Bab 64

            Hanan membetulkan beg carriec di badannya. Sesekali dia jenguk ke hadapan  ke arah Anas. Anas macam tahu-tahu je dia berada di luar. Terlalu behave sangat!

Sedari tadi Anas diam sahaja memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang di dalam mall. Tidak merengek. Tangan kecilnya pula tidak habis-habis disumbat masuk ke dalam mulut. Jenuh Hanan nak tarik tangan si kecil keluar dari mulut comelnya.

"Jom kita shopping baju baby nenas Mama Nan ni. Kali ni Mama nak belanja baju untuk anak kesayangan mama." Pipi Anas dicubit lembut.

Tanpa membuang masa, kakinya melangkah masuk ke dalam kedai barangan jenis bayi. Baju bayi lelaki menjadi arah tujunya.

Sesampai sahaja di situ, matanya mula meliar. Baju berwarna kuning dan biru diambil. Rambang mata Hanan melihat berbagai-bagai jenis baju comel untuk bayi lelaki. Ada bercorak dinasour, itik, ayam dan yang paling dia minat teddy bear.

Ini kalau Anas pakai, dia lah yang paling teruja. Dia yang nak beli baju untuk Anas pun dia yang terlebih gembira.

Hanan mencapai baju bayi berwarna hijau bercorakkan dinasour. Dibelek-belek baju itu lalu sebelah tangannya lagi mengambil baju berwarna kuning. Corak sama, namun warna yang berlainan. Mata tertunduk memandang Anas yang turut terkebil-kebil melihat baju dikedua-dua tangannya.

"Anas rasa patut mama beli yang mana?" Hanan menyoal kepada Anas. Macam si kecil itu faham.

Tangan Anas bergerak-gerak ingin mencapai baju berwarna kuning di tangan kanan Hanan. Hanan tersenyum lucu.

"Anas nak yang ni? Okey mama ambil yang ni," ujar Hanan ceria. Anas seakan faham mula mengeluarkan bahasa bayinya. Riang sekali.

Setelah mengambil baju tidur, kini Hanan berjalan di tempat baju bahagian hoodie bayi. Entah kenapa dia tertarik dengan rekaan hoodie teddy bear itu. Nampak comel sekali.

Tangan Hanan membelek-belek hoodie bayi bercorakkan teddy bear itu. Dalam kepalanya sudah terbayang Anas berjalan sambil memakai hoodie itu. Nanti bila Anas dah besar, mesti bila Anas pakai nampak comel.

Hanan tersengih. Dia mula terbayang.

"Kenapa pegang je tu. Ambil je lah kalau dah suka."

Bayangan di kepalanya terus hilang tatkala disapa sebegitu. Pergerakan tangan Hanan terhenti.  Mendengarkan suara yang menegur, serta merta tubuhnya mengeras. Detak jantungnya mula tidak sekata. Suara yang dia dengari, amat familiar. Hanan sangat mengenali gerangan suara itu!

Hanan mengangkat kepalanya.

Anak matanya hazelnye bertembung dengan anak mata hitam lelaki tersebut. Lelaki itu mempamerkan senyuman tipis di wajahnya.

"Kenapa awak tengok saya macam tu? Terkejut sangat ke?" soal Qairul cuba menahan tawa melihat riak wajah Hanan yang jelas terkejut itu.

Hanan ketap bibirnya kuat.

"M...macam mana awak boleh ada kat sini? Awak stalk saya?" Hanan tidak menjawab soalan Qairul, malah ditanya kembali lelaki itu dengan riak wajah yang serius.

Qairul senyum tipis. Sempat dia melirik ke arah Anas yang terkebil-kebil memandangnya.

"Saya ingat lepas beli barang, saya nak jalan-jalan sekejap sebelum balik. Alih-alih saya nampak awak kat sini. Saya pun tegur lah awak. Tak salah kan?" Bibirnya masih utuh dengan senyuman manis.

Hanan mengecilkan mata. Riak wajahnya jelas sukar hendak mempercayai Qairul.

Sejak akhir-akhir ni pun Hanan perasan, dia sering bertemu dengan Qairul.  Bertembung tak dirancang pula tu. Kadang kala, Hanan dapat rasakan yang Qairul ni mengekorinya.

"Awak tipu." Kata Hanan keras. Serentak itu Hanan kembali meletakkan hoodie itu di tempat asal, lalu laju kakinya keluar mahu meninggalkan Qairul.

Senyuman di bibir Qairul terus pudar. Cepat-cepat lelaki itu menyaingi langkah Hanan. Sampai sahaja di sisi Hanan, lengan Hanan dicapai, namun Hanan segera menepis dengan menarik lengannya dari dipegang oleh Qairul.

"Apa awak ni pegang-pegang. Tak nampak ke orang tengah tengok kita sekarang ni?" Marah Hanan. Nada suara cuba dikawal daripada meninggi.

Qairul menghelakan nafas panjang. "Okey, saya tak pegang awak, tapi jangan lah lari daripada saya." Wajah Hanan ditatap penuh redup.

"Saya rasa saya dah pernah cakap dekat awak. Saya tak suka orang ceroboh hak privasi saya. Apa masalah awak sebenarnya?" Soal Hanan kasar. Dia langsung tidak pedulikan anak-anak mata yang mula menoleh ke arah mereka.

"Saya tak ceroboh hak privasi awak pun. Pertemuan kita memang tak dirancang, Hanan. Saya memang nampak awak, sebab tu saya pergi tegur awak." Gigih Qairul menerangkan perkara sebenar.

Hanan mendengus kasar. "Kalau dah nampak buat je lah tak nampak. Buat apa nak tegur saya? Awak dah tahu saya tak suka tapi awak tetap buat juga."

Qairul senyum tipis. Tanpa memperdulikan riak wajah Hanan, dia memegang lengan Hanan lalu ditarik rapat ke tubuhnya. Hanan yang tidak jangka agak terkedu dengan tindak tanduk berani mati lelaki itu.

Qairul menundukkan wajah meratapi ke sisi kepala Hanan.

"Macam mana saya nak buat tak nampak sedangkan saya sangat rindukan awak selama ni. Saya tak boleh dekat dengan awak tiap hari jadi apa salahnya saya tegur awak kan? Lagipun hanya awak  satu-satunya isteri saya. Saya tak akan pernah berhenti berusaha untuk dapatkan isteri saya kembali." Bisik Qairul  benar-benar membuatkan Hanan kaku.

Qairul tundukkan kepala memandang Anas yang melekat di tubuh Hanan. Si kecil turut merenungnya dengan mata bulat nya. Tidak semena-mena bibirnya melakar senyuman manis. Ibu jari kasarnya perlahan-lahan mengusap pipi gebu Anas.

"Comel." Ucap Qairul sepatah. Serentak itu Qairul tundukkan wajah mengucup pipi gebu Anas.

Sekali lagi Hanan terpana dengan tindakan Qairul itu.

Qairul angkat kepala. Anak matanya berlaga dengan anak mata tajam hazel itu yang tidak sudah-sudah merenungnya bagaikan mahu telan dirinya hidup-hidup.

"Awak nak shopping kan? Jadi jom lah shopping sama-sama. Sekurang-kurangnya saya ada teman nak ajak sama-sama." Tangan Hanan ditarik lalu digenggam kemas.

Hanan mengetap bibir. Anak matanya tajam merenung Qairul yang berani bertindak sedemikian. Hidungnya sudah kembang kempis menahan sabar di dadanya dengan kerenah Qairul.

"Siapa nak shopping dengan awak? Baik awak lepaskan saya sebelum saya buat kecoh kat sini." Ugut Hanan serius. Bengang habis wajahnya.

Namun, Qairul masih begitu. Langsung tidak lepaskan genggaman tersebut. Malah, genggaman tangannya semakin dipereratkan lagi.

"Awak tak boleh buat kecoh kat sini sebab sekarang pun semua mata dah tengok kita. Awak sanggup malukan saya depan orang ramai? Saya rasa tak." balas Qairul tidak kurang sama. Sempat Qairul membalas senyuman mesra orang-orang yang turut tersenyum melihat gelagat mesra mereka.

Berlapis dahi Hanan, serentak itu dia angkat wajah.  Matanya meliar memandang sekeliling. Air mukanya serta merta berubah cuak. Peluh dinginnya mula merenik menyedari ramai mata-mata yang turut memandang ke arahnya.

Kenapa tadi dia tak rasa malu, sekarang baru nak rasa malu? Apa kena dengan kau ni Hanan?

Benar apa yang Qairul cakapkan, ramai yang memandang ke arah mereka. Ada yang tersengih-sengih, tak kurang juga yang menampar lengan kawannya sambil tersengih kerang busuk. Nampak sangat kegatalan populasi anak muda zaman sekarang semakin meningkat.

Bibirnya diketap kuat. Langsung dia mendongak memandang Qairul yang turut memandangnya. Lelaki itu senyum sinis seakan mencabar kalau dia berani berbuat sedemikian. Macam tahu-tahu je yang dia tak akan berbuat begitu.

Mulut je main cakap nak buat tapi hati? Tidak pun. Hatinya lembut bagaikan sutera, sebab tu mudah sangat terkoyak rabak.

Hanan menarik nafas kasar. Wajah cuba dimaniskan walaupun sekarang Hanan rasa macam nak dicekik-cekik Qairul. Ingatkan perangai hantu dia dah tak ada rupa-rupanya masih tersisa, ya?

Diam Hanan membuatkan senyuman Qairul bertambah lebar.

Hanan hanya jeling ke atas melihat wajah gembira yang terlakar di wajah Qairul. Suka benar Qairul mengenakan dia. Dalam diam Hanan mengeluh. Nak tak nak dia perlu juga berjalan bersama Qairul.

Punah harapan dia nak bonding dengan Anas. Semua ni gara-gara Qairul punya pasal! Lepas ni memang dia nak tuntut Qairul kaw kaw. Siapa suruh cari pasal lagi kan?

🌸🌸🌸

         Aisyah membuka pintu rumahnya tatkala kedengaran bunyi ngauman kereta suaminya di luar. Kelihatan tubuh suaminya keluar dari perut kereta sambil sebelah tangannya memegang briefcase. Sebelah tangannya lagi menampung blazer.

Laju Aisyah menyarungkan selipar ke kakinya lalu melangkah menghampiri suaminya. Semakin dekat, semakin jelas tampak kepenatan yang terlakar di wajah suaminya.

Haiyan tersenyum nipis melihat Aisyah yang semakin menghampirinya. Seperti biasa, Aisyah akan mengambil briefcase di tangannya lalu menyalami tangannya penuh hormat.

Dan seperti hari-hari biasa juga. Penat macam mana pun tugasnya di pejabat, dia tak akan pernah lupa rutin hariannya.

Kepala Aisyah ditarik rapat ke wajahnya lalu dahi licin isterinya dikucup lembut. Malu-malu Aisyah apabila Haiyan berbuat begitu.

Walaupun usia perkahwinan baru 2 tahun, namun rasa malu itu tidak pernah pudar apabila Haiyan bertindak romantik sebegitu. Sudah lah mereka di luar rumah. Nasib hari malam, cuba kalau waktu siang? Rasanya ada kepala yang menjenguk-jenguk melihat mereka hahaha.

"Abang macam mana kerja hari ni? Okey?" soal Aisyah seperti biasa.

Haiyan angguk kepala. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah.

"Alhamdulillah, kerja abang okey cuma biasalah, penat sikit hari ni. Abang kena attend meeting dua kali hari ni." kata Haiyan. Wajah penatnya cuba ditutupi dengan senyuman di bibir.

Aisyah menggeleng lemah. "Abang bekerja-bekerja juga, tapi jangan lupa kesihatan abang tu." Pesan Aisyah. Haiyan hanya menayangkan sengihan tidak bersalah.

"Anas mana? Dah tidur dah?" Soal Haiyan. Kelibat anak lelaki cuba dicari dengan mata kasarnya. Biasa waktu-waktu sebegini Aisyah dan Anas akan duduk di ruang tamu.

"Dah, lepas Hanan bawa dia jalan-jalan terus dia tidur. Nampak sangat penat berjalan-jalan dengan mama dia."

Haiyan hanya tertawa mendengarkan itu.

"Biar lah Hanan tu, bukan selalu dia ada masa dengan anak lelaki kita sorang tu. Bila dah ada masa tu, takkan nak lepaskan peluang macan tu je kan?"

Aisyah mengangguk. Setuju dengan kenyataan suaminya.

"Abang nak air? Jiha boleh buatkan sekejap." Soal Aisyah.

"Boleh juga"

"Abang nak kopi?"

Spontan tangan Haiyan mencuit hidung Aisyah. Geram!

"Kalau abang minum kopi, nanti tak tidur lah abang. Abang tak nak tanggung kalau jadi apa-apa dekat Jiha nanti." Haiyan mengangkat kening, manakala Aisyah sudah berona merah apabila diusik. Lengan Haiyan dipukul geram.

"Mengada abang ni."

Semakin kuat tawa Haiyan melihat wajah cemberut isterinya.

"Abang gurau je. Buatkan abang air lain, asalkan bukan kopi." Ucap Haiyan masih dengan mood mengusiknya.

"Abang!" Kerana rasa malu yang kian menebal, berkali-kali lengan suaminya dicubit sehingga Haiyan mengaduh kesakitan.

"Okey, abang dah tak usik sayang dah. Senyum okey, jangan masam-masam macam ni." Wajah Aisyah yang kelihatan ingin merajuk itu cepat-cepat dipujuk.

"Kalau abang buat macam tu lagi, Jiha tak nak kawan dengan abang." Ugut Aisyah. Masih dengan sisa rajuknya.

Haiyan tersenyum kecil seraya mengangguk. Melayan sahaja rajuk kebudak-budakan isterinya itu.

"Jiha buatkan coklat panas untuk abang. Boleh kan?"

"Okey je, abang nak rehatkan badan abang kejap dekat sofa. Nanti abang pergi kat dapur sendiri."

Aisyah mengangguk. Seraya itu dia berjalan ke dapur ingin membuat air untuk suaminya tercinta.

Haiyan merebahkan tubuhnya ke sofa. Matanya terpejam rapat menikmati kenikmatan tubuhnya bertemu dengan sofa empuk itu. Tengah ralit dia membetulkan kakinya di lantai tiba-tiba Haiyan terasa dia terpijak sesuatu benda yang keras.

Perlahan-perlahan Haiyan mencelikkan matanya. Tubuhnya yang menyandar kembali tegak lalu dia tunduk ingin mengambil sesuatu di kakinya.

Dahinya berkerut seribu. Seutas rantai di dalam genggaman direnung dalam. Wajahnya tiba-tiba bertukar serius.

"Kenapa aku rasa macam pernah tengok rantai ni?" Soal Haiyan sendirian. Otaknya dikerahkan agar mengingati balik di mana rantai ini pernah dia ketemui.

Hatinya terasa sesuatu.

"Abang tengok apa tu?"

Suara Aisyah yang menyoalnya membuatkan Haiyan pantas genggam rantai di dalam tangannya. Air mukanya yang serius sebentar tadi, sekelip mata berubah tenang.

Haiyan angkat kepala. Bibirnya tersungging senyuman. "Tak ada apa lah, tadi barang abang jatuh." Nafi Haiyan.

Rantai di dalam genggaman dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Haiyan hanya beriak seperti biasa bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Mug di tangan Aisyah, dia capai. Sempat dia meminta Aisyah menemaninya sambil minum.

"Lusa abang outstation ke sabah kan?" Tanya Aisyah. Topik perihal kerja suaminya menjadi perbualan.

Anggukan yang Haiyan berikan membuatkan wajah Aisyah bertukar sedih. Perasan akan riak wajah isterinya yang mendung itu, Haiyan meletakkan mug di atas meja hadapan sofanya, kemudian perlahan-lahan bahu Aisyah ditarik rapat ke arahnya.

"Aih, tak akan dah rindu dah? Abang belum pergi lagi pun muka dah monyok." Wajah Aisyah dicuit halus. Haiyan cuba menyembunyikan senyuman di bibir.

Aisyah menunduk sedih. Jarinya melukis di tapak tangan suaminya.

"Kalau Jiha kata nak ikut abang pergi outstation sana, abang bagi tak?" Aisyah bermain dengan jarinya. Takut-takut dia nak pandang wajah suaminya.

Haiyan tertawa kecil. Tangan kasarnya mencubit pipi gebu Aisyah penuh lembut.

"Memang abang nak bawa sayang pergi outstation dengan abang pun. Abang dah awal-awal berbincang dengan ibu nak minta ibu jagakan Anas beberapa hari kita kat sana. Abang rasa dalam seminggu juga lah kita duduk kat sana." Kata-kata Haiyan membuatkan Aisyah segera mengangkat wajah. Matanya bersinar-sinar memandang suaminya yang turut pandangnya.

"Serius lah abang?" soal Aisyah tidak percaya. Wajahnya kelihatan teruja sekali.

Haiyan mengangguk mengiyakan. "Tapi kita tak bawa Anas tau. Hanya kita berdua je."

Aisyah yang pada mulanya teruja perlahan-lahan bertukar muram tatkala mendengar kenyataan itu. Hampa sedikit angan-angan mahu membawa Anas sekali bersama dengan mereka. Kalau tak ada Anas, tak terasa lengkap hidupnya.

Lengan Haiyan dipegang. Wajah mula bermain peranan dengan beriak simpati. "Alah, nanti Jiha rindukan Anas. Tak boleh ke kita bawa anak kita sekali?"

Haiyan menggeleng. "Bukan abang tak nak bagi sayang, Anas masih kecil. Nanti kalau Anas dah umur satu tahun atau dua tahun, kita bawa anak kita sekali jalan-jalan dengan kita, ya? Abang pun kalau boleh nak bawa Anas bersama dengan kita. Baru lah lengkap keluarga kita kan?"

Aisyah mengangguk. Setuju dengan kenyataan suaminya. Nak tak nak dia perlu juga akur dengan arahan suaminya.

"Kiranya betul ni Jiha temankan abang ke sana? Macam tak percaya pula." Dihujung ayat itu Aisyah bersuara perlahan. Terselit nada gembira di situ walaupun rasa sedihnya masih tersisa kerana tidak dapat membawa Anas bersama.

Haiyan yang melihatnya turut tumpang gembira. Hatinya cukup senang melihat keceriaan yang terlakar di wajah Aisyah tatkala menerima berita ini. Namun, dalam keseronokan di hatinya Haiyan tahu Aisyah masih bersedih. Tangan Aisyah dipegang lalu diusap bagaikan memujuk hati wanita itu.

Dia tahu Aisyah memang suka tempat berpulau dan pantai seperti Sabah. Sebab tu awal-awal dia dapat maklumat dia pergi ke sana, cepat-cepat dia uruskan semuanya.

"Ya sayang, tapi bukan sekadar teman, boleh dikatakan ni package honeymoon juga lah." Kata Haiyan dalam nada mengusik. Sengaja mahu memancing mood isterinya kembali.

Membulat mata Aisyah. Pipinya terus bertukar panas. "Abang ni, suka main-main macam ni."  Suara Aisyah kedengaran berjauh hati.

Aisyah ditarik rapat ke tubuhnya. Kalau dibiarkan semakin berpanjangan rajuk isterinya. Sekali lagi dia mengucup pipi Aisyah.

"Sejak bila isteri abang ni hati tisu ni? Nak gurau sikit pun cepat betul merajuk. Dalam ni ada isi lagi ke?" Tiba-tiba tangannya melekap ke perut Aisyah, namun pantas Aisyah menepis dengan pipinya yang semakin memanas.

"Mengarut lah abang ni." Kata Aisyah perlahan.

"Eh, mengarut apa bendanya. Kalau dah rezeki lagi apa salahnya? Anas pun dapat adik. Tak ada lah dia sunyi nanti," balas Haiyan pula. Semakin menjadi-jadi usikan dia.

Hanan ketap bibir. "Anas baru beberapa bulan, Jiha pun baru habis pantang." Satu peringatan diberikan kepada Haiyan. Apa suaminya tak ingat ke yang dia baru je lahirkan anak sulong mereka ni?

Haiyan hanya tersengih. Perut isterinya yang berlapikkan baju itu kembali dilekapkan. "Tapi kalau betul ada rezeki dalam perut sayang ni, sayang tak sudi ke?"

Aisyah mengeluh lemah. Tangan Haiyan dipegang. "Bukan tak sudi..." Jeda Aisyah. Terasa sempit otaknya mahu menjawab segala jenis soalan dari suaminya.

"Habis tu?" soal Haiyan. Sengaja menduga.

"Anas masih kecil. Nanti bila Anas dah dua tahun baru lah kita fikir-fikirkan. Jiha pun masih terkial-kial nak jaga Anas. Jiha takut, Jiha tak mampu jadi ibu yang baik. Biarlah Jiha jaga Anas sampai umurnya setahun lebih. Andai kata dalam perut Jiha ni ada satu nyawa lagi, Jiha tak tolak. Jiha bersyukur. Anak abang, nyawa Jiha juga, dan abang pun syurga Jiha juga."

Tersenyum lebar Haiyan mendengarkan kata-kata isterinya. Tangan Aisyah yang pada mulanya menggenggam tangannya, kini dia pula yang menggengam tangan isterinya. Tangan Aisyah di angkat lalu  dia bawa ke bibirnya. Agak lama dia labuh kan kucupan di tangan Aisyah sebelum di bawa ke pipinya.

"Abang cuma bergurau je. Abang hormat keputusan sayang. Kalau itu yang Jiha nak, abang setuju je. Bagi abang, Jiha tetap isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak abang," ucap Haiyan kedengaran sungguh ikhlas. Sungguh, rasa kasih dan sayangnya kepada Aisyah tak terkira. Aisyah tetap satu-satunya ibu kepada anak-anaknya.

Aisyah tersenyum kecil. "Abang rasa macam tu? Kalau Jiha tak sempat jaga Anas sampai umur dia besar macam mana? Jiha mesti tak mampu tengok dia membesar dengan mata Jiha sendiri kan?" Dalam ayatnya terselit satu ketakutan.

Ketakutan besarnya ialah anak-anak dan suaminya sendiri. Perkara itu sentiasa berlegar-legar di dalam kepalanya.

Haiyan mengusap tangan Aisyah. Anak matanya tunak merenung anak mata bundar isterinya. "Kita doakan yang baik-baik ye, sayang? Insyaallah, kita dapat tengok Anas dan anak-anak kita yang lain membesar depan mata kita."

Aisyah mengangguk. Hatinya sedikit lega apabila Haiyan berkata begitu. Perlahan-perlahan kepalanya menyandar ke dada bidang suaminya. Tiba-tiba terasa mahu bermanja pula.

"Sayang, abang tak mandi lagi ni." Tegur Haiyan tidak selesa. Tubuh Aisyah yang mahu mendekatinya ditolak lembut.

Aisyah buat tak endah dengan teguran itu. Dia kembali memeluk batang tubuh Haiyan.

"Alah, nak peluk kejap je. Bukan selalu pun kita macam ni kan?" Sambil berkata Aisyah mengetatkan lagi pelukan di pinggang suaminya.

Kali ini Haiyan hanya diam. Membiarkan Aisyah memeluknya. Perlahan-perlahan tangannya turun melingkar ke pinggang Aisyah lalu tubuh Aisyah ditarik rapat masuk ke dalam pelukan hangatnya.

"Manja betul dia ni." Rambut yang menutupi wajah isterinya, diselitkan di belakang telinga Aisyah.

"Mesti lah. Jiha kan isteri abang." Katanya. Kepala mendongak memandang wajah suaminya.

Haiyan tertawa kecil. Wajah ditundukkan lalu berkali-kali ubun isterinya dikucup. Mengambil haruman dari sisi tubuh isterinya.

Dalam ralit dia melayan Aisyah, Kepalanya tidak henti-henti berfikir dengan kemunculan seutas rantai yang baru dia ketemui sebentar tadi.

Kenapa dia rasa macam pernah lihat pemilik rantai itu ya?

🌸🌸🌸

Okey done update. Sorry lately ni memang busy sikit. Kadang-kadang tu idea tak berkembang. Macam biasa maafkan saya kalau buat awak semua tertunggu-tunggu. Saya bukan tak nak update tapi ketahuilah bila jadi writer block, semua tu jadi blank. So saya harap awak faham ye.

Apa-apapun saya sayangkan awak semua sebagai readers saya. Yang masih tunggu dan support saya, seperti biasa. Thank you. Luv you all heheheh💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top