Bab 57

      Kakinya berdiri di tengah-tengah ruang tamu, memandang redup ke arah Hanan yang duduk bersila di tepi swimming pool. Gadis itu masih dalam dunia ciptaannya sendiri sambil merenung langit malam yang penuh dengan kesunyian.

Aisyah lepaskan keluhan lemah.

Sejak peristiwa Hanan dihalau. Sikap gadis itu berubah menjadi pendiam dan dingin. Sudah seminggu berlalu tetapi Hanan tetap begitu. Setiap malam pasti gadis itu akan duduk di sini. Apabila waktu hujan tiba, Hanan pula akan berkurung di dalam bilik.

Melihat perubahan sikap sahabatnya sendiri membuatkan Aisyah ditimpa kerisauan. Hanan lebih suka bersendirian buat masa ini. Pernah dia melihat Hanan menangis dalam diam. Sungguh, hatinya turut terasa sakit melihat sahabatnya sendiri sedih.

Kakinya melangkah mendekati Hanan yang masih termenung itu. Dengan penuh berhati-hati, Aisyah labuh kan punggungnya disebelah Hanan. Kehadirannya masih tidak disedari oleh Hanan yang termenung melihat ke dada langit.

"Hanan, kau okey tak?" Tangan Hanan di atas riba ditepuk perlahan. Keningnya mula berkerut kerisauan melihat titisan air mata jatuh ke pipi Hanan.

Bahu Hanan sedikit terhinjut dengan sentuhan Aisyah di pipinya. Pandangan terkalih ke arah Aisyah seketika sebelum tangannya naik mengusap air mata yang berbekas ke pipinya.

Senyuman tipis diukir kan.

"Aku okey cuma tiba-tiba teringat. Maaflah kalau kau risau. Mungkin ni cara proses untuk lupakan?" ujar Hanan sambil tertawa perit. Tangannya masih mengusap matanya.

Bahu Hanan dipeluk erat lalu ditepuk lembut seperti memujuk.

Dia bukan lah pakar dalam memujuk tetapi disaat Hanan bersedih, dia cuba untuk sentiasa ada di sisi gadis itu.

Sweet tak? Haa dah tahu dah.

"Aisyah, boleh tak tengah hari esok aku pergi rumah aku? Aku nak ambil semua barang aku kat sana. Sekejap je, tak lama pun," pinta Hanan tiba-tiba.

Aisyah toleh sekejap ke arah Hanan. Sebelah keningnya terangkat.

"Kau nak pergi seorang diri ke?"

Hanan mengangguk perlahan. Pelukan dibahu Hanan terus dileraikan. Dahinya mula berkerut tidak suka.

"Tak boleh, aku nak ikut juga. Biar aku teman kau." Aisyah melarang keras. Air mukanya juga berubah tegang.

Aisyah tak akan sesekali membenarkan Hanan pergi seorang diri. Kalau Hanan nak pergi pun mesti ada teman. Cuba bayangkan sewaktu Hanan pergi ke rumah suaminya itu lepastu bertembung dengan si Qairul? Tak ke haru hidup kawannya?

Hanan tertawa halus. Terhibur pula dengan prihatin Aisyah. Punya lah bimbang jika dia pergi berseorangan diri.

"Ye, memang aku nak minta kau temankan aku. Kau ni risau sangat." Hanan tertawa halus seraya menggeleng kepala perlahan.

Aisyah mencebik bibir. Mata kembali terarah ke dada langit. Suasana kembali bertukar sepi. Kesunyian itu tidak terasa panjang apabila Hanan kembali bersuara.

"Aku fikir nak failkan perceraian," ujar Hanan.

Permintaan tiba-tiba itu membuatkan Aisyah segera menoleh ke arah Hanan yang menunduk sambil merenung kaki di dalam kolam. Hanan langsung tidak mengangkat wajah.

Hanan tahu, Aisyah merenungnya tajam.

"Kau serius dengan keputusan kau?" soal Aisyah minta kepastian.

Tidak teragak-agak Hanan mengangguk.

Dia sudah buat keputusan sejak semalam. Bagi Hanan, mungkin ini yang terbaik untuk semua orang dan dirinya. Hatinya dah lelah memperjuangkan hubungan halalnya.

Hatinya dah cukup tawar.

Hatinya dah terlalu terseksa.

Hatinya dah cukup lelah mempertahankan dirinya.

Di mana rasa sayangnya terhadap lelaki bergelar suami? Di mana rasa cintanya yang selama ini untuk si suaminya?

Rasa itu masih kekal, namun dia akan cuba melupakan. Dia akan cuba untuk buang rasa ini. Lagipun kehadirannya, Qairul langsung tidak hargai.

Yakin?

Ya, dia cukup yakin.

Air muka Aisyah berubah kesal. Nafas ditarik panjang. Bahu Hanan digosok perlahan kemudian bibirnya dipaksa mengukir senyuman tipis.

"Nanti aku akan cakap dengan abang sepupu aku. Kau boleh minta dia failkan borang penceraian korang. Lagipun dia peguam syariah tapi kau kena siap sedia lah kena soal siasat dengan dia. Dia bukan senang-senang nak bagi."

"Tak apa, pandai-pandai lah aku bagi sebab kenapa. Kau jangan risau okeh?"

Dia akan tamatkan semuanya.

🌸🌸🌸

     "Qairul tak balik lagi?"

Puan Linda menyapa Qairul yang masih duduk termenung menghadap tingkap kaca. Qairul seakan-akan tenggelam dengan dunianya.

Sejak dua menjak ni dia perasan perubahan mood Qairul. Qairul lebih suka menyendiri. Dia hanya buat kerjanya sahaja. Langsung tidak ramah mesra dan berborak seperti biasa. Dengan anaknya juga begitu. Puan Linda langsung tidak nampak Qairul berbual dengan anak lelakinya.

Bila ditanya anak lelakinya pula, Eizhan kata Qairul ada masalah dengan isterinya. Ada juga Eizhan menyuruhnya menegur Qairul. Dia yang tak tahu apa-apa pula perlu disoal.

Sepatutnya anaknya yang tanya Qairul. Tergeleng-geleng kepalanya bila teringat pujuk rayu anak terunanya. Mengada-ngada padahal Qairul tu sahabatnya sendiri.

Laju Qairul berpaling menghadap Puan Linda yang tercegat di sebelahnya. Tak semena-mena dia tersengih sumbing.

"Ibu risau lah tengok kamu macam ni." Puan Linda  menarik kerusi di hadapan Qairul. Punggung dilabuhkan ke situ.

"Ibu bukan nak masuk campur dalam urusan hidup kamu tapi ibu sebagai ibu yang dah melahirkan anak, mana tak risau kalau tengok anak dia macam ni?"

Perlahan-lahan wajah Qairul berubah keruh. Dia menghela nafas panjang. Segera dia larikan anak mata dari ditatap Puan Linda.

"Qai okey cuma ada masalah sikit." Qairul senyum tipis. Sengaja tutup keresahan hati  Puan Linda.

Puan Linda tidak berkata apa cuma dia dapat rasa Qairul seperti mengelak  daripadanya. Nafas ditarik dalam. Dalam kepalanya sudah mula tersusun ayat yang perlu dikeluarkan.

"Qairul kena tahu. Hidup dalam rumah tangga ni tak pernah tak ada masalah. Sekarang ni Qairul bukan lagi anak bujang tetapi Qairul dah jadi suami orang. Tanggungjawab yang sangat besar. Sekarang isteri Qairul dah jadi satu tanggungjawab Qairul. Lepas ni mesti anak-anak Qairul yang jadi tanggungjawab Qairul pula. Jadi Qairul sebagai seorang suami perlu bimbing dan tegur kalau isteri dan anak-anak Qairul ada buat salah, sebab tu semua sebahagian daripada tanggungjawab Qairul." Bibir Puan Linda tidak jemu memberi nasihat sambil menatap Qairul.

Qairul pula tergamam. Mulutnya tiba-tiba membisu tidak mampu mengeluarkan suara. Benar-benar terkaku.

Tidak semena-mena Puan Linda tersenyum kecil. "Jadi kalau Qairul ada masalah, berbincang lah dengan isteri Qairul. Dalam hidup pasangan suami isteri ni, memang ada pasang surut. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu bertolak ansur antara satu sama lain. Kalau ada rasa tidak percaya salah seorang cepat-cepat berbincang. Jangan cepat melenting sebab kita tak tahu apa yang jadi. Cuba tanya elok-elok dan bagi dia masa untuk terang. Insyaallah, masalah akan selesai kalau kita bertolak ansur." Sangat mendalam kata-kata Puan Linda sehingga tertusuk di hati Qairul.

Kepalanya tertunduk merenung meja. Kuat dia menggenggam tangannya di bawah meja. Hatinya seakan-akan ditikam. Nasihat Puan Linda sangat menusuk ke lubuk hatinya.

Hatinya terasa perih apabila mengingati wajah sedih Hanan beberapa hari yang lalu. Tangisan Hanan sampai ke saat ini masih berlagu-lagu di telinganya. Semakin lama dia rasa bersalah dengan Hanan berlipat-lipat kali ganda. Layanan kasarnya tidak akan pernah luput dari ingatannya. Begitu juga kata-kata kasar yang pernah dia hamburkan kepada gadis itu.

"Qai fikir baik-baik ye. Kalau boleh cepat-cepat selesaikan masalah ni. Jangan lama-lama biarkan sebab syaitan pasti sekarang bertepuk tangan tengok rumah tangga Qairul bergoyah macam ni. Banyakkan berdoa supaya Allah lembutkan hati isteri Qairul okey?" Pujuk Puan Linda. Kedengaran lembut sekali. Seperti sang ibu memujuk anaknya.

Bibir Qairul menguntum senyuman walaupun kelihatan terpaksa.

Tiba-tiba telefonnya berdering minta diangkat. Qairul sempat mengerling nama yang terpampang di skrin sebelum jarinya menyentuh dan menggesek ke tepi. Panggilan itu diangkat.

"Ya, waalaikummussalam. Ada apa call aku ni?" Jawab Qairul sempat mengerling ke arah Puan Linda yang mula berdiri di hadapannya.

Puan Linda menunduk membetulkan bajunya yang kedut-kedut. Tiba-tiba terdengar satu bunyi yang kuat jatuh ke bawah lantai. Laju Puan Linda mengangkat kepala. Matanya beralih ke arah wajah Qairul yang jelas pucat seakan tergamam dengan sesuatu.

"Qai? Qai okey tak?" soal Puan Linda risau. Cepat-cepat dia menghampiri Qairul disebelahnya. Telefon Qairul diambil lalu diletakkan ke atas meja.

"Ibu, Qai minta diri dulu. Ada hal kejap." Tidak menunggu balasan daripada Puan Linda, Qairul lekas-lekas mencapai telefonnya dan berlari keluar dari cafe. Meninggalkan Puan Linda yang terkebil-kebil sendirian.

Qairul kelihatan tergesa-gesa dengan sesuatu. Ada apa-apa berlaku ke?

🌸🌸🌸

     Sesampai sahaja di bilik ICU. Terus kelibat Harith di cari. Lama dia cuba mencari kelibat Harith di kawasan ICU ni, sebelum matanya terhenti di satu arah. Kelihatan Harith duduk disebelah Puan Karmila sambil memujuk wanita itu.

Teresak-esak Datin Karmila menangis. Wajah Harith juga mendung sambil menggosok bahu Datin Karmila. Dia cuba memujuk Datin Karmila walaupun saat ini dia juga turut bersedih dengan kejadian sebentar tadi. Rasa nak tercabut jantung tu hanya Allah je yang tahu.

Selepas asar sampai ke malam Khalisha tidak sedarkan diri. Apabila digerak wanita itu seakan-akan tidak bernyawa dengan wajah yang pucat lesi. Bacaan nadinya juga lemah selepas di bawa ke bilik ICU. Boleh dikatakan keadaan Khalisha saat ini amat kritikal.

"Harith..."

Terhenti tangannya menggosok bahu Puan Karmila. Kedua-dua mengangkat kepala menoleh ke arah Qairul yang berdiri di  sebelah Harith.

"Macam mana keadaan Lisha? Dia tak apa-apa kan?" soalnya risau. Peluh dingin yang merenik di dahi pantas dikesat dengan tangan.

Harith diam. Serba salah dia nak bagitahu kondisi Khalisha saat ini. Puan Karmila pula bila ditanya awal-awal larikan anak mata dari menatap Qairul yang masih menanti jawapan.

"K... Khalisha kritikal sekarang ni. Kita hanya boleh tawakal je Qairul. Keadaan Khalisha perlu buat pemindahan sel stem segera tapi pemindahan darah yang sesuai masih belum temui."

"Masih tak jumpa?"

Harith mengangguk. Dia menghela nafas panjang. Qairul pula sudah tergamam berdiri di situ. Hatinya mula tidak sedap.

"J...jadi sekarang ni?"

"Iye, mummy nak buat tapi doktor tak sarankan sebab faktor umur. Aku pula darah tak sesuai dengan Khalisha. Kalau boleh doktor nak ahli keluarga yang dermakan darah tapi Khalisha tak ada adik beradik lain selain aku. Doktor kata kalau masih tak jumpa darah yang sesuai kemungkinan Khalisha tidak dapat diselamatkan lagi. Kanser dia semakin merebak. Ini yang doktor tu cakap sebelum ni dan sekarang kondisi Khalisha tidak dikenal pasti lagi. Aku harap Khalisha dapat lepas tahap kritikal tu pun aku dah bersyukur."

Masing-masing saling berdiam diri sehingga lah seorang doktor keluar dari bilik ICU. Pantas Datin Karmila menoleh ke arah Doktor perempuan tersebut dan menghampirinya. Harith juga turut mengikutinya dari belakang.

"Doktor macam mana keadaan anak saya?" Laju Datin Karmila bertanya dengan dada yang berdebar.

Doktor bernama Nura itu hanya diam memandang keluarga pesakit. Keluhan di bibir doktor perempuan itu kedengaran berat sekali.

"Maafkan saya, keadaan Cik Khalisha semakin merosot. Saya tidak boleh berbuat apa dah melainkan berdoa kepada Allah supaya diberi keajaiban. Kanser darah dia semakin merebak dan sekarang keadaan cik Khalisha sangat tenat. Saya minta maaf."

Sejurus mendengar kata-kata itu, Semuanya terkedu. Perih untuk menerima. Mata Datin Karmila kembali berkaca-kaca.

Doktor Nura turut berdukacita. Perkara ini yang paling dia takutkan untuk sampaikan kepada ahli keluarga. Kehilangan anak bukan suatu perkara mudah untuk diterima. Wajahnya mendung.

"Saya izinkan sesiapa yang nak tengok pesakit. Ahli keluarga perlu buat persediaan awal. Kita tak tahu sebarang kemungkinan boleh berlaku. Saya minta diri dulu." Doktor Nura tundukkan badan dua kali tanda benar-benar memohon maaf sebelum kembali berlalu pergi.

"Harith, mummy tak sanggup." Tergeleng-geleng kepala Datin Karmila. Terasa mimpi ngeri apabila Doktor Nura mengatakan bahawa Khalisha dalam keadaan tenat.

Tidak dapat lagi menahan sebak di dada, akhirnya dia turut menangis sambil memeluk tubuh Datin Karmila. Berkali-kali dia menggosok badan Datin Karmila agar tangisan itu reda tapi apakan daya, dia juga manusia biasa yang lemah bila diuji.

Badan Dato Ridhuan tersandar lemah di dinding bangunan hospital. Mata dipejam rapat. Rasa tidak percaya dengan apa yang tengah berlaku.

Baru semalam dia nampak anak gadisnya ketawa riang dengannya. Siap order dengan dia lagi nak makan apa. Demi anak perempuan kesayangannya dia sanggup tunaikan permintaan Khalisha.

Sekarang anaknya kembali terlantar tidak sedarkan diri. Malah Khalisha berada dalam tahap kritikal. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya dia mendengar kata-kata doktor itu sebentar tadi.

Dia perlu buat persediaan awal. Kemungkinan nyawa Khalisha bila-bila masa sahaja boleh ditarik.

"Pak cik, izinkan saya tengok Khalisha boleh?"

Suara Qairul yang menegur membuatkan lamunannya mati. Wajah anak muda itu sayu merenungnya seakan faham isi hatinya saat ini. Senyuman tawar ditarik ke bibir. Bahu Qairul dipegang lalu ditepuk sebelum kepala dijatuhkan memberi izin.

Lagipun dia kenal Qairul. Anak gadisnya selalu bercerita tentang Qairul dihadapannya dan Datin Karmila. Dia juga memuji dengan sikap Qairul yang sangat sopan dengan dia. Teringat dengan awal panggilan Qairul membuatkan dia geli hati. Begitu juga Datin Karmila. Akhirnya Dato Ridhuan hanya menyuruh Qairul memanggil pak cik sahaja.

"Shad pergi lah tengok. Nanti pak cik masuk dengan mummy Lisha dan Harith."

Qairul senyum tipis membalas. Rasa bersyukur tak terhingga dapat keizinan daripada Dato Ridhuan. Tanpa melengahkan masa Qairul segera menapak masuk ke dalam.

Katil Khalisha dicari. Bila sudah jumpa laju dia berjalan menghampiri Khalisha.

Hatinya merundum sayu melihat Khalisha yang lemah sambil wayar berselirat di seluruh tubuhnya. Tidak cukup dengan itu gadis itu terpaksa bernafas menggunakan alat bantuan.

Sungguh menyengat hatinya.

"S...shad..."

Air matanya jatuh setitik melihat Khalisha yang tersenyum dalam kesakitan. Mata gadis itu kuyu memandangnya sambil tersenyum.

"A...awak sakit."

"Shhh... Jangan cakap. Awak kena berehat Lisha. Awak kena sihat."

"S...saya...p...penat..."

Semakin laju air mata lelaki Qairul mengalir. Dia mengetap bibir. Dadanya terasa sesak melihat Khalisha. Sungguh dia tidak kuat.

"J...jangan m...menangis..."

"Lisha awak kena kuat. Awak kena lawan sakit ni. Mummy dan daddy awak nak sangat tengok awak sihat. Saya pernah cakap yang saya akan jaga awak jadi awak kena bertahan ye?"

Terketar-ketar Khalisha mengangkat tangannya. Ingin menyentuh Qairul. Qairul yang melihatkan itu merundum sayu. Wajahnya sudah basah dengan air mata. Dengan lembut tangan Khalisha dicapai dan digenggam. Tidak sanggup dia menolak walaupun dia sedar yang ini semua silap.

Buat pertama kali dia memegang tangan Khalisha.

"S...saya tahu..."

Wajah Khalisha ditatap redup. Bibir gadis itu tetap ingin mengeluarkan suara.

"A...awak... dah k....kahwin."

Air muka Qairul berubah. Jantungnya berdetak laju. Khalisha tersenyum lemah.

"T...tolong bahagiakan Hanan.. D...dia boleh jaga awak..." katanya dalam nada tersekat-sekat. Walaupun perit untuk ungkapkan tapi dia kena sedar.

Dia tak akan selama-lamanya dengan lelaki yang dia cinta. Qairul berhak mendapat yang lebih baik dan Hanan. Qairul beruntung memilik gadis itu.

Dia yakin dengan aturan Allah. Dia redha kalau Qairul bukan ditakdirkan untuknya.

"Lisha, awak perlu simpan suara awak. Nanti awak pena..."

"B...bahagiakan H..hanan."

Permintaan Khalisha membuatkan dia benar-benar terkaku. Suaranya bagaikan hilang. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, kehadiran Datin Karmila sekeluarga membantutkan segalanya.

"Lisha..."

"M...mummy..."

Tangisan Datin Karmila kembali pecah. Sedih melihat keadaan Khalisha yang seperti separuh nyawa itu. Mata Dato Ridhuan juga berkaca-kaca sambil tangan mengusap kepala anak kesayangannya.

"M...maafkan L...lisha...."

"Mummy sentiasa maafkan anak mummy. Lisha kan kuat. Tolong bertahan demi mummy dan keluarga kita sayang. Mummy merayu sangat sayang..." Tangan Khalisha digenggam kuat. Tangan kanannya sedaya upaya menepis air matanya yang terus-menerus mengalir.

Air mukanya keruh. Perlahan Harith menapak ke katil Khalisha. Sedar akan kehadiran seseorang Khalisha pantas beralih memandang Harith yang tertunduk sebak. Bibirnya menguntum senyum disebalik topeng oksigen itu tapi tidak lama kemudian senyuman itu pudar. Dahinya berkerut menahan kesakitan. Terasa sukar dia nak bernafas. Dadanya mula berombak kasar.

Datin Karmila yang melihat keadaan Khalisha begitu mula cemas. Begitu juga Dato Ridhuan, Harith dan Qairul yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Lishaa! Kenapa ni?!"

Qairul terkaku ditempat dia berdiri. Hanya mampu melihat Dato Ridhuan menarik Datin Karmila ke dalam dakapannya, manakala Harith membisikkan sesuatu di telinga Khalisha. Tangan Khalisha erat digenggam.

Masa berlalu dengan pantas. Sekelip mata bilik ini dipenuhi dengan doktor dan beberapa nurse. Doktor meminta mereka menjauhi dari katil pesakit dan mereka akur. Langsir ditarik oleh beberapa nurse menghalang dari melihat mereka membuat kerja.

Doa tidak terlepas dari meniti di bibirnya. Datin Karmila masih menangis sambil ditenangkan oleh Dato Ridhuan. Harith juga kelihatan cemas sambil meraup wajahnya. Jelas lelaki itu kusut.

Lama mereka menunggu sebelum tirai langsir itu ditarik. Semua sudah mengangkat wajah melihat Doktor tersebut. Wajah penantian mereka hilang saat Doktor menggelengkan kepala dengan riak wajah yang mendung.

Tubuh wanita itu jatuh menekur ke lantai. Hatinya tidak terima dengan apa yang terjadi. Dato Ridhuan juga turut menangis sambil memeluk sang isteri. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya dia perlu terima ketentuan ini. Tangisan Datin Karmila mula bergema memenuhi wad ini menambahkan lagi kesedihan kepada semua penghuni di sini.


Katakan semua ini mimpi. Terasa baru semalam dia berbual dan berkenalan dengan Khalisha sehingga jatuh cinta dengan gadis itu. Terasa masih baru semalam dia bergurau senda dengan gadis itu.

Sekelip mata gadis itu sudah pergi menjemput ilahi. Hatinya berat mahu menerima. Perlahan-lahan air matanya mengalir.

Dia gagal kotakan janjinya terhadap gadis itu.

"Saya akan jaga awak. Itu janji saya."

🌸🌸🌸

Setelah lama tak update ha nah saya kasi. Lepas ni bab yng saya nantikan akan tiba. Tak sangka dah sampai sejauh ni hshshsh. Thank you yang always support saya sampai ke sini.

Salam Ramadhan semua! Jaga diri baik-baik okey. Saya doakan awak semua sentiasa dalam lindungan Allah selalu🤍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top