Bab 74

          "Boleh tak kita singgah kedai makan dekat situ? Saya rasa macam nak makan laksa lah." Pinta Hanan tiba-tiba. Matanya melekat ke sebuah kedai makan yang tidak jauh dari tempat Qairul hentikan kereta.

Sebenarnya, sudah lama tekaknya inginkan laksa, namun memandangkan sejak dua menjak ini mereka sebuk, diabaikan keinginannya yang satu itu.

Tapi disebabkan semalam Puan Syafiqah iaitu PA kepada majikan dia, membeli laksa sewaktu lunch. Air liurnya kembali kecur inginkan laksa.

Hari ni bersama tekad di dada, dia tetap nak makan laksa!

"Laksa?"

Hanan angguk laju. Kepala berpusing menghadap Qairul. "Boleh tak?"

Mata hazel itu menatap Qairul dengan mata bersinar. Qairul diam berfikir sebelum kepala dijatuhkan tanda membenarkan. 

"For my violet, everything is possible." Jarinya sempat mencubit pipi Hanan yang bertambah gebu.

Melebar senyuman Hanan. Kena cubit pun, cubit lah! Janji, dia dapat laksa idamannya.

"Terima kasih awak!" ucapnya teruja. Tidak cukup dengan itu bibir kecil Hanan mula terkumat-kamit merancang jika pergi ke gerai tersebut. Siap mengira dengan jarinya lagi.

Melihatkan tingkah Hanan itu membuatkan Qairul tertawa kecil. Kelakuan Hanan benar-benar buatkan hatinya mudah terhibur.

Pada mulanya agak pelik dengan permintaan Hanan yang inginkan laksa tetapi bila difikirkan semula, mungkin Hanan sudah lama tidak merasa makan laksa. Itu yang menyebabkan Hanan teringin sangat.

"Biar saya belikan, awak duduk je dalam kereta tau."

Qairul berura-ura mahu keluar tetapi ditahan oleh Hanan. Wajah Hanan yang berubah suram itu dipandang tanda tanya.

Lah, ni dah kenapa pula sedih ni?

"T...tapi saya nak ikut sekali." Suaranya perlahan. Lirih sahaja bunyinya.

Qairul senyum kecil. Tidak sampai hati dia mahu menolak permintaan Hanan. Dagu Hanan dicuit halus. Hanan angkat wajahnya.

"Kalau macam tu kita pergi sama-sama."

Hanan angguk laju. Teruja sungguh gayanya.

"Okey!"

🌸🌸🌸

         Tidak berkelip Puan Zahra melihat Hanan yang begitu berselera. Gayanya dah macam orang  kebuluran. Lagi membuatkan dia hairan, entah sejak bila Hanan penggemar makan laksa?

Setahu dia, Hanan bukan suka makan laksa. Puan Zahra sangat yakin sebab sebelum-sebelum ni dia pernah buat laksa dan lagi mengejutkannya, Hanan langsung tidak makan!

Seketika Hanan berhenti. Perasan akan dirinya yang direnung, Hanan terus angkat kepala pandang Puan Zahra.

"Ibu nak rasa tak?" Pelawa Hanan sambil mengaut laksa. Nadanya bukan main ceria bertanya. Puan Zahra menggeleng.

"Tak apa lah, Hanan makan lah. Ibu rasa kenyang lagi." Tolak Puan Zahra lembut. Melihat Hanan yang begitu selera tu pun satu kebahagiaan buat dia. Tak sampai hati dia nak ganggu Hanan.

Hanan pula hanya mengangguk kemudian kembali menyambung makan. Pandangan pelik daripada Puan Zahra langsung dia tak perasan, dia cuma tahu laksa ni sedap sampai membuatkan dia cuma ralit pada laksanya sahaja.

Tak menyesal dia beli laksa dengan Qairul tadi!

"Ibu rasa macam ada benda tak kena lah." Puan Zahra berterus terang. Tidak betah dia mendiamkan diri sebegini. Melihatkan perubahan Hanan ini satu kejutan buat dia.

Manakala,  Hanan pula mengangkat wajah. Terkebil-kebil dia apabila Puan Zahra yang menegakkan badannya sambil matanya terpaku ke arahnya. Semacam sahaja renungan Puan Zahra.

Hanan meneguk air liur.

"K...kenapa ibu pandang Hanan macam tu?" tanya Hanan dengan riak muka agak cuak. Tidak betah direnung sebegitu.

Rasa macam nak ngaib!

Puan Zahra diam tapi anak matanya beralih ke arah perut Hanan. Tidak semena-mena Puan Zahra berdiri lalu menarik kerusi di sebelah Hanan. Semakin bertambah-tambah hairannya sehingga berkerut dahi Hanan melihat Puan Zahra.

Hanan tunduk memandang dirinya sekejap sebelum kembali pandang  Puan Zahra.

"Ibu nak cakap Hanan gemuk ke?" soal Hanan lirih. Aduh, tiba-tiba hatinya disapa sedih.

Parah ni parah.

Puan Zahra menggeleng pantas. "Eh, mana ada! Ibu tak cakap apa-apa pun." Puan Zahra naik pusing. Tak sempat dia nak berkata apa-apa, Hanan sudah buat spekulasi sendiri.

"Habis tu, kenapa ibu pandang Hanan macam tu?" Hanan tertanya-tanya. Wajahnya masih sedih. Aduh, entah sejak bila hatinya mudah terusik pun dia tak tahu.

Puan Zahra jeda sekejap.

"Sebelum ni Hanan mana makan laksa. Itu yang ibu naik hairan." Puan Zahra melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya.

Hanan diam. Waktu ini, otaknya seakan berfungsi. Apa yang Puan Zahra cakap ada benarnya.

Dia mana gemar makan laksa. Bahkan, kalau makan pun sekadar merasa. Sebelum-sebelum ni pun, dia makan laksa kebanyakan nak jaga hati orang. Kalau dia makan pun, sedikit je diambil.

Tapi kali ni, dengan rela hatinya sendiri. Tanpa paksaan, dia makan. Dan lagi dia rasa tak sangka, laksa boleh jadi sedap ini. selama ni nak telan bukan main payah.

Apa hal dengan diri dia ni?!

"Tapi tak apa lah, mungkin Hanan teringin makan laksa, kan?" Kata-kata Puan Zahra mematikan segala fikiran yang bermain di dalam kepalanya.

Dengan ragu-ragu Hanan jatuhkan kepala. Bibirnya tersenyum kekok. Sekarang ni, dia pun tertanya-tanya dengan diri dia.

Ini bukan kali pertama dia rasa perubahan dalam dirinya.

"Eh, Riez. Kamu dari mana ni?"

Hanan tersentak. Kepala laju menoleh ke arah gerangan yang diseru itu. Kelihatan Harriez berjalan menghampiri Puan Zahra lalu disalam dan dikucup wanita itu.

"Riez tadi keluar sekejap dengan Ilham. Ni alang-alang Riez keluar tadi, Riez ada belikan ibu buah epal." Satu plastik yang dipenuhi dengan epal itu dihulurkan kepada Puan Zahra. Plastik itu disambut.

"Buat apa keluar dengan Ilham? Tak ada kerja lain, mesti main bowling." Ibu mencebik. Sudah faham dengan hobi anak keduanya.

Harriez di sisinya hanya tersengih tidak bersalah.

"Ibu ni macam tahu-tahu je." Harriez pandang sekeliling. Pada waktu yang sama pandangan dijatuhkan pada Hanan yang kembali menyambung makan.

Hanan seakan-akan dengan dunianya sendiri. Entah dengar atau tidak apa yang dia dan ibu borak kan sebentar tadi.

Harriez menarik kerusi di sebelah Hanan. Sengaja dia pilih tempat duduk itu. Hanan masih meneruskan makan. Langsung tidak terganggu dengan kehadiran dia. Hanan buat dia betul-betul tak wujud.

"Riez nak makan ke? Kalau nak makan ibu sediakan lauk."

"Eh, tak apa lah ibu. Riez cuma nak duduk sekejap je." Tolak Harriez lembut.

Puan Zahra tidak berkata apa, hanya mengangguk. Pisau yang memang sedia untuk mengupas kulit buah itu dicapai lalu Puan Zahra melakukan kerja mengupas kulit buah epal tanpa mempedulikan anak-anaknya.

Harriez tolak sedikit lengan Hanan apabila pemerhatian Puan Zahra beralih ke benda lain. Sengaja dia berbuat begitu untuk menarik perhatian Hanan dan hasilnya menjadi. Hanan turut angkat wajah tetapi mukanya jelas tidak berpuas hati.

"Apa?" soal Hanan sepatah tapi sangat dingin. Cukup perlahan.

"Kau marah aku lagi ke?" soal Harriez ingin tahu dengan nada berbisik. Hanan menjeling Harriez.

"Tuan rasa?" soal Hanan balik. Sengaja bermain tarik tali.

"Hanan." Nada suaranya terus ditekankan. Agak tidak suka dengan cara Hanan memanggilnya.

Hanan mencebik.  Dia kembali meneruskan makan tanpa pedulikan Harriez yang merenung tajam.

Nampak gayanya, Hanan tidak main-main. Betul-betul melancarkan perang dingin dengannya.

"Riez, Hanan. Kenapa ni?" Perasan akan tindak tanduk aneh kedua-dua anaknya itu, membuatkan Puan Zahra sedikit tertanya.

Wajah Hanan dan Harriez dipandang silih berganti. Seorang muka masam, yang seorang lagi muka bukan main dingin. Dia perasan juga Hanan dan Harriez berbisik tetapi satu patah apa dia tidak dapat menangkap.

Harriez menjeling Hanan sekilas. "Anak ibu yang ni merajuk. Entah sejak bila pandai merajuk dengan Riez pun, tak tahu lah." Suara Harriez tanpa riak.

"Mana ada saya merajuk!" Nafi Hanan dengan wajah memerah.

"Dah kalau tak nak bercakap tu, bukan ke merajuk namanya?" Sinis Harriez, sengaja mencari pasal.

"Ya Allah korang berdua ni. Boleh pula bergaduh depan rezeki ni." Pening Puan Zahra melihat Hanan dan Harriez berbalah di hadapannya. Buat pertama kali.

Sebelum ni, mana ada. Dia cuma pernah nampak Harriez marahkan Hanan. Itu pun  Hanan hanya akur dan terima sahaja segala apa yang Harriez curahkan kepadanya.

"Riez ni ibu, suka cari pasal dengan Hanan." Adu Hanan. Sakit dia bukan main-main.

"Lah, aku pula dipersalahkan?" Harriez berkerut dahi. Suaranya sedikit meninggi.

"Hey, sudah-sudah! Dah macam budak-budak kamu berdua ni bergaduh!" Puan Zahra menggelengkan kepalanya. Makin dibiarkan, makin teruk pula jadinya.

Hanan dan Harriez terus diam apabila Puan Zahra sudah menaikkan suara. Tak berani mereka sambung. Tak pasal-pasal ibu hantukkan kedua-dua kepalanya dengan Hanan sama seperti ibu pernah buat dia bersama arwah Haiyan sewaktu kecil.

Asal gaduh je, ibu akan hantukkan kedua-dua kepala mereka. Lerai terus gaduh.

"Ibu tak faham, kenapa kamu berdua ni?" Sekali lagi soalan yang sama diajukan dengan nada serius.

Hanan pandang Harriez sekejap sebelum dia hela kan nafas, lemah.

"Tak ada apa lah ibu, hal kecil je." Suara Hanan perlahan. Sudu dimainkan. Hilang terus seleranya.

"Riez?" Kini anak keduanya pula dipandang.

"Ibu tanya lah Hanan sendiri." Harriez angkat punggung mahu beredar. Tidak sempat Puan Zahra ingin memanggil, Harriez sudah berjalan meninggalkan Hanan dan Puan Zahra di situ.

Puan Zahra terdiam. Mata dijatuhkan ke arah Hanan yang menunduk. Terhincut-hincut bahu Hanan sambil jari kanannya ligat mengusap mata.

Hanan menangis?

Pisau di tangan diletakkan ke atas meja. Puan Zahra mengangkat tangan lalu  perlahan-lahan belakang tubuh Hanan digosok agar dapat meredakan tangisan anak gadisnya.

"Dah, dah. Riez tu memang macam tu. Hanan jangan ambil hati, ya?" Pujuk Puan Zahra lembut. Walaupun dalam kepalanya keliru apa yang terjadi diantara Hanan dan Harriez, tapi buat masa ni Hanan perlu ditenangkan.

Perkara tu, letak tepi dulu.

🌸🌸🌸

          Mainan yang berterabur di atas katil, Hanan pandang sepi. Sesekali dia perhatikan Anas yang ralit bermain dengan mainannya. Diam je tanpa pedulikan orang lain umpama dalam dunianya sendiri.

Hanan lepaskan keluhan lemah. Perlahan-lahan kepala dijatuhkan pada lengan kanannya. Anak matanya menatap Anas, namun jauh di fikirannya melencong memikirkan perkara lain.

Kali ini, dia dapat rasakan perubahan dalam dirinya. Perkara ini bukan sahaja yang membuatkan dia dibelenggu rasa hairan tapi cara makan dia pun dah rasa macam berlainan sangat.

Sedang Hanan termenung. Tiba-tiba ada satu jari menyelit rambutnya ke belakang. Terbang terus segala apa yang dia fikirkan saat matanya menyapa anak mata hitam pekat dihadapannya. Terkejut Hanan sehingga dia terus mengangkat kepalanya daripada lengan.

"Bila masa awak masuk sini?" Tanya Hanan dengan riak muka blur.

Qairul usap dagu. "Masa orang tu termenung lah. Saya panggil awak banyak kali tapi langsung tak menyahut," balas Qairul jujur.

Suasana terus bertukar sepi. Teruk betul cara dia mengelamun sampai tak sedar Qairul masuk. Ini kalau perompak masuk dalam rumahnya pun, entah-entah tak perasan juga.

Nauzubillah min Zalik!

"Awak ada apa-apa masalah ke sampai  mengganggu fikiran awak?" Qairul terus pergi ke topik utamanya. Wajah kusut Hanan membuatkan dia tertanya-tanya.

"Tak ada lah, saya okey je." Hanan senyum tipis, menutup segala apa yang dia rasakan walhal semua itu sebaliknya.

Tak, dia tak okey tapi dia tetap kena okey. Buat masa ni, Hanan memilih untuk diam daripada bersuara. Dia tak nak membebankan Qairul dengan  menambahkan kerisauan pada lelaki itu lagi.

"Sebenarnya, Harriez dah ceritakan pada saya." Suara Qairul memecahkan keheningan diantara mereka.

Hanan yang mendengar serta merta keraskan tubuh. Kepalanya laju toleh ke arah Qairul beserta mata terkebil-kebil.

Takkan Harriez bagitahu kepada Qairul punca dia sengaja lancarkan mogok dekat Harriez?!

"D...dia cerita apa?" soal Hanan cuba berlagak tenang walhal terselit gementar dalam nadanya.

Qairul tenung Hanan. Lama. Sehingga Hanan pula yang panas punggung bila dipandang sebegitu. Sekejap-sekejap matanya dilarikan ke arah lain.

"Kenapa awak tak tanya je saya? Saya akan jawab kalau awak nak tahu macam mana ibu boleh tahu semua tu." Qairul terus ke soalan. Tak belok-belok. Straight to point terus!

Hanan terkelu. Mati terus kata-katanya. Entah macam mana dia nak goreng pun, Hanan dah naik buntu.

Tak sangka Harriez boleh bagitahu Qairul. Ingatkan Harriez akan terus berdiam diri sampai kemarahannya reda.

Keluhan lemah terlepas dari bibirnya.

"Saya takut awak marah saya." Suaranya perlahan. Nak tak nak je keluar tapi telinga lintah seperti Qairul cekap sahaja mendengar.

Qairul berkerut.

"Saya nak marah awak buat apa, Hanan?"

Hanan mencebik sedih sebelum menyembamkan mukanya ke tilam. "Mana lah tahu awak marah saya ke."

Qairul mengeluh perlahan. Penat sahaja bunyinya. "Haih... awak ni suka sangat buat andaian sendiri."

Anas di atas katil pula terkebil-kebil memerhatikan Hanan dan Qairul berinteraksi. Anas mula membongkokkan badan, ingin merangkak ke arah Hanan yang masih lekapkan muka di atas tilam. Perasan akan pergerakan si kecil, Qairul hanya perhatikan tingkah Anas.

Dengan penuh lembut tangan si kecil tepuk kepala Hanan.

"Ma... maa..." panggil Anas agak kurang jelas.

"Ha?!" Laju Hanan angkat kepala.  Matanya membulat pandang Anas yang betul-betul dihadapan wajahnya.

Dia tak silap dengar, bukan?

"A...anas panggil mama?"  soal Hanan masih berharap Anas menyebutnya lagi sekali.

Namun, Anas hanya tersengih menayangkan gusinya.

"Awak, Anas panggil saya mama kan?" Kini Hanan berpaling ke arah Qairul inginkan kepastian. Penuh berharap agar sangkaannya menjadi kenyataan.

Qairul di sebelah mengukirkan senyuman pendek.

"Awak rasa?" Qairul sengaja membuatkan Hanan keliru. Hanan pula di situ sudah mula berubah riak.

"Awak ni, elok-elok lah." Hanan tayang muka konon-konon mahu marah.

Qairul yang menengoknya hanya ketawa kecil. Perlahan-lahan tubuh Anas di angkat lalu diletakkan ke atas ribanya.

"Ya, Anas panggil awak mama. Comel je dia panggil mama, ye?" Hidung si kecil di cuit lembut, sama seperti dia selalu buat kepada Hanan.

Anas pula ketawa riang bila dicuit sebegitu. Fikirnya Qairul ingin bergurau dengannya sehingga kedua-dua matanya sekali terikut sepet. Tidak tahan dengan kecomelan si kecil, Qairul turut ketawa bersama.

Melihatkan cara Qairul melayan Anas membuatkan Hanan ikut tersenyum sama. Dalam waktu yang sama, hatinya turut terasa bahagia sehingga perasaan sebak di dadanya bertandang. Cepat-cepat Hanan menutup kedua-dua mukanya dengan telapak tangan saat air matanya meluncur laju turun ke pipi.

Aih, apahal dia emosi sangat ni?!

Tiba-tiba Hanan dapat rasakan satu tangan mencapai lengannya lalu ditarik. Namun, Hanan hanya keraskan tubuh sambil menutup muka dengan kedua-dua telapak tangannya. Malu dia nak tunjuk dia menangis dihadapan Qairul.

"Come here..." Lengan Hanan ditarik lembut. Memaksa Hanan mendekatinya. Hanan akur lalu membiarkan Qairul memeluk bahunya sebelum ditolak rapat ke dadanya.

Suasana sepi memenuhi ruangan mereka bertiga. Anas di atas ribanya hanya diam seakan memahami rasa yang dirasai oleh Hanan.

"Anas panggil saya mama, saya jadi teringat dekat Arwah Aisyah dan Abang Haiyan..." Suara Hanan sedih. Dia tak tahu kenapa dia beremosi sangat tapi...

Hanan sangat rindukan mereka.

Belakang tubuh Hanan ditepuk lembut. Dengan cara itu, Qairul berharap dapat memujuk hati Hanan yang lembut itu.

"Kalau rindu, kita sedekahkan Al-Fatihah pada mereka, ya? Dah, jangan sedih. Anak awak ni pun nak ikut menangis bila tengok awak sedih." Anas di atas ribanya mula tercebik-cebik. Tunggu masa sahaja nak menangis.

Hanan menurunkan tangannya. Pipinya yang terasa basah dihapuskan segera. Hanan tundukkan kepala lalu bibirnya mengukir senyuman tipis sambil menatap Anas di riba Qairul.

"Kalau arwah ada, mesti mereka pun gembira macam saya kalau Anas dapat panggil macam tu, kan?" Hanan hela nafas, cukup perlahan.

Qairul diam. Baginya, diam lebih baik buat masa ini. Membiarkan Hanan dapat lepaskan segalanya dan bertenang.

"Dah, lah. Saya tak nak sedih. Lupakan je. Oh, ya... kalau macam tu, boleh awak cerita pada saya macam mana ibu boleh tahu semua tu?" Hanan terus tukar topik. Malas melayan emosi sedihnya. Kalau berpanjangan macam ni, boleh terbawa-bawa sampai ke esok tak habis.

Sekelip mata mood Hanan berubah. Suasana yang sedih itu terus bertukar ceria dengan senyuman manis di bibir Hanan tetapi mata Hanan tidak mampu untuk menutupinya.

Matanya bukan main bengkak. Hujung hidungnya pula kemerahan yang ketara. Qairul sembunyikan senyum.

"Masa saya bawa awak ke hospital, ibu temankan saya. Ibu ada dengan saya masa tu dan waktu tu ibu cuba nak bukakan tudung awak. Sebelum tu ibu ada minta izin pada saya walaupun saya tahu ibu masa tu tak percayakan saya." Qairul tersengih mengingati detik itu. Riak wajah Puan Zahra yang jelas menunjukkan ketidak kepercayaan kepadanya itu membuatkan dia terhibur.

"Tak percayakan awak?" Hanan angkat kepala. Pandangan pelik dilemparkan ke arah Qairul.

Qairul angguk. "Ya, ibu tak percaya saya ni suami awak walaupun saya sendiri dedahkan pasal kita tapi sebab terdesak, ibu ikut je saya bawa awak ke hospital."

"Ibu dapat tahu masa ibu bukakan tudung awak. Waktu tu ibu nampak rantai yang selalu awak pakai. Ibu usap rantai tu, dia tanya saya yang saya tahu tak tentang  rantai tu dan saya cerita je." Qairul jeda sekejap. Senyuman di bibirnya mula mengendur.

"Awak cerita apa?" Berdebar-debar Hanan menantikan sambungan bicara Qairul. Qairul tatap Hanan sekejap sebelum pandangan di jatuhkan ke arah Anas.

"Lepas saya cerita segalanya, ibu menangis teruk sampaikan saya tak tahu nak balas apa. Saya pun terkejut waktu ibu bagitahu yang rantai tu pemberian dari ibu. Saya tak percaya sampaikan ibu tunjuk ada dua rantai yang sama ukiran macam awak baru saya percaya."

"Kiranya... rantai saya ni memang sepasang?" Tanya Hanan sambil mengusap rantai di lehernya. Qairul jatuhkan kepalanya, mengiyakan.

"Ibu cerita yang ibu dan Abang Haiyan dah lama cari awak. Ibu tak pernah hantar awak dekat rumah anak yatim, ibu cuma hantar awak kepada orang yang diamanahkan oleh ibu untuk jaga awak buat seketika, itu je tapi perancangan Allah itu lebih luar biasa daripada perancangan manusia. Ibu kata orang yang ibu minta jaga awak tu meninggal dalam kemalangan, awak terlibat sama dalam kemalangan tu tapi awak hilang. Ibu dan Abang Haiyan cuba cari awak dengan beranggapan awak masih hidup. Merata-rata tempat dah dicari tapi masih tak dapat jumpa." Qairul senyum tawar. Kepala diangkat membalas pandangan Hanan yang turut memandangnya.

"Saya dapat bayangkan masa ibu cuba cari awak. Tengok cara ibu salahkan diri dekat hospital hari tu pun dah menunjukkan segalanya." Biarlah dia sahaja yang tahu betapa bersalahnya Puan Zahra sampai dia pun ikut sebak waktu tu.

Tak sanggup dia melihat Puan Zahra dalam keadaan begitu. Hatinya terlalu luluh apatah lagi Hanan yang memang hatinya mudah terusik.

"Kejap, a...awak kata tadi ibu dan Abang Haiyan cari saya?" Jantungnya mula berdegup laju. Saat ini satu perasaan kurang enak menerpa di dalam hatinya.

"Ya, ibu sendiri cakap macam tu," ujar Qairul sedikit pelik bila disoal sebegitu.

Hanan diam. Saat ini nafasnya terasa seakan hendak putus. Bibirnya tiba-tiba terasa kering.

Jangan cakap...

"Abang Haiyan dah lama tahu." kata Hanan kedengaran rapuh. Hatinya kembali hendak menangis.

Memori dia bersama Haiyan kembali terlayar sewaktu Haiyan menyerahkan rantai yang dia hilangkan. Hanan masih ingat riak wajah Haiyan. Masa itu, dia tak selesa dengan cara pandangan tersebut tapi kini dia mulai faham.

Haiyan sudah lama sembunyikan semua ni jadi Haiyan memang sudah tahu sejak awal lagi rantai itu diserahkan kepadanya.

Qairul ingin bersuara, namun segala perbuatannya terbantut apabila deringan handphone dia berbunyi minta diangkat. Qairul angkat tubuh Anas mahu letakkan semula ke atas katil tetapi Hanan pantas menghulurkan tangan. Anas diserahkan pada pangkuan Hanan.

Qairul lantas bangun ingin mencapai handphone dia. Nama yang tentera di atas skrin phone, Qairul pandang sekilas sebelum meminta izin untuk beredar mengangkat panggilan. Hanan cuma angguk.

Tidak lama kelibat itu menghilang tiba-tiba muncul semula. Hanan sedikit terkejut apabila Qairul datang menghampirinya dengan wajah seakan mempunyai masalah.

"Kenapa awak?" Pelik dengan tingkah laku suaminya laju Hanan menyoal apabila Qairul kekal diam dan merenungnya dalam seakan ingin menyampaikan sesuatu yang dia tidak pasti.

Qairul menarik nafas dalam. "Hanan... kita kena balik rumah umi"

"Balik rumah umi?" soal Hanan terkejut. Dahinya sedikit berkerut hairan.

Bertahun-tahun nama kampung halamannya tidak disebut, hari ni Qairul bangkitkan tetapi yang membuatkan dia tertanya-tanya kenapa tiba-tiba?

"Ada apa-apa berlaku ke dekat sana?" tanya Hanan.

Qairul ketap bibir. Tangan kanan Hanan dicapai lembut lalu digenggam erat. Mahu berkongsi kekuatan.

"Mak tok..."

"Kenapa dengan mak tok?" Disaat nama nenda diseru. Hanan memintas laju. Jantungnya berubah rentak. Anak mata Qairul ditatap penuh perasaan ingin tahu.

Katakan semua firasat yang dirasakan kali ini tidak betul.

"Mak tok dah tak ada." Berita itu dikongsi perit. Dadanya yang terasa sebu dikawal dengan menarik nafas dalam.

"Mak tok dah meninggal."

🌸🌸🌸

Lepas ni last chap sekali dengan epilog. No more Qairul and Hanan so say babai to both of them HAHAHAHA. Sebenarnya saya agak kesuntukan masa nak update but now saya cuba habiskan secepat mungkin. Next year Darla Hans saya akan update but not this year. Saya betul-betul sebuk tahun ni. Harap korang faham:)

See you all next time!<3

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top