Bab 72

          Usai tangan Puan Zahra di salam penuh hormat, terus tubuh wanita itu dipeluk kemas. Tersenyum kecil Puan Zahra melihat gelagat manja Hanan. Pelukan Hanan turut dibalas dengan penuh kasih sayang yang mencurah.

Alhamdulillah, hubungannya dengan Hanan semakin bertambah baik. Malah, gadis itu sudah boleh ajak bergurau dengannya. Bersyukur keadaan sudah kembali membaik. Telatah manja yang ditunjukkan oleh Hanan pula semakin bercambah dari hari ke hari.

"Ibu jangan skip makan tau. Kalau Hanan dapat tahu ibu skip makan, Hanan terus terbang sini." Amaran Hanan dalam gurauan. Puan Zahra tergelak kecil.

"Ya, ibu tak skip makan. Hanan ni dah macam Riez pesan dekat ibu. Penat ibu dengar benda yang sama je," Puan Zahra buat-buat keluh. Kononnya sudah lali dengan pesanan anak-anaknya.

Tergelak Hanan mendengarkan itu. "Dah, ibu selalu macam tu. Hanan dah hafal sangat lah dengan ibu. Liat betul kalau nak makan tu."

Puan Zahra tersenyum kecil. Hatinya cukup senang melihat tawa menghiasi di bibir Hanan. Mata sengaja beralih ke arah Qairul yang tidak jauh dari dia dan Hanan. Lelaki itu sebuk mengagah Anas. Anas pula bukan main gembira siap membebel lagi dalam bahasanya. Tangan kecilnya pula sebuk menepuk-nepuk di bahagian muka Qairul.

Melihatkan itu, hatinya mulai sebak. Cara layanan Qairul terhadap Anas lebih kurang sahaja dengan arwah Haiyan. Andai saat ini Haiyan masih ada di sini, pasti anak sulungnya berkesempatan mengetahui segala tentang Hanan tetapi dia tahu. Allah sebaik-baiknya perancang. Susah macam mana sekalipun dia mahu menerima, tetapi ini memang ketentuan ilahi.

"Ibu..."

Puan Zahra toleh ke arah Hanan. Gadis itu memandangnya dengan penuh perasaan risau.

"Ibu okay tak ni?"

"Ibu okay je cuma tiba-tiba teringatkan arwah," ujar Puan Zahra.

Hanan tersenyum tawar. Tangan Puan Zahra dipegang kemas.

"Hanan pun rindukan arwah Abang Haiyan dan Aisyah. Kita doakan untuk mereka di sana ya?" pujuk Hanan. Hatinya Tidak kuat melihat air muka yang ditunjukkan oleh Puan Zahra.

Hanan tahu, di sudut hati ibunya itu pasti sarat dengan kerinduan mereka.

"Hanan, ibu tak minta banyak."

Tangan Hanan yang menggenggam jari jemarinya kini dia pula bertukar ke posisi Hanan. Tangan anak gadisnya digenggam erat sambil mata menatap Hanan dengan satu harapan.

"Hanya Qairul dan Hanan yang ibu harapkan untuk jagakan Anas. Anas sangat memerlukan kasih sayang dalam umurnya sebegini. Ibu tahu, Hanan dah anggap Anas sebagai anak Hanan sendiri tapi ibu sangat berterima kasih sebab Hanan sudi ambil keputusan untuk ambil Anas duduk dengan Hanan sekali,"

Hanan melorek senyum tipis.

"Ibu jangan lah cakap macam tu lagipun sejak awal lagi Hanan dah bincang dengan Qairul, dan Qairul pun izinkan. Ibu jangan risau, Anas tetap anak Hanan yang pertama."

Perlahan Puan Zahra menepuk belakang tapak tangan Hanan. Rasa bahagia yang singgah, tidak mampu dia lafazkan. Sejak awal Hanan hadir dalam keluarganya, jasa dan keikhlasan yang terpancar di seraut wajah itu sangat dikagumi oleh nya.

"Dah, cepat. Qairul dan Anas dah lama tunggu Hanan. Lagi satu, pesan dekat Qairul hati-hati memandu tu," suara Puan Zahra setelah merasakan dia sudah mengambil masa terlalu lama dengan Hanan di sini.

Tanpa amaran, sekali lagi tubuh Puan Zahra didakap. Agak terkejut pada mulanya itu tetapi Puan Zahra turut membalas. Belakang tubuh Hanan digosok perlahan.

Hanan lepaskan pelukan. Wajah ibunya dipandang dengan mata bergenang. "Hanan pergi dulu ya ibu, kalau ada apa-apa call Hanan tau. Kalau rindu pun call juga," kata Hanan sambil menentang mata hazel ibunya.

Sekarang dia sudah tahu siapa pemilik sebenar mata hazelnya ini. Terbuktilah matanya memiliki mata hazel milik ibunya.

Puan Zahra senyum perih. Melihat mimik wajah mendung itu membuatkan hatinya turut terasa sedih. Sebelum ini dia jarang berpisah dengan Hanan tetapi bila Hanan perlu mengikuti Qairul, dia perlu sedar. Saat itu lah dia bakal berpisah dengan Hanan.

"Ya, nanti ibu call Hanan. Dah, jangan sedih-sedih. Tak cantik dah muka anak ibu ni," tutur Puan Zahra dalam nada mengusik. Rasa sedih yang membelenggu dirinya sejak dari tadi segera di buang jauh.

"Ibu ni... boleh pula cakap muka anak ibu ni tak cantik?" ujarnya kedengaran sedih.

Puan Zahra tergelak kecil. Terhibur dengan riak Hanan.

Pipi Hanan dicubit perlahan. "Bukan selalu ibu usik Hanan tau. Dah, cepat. Nanti lambat pula sampai." Tegur Puan Zahra sekali lagi.

Kepala dijatuhkan tanda mengerti. Kali ini dia tidak lagi melepaskan peluang, kedua-dua pipi Puan Zahra dikucup pantas. Tersenyum panjang Puan Zahra menerima kucupan lembut daripada Hanan. Bahagia tak terhingga Puan Zahra rasakan.

Kedua-dua tangannya laju melambai ke arah Puan Zahra sebelum dia melangkah menuju ke arah Kereta Hyundai Sonata  milik Qairul. Figuranya memboloskan diri ke dalam kereta tersebut.

Hanan toleh ke tempat pemanduan. Qairul kelihatan sedang membetulkan baju Anas, manakala Anas pula terkebil-kebil melihatnya. Tangan kecilnya mula terawang-awang ingin bergerak ke arahnya.

Bibir Hanan automatik tersenyum kecil. Tidak mahu menunggu lama, pantas tubuh si kecil itu digapai lalu diletakkan ke atas ribanya. Jari jemari Anas yang dibanjiri dengan air liur itu disapu dengan kain yang sedia dia bawa.

"Anas rindu mama ya? Sorry lah, mama cakap dengan nenek tadi. Kesian anak mama ni." Ubun kepala Anas pantas dicium lembut. Bauan bayi yang terhasil membuatkan Hanan sedikit terbuai. Terpejam matanya menikmati bau haruman tersebut.

Qairul yang perhatikan perilaku Hanan di sebelah, mengukir senyum pendek. "Saya rasa Anas bukan rindu awak tapi awak yang rindu Anas ni. Ye tak Anas? Mama tak boleh berenggang langsung dengan anak papa ni kan?"

Pandangan diangkat. Jelas tidak puas hati dengan kenyataan yang keluar dari mulut suaminya. Sejak dua menjak ni pun dia sedar, Qairul membahasakan dirinya papa di hadapan Anas. Tipu lah kata dirinya tidak tersentuh.

Jelingan sedas diberikan kepada Qairul di sebelah. "Biar lah ni anak saya. Kenapa? Awak jeles ke?"

Air minuman yang terletak di cup holder itu dicapai.  "What if I say yes?"

Bibirnya mengukir segaris senyuman senget sebelum pandangan di angkat menentang anak mata hazel itu. Rona di kedua-dua pipi Hanan mula menampakkan ketaranya. Hanan ketap bibir. Riak muka menyampah sengaja dipamerkan.

Mula dah perangai mengusik dia tu. Tak betah dia kalau terus-menerus diusik. Boleh emosi dia dibuatnya.

"Eee... awak tu dah tua bangka tau. Mengada je lebih." Suaranya geram. Entah apa yang nak di cemburu pun Hanan tak tahu. Dengan budak sekecil jagung pun nak dicemburui.

Pecah tawa Qairul bila melihat air muka Hanan bertukar masam itu. Dia menggeleng kepala. Hanan... Hanan... tak pernah berubah kalau diusik!

Jari jemari belah kirinya mula memegang handbreak. Kemudian diturunkan ke bawah. Setelah memastikan semuanya sudah lengkap. Kereta mula berjalan membelah jalan raya.

Hanan sandarkan semula badannya ke seat. Kedudukan tubuh kecil Anas dinaikkan sedikit agar lebih selesa.

"Sebelum lusa kita masuk kerja, saya nak bawa awak ke sesuatu tempat." Sampuk Qairul. Jari jemarinya bergerak memperlahankan radio sedikit.

Hanan pantas berpaling ke arah Qairul. Wajah lelaki itu dipandang dengan kerutan dahi. Lelaki itu hanya berwajah tenang sambil mata fokus ke pemanduannya.

"Sesuatu tempat? Kiranya bukan balik rumah saya lagi?"

Qairul angguk.

Hanan tarik muncung. Hati dah sedia nak  karang ayat-ayat tak puas hati yang bakal dia keluarkan. "Awak ni kan, tak pernah nak buat keputusan tu berbincang dengan saya." Ada nada berjauhan hati di situ. Tubuh Anas yang bergerak-gerak di dalam pelukan, ditepuk lembut.

Lepas tawa Qairul. Pipi belah kiri Hanan dicubit pantas. Hanan menjerit halus sehingga mata bulat Anas terkebil-kebil melihat riak wajahnya yang bertukar merah.

"Auch! Sakit lah..." rungut Hanan. Tangan mengusap bekas cubitan di tinggalkan oleh Qairul. Bertambah masam wajahnya bila tangan gatal Qairul sesuka hati cubit pipi pau dia.

Tahu lah sekarang pipi dia makin gebu hahaha.

"Kalau saya cakap kat awak pun, awak mesti bagi alasan macam-macam, jadi saya tak nak dengar."

"Tapi tak boleh lah buat macam tu. Tak baik tau anaya isteri awak sendiri," ujarnya sedih. Rasa macam nak menangis pun ada bila Qairul buat macam ni dekat dia.

Bukan sekali. Ni dah dua kali dia kena macam ni!

Qairul menggeleng kepala. Mata menoleh ke arah Hanan seketika sebelum tangan di bawa ke kepala Hanan lalu diusap lembut  sebagai memujuk hati lembut isterinya.

"Nanti awak tahu juga, sabar ya?"

Hanan diam. Dia dah berputus asa mendesak Qairul. Lagipun kalau dia paksa juga, lelaki itu tetap dengan prinsip pendirian dia.

Hanan beralih pandang ke arah Anas. Mata si kecil terkebil-kebil memandangnya. Hati yang sedia suku-suku panas kembali sejuk tatkala si kecil menayangkan senyum tanpa gigi. Bibirnya automatik senyum mekar. Lebih baik dia bermain dengan si kecil ni. Lagi afdal!

🌸🌸🌸

          Tepukan lembut di pipi Hanan menyebabkan  lena dia terganggu. Dengan mata yang memberat, dipaksakan juga untuk celik. Buka sahaja mata, pandangannya disapa dengan seraut wajah milik Qairul.

"Sedap betul dia tidur ya? Sampai tak sedar orang sebelah ni tolong bukakan pintu."

Jari jemarinya bergerak menenyeh matanya yang masih diserang rasa kantuk. Hanan menggeliatkan badannya sedikit sebelum kembali bersandar dengan mata kuyu memandang ke arah Qairul.

"Mana Anas?" Kelibat si kecil dicari apabila sosok itu tidak kelihatan di sisi dia mahupun Qairul.

Qairul senyum kecil. Dalam keadaan mamai macam ni pun Hanan masih mampu berfikir tentang punca kehilangan Anas. Betapa sayangnya Hanan kepada Anas.

"Ada dengan Pakcu dia."

"Pakcu?" Dahi Hanan berkerut. Siapa pula gelaran pakcu tu?

Dalam diam Qairul sembunyikan senyuman. Tapak tangan dihulurkan ke arah Hanan. Semakin pelik pandangan yang Hanan hulurkan ke arah Qairul. Tapak tangan itu langsung tidak disambut.

"Ini apa ni?" soalnya kepelikan.

"Ni tangan lah, tak akan kaki pula," balas Qairul dengan kening sebelah terjungkit. Pandangan menyampah dilemparkan ke arah Qairul.

"Saya tahu lah ni tangan tapi tak pernah-pernah pun awak buat macam ni." Suara Hanan sedikit bengang dengan loya buruk suaminya.

"Sekali sekala nak manjakan isteri saya ni. Apa salahnya kan?" Kali ini bukan pipi isterinya menjadi sasaran tetapi hidung mancung gadis itu pula menjadi mangsa. Dikepit dengan jari telunjuk dengan jari hantunya sebelum tangan Hanan laju menepis tangan kasarnya.

"Apa awak ni? Kalau sehari tangan tu tak gatal nak kepit hidung orang, tak sah kan?" rungut Hanan sambil memegang hidungnya. Sehari ni tangan Qairul ni asyik tak duduk diam je usik wajahnya.

Pecah tawa Qairul. Terasa puas dapat kenakan Hanan. Baginya satu nikmat mengusik Hanan Zulaikha kesayangannya ini. Kemarahan si dia bukan merumitkan harinya tetapi menceriakan hari-harinya.

"Eh, boleh pula dia gelakkan kita? Eishh... geramnya!" bebel Hanan dalam diam. Matanya mengecil merenung Qairul yang kelihatan lebih bercahaya dari sebelum ni. Macam ada sesuatu je disebalik wajah itu.

"Okey dah, kalau awak marah sampai ke sudah tak habis. Jom, masuk. Saya ada surprise untuk awak."

Qairul menapak ke belakang sedikit. Memberi ruang untuk Hanan keluar dari kereta. Usai merasakan tiada barang lagi yang tertinggal di dalam kereta, dia keluar dari perut kereta lalu pintu kereta ditutup rapat.

Melilau matanya memandang sekeliling. Walaupun halaman rumah ini kelihatan berubah sedikit tapi Hanan masih ingat struktur rumah ini. Tak bukan, ini rumah mama dan papa Qairul.

Hanan menjeling orang sebelahnya. Patut lah nak berahsia konon, padahal boleh je bagitahu dia awal-awal.

Tengah kusyuk Hanan pandang sekeliling, tangan belah kirinya yang kosong terasa dipaut kemas dengan jari jemari kasar. Mata dijatuhkan merenung tautan tangan mereka sebelum dongak merenung seraut wajah Qairul yang tidak putus-putus tersenyum.

Pelik tapi disebabkan dia tak nak merosakkan mood lelaki itu, dia hanya berdiam.

"Eh achik, jom lah masuk. Ramai dah tunggu achik kat dalam." Suara seseorang yang mencelah menarik perhatian Hanan untuk toleh.

Terkebil-kebil Hanan pandang seraut wajah asing tersebut kemudian anak mata dijatuhkan ke bawah. Anas di dalam dukungan tersebut bukan main membulat mata memandang sekeliling. Suara langsung tidak terkeluar dari mulut si kecil.

"Mama pun ada kat dalam?"

Anggukan kecil diberikan sebagai jawapan.

"Ril tak nak masuk sekali?" soalnya lagi.

"Nanti Ril masuk. Tak puas lagi main dengan budak tembam ni." Ril tarik sengih panjang sebelum pandangan dijatuhkan ke bawah. Anas yang berada di dalam dukungan Qiyadh mula mengeluarkan suara bayinya. Bukan main lebar senyumannya memandang Hanan dan Qairul dihadapannya.

Hanan kecilkan mata. Senyuman meniti di bibir tatkala tawa si kecil meletus. Seronok betul bila orang beri perhatian pada dia.

"Achik masuk dulu lah kalau macam tu." Jari jemari Hanan di dalam genggamannya ditarik mengikut langkahnya. Hanan hanya patuh dalam diam.

"Tu Ril ke?" Apabila merasa jaraknya sudah menjauh daripada Qiyadh terus Hanan ajukan pertanyaan. Sumpah! Dia rasa macam tak kenal adik iparnya sendiri.

Qairul jatuhkan kepala. Bibir menyenget senyum nipis. "Nampak lain eh?"

"Ye! Nampak lain sangat. Saya ingat lagi waktu dia kecil, dengan pelat dia tu. Sekarang, dah besar panjang. Muka dia pun dah nampak macam ada iras-iras awak tau waktu zaman kita sekolah dulu." Cerita Hanan kedengaran ceria mengimbau kenangan masa dahulu.

"Kalau iras-iras saya bermakna saya atau dia lagi hensem?" Soalan luar alam diberikan kepada Hanan. Sengaja nak tahu dari mulut si isteri hahahah...

Hanan berfikir. Pandangan diangkat merenung Qairul yang turut pandang dia. Tidak lama kemudian bibirnya menyungging senyuman malu.

"Mungkin awak kot." Perkataan 'kot' tu sengaja ditambah agar menapis perasaan malunya. Wajahnya yang memerah sedaya upaya disembunyikan. Seksa betul, bila malu sikit je merah. Tak boleh disembunyikan langsung.

Qairul ketawa lepas. Belakang telapak tangan Hanan di bawa ke bibirnya lalu satu kucupan hangat diberikan. Bertambah malu Hanan apabila diperlakukan sebegitu rupa.

Arghhh! Qairul ni pun satu. Nak buat perut dia sebu dengan rama-rama pun tak pilih tempat yang sesuai langsung.

"Untuk kali ni, tolong jadi kekuatan saya." Suara Qairul disebalik ciuman di tangannya. Wajah di angkat menatap anak matanya penuh berharap.

Hanan tarik segaris senyum tipis. "Insyaallah, saya akan cuba jadi kekuatan terbaik awak selagi saya ada dengan awak," katanya seakan memujuk. Rasa gemuruh yang hadir di hati suaminya cuba ditenangkan dengan memeluk lengan sang suami.

Malunya diletakkan ke tepi dahulu hahaha...

Qairul turut tersenyum. Rasa gelisah di hati perlahan-lahan terhakis. Hanya Hanan mengetahui macam mana nak tenangkan dia.

Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah. Saat Qairul memberi salam, semua yang berada di ruang tamu menoleh ke arah mereka yang masih tercegat di depan pintu utama. Hanan sedikit termalu apabila dia menjadi tumpuan orang sekitar di situ. Zailatul, kakak iparnya paling teruja sehingga langkah diaturkan menghampirinya.

Tubuh Hanan didakap pantas. Hanan sedikit terkejut, namun tidak lama kemudian dia turut membalas pelukan kakak iparnya.

"Lamanya akak tak jumpa Ikha," Zailatul dengan mata berkaca-kaca menatap Hanan. Bibirnya melorek senyum bahagia.

"Maafkan Ikha ambil masa terlalu lama," ucap Hanan dengan rasa bersalah berganda. Zailatul menggosok bahunya seakan memujuk.

"Sokay, akak faham. Dah, jom duduk. Akak punya teruja tu sampai lupa nak ajak kauorang duduk sekali." Tangan Hanan ditarik mengikut langkahnya. Qairul di belakang hanya memerhati dengan bibir tersenyum senang.

Langkah di bawa ke arah Encik Azril yang duduk di sofa. Dari jauh Qairul perasan Encik Azril memandangnya dengan senyuman menghiasi di bibirnya. Tangan tua papanya dicapai lalu di salam penuh hormat.

"Tak sangka selama anak papa menghilang, ini rupanya yang kamu sembunyikan daripada papa." Encik Azril mengangguk berkali-kali.

Qairul hanya mampu menayang sengihan. Tiba-tiba bahunya ditepuk sebanyak tiga kali.

"Kamu tahu, bila kamu cakap nak bawa balik Ikha ke sini. Hanya Allah je tahu betapa bahagia dan senangnya hati papa mendengarkan itu. Tipu lah kalau papa tak risau masa kamu kata nak ambil cuti tu. Papa fikir kamu ada masalah dan tak nak kongsi pada papa tapi disebaliknya lain pula yang papa fikirkan." Tergeleng-geleng kepala Encik Azril mengingatkan itu. Selama dua minggu itu juga hatinya cukup merisaukan tentang Qairul. Isterinya turut sama terjejas merisaukan Qairul.

Bercakap tentang isterinya, dia perasan perubahan isterinya selama 2 minggu ini. Sejak Encik Azril menegur Puan Zainun, wanita itu banyak berdiam dan termenung. Tidak lagi dia sentuh tentang isu ulang alik masuk ke dalam bilik tidur anaknya. Hampir dikatakan setiap hari, Puan Zainun masuk untuk mengemas. Sebelum-sebelum ni paling sikit pun dua minggu sekali isterinya akan masuk untuk mengemas bilik tidur Qairul.

"Pa... mama mana?" Akhirnya, bibir mengajukan soalan sedari tadi ditahan. Kelibat mamanya langsung tidak kelihatan bayangnya.

Encik Azril sembunyikan senyuman. Disebalik dinding putih itu, Puan Zainun bukan main menjenguk. Diajak untuk duduk sekali, isterinya mengelat katanya mahu mengemas dapur. Macam-macam hal.

"Mama kamu tu ada kat dapur. Pergi lah." Jari ditunding ke arah dapur. Qairul angguk mengerti.

Qairul ingin membuka langkah tetapi Encik Azril kembali memanggilnya, menyuruh dia datang mendekat. Dia tidak berfikir apa-apa hanya patuh sahaja.

Encik Azril tarik senyum tipis. Sempat dia mengerling ke arah isterinya yang memerhati perbuatan dia dan Qairul.

"Mama kamu tu rindukan kamu sebenarnya tapi sengaja jual mahal. Sebelum Shad telefon papa semalam, hari-hari mama kamu tu tanya, Shad ada tak telefon papa padahal masa Shad minta cuti dua minggu tu lah kali terakhir Shad telefon papa," bisik Encik Azril perlahan sambil mengekek. Jahat betul bunyinya dapat mengenakan isterinya.

Itu lah ego sangat. Kali ni dia nak isterinya kalah dengan ego sendiri.

Qairul turut ketawa kecil dengan usikan nakal papa terhadap mamanya.

"Tak percaya? Pergi lah dapur tu. Mama kamu siap masak makanan kegemaran kamu lagi." Tambah Encik Azril lagi. Kali ini tawanya sudah berhenti.

Tidak membalas kata-kata Encik Azril, dia hanya membuat simbol 'okay' sebelum kembali melangkah ke arah dapur.

🌸🌸🌸

          Cawan kaca di susun satu persatu di atas dulang. Dalam diam ada secebis rasa tak puas hati melihat tingkah aneh Encik Azril  sebentar tadi.

Dia tak dapat dengar dengan jelas apa yang Encik Azril katakan kepada Qairul tapi semasa Encik Azril melirik ke arahnya, mesti suaminya tengah bercakap tentang dia.

Puan Zainun tarik nafas panjang. Sedar akan dirinya yang terlalu berfikiran buruk terhadap suaminya sendiri, cepat-cepat dibuang. Lagipun tidak elok dia berfikiran sebegitu walaupun cara suaminya tak ubah seperti menyakat dia. Keluhan halus terlepas dari bibirnya.

"Mama penat ke? Kalau mama penat, Shad boleh tolong bawa cawan ni ke depan," celah Qairul tiba-tiba. Laju Puan Zainun menoleh ke arah Qairul yang berdiri di sebelah kirinya. Mungkin sedari tadi memerhatikan tingkahnya.

Kepala menggeleng menidakkan. Tangan sengaja acah-acah sebuk membetulkan susunan cawan kaca di atas dulang walhal hati si ibu mula gembira apabila wajah anaknya dirindui itu akhirnya kembali terubat.

"Mama... Shad tadi sempat belikan mama cucur udang. Mama kan suka cucur udang  jadi nanti kita makan sama-sama ye?" Plastik yang dipenuhi dengan cucur udang itu diletakkan di atas kabinet sebentar sebelum dia ingin beredar mengambil pinggan.

"Tak apa lah, cucu udang tu biar mama yang letakkan dalam pinggan." Halang Puan Zainun laju.

"Shad pergi lah panggil yang lain. Mama dah siapkan sediakan lauk. Cuma tunggu ajak makan je ni." Arah Puan Zainun tanpa memandang Qairul.

Lakonan acah-acah sebuk nya masih diteruskan dengan menuang air di dalam cawan. Tanpa sedar, Qairul yang masih berdiri ditepi Puan Zainun sudah menarik senyum lebar. Hatinya terdetik bahagia apabila mamanya mula menunjukkan respon positif sewaktu bercakap dengannya.

"Okey mama."

Satu garis senyuman tidak mampu dipadam ke wajahnya saat ini. Dia terlalu bahagia, cukup bahagia.

🌸🌸🌸

          Senaskah Al-Quran yang dibaca sebentar tadi ditutup usai dia menghabiskan bacaan surah-surah yang sentiasa diamalkan setiap malam sebelum dia tidur. Al-Quran itu diletakkan di tepi rak yang berdekatan dengannya.

Setiap malam memang dia akan membaca surah Al-mulk dan surah Al-Kafirun. Itu memang tabiat wajibnya setiap malam. Kadang kala Qairul akan mengajak dia membaca sama-sama. Katanya lebih baik jika dibaca bersama-samanya. Hanan tidak menafikan perkara itu, malah bila mereka membaca Al-Quran bersama, hatinya disapa rasa tenang dan seronok yang tidak mampu dia ungkapkan.

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian Hanan untuk terus menoleh. Kelihatan susuk tubuh seseorang yang dinantikan sejak dari tadi mulai masuk ke dalam bilik yang dihuni olehnya.

"Baru siap solat?" soal Qairul mula menghampirinya dengan wajah yang tidak sudah-sudah dihiasi dengan senyuman.

Hanan angguk kepala. Bibirnya turut tersenyum melihatkan senyuman suaminya.

"Saya minta maaf sebab tak tunggu awak, lagipun hari ni saya rasa awal pula mengantuk." Memang betul, dia rasa berat sangat hari ni sampaikan dia pun turut menumpang sekali semasa menidurkan Anas.

Tempat di sebelah Hanan menjadi pilihannya untuk melabuhkan duduk. Wajah bersih Hanan yang masih bertelekung itu ditatap tenang.

Tapak tangannya naik memegang sisi kepala Hanan lalu dengan lembut ibu jari kasarnya mengelus dahi licin isterinya dengan senyuman pendek.

"Tak apa, kali ni saya maafkan. Esok kita solat sama-sama ya?"

Hanan angguk laju. Akur dengan segala permintaan Qairul tanpa membantah.

"Okey, Sir!" Hanan tarik sengihan sehingga menampakkan barisan gigi putihnya sebelum dia hendak bangun dari duduk.

"Hanan.."

"Ya?" Sahut Hanan. Anak mata dijatuhkan ke arah tangan besar Qairul yang memaut lengannya yang berlapik dengan telekung.

Baru sahaja Hanan hendak kembali duduk tetapi tak diduga dia apabila tarikan Qairul itu membuatkan dia jatuh terduduk di atas riba lelaki itu. Lagi menambahkan rasa terkedu nya apabila kedua-dua tangan Qairul saling melingkar mengelilingi pinggangnya. Wajahnya pula menyembam penuh ke lehernya membuatkan Hanan mengeras duduk di atas riba Qairul.

"Eh, kenapa menangis ni?" Terkejut bukan kepalang dia apabila esak tangis lelaki itu kedengaran di celah lehernya. Biarpun perlahan tetapi telinga lintah nya cekap mendengar.

Lelaki itu hanya senyap, tidak menjawab soalannya. Semakin kuat pula pelukan di tubuh Hanan. Dengan penuh lembut, Hanan menggosok belakang tubuh Qairul agar dapat menenangkan lelaki itu.

Suasana yang terasa sepi ini, dibiarkan berterusan. Buat masa ini, biar lah Qairul meluahkan rasa.

Setelah merasakan keadaannya sudah reda. Qairul mula membuka suara.

"saya rasa cukup gembira hari ni. Saya rasa macam mimpi pula mama cakap baik-baik dengan saya. Mama dah tak bencikan saya, Hanan." Luahnya dengan perasaan bercampur-baur.

Hanan yang mendengarkan itu, tersenyum nipis. Dia tahu punca sebenar Qairul seperti ini. Gara-gara itu juga lah dia sengaja membiarkan Qairul lebih banyak  bersama dengan mamanya. Dia tahu Qairul mesti rindukan saat-saat yang dinantikan selama ni.

Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja hari ni. Debaran yang terasa di dada menghilang sekelip mata sahaja apabila suasana bertukar riuh rendah. Tidak lagi bercampur dengan anak saudaranya yang berkeliaran di dalam rumah.

Sewaktu Zailatul mengatakan kandungannya sudah mencecah 21 minggu, rasa terkejut itu tidak mampu dia tutupi. Masa 10 tahun itu terasa sungguh sekejap. Tak pernah Hanan sangka dalam masa itu juga dia sudah dikurniakan 2 orang anak saudara. Ni tak lama lagi dia bakal dikurniakan pula seorang anak saudara. Hanan tumpang gembira mendengarkan khabar itu.

Telapak tangannya dibawa pada kedua-dua pipi Qairul lalu wajah itu diangkat agar menentang matanya. Perasaan malu yang sentiasa melekat dalam dirinya entah hilang ke mana.

"You teach me how to be sabr and I remember what you told me before this. You always tried to do the best for mama. And now, Allah hears what you've been praying for all this time. Hebat kan kuasa Allah ni? Dia boleh membolak balikkan hati manusia ni bila-bila masa sahaja, tak kira lambat atau cepat, kan?"

Mendengarkan itu. Hati Qairul berasa lebih lapang sebelum ni. Senyuman lebar di bibir isterinya turut dibalas. Qairul mendekatkan wajahnya ke wajah Hanan lalu bibir itu dikucup sekilas.

Kejung Hanan dibuatnya.

"Kalau bukan sebab awak juga. Mungkin sampai sekarang mama masih dingin dengan saya," ujarnya merenung anak mata hazel itu dalam.

Qairul cuba menahan tawa melihat rona merah di kedua-dua belah pipi gadis itu. Suka betul dia melihat wajah Hanan yang dah bertukar macam tomato itu. Dalam kepalanya sudah bermacam-macam idea hendak mengusik isterinya.

Hanan sudah tunduk sambil muka memalingkan ke arah lain. Wajahnya kian memerah membuatkan rasa malunya berganda-ganda dalam dirinya. Bibir diketap kuat. Debaran di dadanya usah dicakap lah saat ini, rasa macam tengah buat larian balapan!

Tiba-tiba dagunya dicekup lalu ditarik ke hadapan semula. Terkebil-kebil Hanan pandang wajah Qairul yang betul-betul tinggal sejengkal sahaja dengan dia. Darah kembali menyerbu ke mukanya.

"Do you want to know? When you're shy like this, you look many times more beautiful. That's why I like to make you blush like this." Gemersik suara Qairul menyapa halus ke halwa telinganya.

'Buk!'

"Aduh! Sakit lah..." Tangan dibawa lekap ke bahagian dadanya yang terasa sakit gara-gara tumbukan Hanan. Bukan main kuat lagi tumbukan itu dilepaskan sehingga terpejam matanya menahan sakit.

Bibir diketap kuat. "Awak tu! Awak kalau sehari tak usik saya memang tak sah kan? Hish! Bencinya lah!" marahnya geram. Rasa bersalah sedikit menyelinap apabila Qairul masih memejamkan matanya dengan dahi berkerut.

Sakit sangat ke dia pukul?

Tangan kanannya naik mengusap sedikit tempat tumbukan di dada Qairul. Riak bersalah mula bermain di wajahnya. Nampak gaya macam sakit sangat je dia tumbuk lelaki itu.

Qairul mencelikkan matanya sedikit. Seluruh pelusuk wajah Hanan diperhatikan dalam diam sebelum tawanya terburai.

"Cuak betul muka dia tadi. Ni kalau saya tangkap gambar ni boleh buat kenangan ni. Risau juga ya awak dekat saya?"

Riak wajah bersalah yang bermain di wajahnya sebentar tadi terus terpadam. Hanan menjeling Qairul tajam. Kecik besar, kecik besar je dia tengok Qairul ni. Melebih betul gurauan pakcik ni!

Diam Hanan membuatkan bibirnya tidak semena-mena mengukirkan senyuman pendek. Tahu lah dia saat ini Hanan tengah menahan marahnya. Dia dah terlalu kenal dengan diam gadis itu.

Tangan kanan Hanan yang jatuh itu dipegang sebelum dibawa ke wajahnya. Senyuman manis ditarik.

"Marah eh?"

Sepi.

Qairul angkat sebelah kening. Wajah dingin Hanan masih terlakar. Senyum manisnya terus bertukar senyum senget. Dia tahu apa yang perlu dia buat untuk memujuk gadis itu.

"I see... how about we start this first?"

Dahi Hanan dikucup lama kemudian turun ke puncak hidungnya. Wajah sengaja dijauhkan daripada Hanan untuk melihat raut wajah Hanan.

Semakin menjadi-jadi darah menyerbu ke muka Hanan. Pecah tawa Qairul menyaksikan itu.

"Ey! Sejak bila awak jadi gatal macam ni?!" Marah Hanan geram. Mana dia nak letak muka malu dia ni?

"Sejak tadi, mungkin?" usik Qairul lagi dan lagi. Tawanya masih belum reda.

Hanan ketap bibir apabila tawa Qairul menembusi gegendang telinganya. Akibat rasa malu yang berganda, dia terus menekup muka dengan kedua-dua tangan yang masih berselubung dengan telekung lalu menyembamkan mukanya ke dada Qairul. Sempat dia mencubit tepi perut Qairul sehingga Qairul mendesis kesakitan.

"Menyesal betul saya pujuk awak. Lepas ni saya malas dah nak pujuk awak! Orang buat baik, dia balas kat kita macam ni. Benci lah awak ni!" ujar Hanan dengan suara tenggelam timbul. Qairul tertawa kecil sambil mengusap bekas cubitan yang ditinggalkan oleh Hanan.

Cubitan Hanan bukan biasa-biasa hahaha...

Perlahan-lahan tangan kanannya mengusap belakang kepala Hanan. Dagu dilabuhkan ke atas kepala isterinya yang masih bersalut dengan telekung. Mata terpejam rapat sambil mengambil bauan dari sisi Hanan. Tenang.

"How much you hate me. I'm always love you, violet..."

🌸🌸🌸

Hshshs bab ni panjang sikit. Tanda maaf sekali lagi. Fikir nak healing kejap last ii healing sampai healang pulak hdjejds.

Yang mendoakan sy sepanjang sy menghilang ni terima kasih🤍

Insyaallah, bulan ni sy akan tamatkan juga PR. Tinggal lagi 3 bab je, tak lama pun okey.

Doakan sy sentiasa bersemangat. Tak minta banyak pun, doakan sy sentiasa sihat selalu pun dh cukup bagi saya. Okey?🤍

I love all my readers!🤍

Sincerely,
niksaera

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top