Bab 6
Loceng yang berbunyi, mematikan lamunan Hanan. Punya lah lama dia termenung sampai tidak sedar waktu rehat sudah tiba.
Hanan beristighfar panjang, bila difikirkan balik. Dia sungguh menyesal membuat keputusan terburu-buru. Kini dia sedar, macam mana dengan perasaan Puan Suhaida? Tak akan dia mahu membantah permintaan umi nya gara-gara mengikut lamaran abang Syazryl nya? Tidak! Dia tak akan lukakan hati umi nya.
Sejak dua menjak ni hidupnya seperti tidak terurus. Fikirannya pun berserabut memikirkan masalah yang tak berpenghujung ini.
"Hanan?"
Hanan tersentak, di kerling wajahnya ke tepi. Aisyah hanya memerhatikan lagak Hanan yang macam cacing kepanasan sedari tadi.
Hanan tersenyum kekok. Dia mula bermain sesama jarinya.
"Hanan kau okay tak?"
"Ha? Aku okay Syah. Jangan risau lah," kata Hanan dengan nada sedikit ceria. Wajahnya yang sedikit muram tadi diukirkan senyuman bagi menutup segala masalah yang dihadapi.
Aisyah hanya membalas senyuman Hanan. Dia pasti mesti Hanan di timpa masalah. Aisyah kenal perangai Hanan, jika Hanan di timpa masalah mesti mengelamun panjang dan banyak mendiamkan diri.
Mana mungkin orang yang paling ceria tiba-tiba diam. Tak pelik ke? Sejak mereka bertembung di awal persekolahan tingkatan 1, mereka mula bermula berkawan sehinggalah sekarang. Dia kenal sangat dengan perangai Hanan.
"Cuba cerita kat aku, mana tahu aku boleh tolong? Aku kan kawan baik kau Hanan." Hanan tersenyum, sikap prihatin Aisyah membuatkan dia terharu. Baginya Aisyah kawan yang paling baik.
"Tak ada apa-apa, mungkin aku terlampau penat. Tak perlu dirisaukan." Hanan menepuk tangan mulus milik Aisyah, tanda dia tiada apa-apa.
Aisyah tidak mahu mendesak Hanan hanya mengiyakan saja. Dia yakin lama-lama Hanan akan memberitahunya juga cuma mungkin Hanan tidak sedia atau perlukan ruang untuk luahkan?
"Hmm... Tak apa lah kalau macam tu. Ha, ni kau nak ikut aku pergi kantin atau nak kirim makanan je?" Soal Aisyah.
"Kirim je lah. Macam biasa karipap dengan air, kalau karipap habis belikan aku roti eh?"
Aisyah mengangguk. Kakinya mula melangkah ke pintu utama dengan langkah bismillah dia memulakan langkahnya ke kantin manakala Hanan sudah kusut pemikirannya jelas sekarang dia tengah tertekan erkh!
'Bah! '
"Opocot mak kau terberanak!"
Terkekeh-kekeh seorang gadis ketawakan Hanan sambil menekan perut yang terasa senak.
Hanan merenung dengan pandangan tajam gadis itu. Sakit hatinya diterjah sebegitu, lantas cubitan kasih sayang diberikan pada pinggang gadis itu.
"Aduh, duh sakit! Hahaha!" Makin galak Hanan mencubit pinggang itu. Bengang tak usah di cakap. Mahu sahaja di jahit mulut itu supaya senyap seketika.
"Anna! Hish, bencilah!" Muka Hanan mula masam. Gelak tawa gadis itu mula berkurangan. Dianna Qaisara atau pendeknya Anna, di renung dengan tajam.
"Okay, okay sorry. Kau ni dah kenapa Hanan? Termenung je jauhnya, fikirkan buah hati eh? Ooo kau ada buah hati tak nak cakap kat aku!" Terkebil -kebil Hanan menghadam ayat rakannya. Blur sekejap.
"Buah hati? Sejak bila pulak aku ada buah hati ni? " Tersengih-sengih Anna. 'Eleh acah tak tahu! '
"Ye lah tu."
"Betul. Ish! Macam -macam lah kau ni." Hanan menjeling tajam sakit hatinya dengan Anna, sudah lah dia hampir sakit jantung ini pulak menyakitkan hati.
"Ala Hanan jangan mengajuk. Aku cuma risau je sebab kebelakangan ni kau diam je. Biasa bising lah juga kau ni." Di tampar lembut mulut Anna. Dia pelik, berubah sangat ke perangai dia sampai ramai yang tegur dengan sikap dia yang aneh?
"Tak lah. Cuma aku takde mood nak bercakap. Sekarang ni kita pun makin sibuk, tahun ni kan SPM memang tertekan lah juga." Anna mengangguk. Di pusing wajahnya mencari kelibat rakan seorang lagi.
"Mana Aisyah?"
"Dia beli makanan. Kenapa?"
"Oo kalau macam tu aku pergi kantin dulu. Jaga tau tempat aku."
Hanan mengangguk, segera Anna berjalan ke luar ke kelas. Hanan mengeluh seketika. Dia tak mampu nak berpisah dengan kawannya. Baginya Aisyah dan Anna lah yang sering bagi semangat dan tolong jika dia susah.
Aisyah dia kenal sangat sejak form1 Aisyah lah yang selalu prihatin dengannya dan selalu di sisinya, manakala Anna pulak walaupun sudah 1 tahun kenal baginya Anna seorang yang sporting dan ceria. Tanpanya dia takkan seceria seperti ini. Tanpa mereka dua apa jadi nanti? Yang pasti dia akan merindui dan sayangi sahabatnya di dunia dan di akhirat.
Dia tak kuat, bila ditimpa sebegini. Tapi di buat kuat-kuat.
"Macam mana lah nanti kalau aku tiada di sekolah ni? Mampukah aku?"
Perlahan-lahan air mata membasahi pipi tetapi cepat sahaja di seka. Dia harus kuat, ini peluang yang tuhan bagi. Dengan peluang ini dia akan gunakan dengan baik. Itu janjinya.
🌸🌸🌸
"Shad, mama minta tolong sangat kahwin dengan Ikha. Please, ini je yang mama minta sayang."
"Tapi ma..."
"Papa nak kamu kahwin dengan Ikha. Papa yakin kamu boleh jadi suami yang bertanggungjawab. Lagipun si budak Ikha tu pun baik, keluarga dia pun kita dah kenal."
"Pa... Ma. Shad tak yakin."
"Shad yakin diri tu... Walaupun kamu baru umur 17 tahun tapi kamu mampu bimbing isteri kamu di akhirat nanti insyaallah. Papa tak nak kamu lepaskan peluang ni tapi kalau kamu tolak, papa tak mampu berbuat apa."
"Woi!" Lamunan Nya terus mati. Jauh bebenor dia mengelamun sampai tak sedar. Segera di raup wajahnya perlahan.
"Sampai plenet mana dah kau berangan? Kusyuk lagi berangan tu." Di tayang wajah selamba. Minuman yang masih tidak terusik di kacau guna straw sebelum disedut perlahan.
"Sampai planet Marikh, kenapa?"
Eizhan Danial atau di kenali sebagai Eizhan hanya membuat muka toya. Tajam sahaja mata Eizhan memandang wajah Qairul. Dia pasti, pasti kawannya mempunyai masalah.
"Kau kenapa bro? Sejak kebelakangan ni kau diam je, tak macam selalu. Pastu bila-bila masanya puting beliung. Kebiasaannya kau ni bukannya suka tunjuk baran kau tapi sejak kebelakangan ni kau selalu marah orang sampai takleh nak kawal kemarahan tu. Biasanya kau beri nasihat atau rekod nama pelajar je ini tak, marah tuh boleh satu sekolah kecut tengok muka kau yang jadi singa mengaum." Di ketuk kepala Eizhan dengan kuat. Bibir dimuncung sedepa sambil kepalanya di gosok.
"Sakitlah! Kuali!"
Qairul hanya menjelirkan lidah tanda mengejek. Qairul mula terpikir, memang betul dia pernah mengamuk dengan seorang budak yang datang lambat ke sekolah kerana ayahnya Azril tidak habis-habis mengungkit pasal mahu 'jodoh kan'nya. Memang bengang lah jawabnya akhirnya budak tu kena tempias amarahnya.
"Kau ada apa-apa nak share dengan aku ke?" Jelas riak wajah Eizhan risau dengan Qairul, mana taknya sudah seminggu kawannya mood senyap, kadang-kadang mengelamun. Siapa je tidak pelik?
Qairul mengeluh perlahan. Dia mula memandang air yang di minum sebelum disedut perlahan.
"Aku pasti kau terkejut nanti."
Eizhan berkerut seribu. Terkejut? Kenapa dia perlu terkejut. Ada sesuatu berlaku ke?
Eizhan menarik kerusi rapat ke meja membuatkan Qairul kehairanan.
"Cerita lah."
"Sabar lah, aku nak buka cerita lah ni."
Eizhan hanya mengangguk. Qairul memandang wajah Eizhan sebelum dia mengalihkan wajahnya. Dia tak mampu pandang wajah Eizhan.
Dia yakin pasti Eizhan terkejut bahkan tidak percaya sama sekali.
"Mama dan papa aku nak kahwinkan aku dalam masa terdekat ini." Eizhan hanya mengangguk, keadaan mula senyap dan secara tiba-tiba mata Eizhan membulat, mulutnya terlopong. Tangan Eizhan menepuk kuat meja makan itu sehingga menarik perhatian beberapa pelanggan di situ.
"Mama kau nak kahwinkan kau?!"
Qairul membuat bahasa isyarat, menyuruh diam. Eizhan menekup mulut dan kembali duduk seperti biasa.
Qairul mengangguk. Mulut Eizhan hanya melopong. Lidahnya terasa kelu. Eizhan tidak percaya yang kawannya akan kahwin dalam umur sebegini. Qairul hanya memaki Eizhan secara senyap 'lembab sangat nak proses tuh kenapa?'
"Serius lah doh? Umur kau baru 17 tahun, sudahlah tahun ni SPM. mama kau gi...
Aduh! Sakitlah!" Mata Qairul mula tajam. Nasib ayat tuh belum ditutur kalau tidak sudah di luku terus kepala tu.
"Ha kau! Nak cakap mama aku gila? Memang tempah maut." Keadaan mula senyap. Qairul hanya memandang taman permainan yang mula lengang. Kalaulah dia hanya angin kan senang, tenang aja tak payah nak fikirkan masalah semua ini.
"Habis tu kau setuju ke nak kahwin? Fuyoo! Caye lah kau dah nak pakai title 'suami'." Eizhan hanya mengangkat kening manakala Qairul mula membuat muka meluat.
"Ah! Sudahlah malas lah aku fikir pasal semua ni!" Eizhan perlahan-lahan senyap, dia tidak mahu Qairul bengang, takut nanti semua kat taman ni melayang habis.
Qairul mula terfikir. Wajarkah dia berkahwin dalam usia macam ni? Layakkah dia menjadi seorang suami yang ingin membimbing seorang isteri? Dia masih mentah mahu difikirkan tapi jika dia membantah kedua-dua ibu bapanya pasti kecewa. Semua tu dia tak nak berlaku. Dia buntu. Qairul mula berdiri, ingin pulang.
Berulang-ulang Eizhan memanggil Qairul, namun dia hanya membuat tidak peduli. Dia inginkan masa bersendirian.
Akhirnya, Eizhan ditinggalkan begitu sahaja. Eizhan tahu Qairul memerlukan masa tetapi janganlah ditinggalkan sendirian. Eizhan mula mengutuk Qairul. Geram memang pun geram, Eizhan pun berjalan untuk pulang ke rumah. Eizhan pasti semua ini untuk kebaikan si Qairul. Eizhan hanya berdoa semoga hati Qairul terbuka untuk menerima ini.
🌸🌸🌸
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top