Bab 75

     Bahu Hanan ditepuk lembut, menyedarkan Hanan dari terus mengelamun jauh. Kepala Hanan perlahan-lahan mendongak memandang gerangannya yang menegurnya.

Wajah Qairul ditatap tanpa riak.

Cukup kosong.

"Kita masuk, ya? Dah nak maghrib ni." Ajak Qairul lembut. Bahu Hanan digosok lembut tanda memujuk.

Hanan kalih kan wajah ke tepi. Tangan Qairul yang memegang bahunya ditolak perlahan.

Terdiam Qairul apabila Hanan berbuat begitu. Agak tersentak apabila Hanan menolak sentuhannya, namun dia cuba berfikiran terbuka. Emosi Hanan masih tidak stabil lagi.

Walaupun sudah dua hari pemergian mak tok tetapi sampai ke saat ini Hanan diam tidak bercakap dengan orang sekeliling termasuk dengan dirinya. Hanan hanya bercakap dengan dia apabila dalam keadaan kecemasan sahaja.

Hanan pula, sejak semalam asyik muntah-muntah sehingga hampir jatuh pengsan. Muntah bukan biasa-biasa, sampai dua tiga kali juga dia dan Hanan ulang alik ke tandas. Masa tu Qairul sudah naik risau sehingga mengajak Hanan ke klinik tetapi Hanan menolak keras.

Bila ditanya, balasan Hanan cuma...

Ya.

Tak nak.

Okey.

Hm...

Itu je lah jawapan Hanan bila dia ajukan soalan.

"Saya boleh bangun sendiri." Tangan Qairul di bahagian lengannya ditolak halus.

Sekali lagi dia ditolak dan kali ini benar-benar membuatkan dia terkedu.

Tanpa kata apa-apa, Hanan berdiri lalu berjalan masuk sendiri ke dalam rumah. Qairul di belakang hanya mengekori belakang Hanan sehingga tubuh Hanan hilang disebalik pintu bilik yang telah ditutup tanpa sempat Qairul masuk.

Qairul berhentikan langkah lalu menatap sayu pintu bilik yang telah ditutup itu.

Dia tak pernah sedih macam ni tapi perubahan sikap Hanan benar-benar membuatkan dia dihambat rasa sedih yang melampau. Bibirnya melepaskan keluhan berat.

Tanpa sedar perilaku Hanan dan Qairul sudah diperhatikan sejak mula mereka masuk ke dalam rumah. Mangkuk di dalam tangannya, dipegang erat sebelum mengagahkan diri untuk melangkah menghampiri Qairul yang berdiri di hadapan bilik Hanan.

"Ikha masih muntah lagi ke Shad?" tanya Puan Suhaida berhati-hati.

Qairul berpaling ke tepi. Tubuhnya berganjak ke belakang sedikit sebelum bibirnya mengulas senyuman tipis.

"Tak dah umi, cuma muka je masih pucat," jawab Qairul sopan. Anak matanya jatuh ke arah mangkuk di dalam tangan Puan Suhaida.

Perasan dengan pandangan Qairul. Puan Suhaida turut pandang mangkuk di dalam tangannya sebelum kembali pandang Qairul.

Puan Suhaida senyum nipis. "Umi ada buatkan sup ayam untuk Ikha. Shad tolong bagi dekat Ikha, boleh? Dari pagi Ikha tak jamah apa-apa. Ibu risau."

Mangkuk di tangan mula bertukar tangan. Qairul pandang Puan Suhaida. "Umi tak nak masuk hantarkan pada Ikha?"

Puan Suhaida senyum tawar sebelum menggeleng lemah. "Tak apa lah, umi tak nak memaksa Ikha. Lagipun umi tahu, Ikha tak berapa sihat."

Qairul terdiam kejap. Wajah mendung Puan Suhaida menceritakan segalanya. Tidak mahu memaksa, Qairul hanya akur.

"Shad masuk dulu ya, umi," ujar Qairul meminta izin.

Puan Suhaida angguk. "Kalau ada apa-apa panggil je umi. Pasal Anas, biar umi yang jaga malam ni lagi, ya?"

"Tapi umi..." Qairul ingin membantah tetapi Puan Suhaida pantas mencantas.

"Tak apa, umi okay je. Ni bukan kali pertama umi jaga budak kecil. Sekarang ni, Ikha yang penting. Umi nak Ikha cukup rehat. Lepas dah sihat baru boleh jaga Anas."

Tak terkata Qairul apabila Puan Suhaida sudah mulai bertegas dengan keputusannya. Nak atau tidak, terpaksa Qairul menerimanya walaupun dari sudut hati, dia tak nak susahkan sesiapa.

"Dah, pergi masuk. Umi nak tengokkan Anas depan tv tu. Kalau diam tu ada lah tu kerjanya." Belakang tubuh Qairul ditepuk perlahan menyuruh masuk ke dalam sebelum kelibatnya hilang di sebalik dinding.

Qairul tarik nafas lemah. Sebelah tangannya yang kosong mula memulas tombol pintu sebelum berjalan masuk ke dalam kamar. Matanya menyapa figura Hanan yang diam duduk di atas katil dengan mata terpejam. Tangan kanannya pula menepuk lembut di bahagian dadanya.

Mangkuk di tangan diletakkan ke tepi dahulu. Langkah kakinya laju menghampiri Hanan sebelum dia labuh kan duduk disebelah nya.

"Hanan masih rasa loya?"

Hanan jatuhkan kepala dengan mata terpejam. Dia mahu membuka mulut tapi rasa gelodak di anak tekak betul-betul dihujung. Hanan cuba menahan tetapi semakin menjadi-jadi pula.

"Uwerkh!"

Hanan terus keluarkan rasa gelodak itu tanpa sempat berlari ke arah tandas. Terketar-ketar tangannya menahan muntah di mulutnya. Qairul yang terkejut turut membantu Hanan dengan menadah tangannya.

"Awak..."

"Tak apa Hanan, kita pergi tandas dulu." Sebelah tangannya yang bersih itu memeluk bahu Hanan sebelum membantu Hanan berjalan ke arah tandas. Sedaya upaya tangan kirinya cuba menahan sisa muntah Hanan daripada jatuh ke lantai.

Hanan diam sehingga tiba di bilik air. Sekali lagi dia keluarkan rasa gelodak itu.

"Uwerkh!"

Peritnya hanya cairan putih sahaja yang keluar. Terketar-ketar tangannya memegang tepi sinki bilik air. Belakang tubuh Hanan digosok perlahan agar dapat mengeluarkan gelodak itu dengan mudah.

"Awak... Maaf..." Usai selesai mengeluarkan segalanya Hanan langsung meminta maaf. Berkaca-kaca matanya menatap Qairul lemah.

"Tak apa Hanan, saya okey." Qairul senyum tipis menandakan dia betul-betul tidak kesah. Sekali lagi bahu Hanan dipaut membantu Hanan masuk semula ke kamar mereka.

"T...tapi baju awak mesti kena juga." ujar Hanan hiba. Manik-manik jernih di kedua-dua matanya mula turun ke pipi dengan laju.

Qairul lepaskan keluhan lemah. Dengan lembut tubuh Hanan ditolak untuk duduk di atas katil.

"Sokay Hanan. Saya tak kesah semua tu." Ibu jari kasarnya perlahan menghapuskan air mata di pipi Hanan sebelum sebelah tangannya menekup pipi Hanan.

Hanan diam. Tompokan kecil di bahagian baju Qairul direnung serba salah. Qairul yang perasan pandangan Hanan itu langsung baju t-shirt hitamnya dirungkai dari tubuh lalu campak masuk ke dalam bakul di tepi bilik air. Hanan yang tengok terkelu bibirnya.

"Is this enough for you?"

Hanan menundukkan kepala tatkala anak mata hitam itu merenungnya lama. Berbahang rasa wajahnya dengan riak selamba Qairul.

Dia masih malu.

Itu normal!

"K...kenapa awak cabut baju?" Hanan menyoal dengan mata tunduk ke bawah. Kedua-dua jarinya dimainkan sesama.

"Saje. Lagipun awak nampak macam tak selesa," balas Qairul tenang.

Ouh hm...

Rasanya Qairul versi ni lagi membuatkan dia lebih rasa tidak senang duduk.

Tiba-tiba Hanan dapat rasakan satu tangan kasar mencekup dagunya lalu perlahan menariyk menghadap ke hadapan semula. Terkedu Hanan dibuatnya

"You're blushing..." Komen Qairul selamba.

Hanan teguk air liurnya kasar. Semakin menjadi-jadi bahang di pipinya. Hanan mengecilkan tubuhnya.

"Atau awak malu dengan keadaan saya macam ni?" usik Qairul sengaja. Wajah nakalnya jelas bermain di wajahnya.

Hanan mengetap bibir. Dah tahu dia malu, lagi ditanya.

Mula dah perangai sengal si melaung ni.

Qairul ketawa lepas melihat riak wajah Hanan itu. Bukan main marah sampai dijeling.

Tapi tak apa, dia tak kesah. Sekurang-kurangnya Hanan sudah boleh bercakap dengannya. Itu dah lebih dari cukup.

"Okey, I get it." Qairul angguk faham. Dalam diam dia sembunyikan senyum sebelum berjalan ke almari lalu satu t-shirt dicapai sebelum disarungkan ke tubuhnya.

Sebelum menghampiri Hanan, dia sempat mengambil mangkuk yang diletakkan di tepi meja tadi.

Hanan diam memerhatikan tindak tanduk Qairul. Nafas lega dilepaskan apabila Qairul kembali menyarungkan pakaian ke tubuhnya.

Kalau tidak, nak bernafas pun rasa terseksa!

"Umi ada buat sup ayam untuk awak. Kita makan, ya?" Qairul labuh kan duduk di sebelah Hanan. Sup ayam itu dirasa sedikit.

"Kalau saya muntah lagi macam mana?" Hanan sengaja menduga tapi dari sudut hatinya turut terasa takut kalau dia kembali memuntahkan segala apa yang dia makan nanti.

"Insyaallah, tak. Kita makan sikit, ya? Hanan dari tadi tak makan kan?" Qairul cuba memujuk. Mata hazel Hanan direnung dalam.

"Ada sebab saya tak makan. Bukan saja-saja." Suara Hanan sedih. Mana tak sedih kalau dia makan sikit je rasa gelodak di anak tekak meminta untuk keluar.

Terseksa betul.

"Kalau macam tu, kita pergi klinik, ya?"

Hanan menggeleng pantas. Tidak mahu. Wajahnya juga berkerut seakan-akan tidak suka.

Qairul ketap bibir. Sudah diagak. "Habis tu macam mana nak tahu Hanan sakit apa?"

"Nanti lama-lama okey lah ni. Awak jangan lah risau."

Qairul diam. Agak lama sebelum dia lepaskan keluhan kasar.

"Kalau muntah lagi, tak ada kompromi. Saya terus angkut awak pergi klinik. Jangan cakap saya tak pesan." Tegas Qairul dengan riak muka serius. Hanan jatuhkan kepala berkali-kali.

"Bismillah dulu." Pesan Qairul sebelum menyuap sup itu kepada Hanan. Hanan hanya relakan walaupun sudah berkali-kali dia melarang tapi Qairul tetap bertegas ingin menyuapnya.

Fikirnya kali ini tekaknya tidak menerimanya lagi, namun sangkaannya meleset. Berkali-kali Qairul menyuapnya dan dia dengan penuh berselera hanya menerimanya.

"Sedap?" soal Qairul dengan sebelah kening terjungkit. Seronok pula tengok Hanan yang kelihatan berselera itu.

Hanan jatuhkan kepala berkali-kali dengan bibir tersenyum manis. Comel sahaja gayanya.

"Sedap! Masakan umi tak pernah berubah," ujar Hanan perlahan. Qairul yang mendengar turut sama tersenyum.

Setelah licin sup ayam itu. Qairul letakkan mangkuk itu di atas meja semula. Nanti-nanti lah dia hantar ke dapur.

Dia masih ada soalan yang perlu ditanya pada Hanan.

"Hanan, saya nak tanya awak sikit." Qairul membetulkan kedudukan. Bersedia mahu melontarkan berbagai soalan kepada Hanan.

Hanan jatuhkan kepala biarpun ragu-ragu. Pandangan Qairul membuatkan dia sedikit agak cuak.

"Awak marahkan saya ke selama ni sampai tak nak bercakap dengan saya?"

Hanan diam sebentar.

Nak jawab ke tidak?

"Kalau saya jawab, ya?" Hanan menduga. Dia pandang Qairul. Lama. Sampaikan dia sendiri yang naik malu. Pantas anak mata dilarikan ke arah lain tatkala mata hitam menawan itu merenungnya dalam.

Cis, nak lawan mata konon. Last last dia yang angkat bendera putih.

"Kenapa?"

Hanan tarik nafas sukar. Kedua-dua tapak tangannya direnung dalam.

"Kenapa awak tak cakap kat saya yang Abang Ryl tak pernah balik ke sini sejak kes ni berlaku? Dan walid... kenapa awak tak beritahu saya yang walid sakit selama ni?" soal Hanan dengan suara bagaikan retak seribu. Sekarang dia cuma rasa sesuatu.

Ya, dia rasa bersalah yang menggunung.

Tidak cukup lagi dengan arwah mak tok nya. Mengingatkan itu, matanya kembali terasa panas.

Maafkan Ikha, mak tok.

Sentuhan tiba-tiba itu mengembalikan Hanan ke dunia yang nyata. Pandangan berkaca itu saling berlaga dengan anak mata hitam itu. Sekali lagi tangan kasar itu menghapuskan segala titisan di pipinya.

Suasana sepi buat seketika.

"Please... just don't cry..." Mohon Qairul dengan wajah yang keruh.

Sekali lagi...

Hanan menangis kerananya.

"Saya nak bagitahu awak tapi saya nak tunggu masa yang sesuai. Saya memang berniat bulan depan nak ajak balik kampung tapi Allah yang mampu merancang segalanya." Qairul senyum tawar. Kedua-dua bahu Hanan dipegang erat sebelum ditarik rapat mendekatinya.

Mengeras tubuh Hanan. Agak tersentak.

"Maafkan saya, Hanan. Silap saya tangguhkan semua ni kalau tak, mungkin kita sempat jumpa mak tok." Qairul mengeratkan pelukan di tubuh Hanan. Wajahnya disebamkan ke celah leher Hanan.

"Saya bukan tak nak bagitahu awak tapi saya nak bagi ruang dekat awak. Saya nak isteri saya yang sorang ni betul-betul memaafkan dan mengikhlaskan dari hati ke hati. Sama macam awak memaafkan ibu."

Hanan kemam bawah bibirnya perlahan. "Tapi...saya dah lama maafkan umi dan walid," ujarnya cukup perlahan.

Qairul menciptakan jaraknya dengan Hanan. Dahinya berkerut hairan. "Hanan dah maafkan?"

Hanan ketap bibir apabila Qairul merenungnya sebegitu. Lagat Qairul macam dia ni buat silap besar!

"A...awak jangan lah pandang saya macam tu! Saya memang dah terima segalanya cuma tak sedia lagi nak bersemuka dengan umi dan walid." Sebelah tapak tangannya naik menutup wajah Qairul. Seram bila Qairul pandang dia sebegitu.

Qairul senyum kecil. Tangan Hanan itu ditarik lalu dijatuhkan ke sisi. Membulat mata Hanan apabila sebelah tangan Qairul mengelus lembut di sisi kepalanya.

"That's my wife." Hidung Hanan dicuit manja.

Hanan hanya mampu senyum tipis.

🌸🌸🌸

      "Abang, cuba awak tengok budak tu. Bukan main seronok dia tengok tv, kan?" Puan Suhaida tersenyum lucu melihat Anas yang ralit menonton sesuatu di dalam televisyen. Tak alihkan pandangan langsung. Mainan di tangannya juga kaku begitu sahaja.

Encik Ilzam hanya mampu tersenyum sambil menatap Anas dari jauh. Dia turut tidak menafikan Anas kelihatan begitu comel sambil berbaring di atas toto. Kadang-kadang mulut si kecil itu riuh menjerit tatkala kartun di dalam televisyen itu mula menyanyikan lagu bersama tiga orang sekawan haiwannya.

"Saya rasa macam tengok Ikha versi kecil. Ikha dulu suka sangat tengok kartun macam ni. Kalau saya memasak, saya je yang terjengah-jengah ke ruang tamu risau punya pasal. Ikha pula diam je tengok cerita." Ketawa Puan Suhaida mengenang zaman kecil Hanan ketika dahulu.

Rindunya tidak terkata.

"Ida..."

"Ya,abang." Puan Suhaida toleh Encik Ilzam yang duduk di atas kerusi roda di sebelahnya.

"Ikha tak nak jumpa abang ke?" Tanya Encik Ilzam perlahan. Wajahnya jelas Kelihatan mendung.

Puan Suhaida terdiam seketika sebelum bibirnya menarik senyum tipis. Tangan si suami dicapai lalu digenggam erat.

"Tak ada lah, Ikha tak sihat tu. Abang jangan lah fikir bukan-bukan," kata Puan Suhaida cuba menenangkan hati suaminya yang sedang gundah-gulana.

Dia tahu apa yang suaminya fikirkan sedangkan dia pun sama tapi mengenangkan Hanan kurang sihat jadi dia cukup faham kalau Hanan perlukan rehat secukupnya.

Puan Suhaida masih ingat betapa terkejutnya dia dan Encik Ilzam menerima kehadiran Hanan di sini sewaktu majlis pengebumian mak tok. Teresak-esak Hanan sehingga lemah serata tubuhnya. Puan Suhaida ingin menghampiri Hanan tetapi hatinya melarang keras.

"Abang tak senang hati. Ikha nampak macam marah pada kita," luah Encik Ilzam jujur. Dalam kepalanya masih memikirkan tentang salah yang dia pernah buat kepada anak angkatnya.

Dia tak akan pernah lupakan.

"Umi? Walid? Cerita apa ni?" Sampuk Qairul tiba-tiba.

Encik Ilzam dan Puan Suhaida pantas mengalihkan pandangan kepada Qairul, namun pandangan disebelah Qairul lebih menarik perhatian mereka untuk terus memandang di situ.

Hanan disebelah menarik senyum kecil. Lengan Qairul dipegang kemas. Perasan akan perasan gugup si isteri, Qairul merapatkan lagi jaraknya dengan Hanan.

"Tak ada apa lah. Ni Ikha dah okeh dah?" Puan Suhaida pandang Hanan dan Qairul silih berganti. Wajah pucat Hanan masih jelas kelihatan.

"Umi..."

Hanan melepaskan pegangan Qairul. Langkah yang terasa berat dipaksa jua untuk melangkah merapati Encik Ilzam dan Puan Suhaida. Qairul hanya berdiri membiarkan Hanan berjalan sendiri sambil memerhatikan Hanan.

Air liur diteguk perit. Sampai sahaja di hadapan Puan Suhaida yang duduk di sofa itu, kedua-dua lututnya dijatuhkan ke lantai.

"Ikha kenapa ni?"

Hanan gigit bawah bibirnya. Matanya beralih ke sebelah uminya. Encik Ilzam yang duduk di atas kerusi roda hanya merenung Hanan dengan pandangan penuh hiba.

"Maafkan Ikha sebab tinggalkan umi, walid dan arwah mak tok. Ikha bukan apa, Ikha cuma takut nak jumpa umi dan walid. Ikha minta maaf sangat-sangat umi." Rayu Hanan dengan nada bergetar. Kedua-dua peha uminya dipegang sebelum dia menyandarkan kepalanya.

"Allah..." Puan Suhaida memegang bahu Hanan. Meminta Hanan bangun, namun Hanan berkeras di situ. Kepala disandar ke peha dengan air mata yang bercucuran membasahi kain uminya.

"Ikha tak ada salah pun dengan umi, sayang. Cuma umi, umi yang banyak salah dengan Ikha," ujar Puan Suhaida turut terasa hiba. Puan Suhaida perlahan-lahan menjatuhkan tubuhnya ke lantai lalu tubuh Hanan didakap erat.

"Walid minta maaf sebab halau Ikha tanpa dengar penjelasan. Walid terlalu ikutkan marah sampai tak sedar mana yang betul dan mana yang salah. Walid berkasar dengan Ikha. Walid minta maaf." Kesal Encik Ilzam.

Kalau Hanan anak kandungnya, sudah lama dia turuti memeluk Hanan, namun dia sedar.

Dia hanya mampu meminta kemaafan daripada Hanan sahaja.

"Tak apa walid, Ikha dah lama maafkan umi dan walid. Maafkan Ikha sebab ambil masa terlalu lama untuk jenguk umi dan walid. Ikha takut walid masih tak maafkan Ikha." Suara Hanan perlahan.

Dari jauh Qairul mengulas senyum pendek. Anas di dalam dukungan turut pandang ke arah Hanan yang tenggelam bersama keluarganya. Si kecil menepuk pipi Qairul perlahan. Qairul pandang sisi wajah Anas sebelum sebuah kucupan mendarat di pipi gebu si kecil.

"Kita bagi mama masa kejap ye?"

Seakan memahami, Anas menjerit riang.

"Ikha? Kenapa ni?"

Suara Puan Suhaida yang bertanya membuatkan Qairul pantas angkat wajah. Tiba-tiba Qairul merasakan ada satu kelibat laju melintas nya sebelum kedengaran satu pintu ditolak dengan kuat.

"Umi? Kenapa dengan Ikha?" Qairul pandang Puan Suhaida. Dahinya berkerut hairan bercampur rasa cemas.

Kenapa dengan Hanan?

Puan Suhaida menghampiri Qairul lalu Anas di dalam dukungan Qairul lantas diambil."Shad pergi tengok Ikha tu. Dia muntah lagi tu."

Qairul terdiam. Hanan muntah lagi?

Tidak menunggu lama Qairul pantas membuka langkah ke arah tandas. Tahap kerisauan dia jangan cakap lah. Rasa macam nak tercabut jantungnya.

Dia dah cakap, kali ni memang dia tak ada kompromi dah!

"Abang..." Puan Suhaida menghampiri Encik Ilzam yang turut sama salam kerisauan itu. Sofa disebelah Encik Ilzam diduduki semula.

"Apa?"

"Saya rasa kita bakal timbang cucu lagi lah." Sengih Puan Suhaida melebar. Tengok dari cara Hanan pun dia rasa dia sudah tahu kenapa Hanan muntah-muntah.

Pada mula, fikirnya mungkin Hanan masuk angin  sehingga mengalami muntah-muntah tapi ini bukan masuk angin kalau dah dari semalam smpai ke hari ni kerjanya muntah sahaja.

"Awak yakin, Ida?" soal Encik Ilzam dengan sebelah kening terangkat. Puan Suhaida cuma angkat bahu sebelum anak matanya jatuh ke bawah menatap Anas yang menyumbatkan jari ke dalam mulutnya.

"Saya cuma rasa tapi kalau betul, alhamdulillah." Pipi gebu Anas dikucup geram.

Ey! Kalau boleh digigit, dah lama digigit!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top