Part 10 : Daughter of Lucifer
Seungwan meninggalkan dewan dengan perasaan sebal. Dia sempat menjeling pelajar-pelajar Slytherin yang merenungnya.
"Seungwan tunggu!" panggil Seulgi. Dia mengekori Seungwan yang sedang bergegas ke suatu tempat.
Sampai di satu lorong, mereka menyorok.
Kedengaran suara orang bercakap di sebalik pintu. Mereka sedang berbincang tentang hukuman buat Joy dan Sungjae. Bibir Seungwan diherotkan ke tepi. Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya untuk mengumpul keberanian. Baru sahaja dia mahu melangkah masuk, Seulgi menghalang.
"Janganlah. Kalau diorang marah macam mana?" ujar Seulgi, risau. Dia pun khawatir dengan Joy tapi dia tak boleh biarkan Seungwan terlibat juga.
"Kita kena tolong Joy. Kita saksi atas perbuatan pelajar Slytherin. Kalau bukti kita tak kukuh, sekurang-kurangnya kita kena gugurkan fitnah pasal Joy mencuri! Dia ada dengan kita 24 jam bila masa dia masuk bilik Profesor Siren? Kelas dengan dia pun belum start!" balas Seungwan. Suaranya agak kuat pada ketika itu.
Seulgi menelan liurnya. Dia melepaskan tangan Seungwan dan membiarkan gadis itu masuk. Dari belakang, dia mengekori Seungwan.
Guru-guru dan Mr.Filch menoleh serentak saat Seungwan dan Seulgi masuk. Kedua gadis itu terkejut saat melihat Joy dirotan di bahagian betisnya. Begitu juga dengan Sungjae. Tangisan Joy masih belum berhenti.
"Cikgu.. Saya datang ni untuk jelaskan salah faham ni!" ujar Seungwan. McGonagall menghentikan percakapan Seungwan dan mengangguk.
"Kami dah dengar semuanya dari luar. Kalau betullah Park Joy tidak bersalah, kami akan lepaskan dia. Tapi dia tetap menjadi suspek utama atas tuduhan kepada rumah Slytherin." Kata McGonagall dengan tegasnya.
Seungwan menghela nafas lega. Dia menghampiri Joy lalu memeluknya. Belakang badan Joy diusap lembut untuk menenangkan sahabatnya itu.
"Terima kasih profesor... Dan Mr.Filch. Saya janji akan cari bukti kukuh untuk kes ini. Dan pada waktu itu, kita akan tahu siapa benar dan siapa salah." kata Seungwan, seperti mencabar.
Mr.Filch mencelikkan matanya sebesar mungkin. Dia rasa terhina dengan kata-kata gadis berkaca mata bulat itu.
"Kamu sengaja nak hina aku ke?! Jadi kamu nak kata aku menghukum orang secara melulu lah?!" jerit Mr.Filch sambil menghalakan cemeti kearah Seungwan.
Entah dari mana keberanian ini datang, Seungwan ketawa sinis. Dia tak menidakkan apa yang Filch katakan.
"Siapa makan cili dia yang terasa.." balas Seungwan dan segera membawa Joy keluar dari sana. Dia tidak dapat membantu Sungjae kerana lelaki itu yang memandai mengaku di dewan tadi. Mr.Filch juga pasti tidak akan membebaskan Sungjae semudah ABC.
Sebaik sahaja keluar, Seungwan menjerit kecil. Dia rasa berdebar, takut dan sebagainya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia memandai-mandai melawan tadi. Dia rasa macam nak hentak kepala dekat dinding. Seulgi hanya melongo melihat sahabatnya itu. Nasib takde air liur basi tumpah.
"Isk..Terima kasih Seungwan..Isk.. Aku patut dengar cakap korang.." Teresak-esak dia cuma meminta maaf.
Kedua sahabat itu merenung antara satu sama lain. Kemudian mereka memeluk Joy bersama.
"Takpelah. Kau pun dah menyesal. Dah jom kitorang pergi rawat kaki kau. Boleh jalan tak ni?" ujar Seulgi. Joy menggeleng kemudian tersengih.
Mereka ketawa.
"Lain kali buat lagi.." sindir Seungwan.
"Sorry.."
...
Seulgi kembali ke dormnya dengan berhati-hati. Dia tak mahu buat bising sampai mengejutkan penghuni dorm yang lain.
"Seulgi.."
"Omma!"
Seulgi melatah saat dirinya disapa oleh seseorang. Dan dia adalah Cedric. Lelaki itu merenungnya kosong di sebalik ruangan gelap. Matanya bersinar. Sebijik macam vampire.
"Sunbae..Ada apa?" tanya Seulgi, ketakutan. Cedric menghampirinya dan menarik tangannya.
Dibelek-belek tangan Seulgi seperti seorang peramal. Seulgi cuba menarik semula tangannya namun kekuatan Cedric lebih kuat daripadanya.
Kerana berang dan merasa ianya bak gangguan seksual, Seulgi berjaya menarik tangannya. Tajam dia merenung Cedric. Cedric tersenyum.
"Kenapa senyum?" soal Seulgi. Pelik. Pandangan tajam tadi berubah sepenuhnya. Kini, Cedric menyentuh dahi Seulgi pula. Gadis itu menepis lagi.
"Apa--"
"Dah agak. Bila kau marah, suhu tubuh kau panas. Macam yang aku baca.." Cedric memotong percakapan Seulgi. Gadis itu menyepetkan matanya kerana bingung.
"Sini ikut aku.." arah Cedric dan menuju kearah rak buku. Dia mengambil salah satu buku setebal 500 muka surat dan kelihatan agak usang. Diletaknya dihadapan Seulgi dengan pantas sehingga habuk-habuk berterbangan.
"Daughter of Lucifer?" Seulgi membaca tajuk buku itu. Cedric membuka muka surat yang menurutnya penting.
Ada satu ukiran wajah perempuan yang menarik di situ. Makin lama ditatap, ianya makin mirip dirinya, Kang Seulgi. Seulgi memandang kearah Cedric tertanya-tanya.
"Bila kau marah, ada tak kau rasa panas semacam?" tanya Cedric. Seulgi diam sebentar kemudian mengangguk.
"Ada tak rasa sesak dada, kerongkong tersekat, berdebar-debar?" soalnya lagi. Seulgi mengangguk lagi. Semua tu normal lah kan sebagai witch?
"Kau perasan tak hujung rambut kau makin blonde?" soal Cedric. Seulgi terkebil-kebil lalu merenung hujung rambutnya. Dia agak terkejut. Memang benar apa yang seniornya katakan. Dia sendiri pun tak perasan.
"Kenapa senior tiba-tiba tanya saya macam tu?"
"Anak setan.."
Mata Seulgi terbeliak.
"Babi--- Apa maksud senior nak setankan saya?!"
Tangannya menghentak meja sehingga sedikit retak. Seulgi bernafas laju. Sama macam apa yang ditanya oleh Cedric.
"Maaflah kalau semua ni terlalu berat untuk kau terima. Ini petunjuk tentang anak Lucifer. Sekurang-kurangnya yang ada dalam buku ni lah. Legenda ni yang pernah terkenal dulu. Hanya ada kurang satu peratus sahaja kemungkinan untuk anak setan ni lahir dalam dunia ni. Maaf, anak Lucifer." jelas Cedric, sambil membetulkan nama panggilan tersebut supaya kedengaran lebih sopan.
Seulgi masih lagi panas. Hujung rambutnya yang berwarna blonde itu bersinar meskipun tidak seberapa terang. Cedric membelek muka surat seterusnya.
"Bukan nak jatuhkan atau apa tapi Hufflepuff tak pernah lahirkan makhluk aneh lagikan jahat. Tak pernah dalam sejarah. Kau orang pertama.." sambung Cedric. Mata Seulgi merah. Dia rasa nak mengamuk sebab dia tak faham apa yang seniornya cuba sampaikan.
"Kau terus-terang boleh tak?!" marah Seulgi. Sekali lagi dia menghentak meja belajar itu sehingga ianya terbelah dua.
"Jauhi Seungwan.." pinta Cedric. Amarah Seulgi hilang. Kini dia bingung. Apa kaitannya? Ini kalau kena sekeh dekat kepala baru dia rasa puas hati.
"Kau dah cederakan kawan kau waktu kau marah disebabkan Kai haritu. Tangan dia sampai berbalut kau tak tahu ke? Luka tu pula macam kesan melecur. Aku panggil kau ni sebab nak uji je betul ke tidak tentang simptom yang kau alami tu. Nampaknya betul. Kau gifted Seulgi. Tak semua orang dapat kuasa macam tu lebih-lebih lagi half-blood macam kau." terang Cedric.
Seulgi menggeleng pantas.
"Saya bukan anak Lucifer. Saya anak bapak saya. Senior tak ada bukti! Apa tujuan senior buat macam ni?" Soal Seulgi. Matanya mula berair.
Cedric mendekatkan dirinya kearah Seulgi.
"Aku tengah lindungi kau. Kalau orang lain dapat tahu tentang kuasa kau, kau mungkin tak dapat dikawal. Guru-guru dekat sini mungkin buat eksperimen dengan kuasa kau. Aku boleh beri kau masa untuk terima hakikat yang kau dari benih Lucifer cuma tolong kawal emosi kau. Aku minta satu je, jangan jauh dari aku. Itupun kalau kau tak sanggup putus kawan dengan Seungwan.. mahupun Joy.." nasihat Cedric.
Seulgi mengemam bibirnya. Buku tentang anak setan–Lucifer itu ditenung lama. Kesemua simptom yang Cedric sebutkan itu ada pada dia. Hujung rambutnya itu adalah bukti kukuh. Bagaimana ianya boleh berwarna secara tiba-tiba?
"Tapi.. saya tak faham?"
Cedric menghela nafas panjang. Tangan Seulgi dipegang.
"Aku belajar DADA dengan lebih mendalam tahun ni. Defense Against the Dark Arts, dan aku terjumpa pasal ni dekat restricted section haritu. Anak Lucifer adalah makhluk yang paling ditakuti Seulgi. Kau tahu Lucifer tu siapa. Aku berminat untuk tolong kau, Seulgi."
"Tapi kenapa?"
"Semakin kau mendalami D.A.D.A, kau akan faham apa yang orang lain tak faham. Magik jahat, tak lah seburuk yang apa orang bayangkan. Dan aku tahu, kau bukan orang jahat. Mungkin suatu hari nanti, kau boleh tolong orang."
"Apa yang saya kena buat?"
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top