Bab 65

          Mejanya yang berselerak, Hanan biarkan dahulu. Kakinya mencangkung ke lantai sambil mengintai ke bawah meja. Habis satu lantai matanya jadi penyapu, namun barang yang dia cari masih tidak ditemui.

Hanan gigit bibir. Dia terus bangun. Tangan di bawa ke dahi lalu mengetuk perlahan, berkali-kali dia berbuat benda yang sama. Tak cukup dengan itu kakinya mula mundar-mandir berjalan mengelilingi bilik pejabatnya.

"Macam mana boleh hilang ni? Aku letak mana?" Bebel Hanan. cuba mengingati balik. Fikirannya kusut. Sekali lagi dia cuba meraba bahagian lehernya yang terselindung dengan tudung. Berharap rantai yang dia pakai selama ni masih tersarung di lehernya.

Pengharapan menjadi hampa apabila lehernya terasa kosong. Hanan berdecit. Kegusaran di hatinya semakin menggila.

"Please... ingat balik kau letak mana, Hanan?" Kepala diketuk agak kuat. Rasa geram terhadap dirinya yang agak cuai.

Macam mana kalau rantai tu hilang? Sudah lah hanya rantai tu sahaja dia bergantung harap agar dapat mencari keluarga kandungnya.

Hanan mula terasa ingin menangis. Bermacam-macam kerisauan yang melanda dalam kepalanya. Kakinya mula menggedik. Salah satu cara untuk menenangkan dirinya sendiri.

Tuk!

Kepalanya yang tertunduk segera terangkat apabila pintu bilik pejabatnya dibuka oleh seseorang. Matanya bertentangan dengan mata Harriez sebelum beralih di sebelah lelaki itu. Si abang turut ada.

Haiyan mengukir senyuman tipis. Hanan turut membalas namun, jelas kelihatan hambar di dalam senyumannya.

"Kenapa bilik ni bersepah sangat?" Tegur Harriez. Dahinya berkerut memandang meja Hanan yang berselerak dengan segala jenis file. Menyemak betul.

Hanan bermain dengan jarinya. Takut-takut dia pandang Harriez. Dia tahu, Harriez cukup pantang dengan kekemasan.

"Saya minta maaf, saya tengah cari barang saya. Barang saya hilang. Saya janji lepas ni saya kemas balik." Perlahan suara Hanan berkata. Kedengaran tidak bermaya sahaja.

Haiyan pandang Harriez. Harriez yang perasan cara pandangan abangnya mengangkat sebelah keningnya.

"Hanan hilang barang apa?" Tegur Haiyan setelah lama dia diamkan diri dan perhatikan tindak tanduk adiknya dengan Hanan.

Hanan menggigit bibirnya.

"Saya cari rantai saya. Saya tak ingat saya letak kat mana tapi saya rasa saya tak tanggal kat mana-mana pun rantai tu. Entah macam mana boleh hilang." Hanan mengeluh perlahan. Kepalanya dah sesak memikirkan di mana lagi dia perlu cari.

Hanan dengan sikap cuainya tiada pisahnya.

Mendengarkan itu, tubuh Haiyan automatik mengeras. Bibirnya terus terkatup rapat. Jantungnya berdetak kencang. Wajah Hanan direnung dalam.

Lama dia merenung wajah Hanan yang kelihatan kusut itu sehingga Harriez menepuk bahunya perlahan. Kepala laju menoleh Harriez yang sudah memandangnya pelik.

"Kau kenapa? Okey tak?" Soal Harriez perlahan. Hanya mereka berdua sahaja mendengar. Nada suara Harriez kedengaran risau dengan diam abangnya. Dia pun perasan dengan cara Haiyan memandang Hanan itu sangat berlainan.

Bagaikan ada sesuatu yang cuba Haiyan sembunyikan daripadanya.

Haiyan cuba berlagak biasa. Nafas ditarik dalam sebelum kepalanya mengangguk.

"Aku okey je." Balasnya perlahan.

Tiba-tiba Haiyan keluarkan dompet dari kocek seluarnya. Lama lelaki itu membelek di dalam dompetnya sebelum seutas rantai dikeluarkan dari tangannya.

"Hanan..." Panggil Haiyan. Hanan yang membelakangi mereka masih gigih mencari rantai itu.

Hanan laju memusingkan kepala. Mata Hanan terbuntang menyaksikan itu. Laju langkahnya membawa mendekati Haiyan dan Harriez yang kekal berdiri tidak jauh dari mejanya kerjanya.

"Ni rantai milik Hanan kan?" Rantai di tangannya, di hulurkan ke arah Hanan. Hanan kelihatan sangat tergamam. Dia mengangkat wajah merenung Haiyan yang masih tenang dengan bibir tersenyum manis.

"M...macam mana boleh ada dengan awak? awak jumpa kat mana?" Hanan pandang Haiyan dengan riak terkejut. Hatinya yang pada mulanya gusar kembali tenang tatkala rantai yang dicari kini dihadapan matanya.

Haiyan tersengih. Rantai di tangannya dipandang lalu dibelek-belek.

"Saya jumpa dekat sofa lepas Hanan keluar dengan Anas hari tu. Tak sangka rantai ni milik Hanan." Ucapnya perlahan. Kepalanya kembali terangkat memandang Hanan penuh makna.

Hanya mata sahaja mampu berbicara tatkala mulut tidak mampu mengungkapkan kata-kata.

Hanan tertunduk ke bawah seketika apabila Haiyan masih tidak mengalihkan pandangan darinya. Cara Haiyan memandangkan membuatkan dia tidak selesa.

Hanan senyum kekok. Rantai yang dihulurkan itu, diambil. "Terima kasih..."

Kini rantai itu sudah kembali beralih ke tangannya. Hanan tersenyum lega. Erat dia genggam rantai di dalam genggamannya. Betapa sayangnya dia terhadap rantai ini.

Gerak geri Hanan, Haiyan perhatikan dengan perasaan bercampur baur.

"Hanan dah tahu yang saya akan bawa Aisyah ke Sabah esok?" Suaranya, sengaja membuka topik lain dari melayan perasaannya yang tiba-tiba sahaja tidak menentu.

Hanan mengerutkan dahinya. Harriez yang masih berdiri di sebelah Haiyan dipandang. Lelaki itu hanya beriak selamba.

"Eh, bukan lusa ke?" Duga Hanan. Anak matanya memancing ke arah Harriez tajam.

Kenapa Harriez cakap lusa tapi si abang cakap esok? Bertuah punya majikan!

Haiyan tertawa halus. "Tak ada lah. Esok, saya dan Aisyah akan ke Sabah. Anas akan duduk dengan ibu. Boleh lah awak ganti tempat saya dan Aisyah seketika kan?"

Hanan turut tersenyum. Tiba-tiba dia membayangkan si kecil di rumah. Rindu pula bila diingatkan balik.

"Kalau macam tu esok saya pergi hantar awak dan Aisyah ke airport boleh?"

Haiyan pandang Harriez di sebelah. "Boleh je. Saya tak ada masalah, cumanya tanya lah boss awak kat sebelah saya ni. Mana tahu dia tak izinkan awak keluar sekejap waktu bekerja kan?" Bahu Harriez di tepuk. Lelaki itu hanya diam.

"Alah, Tuan Harriez mesti bagi punya. Kan tuan?" Hanan kerling ke arah Harriez. Sengaja mengerdipkan mata berkali-kali. Ingat comel lah tu.

"Anggap sahaja ni sebagai ganti tempat aku. Kau wakilkan aku. Kau pun tahu kan aku tak boleh pergi esok? Ada meeting," ujarnya kepada Hanan. Gadis itu pantas mengangguk. Tersungging senyuman lebar di bibirnya.

Majikan dia awal-awal dah bagi greenlight! Mana tak gembira hatinya kan?

"Riez..." Haiyan menyeru nama Harriez, serius. Kepalanya menggeleng perlahan. Air mukanya menunjukkan benar-benar tidak gemar dengan panggilan Harriez terhadap Hanan.

Harriez yang sudah tahu apa yang bakal terjadi hanya mengeluh lemah. "Aku tak biasa lagi lah." Katanya masih membela dirinya.

Haiyan menggeleng. "Biasakan. Hanan ni perempuan. Jangan buat perempuan ni macam member-member lelaki kau." Tegas Haiyan menegur. Harriez pula diam.

Serba salah Hanan dibuatnya tatkala menyaksikan dua adik beradik ini berbicara dalam serius.

Hanan mengetap bibir. Suasana tiba-tiba terasa tegang apabila Haiyan bersuara begitu. Terasa auranya berlainan bila Haiyan yang setia dengan wajah manis bertukar serius. Fuh, boleh terbalik dunia ni.

Haiyan mengerling jam di tangan kanannya. Wajah Harriez dipandang sebelum bahu si adik di tepuk.

"Riez, aku keluar dulu. Ada hal nak selesaikan. Ingat pesan aku. Jangan nak berkasar dengan Hanan lagi, kalau tidak aku bagitahu ibu." Pesannya. Sempat mengugut dengan nama ibunya.

Harriez mencebik tidak puas hati. Mukanya masam.

"Ye lah, Riez dah tak panggil Hanan macam tu. Tak payah lah bagi tahu ibu." Kata Harriez kedengaran jengkel. Haiyan hanya buat tidak peduli lalu melangkah keluar ke arah pintu.

Suasana semakin bertambah sepi apabila kini hanya tinggal Harriez di ruang pejabatnya. Hanan ketap bibir. Jari jemarinya sudah mula bermain sesama sendiri.

"Kau kenapa tercegat macam patung kat sini lagi?"

Hanan berpaling tatkala Harriez menegurnya. Macam nak marah pun ada. Hanan menggaru pipinya.

"Habis tu saya nak kena buat apa?" Soalnya polos. Terkebil-kebil matanya bila direnung tajam oleh Harriez.

"Kau lupa atau buat-buat lupa? Pagi tadi aku ada suruh kau hantar file dekat depan meja aku tapi sampai sekarang kau tak hantar, sebab tu aku cari kau kat sini."

Kata-kata Harriez itu membuatkan wayar otaknya kembali bersambung. Serta merta matanya membulat. Perlahan Hanan mengetuk kepalanya sendiri.

Macam mana dia boleh lupa hal penting macam ni?!

"Alamak, saya lupa. Maaf tuan. Kejap saya cari." Laju kaki Hanan melangkah ke arah mejanya yang berselerak itu. Segala jenis file di mejanya digeledah sekali lagi.

Harriez hanya memeluk tubuh sambil memerhatikan gerak geri Hanan yang kelihatan kalut itu. Macam dia tak perasan mimik wajah cuak Hanan itu. Bukan main pucat. Bebelan kecil di bibir gadis itu juga sempat di tangkap dengan telinga lintah nya.

"Macam mana aku boleh lupa? Mati aku lepas ni!" Bebel Hanan perlahan.

Harriez menahan bibirnya dari tersenyum. Lucu pula dia melihat Hanan di matanya ini, tak ubah macam kanak-kanak yang kalut takut dimarahi oleh ibunya pula.

"Ni file nya tuan, saya minta maaf sebab terlepas pandang." Pohon Hanan serba salah. File dihulurkan kepada Harriez.

Harriez menyambut. Mimik mukanya masih begitu. Serius.

Kepala Hanan sedikit tertunduk. Rantai di dalam genggaman tangannya dimain-mainkan. Cara untuk menenangkan diri daripada sikap gelabah biawaknya.

"Tak apa, lepas ni kemas pejabat ni. Lagi satu aku nak pesan. Lepas ni kau jangan nak cuai sangat. Dah tahu barang tu berharga jaga baik-baik."

Terangguk-angguk Hanan mendengar pesanan Harriez. Fikirnya Harriez mahu keluar, namun lelaki itu masih terpacak merenung rantai di tangannya. Hanan berkerut. Rantai di tangannya dan Harriez dipandang silih berganti.

"Tuan?" Sebelah tangannya melambai-lambai di hadapan muka Harriez. Riak wajah hairan terukir di mukanya tatkala melihat perubahan air muka Harriez mendadak.

"Rantai tu, kau beli? Atau ada seseorang bagi dekat kau?" Soal Harriez tiba-tiba ingin mengambil tahu. Lama rantai itu ditenung.

Hanan tunduk merenung rantainya kembali. Jari jemarinya mengusap perlahan rantai mutiara putih itu. Tidak semena-mena bibirnya tersungging senyuman kecil.

"Ada seseorang bagi dekat saya, seseorang tu sangat penting dalam hidup saya. Orang yang saya carikan selama ni." Hanan tersenyum. Entah kenapa hatinya tiba-tiba terbuka mahu meluah segala rasa ini kepada Harriez.

Padahal lelaki itu bukan siapa-siapa dalam hidupnya.

"Kalau saya jumpa dia, mungkin saya akan peluk dia. Saya tak kesah perbuatan dia selama ni. Saya tak pandang kesah silam dia..." Hanan jeda. Rantai di dalam genggaman tangannya direnung dengan perasaan hiba. Air mata mula bergenang di pelupuk matanya.

"Saya cuma nak dia tahu, saya tetap sayangkan dia walaupun dia pernah buang saya. Dia tetap cinta hati pertama saya."

🌸🌸🌸

           Hujan lebat yang berterusan di luar, membuatkan Hanan berkira-kira mahu redah membuka pintu pagar di luar rumahnya. Jari jemarinya mengetuk berkali-kali di permukaan stereng keretanya. Otaknya masih ligat berfikir jalan penyelesaian yang lain. Naik buntu dia memikirkan bagaimana dia nak masuk ke dalam.

Payung? Sudah dia geledah di kerusi belakang, namun bayang payung kesayangannya langsung tidak kelihatan. Hanan masih ingat dia pernah gunakan payung yang sedia ada dalam keretanya sebulan yang lalu tapi dia tak pasti, dia masukkan balik ke dalam kereta atau dibiarkan payung itu di luar rumahnya sahaja.

Setelah mengambil masa yang lama untuk berfikir, akhirnya Hanan mengambil keputusan untuk redah sahaja.

"Apa salahnya sekali-sekala aku main air hujan kan?" Hanan angkat bahu. Jari jemarinya awal-awal pegang pemegang pintu. Tunggu masa je nak tarik.

Dengan kiraan 1,2 dan 3 di dalam hatinya. Laju Hanan menarik dan menolak pintu keretanya. Kunci di dalam genggaman sudah siap-siap diperkemaskan.

Tergopoh-gapah Hanan berlari ke arah pintu pagar rumahnya sambil sebelah tangannya menutup kepalanya. Mangga pintu dipegang lalu di masukkan kunci, namun bila dah gelabah. Automatik jadi kucar kacir. Hanan berkerut marah. Sekali lagi dia cuba masukkan kunci di dalam lubang mangga.

Sedang Hanan berperang dengan mangga yang tidak mahu memberi kerjasama, Hanan merasakan tubuhnya bagaikan dilindungi dari hujan. Laju kepalanya mendongak ke atas. Terkedip-kedip anak matanya merenung permukaan payung di atas kepalanya. Wajah blur di tayang.

"Awak nak berdiri kat sini berapa lama? Saya dah kesejukan ni."

Hanan laju pusingkan tubuh ke belakang tatkala suara seseorang yang amat dikenali menyapa halwa telinganya. Alangkah terkejutnya dia melihat Qairul berdiri di belakangnya sambil menghalakan payung ke arahnya, membiarkan tubuhnya sendiri basah kuyup.

"Awa..."

"Awak bukakan pintu dulu, boleh? Hujan lebat ni. Nanti bila dah masuk baru kita bercakap." Cantas Qairul laju. Bibirnya sudah mula bergetar-getar menahan kesejukan air hujan di serata tubuhnya.

Hanan diam sebentar, namun permintaan Qairul tetap dituruti. Hanan tanpa membuang masa, dia kembali berusaha membuka kunci mangga nya. Pintu pagar ditolak laju. Tangan Qairul yang memegang payung itu digenggam lalu ditarik masuk ke dalam perkarangan rumahnya.

"Awak dah gila?!" Jerit Hanan dengan muka tegang. Genggaman dilepaskan. Wajah Qairul yang basah ditatap penuh tajam.

Qairul meraup wajahnya yang basah. Tidak semena-mena senyuman kecil tersungging di bibirnya. Hanan yang melihatnya semakin berapi.

Dalam suasana serius pun, lelaki itu masih boleh tersenyum?

"Ya, saya memang gila. Saya gilakan awak." Balasnya selamba. Senyuman di bibirnya semakin melebar membuatkan Hanan merenungnya bagaikan nak ditelan hidup-hidup.

"Awak tak payah nak loyar buruk sangat boleh tak? Tak lawak lah." Marah Hanan garang. Sampai merah muka gadis itu. Riak jengkel tidak dapat dibendung lagi.

Qairul tersengih. Geli hatinya melihat muka berkerut-kerut  Hanan. Dengan merahnya. Marah gadis itu langsung tidak mengentarkan dirinya, malah mencuit hatinya ada lah.

"Jangan lah marah. Saya minta maaf, okey?" Qairul mengalah. Suaranya dilembutkan. Cuba meredakan suasana yang terasa tegang.

Hanan menarik nafas dalam. Menenangkan dirinya daripada rasa marah yang membuak-buak. Qairul dikerling. Air mukanya mula mengendur melihat keadaan suaminya.

Tumpah rasa kesiannya apabila kelihatan disebalik baju kemeja merah yang melekat di tubuh Qairul, terdapat gigilan kecil. Bibir lelaki itu juga turut bertukar keunguan walaupun senyuman masih terpasang di bibirnya.

"Awak ada baju lebih? Boleh tumpang mandi rumah saya sekejap," soal Hanan. Wajahnya beriak kerisauan.

Qairul menggeleng.

"Tak, saya tak bawa. Tak apa lah, bukan selalu saya basah sebab mandi hujan macam ni. Lagipun saya lebih rela berhujan dari biarkan awak berdiri dalam hujan. Saya tak nak awak sakit." Sambil berkata, anak matanya memandang Hanan dengan pandangan redup. 

Qairul mendekati Hanan. Sengaja merapatkan jaraknya dengan Hanan. Hatinya sedikit terasa lega apabila Hanan tidak menolaknya, malah gadis itu turut berbalas pandangan dengannya. Qairul senyum tipis.

"Saya pergi dulu, jangan lupa kunci pintu pagar dan rumah. Awak tu sorang-sorang, tak ada siapa yang temankan awak jadi jaga diri awak baik-baik ye?" Pesan Qairul. Tangannya mengangkat mengusap sisi kepala Hanan yang berbalut dengan tudung itu sebelum perlahan-lahan dia jatuhkan tangannya ke sisi.

Qairul mengambil langkah menjauhi Hanan. Baru sahaja Qairul berura-ura mahu pergi, tiba-tiba Hanan menggapai lengannya. Terhenti terus kaki Qairul yang hendak melangkah.

"N...nanti."

Hanan gigit bibir bawahnya. Lengan Qairul dipegang kejap. Dadanya yang berdegup laju cuba ditenangkan dengan hembusan nafas kasarnya.

"Saya rasa saya ada baju yang besar sesuai dengan awak. Boleh lah awak pakai. Jangan biarkan awak basah macam tu. Mandi je lah sini. Saya izinkan, lepastu awak balik lah." Ujar Hanan sedikit tertunduk, sengaja mahu larikan wajahnya dari ditatap Qairul. Mukanya tengah panas akibat menahan malu ni.

"Betul ni awak okey?" soal Qairul meminta kepastian. Agak terkejut juga Qairul dengan perubahan Hanan yang berlembut hati dengannya.

Bagi Qairul, itu satu perubahan yang baik. Hanan sudah boleh berunding dengannya. Itu pun Qairul dah bersyukur.

Hanan mencebik. Kedengaran bibirnya menyinis. "Ya, tapi jangan ingat saya baik dengan awak hari ni. Hari seterusnya kita akan baik dan terus baik. Saya bagi awak tumpang rumah saya pun sebab kesian je." Kata Hanan sarkastik. Nadanya kedengaran keras.

Qairul kembali menghampiri Hanan lalu tangan kasarnya mencapai jari jemari Hanan. Kucupan lembut dilabuhkan di belakang tapak tangan Hanan membuatkan gadis itu benar-benar terkejut dengan tindakan Qairul yang tidak pernah diduga. Qairul angkat kepala. Merenung segenap muka Hanan yang dirindui bertahun-tahun lamanya ini. Mata mereka bertentangan. Disebalik mata itu masing-masing mempunyai perasaan yang tidak mampu diungkapkan.

Qairul mengukir senyum di bibirnya. Hanan yang melihatnya agak terpegun kerana senyuman Qairul benar-benar mampu membunuh jantungnya yang tiba-tiba maraton. Hanan menunduk. Tangannya sudah berpeluh-peluh.

"S...saya ambilkan awak tuala sekejap lepastu awak pergi lah terus bilik air." Laju-laju Hanan masuk ke dalam rumah meninggalkan Qairul yang terkebil-kebil buat seketika dengan tindakan Hanan itu. Air muka Hanan tadi sempat ditilik. Semakin melebar senyuman Qairul sebelum dia menghamburkan tawa halus kemudian kepalanya menggeleng kecil.

Hanan...Hanan...masih sama macam dulu. Sikap gabranya tidak pernah lupus dalam ingatannya.

"Nah, ni tuala awak." Tuala dihulurkan. Qairul hanya menyambut dengan bibir tidak lekang dengan senyuman manis.

"Thank you sayang..." Ucapnya, kedengaran tulus. Air muka Hanan ditilik dan ya! Wajah Hanan sudah kembali naik merah.

Hahaha! Ini yang dia suka ni!

Tanpa berkata apa-apa Hanan mengetap bibir. Muka gadis itu sedikit berkerut marah. Hanan menjeling dia sekilas lalu membiarkan sahaja kata-kata Qairul itu langsung tidak berbalas. Kakinya monolog ke arah kereta yang masih terpasang di luar pagarnya. Lebih baik dia masukkan keretanya dari melayan Qairul yang semakin hari semakin berani berperang mulut dengannya.

Dalam hati Qairul, tidak putus-putus dia mengucap syukur. Mungkin ini hikmahnya. Hanan sudah mula berlembut dengannya pun dia rasa gembira tak terhingga. Tak sia-siakan dia sanggup meredah hujan demi melindungi isterinya?

Selama ni dia hanya mampu perhatikan Hanan melalui dalam kereta. Hanan langsung tidak menyedari kehadirannya. Itu yang membuatkan kerjanya lebih mudah. Allah benar-benar memudahkan urusannya. Mendengar segala doanya. Qairul mengusap mukanya perlahan. Dadanya terhimpit rasa sebak.

Tak sangka, walaupun dia pernah jahat kepada Hanan tapi Allah masih baik dengannya, memperkuatkan lagi ikatan mereka. Malah, Allah masih memberi peluang untuk dia kekal menjadi suami kepada isterinya, Hanan Zulaikha.

Qairul tak akan sia-siakan peluang yang diberi. Dia akan cuba sedaya upaya, usaha untuk menunggu gadis itu. Disebalik anak mata kebencian Hanan terhadapnya, dia yakin. Hanan masih menyayanginya. Buktinya, Hanan masih boleh berlembut dengan memberi dia menumpang rumah gadis itu buat seketika. Bukan setakat itu, sentuhan yang diberi pun membuatkan gadis itu sudah tidak senang duduk.

Mungkin sekarang Hanan tidak mampu memaafkan segala kesalahannya di masa lalunya. Dia sedar, kesilapannya terhadap Hanan terlalu besar sehingga membuatkan hati gadis itu berbekas dalam. Masih dia ingati wajah penuh kebencian Hanan sewaktu awal-awal pertemuan mereka.

Qairul menggengam tangannya sendiri. Bibirnya senyum tawar.

Dia sanggup, mungkin ini balasannya setelah bertahun-tahun melukakan hati gadis yang tulus mencintainya. Biarpun perit menunggu bertahun-tahun Hanan mahu menerimanya, dia sanggup. Kerana hatinya dah lama berpenghuni tanpa disedari.

Sejak kehilangan jejak Hanan, dari situ Qairul sedar dengan perasaannya sendiri.

Dia dah lama jatuh sayang dengan Hanan.
Malah, cinta. Kehilangan gadis itu memberikan dia impak yang besar. Kali ini, Qairul tak akan biarkan peluang itu terlepas lagi sekali. Selagi Hanan miliknya, dia akan cuba terus-menerus memikat hati gadis itu.

Itu janjinya.

🌸🌸🌸

Happy reading!💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top