Bab 8

      Suasana di ruang tamunya mulai tegang. Semua ahli keluarganya sudah berkumpul kecuali si kecil, Qiyadh sudah ke alam mimpi.

Ziyad menarik nafas panjang sebelum membuka mulutnya.p

"Ma, fikir baik-baik. Semua ni bukan main-main, perkahwinan ni hanya untuk sekali seumur hidup je ma," ujar Ziyad dalam nada pujukan. Perbincangan itu lah yang dibuat. Dia sebagai abang, perlu suarakan tentang hal ini.

Ye lah, cuba bayangkan umurnya yang  baru 22 tahun ni belum berkahwin lagi tetapi Qairul yang berumur 17 tahun dah nak berumah tangga? Otaknya tidak mampu menerima.

"Itu keputusan mama. Mama takkan ubah fikiran," kata Puan Zainun tetap dengan pendiriannya.

Ziyad berdecit. Ah! Keras kepala, kalau jawapan mamanya A, maka A lah pilihannya.

"Mama, perjalanan Shad masih panjang. Dalam keadaan sebegini mama nak kahwinkan dia? Mama tak boleh ke faham dengan keadaan dia sekarang? Sudahlah tahun ni dia perlu melalui SPM. Ash takut, dengan keputusan mama yang desak dia, mungkin Shad takkan dapat beri fokus dan mesti dia tekanan ma..." katanya lagi.

Dari jauh, Qairul hanya diam. Zailatul yang di sebelah Qairul hanya menepuk bahu Qairul agar bertenang.

"Mama tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Mama yakin keputusan mama yang terbaik untuk Shad."

Qairul mengetap gigi. Digenggam tangannya dengan kuat. Geram dengan Puan Zainun yang tidak habis mendesaknya.

"Shad sabar Shad." Zailatul mengusap bahu adiknya supaya bertenang. Qairul hanya mengeluh perlahan. Beban yang menanggung ini amat berat baginya.

"Tapi ma, Shad ada impian dia sendiri. Ma tak boleh buat Shad macam tu."

"Walau apapun terjadi keputusan mama dan papa tetap sama. Tiada bantahan." Kini Encik Azril membuka mulut setelah lama berdiam diri. Diraut rambutnya ke belakang. Dengusan kasar Qairul lepaskan.

"But ma, pa..."

"Kalau itu dah keputusan ma dan pa. Shad ikutkan sahaja, kalau itu membuatkan mama dan papa bahagia." Terbeliak biji mata Ziyad dan Zailatul. Tak percaya Qairul akan buat sebegini.

"Kau gila apa?!"

"Aku tak gila Ash. Demi kebahagiaan mama dan papa aku sanggup kalau itu yang diorang nak." Air mata milik Puan Zainun mula bergenang di tubir mata. Dia tak nak semua ni berlaku tapi dia terpaksa disebabkan amanat arwah ibunya. Dia tersepit antara amanat itu.

"Shad terima ma, pa. Shad ikutkan sahaja."

Terus sahaja kaki melangkah pergi meninggalkan ruang tamu. Sesak! Itu yang dia rasa apabila mama dan papa tidak habis tentang perkahwinan itu. Dia muak!

Ziyad menggeleng. Kecewa dengan sikap mama dan papanya. Dia sedih dengan keadaan Qairul.

"Ash tak tahu nak cakap apa. Ash rasa macam susah nak percaya, mama dan papa berubah dalam sekelip mata. Mama yang Ash kenal bukan macam ni, dia bertolak ansur bukan mendesak. Ash rasa kecewa dengan mama dan papa. Bagi Ash, Ash macam dah tak kenal mama dan papa." Ziyad membawa diri ke kamar usai berkata. Sungguh dia kecewa saat ini.

Puan Zainun jatuh tersungkur, sedih mengenangkan semua yang berlaku. Kalau boleh diputarkan masa, dia takkan buat perjanjian itu.

Teresek-esek Puan Zainun menahan tangisan yang semakin bergema, tidak dapat dibendung lagi. Zailatul mula sebak, lantas bahu Puan Zainun dipeluk bagi meredakan tangisan sang ibu.

"Mama berdosa Ecah, kalau boleh mama tak nak benda ni berlaku pun. Mama takde niat nak buat keluarga kita bergaduh." Zailatul mengusap belakang Puan Zainun, dia mengangguk.

"Ecah faham ma, ma kena bersabar. Allah takkan uji di luar kemampuan kita, kita sebagai hambanya hanya perlu sabar dan redha dengan ketentuannya. Mana tahu di masa akan datang akan menjadi lagi indah? Ecah yakin semua yang terjadi ni ada hikmahnya," pujuk Zailatul dengan nada yang lembut.

Encik Azril hanya mengeluh. Puan Zainun yang Agak lemah itu didekati. Segera dia memeluk isterinya.

Zailatul hanya tersenyum melihat pasangan itu. Adakah Qairul akan bahagia seperti mama dan papa? Hubungan Qairul dan Hanan seperti pasangan suami isteri yang lain ke? Pertanyaan itu hanya di dalam kotak fikirannya. Zailatul hanya tersenyum pahit.

🌸🌸🌸

     Sudah seminggu Syazryl Iman berangkat ke negara France dan dalam seminggu tuh juga dia telah buat keputusan, tiga hari yang lepas dia telah buat keputusan yang akan menamatkan segalanya.

"Ikha terima," ujar Hanan tiba-tiba.

Puan Suhaida yang masih mencuci pinggan terserentak. Di pusing badannya menghadap Hanan. Dia mengerut dahi.

"Umi tak faham."

"Ikha terima umi, tentang perkahwinan itu, Ikha terima."

Puan Suhaida terkejut di bawa langkahnya menghadap Hanan.

"Ikha setuju?" Puan Suhaida meminta kepastian.

Hanan mengangguk, air mata  Puan Suhaida bergenang. Di bawa Hanan ke dalam dakapannya.

"Terima kasih Ikha. Umi sayang anak umi. Hanya Ikha princess umi. Umi yakin Ikha akan menjadi seorang isteri yang baik." Hanan membalas dakapan itu.

"Insyaallah umi..."

"Ha!! "

"Mak kau!"

Kus semangat! Hanan mengusap dadanya fuh, nasib takde penyakit serangan jantung kalau tak kempunan mak oi...

Di pandang Anna dengan tajam, tanda-tanda berhenti ketawa masih tiada. Anna galak ketawakan nya sambil menepuk meja milik Hanan.

"Kau ni! Dari dulu sampai sekarang tak reti bagi salam atau signal ke?!" Geram itu yang Hanan rasa. Anna mengangkat tangan. Senak perut Anna menahan tawa.

"Alo, sorry lah Hanan... Muka kau lawaklah bila terkejut."

"Ha! Lawaklah sangat!"

Hanan menjeling Anna. Kedua-dua belah tangannya di silang di dada. Ini nak merajuk ni! Bayangan itu hilang apabila Anna mengejutkan nya sebentar tadi.

"Ok ok aku tak ketawa lagi." Anna mengambil kerusi di depannya, tidak peduli lah kerusi siapa. Rembat je! Terus di labuh kan punggung di kerusi, tangannya mula menampung kepalanya dan wajahnya menghadap Hanan.

"Hanan kau ada masalah ke? Sejak kebelakangan ni kau kurang bercakap dengan aku atau aku ada buat salah dengan kau?" Soal Anna berhati-hati. Anna juga risaukan Hanan sejak kebelakangan ni. Ye lah, kau tak rasa pelik ke bila kawan kau yang agak periang tiba-tiba senyap je.

Tak pelik ke?

Hanan mengeluh perlahan, dia menggeleng lembut sambil memberikan senyuman nipis.

"Kau takde salah pun. Cuma sejak kebelakangan ni aku banyak masalah sikit."

Anna mengangguk. Tangannya cuba mencapai tangan Hanan.

"Kau ada apa-apa nak cerita dengan aku? Jangan pendam Hanan, pendam tu lagi sakit dari luah. Luah sekurang-kurangnya beban kau tertangguh sikit."

Hanan menggeleng lagi, dia tak nak lagi cakap pasal masalahnya. Kalau masa sudah mengizinkan baru dia memberitahu. Hanya Aisyah sahaja yang tahu masalahnya.

"Takde apa lah. Aku tak sedia lagi, tapi nanti ada masa aku cakap ya? Aku harap kau faham," kata Hanan dengan sayu.

Anna menepuk tangan Hanan. Dia faham mesti Hanan tengah tanggung beban yang berat sampai perangai Hanan berubah.

"Aku faham."

"Oi! Kau duduk lah tempat kau. Menyibuk je duduk sini sudahlah rembat kerusi orang." Anna menoleh. Zafran mencekak pinggang sambil menampung dirinya dengan meja miliknya. Anna berdiri lalu memandang wajah Zafran.

"Dasar kedekut! Kau duduk tempat aku boleh pulak kan?! Nanti aku tak bagi muka."

Di tendang kerusi itu makin menjauhi Zafran. Muka Zafran tidak usah di cakaplah menahan geram lah. Anna melambai ke arah Hanan.

"Aku gi dulu bye!" Anna memang tidak ubah! Perangai mengalahkan lelaki.

Zafran seorang ketua kelas dan itu telah membuatkan Anna menyampah lagi-lagi perangai tak semengah milik lelaki itu. 

"Hanan!"

Hanan memandang Ke arah Zafran. Zafran menunjukkan jari telunjuknya ke arah Anna yang duduk di tempatnya.

"Boleh tolong aku tak?" Soal Zafran sambil wajah sedih ditayangkan.

Hanan mula membuat muka manyampah. Mana taknya dah tahu suka tu usahalah sendiri! Ini nak minta pertolongan tak gentleman langsung!

"Malas." Sepatah sahaja dia menjawab. Zafran mencemik, segera dia mengambil kerusi dan duduk di hadapan Hanan.

"Ala nan. Boleh lah. Sekali je, ni last aku minta tolong dari kau please," ujar Zafran dalam nada merayu. Kedua-duanya tangan juga dicantumkan tanda meminta pertolongan.

Hanan hanya menjeling. Tangannya di silang. Dia memandang wajah Zafran yang tiada cacat cela itu.

"Kau nak aku buat apa?" Soal Hanan sedikit kasar.

Zafran tersengeh. Dia terus mendekatkan wajahnya dengan Hanan. Cepat cepat Hanan mengelat.

"Ei! Kau ni, aku nak bisik ni." Hanan membuat muka toya. Rancangan itu disebut dengan jelas oleh Zafran.

"Macam mana?"

"Macam mana apa? Memang tak ah!"

Kau gila apa nak suruh aku ajak Anna tu pergi kedai ais kepal gerai Cik Kiah? Mahunya kalau dia tahu plan sama aku dengan Zafran ni cam mana? Memang aku lah mangsanya bila dia dapat tahu yang kita orang bukannya tersempak dengan Zafran padahal ini plan mereka.

"Ala buatlah terserempak. Jangan risau lah Nan."

"Kau jangan panggil aku Nan boleh? Nama aku Hanan bukan Nan!" Pantang seribu kali kalau namanya disebut separuh. Nama penuh aku Hanan, sebut jelah Hanan apanya susah?

"Ala nama kau lebih kurang dengan Anna lah. Nanti confuse aku." Dijuling matanya ke atas. Hanan segera mengangguk setuju, nanti bila dia taknak didesak juga hish!

zafran tersenyum girang, dia bersorak. Tak boleh nak cover langsung.

"Ei! Kalau kau ni adik aku, dah lama peluk!" Hanan buat muka. Menyampah mak ai dia ni. Gedik lebih. Segera tangan Hanan di hayun ke depan tanda menghalau.

"Thank you Hanan!" Hanan mengangguk. Kerusi terus bertukar posisi ke depan. Aisyah baru sahaja sampai segera di labuhkan pinggulnya bersebelahan meja dengan Hanan. Aisyah menyiku, mulutnya segera di muncung ke arah Zafran.

"Dia minta tolong dengan kau lagi ke?" Hanan mengangguk, Aisyah menggeleng.

Dia pelik juga dengan Zafran, yang segan bagai kenapa? Cam perempuan pulak!

"Apa lah dia tu, nak malu ala ala kucing gi tu. Pelik!"

Hanan hanya menjungkit bahu. Malas nak fikir pasal lelaki itu. Aisyah memandang wajah Hanan Yang bersahaja. Kedudukannya segera di rapat dengan Hanan.

"Kau dah buat keputusan?"

Hanan memandang wajah Aisyah, kerutan dahi mula terpancar. Dia blur seketika sebelum ingatan kembali teringat.

"Dah."

"Kau terima ke?" Aisyah menyoal perlahan.

Hanan mengangguk lagipun dia tak sampai hati untuk menghampakan kedua-dua pilihan ibu bapanya. Tentang janji yang diuturkan dengan Syazryl, dia sudah tidak kesah. Dia takut andai diantara mereka berkahwin tanpa restu umi dan walid pasti mereka akan kecewa dan membencinya. Dia taknak semua itu berlaku, baginya pengorbanan umi dan walid lagi besar. Biarlah dia mengorbankan dirinya, baginya pengorbanan umi dan walid tidak setanding dengannya.

       Aisyah mengeluh, dia besimpati dengan nasib Hanan, walaupun Hanan macam kuat tapi kalau dah nama pun perempuan? Tak dapat di tanding juga.

Sekuat mana pun perempuan sifat itu mesti ada. Dia tahu perasaan Hanan, pasti sedih. Oi! Kau bayangkanlah umur kau baru 17 tahun mendirikan rumah tangga. Bagi aku itu semua gila dalam hidup, aku tak sanggup!

"Hanan jangan dera perasaan kau. Kalau kau taknak, cakap je. Lagipun umi kau dah katakan kalau taknak umi tak paksa." Seketika Hanan menunduk. Dia bermain dengan jarinya seketika.

"Aku ni anak angkat Aisy. Hidup aku cuma bergantung pada diorang. Dari kecil diorang jaga aku macam keluarga kandung padahal diorang bukan darah daging aku dan tiada pertalian darah langsung. Pengorbanan diorang tak dapat aku balas. Jadi demi balas jasa mereka ini je yang ada. Aku taknak hampakan mereka, cukuplah diorang dah jaga aku dari aku lahir lagi aku dah bersyukur," kata Hanan sedikit lega. Senyuman dicalit.

Aisyah kagum dengan Hanan. Sungguh Hanan setabah ini. Jika dia di tempat Hanan dia tak dapat tempuhi semua, mustahil!

"Hanan tabah ya? Kalau kau ada masalah lagi. Aku lah peneman kau. Akukan sentiasa menjadi pendengar kau ya?" Kata Aisyah memberi semangat.

Hanan tersenyum nipis. Aisyah lah kawan baiknya. Harap hubungan mereka still hingga ke jannah amin..

Setelah lama mereka berborak akhirnya tiba juga cikgu setelah lama menunggu. Sepanjang cikgu mengajar dia mengelamun tapi cepat-cepat tersedar. Di buang bayangan itu. Segera di tumpukan kehadapan biarpun banyak kali di tepis bayangan itu.

🌸🌸🌸

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top