Bab 61
Berkali-kali jam ditangannya dikerling. Kadang kala kakinya yang bersilang sengaja dia goyangkan. Anak matanya tajam perhatikan satu persatu manusia yang lalu lalang di sekelilingnya. Hanan masih menanti, mencari kelibat seseorang yang sampai ke sudah tak munculkan diri.
Senyuman pekerja yang lalu lalang, Hanan sambut dengan senyuman tipis. Mulutnya yang tiba-tiba menguap, pantas dia tutup.
Dah nak dekat sejam Hanan menunggu kehadiran Harriez, namun susuk tubuh Harriez langsung tidak menyapa mata hazelnya. Dia pun dah mula kebosanan dan mengantuk menunggu lelaki itu.
Kata pukul 9, ini dah masuk setengah jam lewat ni. Janji melayu ni.
"Hanan..."
Hanan yang pada mulanya leka termenung, pantas menoleh ke arah gerangannya yang menyeru namanya. Kelihatan Harriez dan Azmi berdiri tegak disebelah sisinya.
"Lamanya Tuan Harriez. Boleh tertidur saya tunggu tuan turun ke sini," perli Hanan, sinis.
Harriez menjeling sekilas.
"Saya ada hal sekejap tadi. Azmi, semua dah bawa?" Harriez pandang Azmi.
Azmi angguk kepala.
"Dah tuan."
Mata Harriez pula teralih pandang Hanan yang turut memandangnya. "Kau ada tinggal apa-apa barang lagi?" soal Harriez.
Teragak-agak Hanan mahu menggeleng. "Tak ada dah rasanya. Laptop saya dah bawa. Ini je lah."
Tidak mengangguk mahupun menggeleng. Harriez hanya beriak kosong sebelum kembali beralih ke arah Azmi. Anggukan diberikan kepada Azmi sebelum mereka berdua berjalan bersama meninggalkan Hanan yang sudah melopong di belakang. Lekas-lekas Hanan berdiri ingin mengejar langkah Harriez dan Azmi yang semakin terasa jauh.
"Eh, tuan! Tunggu lah saya!" jerit Hanan kalut. Cepat-cepat dia berjalan menyaingi langkah mereka berdua. Agak lambat juga kerana dia menggunakan heels.
Buat pertama kali Hanan menyesal pakai heels. Dapat boss pula kerek nak mampus. Hanya mampu kutuk dalam hati je lah hahaha...
🌸🌸🌸
Hanan menepuk dadanya perlahan. Cuba menghilangkan rasa kurang senang yang bertapak di dalam dadanya. Hanan cuba berlagak tenang.
Sejak Hanan dan Harriez tiba di bangunan gah ini , tiba-tiba ada satu perasaan kurang enak menjentik hatinya. Bagaikan ada sesuatu yang bakal terjadi. Buat kali keberapa, Hanan meneguk air mineral sampaikan air di dalam botolnya pun dah tinggal separuh.
Pandangan orang disebelahnya Hanan buat tak peduli.
"Dari tadi lagi aku perasan botol air tu tak lepas dari tangan kau. Kau okey tak ni?" soal Harriez berbisik di tepi Hanan.
Sejak mereka melangkah masuk sini, gadis itu tampak resah sekali. Boleh dikatakan dah 6 kali Hanan meneguk air sahaja sambil pandang sekeliling bangunan berkaca ni. Macam ada benda tak kena saja gayanya.
Hanan membalas dengan senyuman tipis.
"Saya okey tuan. Cuma rasa macam tak sedap hati." luah Hanan terus terang. Dia turut berbisik sama.
Hairan Harriez yang mendengarnya. "Tak sedap hati?"
Hanan lepaskan nafas lemah. Sesak dadanya.
"Saya rasa macam entah lah. Saya tak tahu. Tiba-tiba rasa macam ni," katanya lagi. Sekali lagi dia meneguk air. Tengok lah nanti lepas ni konfem dia nak terkucil.
Harriez beriak kosong.
"Bukan kau present pun. Kau cuma duduk sebelah aku buat laporan je," usai berkata Harriez terus tegakkan tubuh.
Dia sedar ada mata-mata mual memandang Hanan dan dia dari tadi. Dari jauh dia dah nampak pandangan-pandangan yang tertumpu ke arahnya sejak masuk ke sini, namun Harriez buat tak endah. Ada yang senyum-senyum yang memerhatikan mereka berdua. Tidak senang duduk Harriez dibuatnya.
Hanan julingkan mata ke atas. "Saya tahu lah." gumam Hanan perlahan.
"Tuan Harriez."
Kedua-duanya pantas mengangkat wajah. Harriez yang mulanya berdiri di sebelah Hanan pantas bergerak mendekati orang yang memanggil namanya. Huluran dan senyuman seorang ahli lembaga pengarah itu disambut mesra.
"Tuan Tahar. Dah lama tak berjumpa kan?" sapa Harriez mesra.
Tuan Tahar senyum seraya menganggukkan kepala. Bahu Harriez ditepuk dua kali.
"Saya fikir hari tu kali terakhir kita jumpa. Tak sangka kali ini Tuan Harriez pun terlibat sama dalam projek mega ni." Suara Tuan Tahar kedengaran ceria. Gembira hatinya dapat bertemu kembali dengan Harriez.
Harriez pernah bekerjasama dengannya jadi bila bertemu kembali dengan rakan sekerjanya dia rasa sangat senang hati. Sikap Harriez yang serius dalam kerja sangat mengaguminya. Semua pendapat yang Harriez berikan tak pernah dia mengecewakan.
Perbualan mereka berdua semakin rancak sehingga Hanan yang tercegat di belakang Harriez sudah tayang muka bosan. Kakinya juga sudah tergedik-gedik bergerak, tidak duduk diam.
Maklum lah, dia tak ada teman untuk diajak borak. Kalau ada mungkin dia boleh join sekaki?
Hanan melepaskan nafas lemah. Tapaknya menepuk perlahan dadanya di mana terletaknya Jantungnya. Jantungnya masih mengepam laju.
Kenapa dia rasa macam ni, ya?
"Tuan Harriez dan Tuan Tahar?"
Terhenti perbualan mereka berdua apabila ditegur. Harriez dan Tuan Tahar turut beralih ke tepi. Kelihatan seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka, kemudian lelaki itu tundukkan kepalanya sedikit.
"Saya, Thariq. Personal assistant Tuan Qairul. Tuan minta saya panggil Tuan Harriez dan Tuan Tahar ke bilik mesyuarat. Ada beberapa ahli lembaga pengarah yang lain tunggu di situ juga. Mari saya tunjukkan jalan."
Harriez dan Tuan Tahar angguk serentak. Lelaki bernama Thariq itu meminta Harriez dan Tuan Tahar mengikutinya.
Seakan sedar sesuatu, Harriez berpaling ke belakang. Hanan masih termangu di situ. Malah gadis itu siap termenung jauh lagi.
"Thariq, bilik mesyuarat tu aras berapa?" tegur Harriez tiba-tiba. Thariq diam seketika, sebelum bersuara.
"Aras 14 Tuan Harriez. Kenapa ya tuan?" soal Thariq penuh tanda tanya. Dipandang Tuan Tahar seketika sebelum kembali beralih ke arah Harriez.
"Awak pergi dengan Tuan Tahar dulu, nanti saya menyusul." Arah Harriez.
Thariq tidak membantah, dia hanya angguk kepala, patuh dengan arahan itu. Tuan Tahar hanya diam mengikut Thariq dari belakang manakala Harriez menapak mendekati Hanan yang masih diam tidak berkutik.
"Hanan?" Lengan Hanan ditepuk dengan telefonnya di tangan. Mahu menyedarkan Hanan yang masih dalam dunianya sendiri.
Laju kepala Hanan menoleh ke arah Harriez. Terkebil-kebil dia pandang Harriez. Punya lah tak sedar sampai kelibat Tuan Tahar pun dah hilang.
"Kau pasti kau okey? Kalau kau rasa tak sihat aku boleh minta Azmi gantikan tempat kau." Kali ini Harriez bernada serius. Tepat matanya merenung tingkah laku Hanan.
"S...saya okey tuan. Saya pasti." Jawab Hanan gugup. Mana tak gugup kalau Harriez pandang dia bagaikan nak telan dia hidup-hidup.
"Aku tak nak ada apa-apa berlaku nanti. Aku memang suruh Azmi hantar kau balik terus. Tak ada kompromi lepas ni kalau aku tengok kau macam ni." Tekan Harriez. Kali ni memang dia bertegas dengan Hanan.
"Eh tuan jangan macam ni. Saya tak nak balik," resah hatinya bila diugut sebegitu. Laju-laju Hanan menyampuk.
"Kalau macam tu aku bagi kau peluang. Kalau kau masih macam ni aku tak cakap banyak. Kau faham sendiri kan?" soal Harriez sambil sebelah kening terjungkit ke atas.
Laju-laju Hanan angguk. Hanan kemudian menukar posisi berdirinya. Dia membelakangi Harriez. Dia menepuk pipinya kemudian dia geleng kepala perlahan. Tak sedar tindak tanduknya diperhatikan oleh Harriez.
"Hanan kenapa kau macam ni? Kau kena fokus hari ni. Ya kau kena fokus!" ucap Hanan pada dirinya sendiri. Fikir Hanan hanya dia yang dengar, namun Harriez yang berdiri di belakang cuba menahan senyum.
"Okey, jom kita pergi tuan!" Hanan kembali menghadap Harriez. Mukanya penuh semangat kali ni.
Tetapi tidak lama kemudian berkerut dahi Hanan melihat Harriez yang mengusap wajahnya berkali-kali. Macam nak tahan sesuatu.
"Ergh... tuan okey tak," soal Hanan sambil kepala menyenget ke tepi. Cuba mengintai seraut wajah yang Harriez yang disembunyikan.
Harriez tarik nafas perlahan. Muka cuba di neutral kan balik. Soalan Hanan dibiarkan sepi. Harriez terus berjalan meninggalkan Hanan.
Ternganga Hanan seketika. selamba Harriez meninggalkannya. Lekas-lekas Hanan mengekori Harriez dari belakang. Hampir tersadung Hanan dibuatnya.
Harriez ni suka sangat tinggal dia macam tu!
Ambil masa 5 minit juga mereka tiba di bilik mesyuarat. Kelihatan beberapa ahli lembaga pengarah masih berbual sesama sendiri. Harriez hanya diam berdiri di sebelahnya.
Tidak lama kemudian pintu berkaca hitam itu ditarik oleh Thariq.
"Tuan minta tuan semua masuk." Suara Thariq menyampaikan pesanan.
Mendengarkan arahan itu semua mula melangkah masuk. Harriez turut berjalan masuk diikuti oleh Hanan di belakang. Harriez dan Hanan orang paling terakhir masuk ke dalam bilik mesyuarat. Hanan sempat memberikan senyuman mesra ke arah Thariq. Lelaki itu turut membalas.
"Thariq."
Hanan yang tadi menunduk membetulkan beg laptop terkaku mendengarkan suara garau itu.
Suara itu.
Suaranya seakan familiar.
"Ya tuan?" Sahut Thariq. Mukanya sudah terangkat pandang lelaki yang memanggilnya.
"Minta Delia booking makanan di hotel. Saya lunch dengan mereka hari ni."
"Baik tuan." Patuh Thariq. Pantas lelaki itu keluar, mahu menelefon seseorang.
Sedangkan Hanan sudah terkaku bagaikan patung cendana. Wajahnya masih tidak terangkat. Tiba-tiba dia merasakan gemuruh. Nafasnya bertukar sesak.
Tak mungkin, mungkin suara yang sama tapi muka berbeza? Hanan cuba sedapkan hatinya sendiri. Walaupun dia berasa takut dengan andainya, namun dia perlukan kepastian.
Perlahan-lahan Hanan mengangkat wajah. Mata dihalakan ke arah depan. Saat anak matanya menyapa seraut wajah itu, Hanan terkedu. Sangat terkejut dengan apa yang dia lihat saat ini. Hujung jarinya mula membeku.
Lelaki itu... tampak lain.
Lelaki yang telah lama dia lupakan.
Dia...
Qairul tampak tenang sekali. Bukan main ramah mengulas senyum kepada ahli pengarah yang lain. Lagat Qairul, Hanan perhatikan penuh kusyuk. Tidak berkelip matanya melihat kelainan seraut wajah itu.
Betul ke orang yang dihadapan ni suaminya? Rasa tidak percaya pun ada.
lelaki itu nampak maskulin dan lebih matang dari Qairul yang dia kenali dahulu, malah auranya lebih menjadi-jadi. Kalau dia pandang sekilas sahaja Qairul, mungkin dia tidak dapat mengecam Qairul sendiri.
Mungkin terasa dia diperhatikan, Qairul menoleh ke arah Hanan. Kejung Hanan apabila dia dan Qairul bertentangan mata. Tidak lama sebelum Hanan lekas-lekas tunduk dan konon-konon membetulkan pegangan beg laptopnya.
Ha... kenapa dalam-dalam waktu masa ni juga nak bertembung?
Hanan cuba tenangkan diri. Berharap yang Qairul tidak mengenalinya memandangkan sekarang dia tidak lagi menggunakan kaca mata bulat nya.
Kini dia hanya menggunakan contact lens sahaja. Lebih memudahkan jika dia nak bekerja dan pergi kemana-mana sahaja.
"Muka kau makin pucat. Aku dah cakap, kalau tak sihat aku boleh suruh Azmi ganti kau. Degil kau ni," tegur Harriez kedengaran marah dalam nada berbisik. Hanan angkat kepala bila Harriez tiba-tiba bersuara.
Bukan main serius muka Harriez.
"Saya okey, bukan selalu saya jadi pembantu peribadi tuan ni. Saya masih rasa saya okey," balas Hanan mengulas senyum tipis.
Harriez hela nafas lemah. "Kalau tak larat sangat bagi tahu aku. Jangan diam je. Kau faham tak?" Tegas Harriez.
Laju-laju Hanan angguk. Harriez terus alihkan perhatian menatap lain. Tanpa disedari lagat mereka diperhatikan dengan penuh tajam.
Qairul hela nafas panjang. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman manis.
"Mari kita mulakan."
🌸🌸🌸
Hanan lekas-lekas menghampiri Harriez yang berbual sama pengarah-pengarah yang lain.
"Tuan,"
Harriez berpusing ke belakang saat suara itu memanggil. Kelihatan Hanan yang berdiri di belakangnya sambil tayang sengih tidak bersalah.
"Saya nak pergi ke tandas sekejap. Nanti kalau tuan nak balik tuan call je saya." Pinta Hanan. Mata-mata yang memandang dia hiraukan. Lagi-lagi mata yang satu tu.
Dari tadi dia berlagak tenang walaupun jantungnya berdetak laju. Mata yang seorang itu tidak lepas memandangnya. Hanan dapat rasa dia diperhatikan. Hanan juga bertekad tidak mahu mendekati kelompok itu. Takut jikalau Qairul sudah mengecamnya.
Tetapi kalau Qairul memang mengecam dia dari awal pertemuan macam mana? Hanan sudah mula tertanya-tanya sendiri.
Tetapi sekarang Hanan betul-betul terdesak. Nak tak nak dia perlu juga menghampiri Harriez dan memberitahu dia mahu ke tandas. Kalau tidak nanti Harriez cari dia pula. Hanan terasa menyesal sangat sebab minum tak ingat dunia. Ni lah akibat minum air terlampau banyak. Sedaya upaya dia tahan dirinya dengan menggedik kan kaki.
Harriez diam seketika.
"Kalau macam tu aku tunggu kau dalam kereta je lah."katanya putus.
Setelah menerima arahan, Hanan laju mengangguk. Sempat dia membuat simbol okey kepada Harriez sebelum laju-laju dia berjalan pergi ke tandas.
Harriez hanya mampu menggeleng melihat kerenah spontan Hanan itu. Harriez kembali pandang ke hadapan. Tersentak dia apabila semua pengarah memandangnya dengan wajah yang nakal. Ada yang tersenyum sampai ke telinga.
Dan itu membuatkan Harriez tidak selesa.
"Kenapa semua pandang saya macam tu?" soal Harriez sambil tertawa kecil di hujung ayatnya. Cuba berlagak tenang.
"Kau ada affair dengan PA kau ke? Dalam diam eh kau Harriez?" kata Tuan Putra dengan muka mengusik.
"Itu lah, kemain aku tengok kau orang ni." Suara lain pula yang menyampuk. Tuan Putra yang berdiri di sebelah Tuan Nasar pantas mengangguk laju. Setuju dengan kata-kata Tuan Nasar itu.
Harriez pula dah terkaku mendengar kata-kata sebegitu. Terasa bahunya ditepuk perlahan. Harriez toleh ke tepi. Senyuman tidak lekang di bibir Tuan Tahar.
"Kalau dah suka, cepat-cepat lah kahwin. Lagipun umur macam Tuan Harriez ni memang padan dah kahwin."
"Betul! Saya setuju kata Tuan Tahar!" Seloroh Tuan Putra. Mereka yang mendengarkan itu sama-sama ketawa.
Tapi tidak yang berdiri sebelah Tuan Nasar. Lagat mereka yang berbicara pasal Hanan tadi direnung tajam. Bibirnya dari tadi diam mendengar usikan mereka terhadap Harriez.
Dalam diam Qairul menahan rasa. Berkali-kali Qairul berkata pada dirinya bukan salah mereka. Dia cuba tenangkan hatinya dengan selawat.
Rasa cemburu yang terlampau mendalam bila orang lain memuji Hanan dengan Harriez. Membuatkan Qairul hanya mampu mendengar dan diam sahaja walaupun hati terasa perih.
"Tuan Qairul tak rasa macam tu juga ke?" Tiba-tiba Tuan Putra memanggil namanya. Agak tersentak Qairul pada mulanya bila namanya tiba-tiba di petik.
Bibirnya perlahan-lahan menguntum senyuman manis.
"Tak rasa macam apa ya?" soal Qairul.
"Tak rasa macam Tuan Harriez ni memang sepadan dengan PA dia tadi? Diorang kan sama-sama cantik dan hensem?"
"Amboi, melebih kau memuji Harriez Putra." Tuan Nasar menegur Putra dengan senyuman.
Tuan Putra angkat sebelah kening. "Eh aku cakap benda betul kan?" Pandangan dihalakan ke arah Qairul semula.
"Betul tak Tuan Qairul?"
Qairul senyum tawar. Dengan keadaan terpaksa dia mengangguk perlahan. Bila mendapatkan jawapan itu, bukan main bangga Tuan Putra pandang Tuan Nasar.
"Ha kau tengok. Tuan Qairul pun setuju dengan aku," kata Tuan Putra sambil menguis hidungnya.
Tuan Nasar hanya mencebik menyampah.
Tergeleng-geleng Tuan Tahar memerhatikan dua pengarah itu. Umur sudah meningkat tapi perangai mengalah macam budak-budak.
"Eh dah, sudah. Kau orang ni nak bergaduh pula." Tuan Tahar mula menyampuk tatkala melihat Tuan Nasar dan Tuan Putra masih bergaduh mulut. Tergeleng-geleng kepalanya. Pening dibuatnya.
🌸🌸🌸
Bibirnya dikemam sebanyak tiga kali kemudian Hanan kembali melihat di hadapan cermin.
Dia mengetuk dagunya. Lama dia membelek bibirnya dihadapan cermin. "Ala sikit lagi ni."
Hanan kembali touch up bibirnya dengan lips gloss. Setelah merasa puas dengan bibirnya, Hanan kembali menyimpan lips gloss ke dalam beg tangannya.
Hanan menilik mukanya di cermin. Bibirnya mengores senyuman lebar. Nampak menyerlah sedikit bibirnya bila dicalit. Tidak lah tampak pucat mukanya seperti tadi.
Setelah puas menilik dirinya, Hanan pun melangkah keluar dari tandas. Sambil berjalan sempat Hanan perhatikan sekeliling lorong bangunan ini.
Tak sangka sebegini rupanya syarikat milik Encik Azril. Selama ni dia hanya mendengar yang Encik Azril mengendalikan sebuah syarikat, namun dia tidak ketahui langsung nama syarikat ayah mentuanya.
Tidak dinafikan Syarikat Iltiyas ini mempunyai aura yang tersendiri. Dia sendiri terpegun tatkala masuk ke dalam bangunan kaca ini. Setiap dinding berwarna kelabu dan bercorakkan emas. Dia perasan di setiap lift yang dinaiki pasti ada sebuah lukisan yang dilukis dengan pelbagai teknik. Agak unik dan cantik baginya.
Tidak semena matanya melekat di satu arah jalan mati. Di situ kelihatan satu lukisan yang ditutupi dengan dinding kaca. Tiada siapa yang boleh menyentuh lukisan itu. Kalau ada pun kena pecahkan dulu kut dinding kaca tu baru boleh disentuh. Sedar atau tidak kakinya sudah menapak menghampiri lukisan tersebut.
"Cantiknya..." Hanan menyentuh dinding kaca itu. Kagum dia melihat hasil lukisan bertemakan pantai itu. Yang paling membuatkan dia terpegun apabila hasil yang digunakan untuk membuat lukisan ini ialah quarts sand.
Nampak lebih realistik! Pasti pelukisnya bukan calang-calang orang. Lukisan yang menggunakan teknik quarts ini jarang ditemui. Mungkin sebab itu hanya lukisan ini satu-satunya terperangkap di dinding kaca ini.
"Hanan..."
Suara yang memanggil mematikan rasa terujanya. Laju Hanan memusingkan tubuhnya. Alangkah terkejutnya apabila Qairul betul-betul berdiri di belakangnya. Pantas Hanan mencipta jaraknya antara Qairul.
Bibirnya kering. Terasa berbahang wajahnya bila ditenung sebegitu. Hanan mengetap bibirnya. Beg tangannya digenggam kemas. Bersedia untuk melarikan diri.
Aaa... Dia tak sedia nak berjumpa depan-depan dengan Qairul lagi!
"Maaf, saya silap jalan. Saya tak sengaja sentuh dinding kaca ni." Terketar-ketar suaranya mahu menjelaskan.
Sepi
Hanan tarik nafas sukar. Dia benar-benar tidak suka berkeadaan macam ni. Dada terasa sempit. Lagi-lagi dengan kebisuan Qairul. Lagi tambah rasa gerunnya.
Hanan berura-ura mahu pergi, namun ada satu tangan menarik dia merapati. Tidak sempat Hanan mahu memikirkan sesuatu tubuhnya sudah masuk ke dalam dakapan seseorang. Mengejung tubuhnya di dalam pelukan milik Qairul. Riak wajahnya jelas-jelas terkejut dengan apa yang terjadi. Pelukan Qairul tidak dibalas, malah tangannya hanya kaku berada di sisi membiarkan Qairul memeluk tubuhnya.
Otaknya bagaikan tidak berfungsi saat ini!
"Finally we meet. Alhamdulillah, Allah heard my prayer." Suaranya syukur tak terhingga. Haruman tubuh Hanan disedut penuh dalam. Ubun-ubun Hanan yang berlapik dengan tudung itu dikucup berkali-kali.
Lama dia bersabar sepanjang mesyuarat mahu bertemu dengan Hanan sehingga lah dia ambil keputusan untuk mencari Hanan. Semasa Hanan memegang dinding kaca itu bibirnya tidak henti-henti menyebut lafaz syukur.
Hanan ketap bibir. Dia dapat dengar degupan jantung Qairul yang mempalu kuat itu. Boleh sakit jantungnya menerima kejutan demi kejutan ni. Terasa sukar Hanan mahu menarik nafas saat ini. Sesak.
Tidak cukup dengan kejutan tadi, kedua-dua tangan kasar milik Qairul melekap di pipinya lalu dengan lembut lelaki itu menarik ke atas. Anak mata hazelnya bertembung dengan anak mata hitam pekat milik Qairul.
Dan disitu Hanan sedar sesuatu. Anak mata hitam itu memandangnya dengan mata berkaca-kaca. Hanan tergamam.
Qairul menangis?
"Ya Allah, rindunya saya dekat awak." Bergetar nada suara itu menutur. Tubuh Hanan kembali dipeluk. Pelukan diperketatkan lagi sehingga tenggelam tubuh Hanan.
Rindunya dia terhadap Hanan tidak dapat diubati lagi.
Berkerut dahi Hanan mendengar kelainan Qairul membahasakan dirinya. Agak janggal di telinganya tetapi dia tidak nafikan tutur bicara lelaki itu lebih lembut berbanding dulu.
Hatinya terasa sesuatu. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan ini. Hanan pejamkan mata seketika sebelum kembali terbuka.
Tidak mahu terus tenggelam dalam rasa ini Hanan terus tolak tubuh Qairul. Terungkai pelukan mereka. Bibir diketap kuat.
"Apa awak buat ni? Siapa beri keizinan untuk awak peluk saya?" soal Hanan dengan muka menahan marah.
Qairul tatap Hanan dengan tatapan penuh kelembutan. Tangan Hanan cuba diraih, namun gadis itu pantas melarikan tangannya. Wajah Qairul yang keruh dia hiraukan.
"Saya minta maaf. Saya terlalu rindukan awak," balas Qairul jujur.
Hanan kelu. Mendengarkan luahan bibir lelaki itu membuatkan hatinya sedikit mencair. Lekas-lekas Hanan cuba memadamkan rasa itu.
Cukup lah, dia dah serik dengan kata dusta lelaki itu.
Bibirnya tertawa halus. Baginya kata-kata Qairul satu jenaka untuk dia ketawakan.
"Awak bergurau eh? Rindu saya? Dah lah Qairul. Ini kalau Khalisha dengar mesti dia terasa hati dengan awak." Nama Khalisha sengaja di petik. Bibirnya masih tersenyum senget. Sengaja dia bermain dengan batu api.
Tapi yang anehnya riak wajah lelaki itu bukan berubah kepada marah. Bukan wajah ini yang dia mahu lihat!
Wajah Qairul sangat tenang. Seakan tidak terkesan dengan bait tuturnya.
"Saya tak pernah bergurau dengan awak."
Hanan angkat wajah. Pandangan lelaki itu dibalas berani. Lagi sekali dia hamburkan tawa tidak percaya.
"Awak ni lawak lah Qairul. Awak ada nak kenakan saya apa-apa lagi ke?" soal Hanan mengejek.
Kedengaran Qairul lepaskan nafas kasar. Penat sekali. Namun, tidak lama kemudian Qairul memberikan dia senyuman tipis.
Berkerut dahi Hanan menyaksikan perubahan wajah Qairul itu. Lelaki itu tidak marah? Biar betik.
"Awak nampak banyak berubah."
Qairul tetap dengan senyuman manis sambil menatap wajahnya, tidak henti. Hanan pula yang naik segan bila dipandang sebegitu.
Hanan berdehem kecil.
"Saya berubah pun sebab awak. Tak ingat macam mana anjing kurap ni dibuang? Ye lah saya kan cuma budak hingusan yang tahu menangis je. Eh bukan setakat tu, anjing kurap ni sanggup merayu-rayu dekat awak. Bila ingat balik rasa kelakar pula." katanya sambil tertawa halus. Tak sedar hatinya sendiri terluka saat mengatakan sebegitu.
Air muka Qairul berubah seratus peratus. Tampak begitu terkedu dengan kenyataan yang dia keluarkan.
"Hanan... saya..."
Hanan angkat tapak tangan kanannya. Mati terus kata-kata Qairul. Anak matanya bertentangan dengan anak mata hitam pekat milik Qairul.
"Awak tak perlu terangkan apa-apa. Anggap sahaja semua yang berlaku ni hanya sekadar mimpi. Buat macam kita tak pernah kenal. Itu yang saya nak." kata Hanan penuh amaran.
Kini dia bukan gadis yang lemah seperti dulu.
Dia tak akan senang-senang dipijak lagi. Itu janjinya.
"Tak, saya tak akan lepaskan awak kali ni. Susah payah saya cari awak, saya takkan lepaskan peluang yang ada di depan mata ni," ujar Qairul keras bersama tekad di dada. Matanya juga menyambut panahan tajam milik Hanan.
Qairul tak akan biarkan kehilangan Hanan berulang sekali lagi. Tak akan. Hidupnya sudah cukup sengsara selama Hanan menghilang ini.
"Untuk apa awak cari saya selama ni? Awak nak seksa saya lagi ke? Tak cukup lagi ke?!" Nada suaranya mula meninggi. Agak geram dan bengang dengan Qairul yang tidak habis-habis menyeksakan hatinya.
Rasa dipermain-mainkan. Hanan paling benci situasi begini!
Hanan pandang Qairul. Kali ini tatapan penuh mengejek. "Atau awak sayangkan saya? Cintakan saya? Hahaha... mustahil awak nak buat macam tu sedangkan awak sendiri cakap awak tak pernah cintakan saya kan? Jadi apa yang awak tak puas hati lagi?"
Dulu mungkin dia rasa sakit bila mengatakan semua ini tetapi kini tidak. Hatinya terasa kosong. Bagaikan sudah lali dengan perkataan itu.
Qairul tak akan pernah cintakan dia.
"Kalau saya kata, ya?" Selar Qairul berani mati. Langsung tidak gentar dengan amarah gadis itu.
"Ye apa? Untuk seksa saya lagi?" ujarnya sinis.
"Jawapannya ya, saya sayang dan cintakan awak Hanan Zulaikha."
Suasana berubah hening di antara mereka. Sunyi. Masing-masing mulut terkatup rapat. Hanya mata sahaja sebagai main peranan.
Hanan terkedu. Tidak sangka itu jawapan yang keluar dari mulut Qairul. Bukan rasa gembira yang menerpa dalam hatinya saat ini malah hatinya rasa seperti dicucuk berkali-kali. Hanan hanya terus terusan memandangnya dengan pandangan yang tajam.
Qairul senyum tawar. Tubuh Hanan cuba didekati lagi sekali. Kini dia betul-betul berdiri di hadapan Hanan.
"S...saya dah sedar Hanan. Betapa bermaknanya awak hadir dalam hidup saya. Silap saya tak terima segala takdir yang Allah tentukan untuk kita. Saya sepatutnya kena sedar yang saya cintakan awak." Ucap Qairul tulus. Disebalik kata-katanya itu kedengaran sebak.
Hanan ketawa perih bersama gelengan kepala. Dia rasa amat susah untuk dipercayai sekarang.
Qairul cintakan dia?
Kenapa perlu sekarang? Kenapa bila dia tutup pintu hatinya serapat-rapatnya baru Qairul sedar semua ni?
Tergamam Qairul menyaksikan tingkah Hanan yang ketawa dalam menangis itu. Hatinya cukup hiba melihat Hanan menangis.
Tangisan itu, penuh kekecewaan. Bukan tangisan kebahagiaan.
"Semudah tu awak cintakan saya? Come on, jangan buat saya rasa bodoh berkali-kali Qairul." Tekan Hanan. Getaran di suara Hanan menandakan yang sabar seorang gadis itu bila-bila masa boleh tercetus.
"Awak ingat saya main-main? No, saya betul-betul memaksudkan." Serius Qairul menutur.
Hanan lepaskan nafas panjang. Dia menggenggam tangannya seraya menunduk.
"Saya nak awak lupakan hari ni dan pergi kembali dengan kehidupan awak yang sekarang. Jangan cari saya lagi," arah Hanan langsung tidak sudi pandang Qairul.
"Saya dah cakap, kali ni saya tak akan lepaskan awak." Suaranya keras.
"Apa yang susah sangat awak ni? Saya lagi suka hidup macam ni lah." Bengang Hanan tidak puas hati. Hatinya kembali membara.
Qairul meraup rambutnya. Tertekan. Dadanya yang berombak kasar cuba kembali bertenang. Hatinya beristighfar.
"Susah sebab awak isteri saya Hanan. Saya sayangkan awak. Tolong lah faham dan percaya." Nada suaranya kembali mengendur. Anak matanya penuh merayu menatap Hanan. Kedengaran sungguh terdesak meminta Hanan memahaminya.
Hanan mengusap wajahnya kasar. Muka Qairul dipandang penuh benci.
"Pergi mati lah dengan sayang awak tu. Percaya? Saya tak hairan lah! Awak tahu?!" Jerit Hanan seoktaf. Dadanya berombak kencang. Terasa puas apabila melihat Qairul yang seakan terkesima itu.
Hanan merengus kasar. Tidak pedulikan riak perubahan wajah Qairul, lantas dia melintas Qairul. Langsung tidak menoleh ke belakang. Membiarkan Qairul terus tenggelam dalam dunianya sendiri.
Biar lelaki itu hidup dalam serba salah. Biarkan!
🌸🌸🌸
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top