakang kepala Cedric.
'Shibal! Jangan berani kau nak goda adik junior aku! Puih!' monolog aku dalam hati. Segera aku keluar untuk mengejar Seungwan. Biarlah si Cedric tu terpinga-pinga dekat situ.
POV end.
Bersambung
kim ada buat special part untuk wenyeol sbb dapat feel dari lagu ost what if love wendy😂 tapi cringe weih. nak ke?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top