Bab 9
Setelah 5 hari berlalu, mereka sudah berbincang tentang perkahwinan anak mereka.
Puan Zainun kata, pasal baju, kad dan pelbagai barang kahwin, biar Puan Zainun dan Puan Suhaida yang uruskan. Hanan dan Qairul hanya mengikuti sahaja.
Kata Puan Suhaida pula, tali pertunangan akan di langsungkan dalam 2 minggu dari sekarang, dan perkahwinan akan dilangsungkan bulan hadapan.
Cepat sungguh!
Cakap pasal Qairul pula, buat pertama kali Qairul memandang Hanan sedekat ini setelah sekian lama berpisah. Sungguh, banyak perubahan diri Hanan yang dapat dilihat jika dibandingkan dengan waktu mereka di zaman kanak-kanak. Hanan yang seorang budak polos dan comot, kini bersyukur menjadi seorang gadis yang cantik dan jelita.
Dia tak dapat nafikan semua itu.
"Tak sangka adik akak ni kuat berangan."
Mati terus lamunan Qairul tatkala Zailatul menyergah dia sebegitu. Zailatul yang duduk di sebelah sofa itu di pandang tidak puas hati.
"Berangan apa? Mana ada." Nafi Qairul, wal hal dah terang lagi bersuluh lagi.
Zailatul ketawa, kedengaran amat mengejek. "Ye lah tu..."
"Huh... akak ni sebuk je, pergi lah melayan boyfriend akak tu." Halau Qairul selamba badak.
"Eh, mana ada. Tak baik tau memfitnah orang." Kata Zailatul konon-konon buat muka tak bersalah.
Qairul menjeling sambil membuat muka meluat. Iya, iya lah tu. Padahal setiap malam macam dia tak tahu kakak dia yang seorang ni dah pandai bergayut.
"Acik... Mama ada cakapkan pasal baju akad nikah korang? Kalau boleh akak nak uruskan dengan busana pengantin milik kawan akak untuk baju kau dengan bakal isteri kau." Riak muka Qairul berubah, dia sebenarnya malas nak cakap tentang perkahwinan ini. Malas nak fikir!
"Entah, Shad malas ambil tahu."
'Pap!'
Qairul menggosok bahunya yang terasa senggal. Zailatul menjengkelkan mata sambil menunding jari.
"Ei, perangai tak matang langsung! Walaupun Shad tak suka ambil lah tahu serba-serbi sedikit." Zailatul menggeleng. Haih, macam mana lah Qairul ni nanti.
"Pasal baju nikah korang tu, biar akak yang uruskan. Cuma nanti akak akan ukur badan korang." Dahi Qairul berkerut. Baju nikah? Oi lama lagi lah nak nikahnya!
"Bukan ke tunang dulu ke?" Sekali lagi bahunya di pukul, Qairul mengaduh dan menjengkelkan mata. Zailatul pulak menggeleng sambil mengeluh.
"Apasal kau ni lurus bendul sangat? Nak kata bodoh, bijak je kat sekolah. Aih...fikirlah Shad. Tunang korang dengan nikah dekat aje. Lagipun, mama malas nak tangguhkan tunang dengan nikah katanya. Orang kata tunang jangan lama-lama nanti terlepas, faham?"
Memuncung mulut Qairul. Suka hati je kakaknya memanggilnya lurus bendul. Hei mulut!
"Ha muncung! Muncung! Nak kena ikat ke?"
"Malas lah cakap ngan akak ni."
Qairul mula membuka langkah. Malas duduk berlama-lama dengan Zailatul. Tak pasal-pasal nanti bergaduh. Dia pernah bergaduh dengan Zailatul. Gaduh pun mula-mula mulut dulu lepastu segala apa tah tangan, kaki semua naik. Abangnya Ziyad hanya menggeleng sambil menyaksikan aksi tidak matang mereka berdua.
"Ei! Akak tak habis cakap lagi lah!"
"Akak cakaplah sorang-sorang! Tak pun pergi ber miss call dengan boyfriend akak! Apa nama? Firas kan?" Memerah muka Zailatul. Ini sudah melampau!
Segera Zailatul berdiri dengan muka bak berasap. Qairul tergelak.
"Kau ni memang melampau kan?! Sini biar akak bagi pengajaran sikit!"
"Takutnya saya... Hahaha!" Belum sempat Qairul ingin berlari Zailatul mula melangkah ke arahnya. Membulat mata Qairul.
Dia segera bangun lalu berlari sebelum disebat oleh kakaknya.
"Qairul Arshad!"
🌸🌸🌸
"What?! Pindah?"
Hanan mengangguk lemah. Manakala Anna membuat muka tidak puas hati. Aisyah hanya mendiamkan diri.
"Serius kau nak pindah sekolah? Kau tak kesian kan aku ke?" Mata Anna mulai berkaca-kaca bak cermin. Hanan mengeluh, tangan milik Anna dicapai lalu diusap seketika.
"Aku bukan apa tapi haish... A...aku terpaksa. Aku tak tergamak nak tinggalkan kau tapi nak buat macam mana kalau ini yang dia tentukan untuk aku, aku terpaksa terima."
Anna ketawa membuatkan Aisyah dan Hanan memandang pelik. Anna tersenyum sinis biarpun matanya menampung air.
"Sebab kau nak kahwin kan? Aku tahu semuanya."
Mulut Hanan sudah terlopong terkejut. Aisyah pula membuat riak tidak percaya.
Macam manakah Anna boleh tahu?
"Korang ingat aku bodoh ke? Kalau nak rahsia pun tak payah lah dalam kelas. Bila-bila masa orang boleh dengar termasuk aku, dan kau Hanan, aku tahu kau tak anggap pun aku kawan kau sebab tu kau tak pernah cerita sikit pun tentang masalah kau dengan aku. Aku nak tanya korang berdua, aku ni siapa di mata korang? Orang luar ke?" Sinis sahaja bicara Anna cukup membuatkan Hanan terasa bersalah.
"Anna bukan..."
"Stop! Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau! Kalau kau anggap aku kawan at least sikit pun takpe tapi kau langsung tak cakap macam aku ni bukan kawan korang so mulai dari hari, saat ini aku bukan kawan korang lagi! Itu kan yang korang nak?" Anna lantas berdiri. Hanan juga berdiri segera di pegang lengan Anna. Air matanya tumpah, sungguh dia rasa berdosa terhadap Anna. Kawan jenis apa kau ni Hanan?
"T...tak aku tak bermaksud nak buat kau macam tu. Tapi aku belum sedia Anna. Aku anggap kau kawan aku Anna. Jangan buat macam ni Anna."
"Betul Anna, kita orang tak bermaksud nak sembunyikan hal ini. Kalau diikutkan Hanan tak nak cerita pun masalah dia dengan aku tapi aku desak juga sebab takut dia stress. Kau jangan salah faham Anna. Kita orang bukannya nak rahsiakan dari kau tapi Hanan perlukan masa dan dia tak nak orang fikir pasal dia." Aisyah mula memberitahu hal yang sebenar.
Anna memandang ke arah lain. Entah lah dia berasa kecewa sangat sehingga wajah kawannya langsung tidak di tatap. Hanan tersenyum kecil dia tahu Anna sudah membenci kan nya. Segera dia mengambil beg dan mengeluarkan buku setebal novel. Di ambil tapak tangan Anna dan di letakkan novel di situ.
"Mungkin kau dah benci aku, Anna tapi takpe salah aku juga. Di sini aku nak bagi hadiah buat hari lahir kau. Aku tak sempat nak bagi sebab mungkin masa tu aku dah pindah sekolah.
So sebagai sahabat kau, aku bagi hadiah yang tak ternilai ni. Aku tahu aku ni kawan yang kejam, sanggup rahsiakan . Apa gunanya kawan kalau kita tak kongsi dengannya kan? Aku minta maaf Anna. Aku dah anggap kau macam kakak aku walaupun umur kita ni sama je takde bezanya pun. Aku sayang kau dan aku sayang persahabatan kita jadi mungkin sampai sini je kut kan?" Hanan tergelak kecil walaupun hatinya sebak untuk menuturkan kata-kata, air matanya turut mengalir.
"Thanks Anna sebab selama dua tahun kau jadi sahabat aku. Aku hargai pengorbanan kau, susah senang kau yang tolong aku. Sikap prihatin kau membuatkan aku terharu. Thanks sekali lagi Anna. Aku anggap kau kawan aku yang masih kekal di hati. Aku takkan lupakan kau. Itu janji aku."
Segera dia pergi meninggalkan Aisyah dan Anna yang terkedu. Anna memandang Aisyah. Aisyah sudah mengeluh perlahan.
"Maaf sebab aku tak bagi tahu kau juga. Tapi kau jangan salah sangka dengan Hanan. Aku yang paksa dia, aku juga minta maaf dengan kau. Aku harap kau takkan putuskan hubungan kita sama Hanan," ujar Aisyah sambil mengusap bahu Anna.
Anna memandang novel yang berada di tapak tangan kanannya. Novel ini novel kegemarannya. Tubir matanya memanas. Akhirnya air mata milik Anna tumpah jua.
🌸🌸🌸
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top